Dalam sesebuah negara yang
mengamalkan sistem demokrasi hak kebebasan rakyatnya mestilah terkawal
mengikut undang-undang. Umpamanya hak individu untuk bersuara, hak
asasi, hak golongan minoriti dan hak golongan majorit sudah ditentukan
dan harus dipatuhi.
Umi Hafilda ada juga menyaman, itupun kes peribadi. Begitu juga Nuar dan Dr Hassan Ali, terpaksa menyaman kerana mereka rasa difitnah. Jadi mana tak bebasnya??.
Tindakan saman oleh Nuar mungkin ada benarnya untuk menyekat kebebasan bersuara kerana hendak mengelakan musuh-musuh beliau daripada terus membongkar kisah beliau. Tak apalah. Itu hak dia.
Ramai yang berpendapat kebebasn bersuara yang dinikmati oleh rakyat negara ini sebenarnya sudah lebih dari cukup. Buktinya penceramah-penceramah politik pembangkang yang baru hendak belajar memegang pembesar suara pun sudah berani begitu lantang menyerang pemimpin kerajaan. Mereka tetap tidak diambil tindakan. Ingat kisah pulut tiga tingkat, kisah cincin RM24 juta.?? Cincin termahalpun dalam dunia ini baru berharga RM9 juta.
Penulis blog tak usah ceritalah, beribu jumlahnya yang mengambil kesempatan daripada sikap terbuka kerajaan dalam hal bersuara ini.
Ada juga cabaran-cabaran pihak tertentu terhadap Perdana Menteri supaya menyaman pihak-pihak yang memfitnah beliau. jika itupun PM hendak layan, maknanya beliau tidak akan mempunyai masa selain sibuk menguruskan saman beliau yang tentunya berjumlah begitu banyak. Esok sekali PM tidak menyaman, maka orang akan menganggap isu tersebut benar belaka. Oleh itu beliau mengambil sikap... lantaklah nak kata apapun, nak fitnah apapun.. akhirnya rakyat akan menilai juga. Kan pembangkang selalu sebut rakyat sudah bijak..
Maknanya kebebasan mutlak sehinggakan menyusahkan orang lain sudah tentu
tidak dibenarkan. Contohnya, adalah tidak dibenarkan seseorang itu
memaki hamun dan mencerca orang lain sesuka hatinya dan
sewenang-wenangnya walaupun itu merupakan hak dia untuk berbuat
demikian.
Di negara ini ada kalanya orang tersilap taksir dengan hak kebebasan
yang selalu dilaung-laungkan pihak pembangkang. Mereka seolah-olah ingin
mempunyai kebebasan tanpa had. Bukan begitu. Namun yang ingin
dibicarakan di sini bukanlah tentang hak kebebasan rakyat Malaysia yang
nyata lebih baik berbanding sesetengah negara lain, sebaliknya tulisan
ini ingin merungkai tuduhan, tohmahan, sindiran serta kecaman terhadap
kerajaan yang dikatakan pihak pembangkang selama ini.
Terkini kerajaan meluluskan Akta Perhimpunan Aman. Akta ini sebenarnya
walaupun siang malam dituntut oleh pembangkang, namun apabila kerajaan
bersedia untuk melaksanakannya mereka tiba-tiba menunjukkan bantahan
terhadap akta tersebut.
Kadang-kadang kita pelik dengan perangai pihak pembangkang ini yang
sentiasa tidak merasa puas dengan apa yang kerajaan lakukan bagi
memenuhi tuntutan mereka.
Kebebasan Media juga ada batasnya. Ini berlaku di seluruh dunia, sebab itu ada apa yang disebut sebagai etika kewartawanan. Tugasan wartawan tetap menerima risiko, malah ramai yang terbunuh dimedan pertempuran ketika menjalankan tugas sebagai pelapor. Semasa demontrasi bersih3 dikatakan ada wartawan yang dikasari polis akibat tidak dikenali, akibat menyamar dan akibat tidak menghiraukan arahan polis.
Semasa menyambut hari kewartawanan sedunia, akhbar cina seolah-olah berkabung. Mereka menuntut kebebasan media.. kebebasan yang bagaimana lagi yang mereka mahu. Wartawan bukan 'raja' wartawan juga rakyat biasa.
Di negara Malaysia ini pihak berkuasa bertanggung-jawab memelihara keamanan dan ketenteraman rakyat. Akhbar tidak dibenarkan sepenuhnya memainkan isu perkauaman memandangkan komposisi kaum terbesar di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India akan mudah dibakar semangatnya dengan isu perkauman. Disamping itu sensitiviti agama juga tidak dibenarkan sama sekali dimainkan atau dimuatkan di dada akhbar.
Lain daripada itu apa yang kerajaan cuba kawal sehinggakan pembangkang di negara ini sibuk memainkan isu tidak ada kebebasan bersuara. Benarkah atau mereka sememangnya mahu bebas tanpa had supaya mudah mereka hendak menghuru harakan masyarakat. Keliru rakyat dengan apa yang disebut oleh pembangkang sebagai kebebasan bersuara ni.
Tan Sri Kadir Shiekh Fadzir juga dalam videonya mengatakan kerajaan menyekat kebebasan bersuara. Mengongkong media..Hairan kita mendengarnya. Bolehkah pembangkang menyenaraikan dengat tepat berapa ramai yang kerajaan telah dakwa rakyat atau pemimpin pembangkang atas alasan melanggar hak bersuara?? Banyak kes kah?? Ramai ke yang kena denda?? ramai ke yang kena penjara sebab hal ini??
Siang malam mereka bebas bersuara, malah sudah terlebih bebas pula. Siang malam mereka berceramah tanpa sekatan. Siang malam mereka membuat fitnah kering, tak ada juga kerajaan dakwa mereka. Ribuan CD dibuat dan diedarkan kepada ahli, tak disekatpun.
Harakah, Roket dan Suara Keadilan dan TVPAS, sarat dan padat dengan kutukan serta maki hamun terhadap kerajaan tanpa peduli dengan etika penulisan, tak ada juga kerajaan sekat. Yang melampau, sekali dua adalah KDN panggil, itupun sekadar untuk meminta penjelasan dan akhirnya diberi amaran.
Saman individu memang ada seperti yang dilakukan oleh Dato' Seri Rais Yatim, itu sebenarnya untuk membersihkan nama baik beliau serta keluarga kerana difitnah begitu teruk oleh pembangkang
Kebebasan Media juga ada batasnya. Ini berlaku di seluruh dunia, sebab itu ada apa yang disebut sebagai etika kewartawanan. Tugasan wartawan tetap menerima risiko, malah ramai yang terbunuh dimedan pertempuran ketika menjalankan tugas sebagai pelapor. Semasa demontrasi bersih3 dikatakan ada wartawan yang dikasari polis akibat tidak dikenali, akibat menyamar dan akibat tidak menghiraukan arahan polis.
Semasa menyambut hari kewartawanan sedunia, akhbar cina seolah-olah berkabung. Mereka menuntut kebebasan media.. kebebasan yang bagaimana lagi yang mereka mahu. Wartawan bukan 'raja' wartawan juga rakyat biasa.
Di negara Malaysia ini pihak berkuasa bertanggung-jawab memelihara keamanan dan ketenteraman rakyat. Akhbar tidak dibenarkan sepenuhnya memainkan isu perkauaman memandangkan komposisi kaum terbesar di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India akan mudah dibakar semangatnya dengan isu perkauman. Disamping itu sensitiviti agama juga tidak dibenarkan sama sekali dimainkan atau dimuatkan di dada akhbar.
Lain daripada itu apa yang kerajaan cuba kawal sehinggakan pembangkang di negara ini sibuk memainkan isu tidak ada kebebasan bersuara. Benarkah atau mereka sememangnya mahu bebas tanpa had supaya mudah mereka hendak menghuru harakan masyarakat. Keliru rakyat dengan apa yang disebut oleh pembangkang sebagai kebebasan bersuara ni.
Tan Sri Kadir Shiekh Fadzir juga dalam videonya mengatakan kerajaan menyekat kebebasan bersuara. Mengongkong media..Hairan kita mendengarnya. Bolehkah pembangkang menyenaraikan dengat tepat berapa ramai yang kerajaan telah dakwa rakyat atau pemimpin pembangkang atas alasan melanggar hak bersuara?? Banyak kes kah?? Ramai ke yang kena denda?? ramai ke yang kena penjara sebab hal ini??
Siang malam mereka bebas bersuara, malah sudah terlebih bebas pula. Siang malam mereka berceramah tanpa sekatan. Siang malam mereka membuat fitnah kering, tak ada juga kerajaan dakwa mereka. Ribuan CD dibuat dan diedarkan kepada ahli, tak disekatpun.
Harakah, Roket dan Suara Keadilan dan TVPAS, sarat dan padat dengan kutukan serta maki hamun terhadap kerajaan tanpa peduli dengan etika penulisan, tak ada juga kerajaan sekat. Yang melampau, sekali dua adalah KDN panggil, itupun sekadar untuk meminta penjelasan dan akhirnya diberi amaran.
Saman individu memang ada seperti yang dilakukan oleh Dato' Seri Rais Yatim, itu sebenarnya untuk membersihkan nama baik beliau serta keluarga kerana difitnah begitu teruk oleh pembangkang
Umi Hafilda ada juga menyaman, itupun kes peribadi. Begitu juga Nuar dan Dr Hassan Ali, terpaksa menyaman kerana mereka rasa difitnah. Jadi mana tak bebasnya??.
Tindakan saman oleh Nuar mungkin ada benarnya untuk menyekat kebebasan bersuara kerana hendak mengelakan musuh-musuh beliau daripada terus membongkar kisah beliau. Tak apalah. Itu hak dia.
Ramai yang berpendapat kebebasn bersuara yang dinikmati oleh rakyat negara ini sebenarnya sudah lebih dari cukup. Buktinya penceramah-penceramah politik pembangkang yang baru hendak belajar memegang pembesar suara pun sudah berani begitu lantang menyerang pemimpin kerajaan. Mereka tetap tidak diambil tindakan. Ingat kisah pulut tiga tingkat, kisah cincin RM24 juta.?? Cincin termahalpun dalam dunia ini baru berharga RM9 juta.
Penulis blog tak usah ceritalah, beribu jumlahnya yang mengambil kesempatan daripada sikap terbuka kerajaan dalam hal bersuara ini.
Ada juga cabaran-cabaran pihak tertentu terhadap Perdana Menteri supaya menyaman pihak-pihak yang memfitnah beliau. jika itupun PM hendak layan, maknanya beliau tidak akan mempunyai masa selain sibuk menguruskan saman beliau yang tentunya berjumlah begitu banyak. Esok sekali PM tidak menyaman, maka orang akan menganggap isu tersebut benar belaka. Oleh itu beliau mengambil sikap... lantaklah nak kata apapun, nak fitnah apapun.. akhirnya rakyat akan menilai juga. Kan pembangkang selalu sebut rakyat sudah bijak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan