Selasa, 2 April 2013

TEMBELANG YAHUDI


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.
“Orang yang berakal itu ialah orang yang mahu mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah pengalaman orang lain.” Demikian pesanan yang amat mendalam daripada Saidina Ali Abi Talib.
.
Kisah puak Israel yang sering melakukan penindasan terhadap manusia dan umat Islam sejagat terutama penduduk Palestin sewajarnya dijadikan ikhtibar. Jangan sesekali ada usah di kalangan umat Islam yang menutup sebelah mata bersedia untuk mengiktiraf mereka dan juga jangan ada yang mencuba untuk mendapatkan sokongan moral golongan yang telah hilang perasaan serta sifat kemanusiaan ini.
.
Kisah kaum Bani Israel banyak dicatatkan dalam al-Quran bertujuan mendedahkan tembelang mereka dalam isu keagamaan dan kemanusiaan sejagat. Perkataan Israel pada asalnya bermaksud pilihan dan ia adalah satu sebutan khusus bagi Nabi Yaakub. Justeru, Bani Israel adalah susur galur keturunan Nabi Yaakub dan sekarang mereka lebih dikenali sebagai Zionis.
.
Sesungguhnya, Bani Israel ini adalah kaum yang dimuliakan Allah SWT suatu ketika dulu. Kebanyakan daripada keturunan bani Israel atau kaum Yahudi, mempunyai kebijaksanaan dan kelebihan yang tidak diberikan kepada kaum lain. Allah SWT berfirman:

  اذْكُرُوْا نِعْمَتِيَ الَّتِيْ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَ أَنِّيْ فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِيْنَ

“Ingatlah olehmu akan nikmatKu yang telah Aku karuniakan kepadamu, dan sesungguhnya Aku telah pernah memuliakan kamu atas bangsa-bangsa.” (Surah Al-Baqarah, Hujung ayat 47)
.
Sebagai bangsa pilihan, mereka dilimpahi nikmat Allah yang tidak diberikan kepada bangsa lain. Antara nikmat itu ialah diutuskan ramai nabi dan rasul yang daripada kalangan mereka, selain diselamatkan daripada kezaliman Firaun dan bala tenteranya.
Allah SWT berfirman lagi dalam surah al-Baqarah:

يَا بَنِي إِسْرَ‌ائِيلَ اذْكُرُ‌وا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّايَ فَارْ‌هَبُونِ ﴿٤٠

“Wahai bani Israel! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang-Ku berikan kepadamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) dengan-Ku supaya Aku sempurna perjanjian-Ku dengan kamu; dan kepada Akulah saja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).” (Surah al-Baqarah, ayat 40)
.
Walaupun Allah SWT melimpahkan pelbagai nikmat kehidupan, mereka berubah menjadi bangsa lupa diri, sombong, takbur, mempermainkan ayat Allah dan ajaran agama, bahkan tergamak membunuh pendakwah serta nabi mereka sendiri yang sentiasa menyeru ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup.
Al-Quran mendedahkan kejahatan mereka yang tiada langsung sifat kemanusiaan. Dalam diri mereka ini tersemat beraneka kejahatan yang tersembunyi dalam hati mereka yang diterjemahkan dengan sifat serta perlakuan jahat.
.
Dalam satu kisah sahabat, pada suatu hari Abu Ubaidah al-Jarrah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling dahsyat azabnya pada hari kiamat?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang membunuh nabi atau orang yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar.”

Kemudian Baginda membaca ayat al-Quran daripada surah al-Imran ayat 21:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُ‌ونَ بِآيَاتِ اللَّـهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ‌ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُ‌ونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْ‌هُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿٢١

