Selasa, 23 April 2013

SEJARAH PENDIDIKAN ZAMAN PEMERINTAHAN INGGERIS DI TANAH MELAYU

1.1 Sebenarnya sebelum kedatangan kuasa-kuasa asing ke Tanah Melayu, orang Melayu telah pun memiliki sistem pendidikan tersendiri. Sistem pendidikan yang wujud pada masa tersebut adalah bersifat tidak formal dan tidak menitikberatkan perkembangan kognitif atau pemikiran pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran Al-Quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