“Sesungguhnya orang yang kufur ingkar ayat keterangan Allah dan membunuh nabi dengan jalan tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita kepada mereka dengan azab pedih.”
 .
Baginda meneruskan sabdanya: “Wahai Abu Ubaidah, ketahuilah bahawa bani Israel sudah membunuh 43 nabi pada sebelah pagi dalam satu masa. Kemudian ada 170 orang Israel yang mengajak mereka membunuh nabi berkenaan yang menyeru kepada makruf dan mencegah mereka daripada mungkar tapi mereka membunuhnya pada sebelah petang.” (Riwayat Abu Hatim dan Ibn Jarir).
.
Kaum Bani Israel berasal daripada anak-anak nabi Yaakub (a.s) seramai 12 orang yang turut dikenali dengan gelaran ‘Al-Asbaath’ (Bahasa Arab:الأسباط) iaitu Rubin, Simeon, Lawway, Yahuda, Zebulaon, Isakhar, Dann, Gad, Asyer, Naftali, Yusuf, dan Benyamin.
Antara anak-anak baginda, ada antaranya yang diangkat menjadi Rasul seperti Nabi Yusof (a.s) yang meneruskan apa yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim kepada datuk baginda, Nabi Ishak a.s., bapa baginda, Nabi Yaakub dan akhirnya baginda sendiri yang dipilih Allah untuk meneruskan Syariat Allah dimuka bumi ini.
Terdapat ramai rasul-rasul yang terkemuka diutuskan dalam kalangan Kaum Bani Israel ini seperti Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa, Nabi Yunus, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan Allah kepada kaum ini sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan kepada seluruh umat manusia dimuka bumi Allah ini.
.
Sejarah Islam juga mencatatkan kaum Yahudi terkenal dengan sifat khianat dan mungkir janji. Hampir semua perjanjian yang termeterai antara mereka dengan Rasulullah SAW telah mereka khianati.
Maka tidak menghairankan kini rejim Zionis Yahudi di Israel kekal mempamerkan sifat yang telah sebati menjadi darah daging mereka iaitu mengulangi perbuatan zalim, khianat dan mungkir janji seperti dilakukan nenek moyang mereka dulu.
Mereka bukan saja mengkhianati seluruh isi perjanjian damai dengan bangsa Palestin, malah dengan angkuh dan sombong tidak bersedia untuk tunduk kepada resolusi diputuskan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkaitan isu perdamaian Asia Barat.
.
Kisah pengkhianatan kaum Yahudi dulu dan sekarang sekali gus membuktikan kebenaran al-Quran yang mendedahkan tembelang dan sikap kaum Yahudi sebenarnya terhadap isu keagamaan, kemanusiaan dan keamanan sejagat.
Penjajahan haram Yahudi yang begitu laparkan tanah di bumi Palestin bertindak melebar penguasaan mereka hasil daripada ‘Dasar Penaklukan Menggila’ itu.
.
Umat Islam di bumi Palestin yang dizalimi dan ditindas oleh rejim Zionis itu wajib berjihad demi mempertahankan maruah, harta benda, tanah air serta agama mereka. Bahkan, turut menjadi tanggungjawab bersama setiap Muslim di seluruh dunia untuk memboikot barangan Israel atau menberi bantuan tenaga sukarela, perubatan dan kewangan kepada saudara seaqidah di Palestin dalam mempertahankan bumi suci ketiga Islam itu.
.
Kaum Yahudi sentiasa berusaha dengan pelbagai cara dan helah, sama ada secara terang-terangan mahupun sulit agar kaum Muslimin meninggalkan ajaran agama mereka dan kembali menjadi kufur. Perilaku jahat kaum Yahudi berkenaan dirakamkan dalam al-Quran untuk dijadikan pengajaran kepada umat Islam selepasnya.
Allah SWT berfirman:

 وَدَّ كَثِيرٌ‌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُ‌دُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارً‌ا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ

“Banyak antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir selepas kamu beriman kerana dengki yang timbul dalam diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad SAW).” (Surah al-Baqarah, ayat 109).
.
Kisah kejahatan kaum Yahudi terhadap masyarakat Islam di Palestin khususnya di Gaza, bukanlah sesuatu yang asing jika kita singkap kembali sejarah perangai bangsa yang dilaknat Allah ini. Mereka pernah membuat onar dengan memanipulasi ekonomi negeri Yathrib (Madinah) ketika menjadi kaum yang menumpang di sana yang mana penduduk asalnya terdiri daripada kalangan Aus dan Khazraj.
Mereka memonopoli sistem ekonomi di Yathrib dan mengamalkan riba sehingga menindas kaum Aus dan Khazraj. Akhirnya kaum Aus dan Khazraj bersatu di bawah panji Islam dan berlakulah peristiwa hijrah yang mereka kemudiannya dikenali sebagai kaum Ansar.
.
Puak Yahudi pada asalnya tidak punya negara dan pendatang asing serta menumpang di Yathrib. Akhirnya mereka seolah-olah mencipta negara haram mereka sesuka hati di Yathrib. Hari ini sejarah berulang kembali. Mereka laksanakan perkara yang sama di bumi Palestin.
Israel bukan sebuah negara, kerana mereka pendatang asing yang menceroboh, merampas dan mencipta negara mereka secara haram di bumi suci Palestin. Laknatul Allah ke atas rejim Zionis Yahudi. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin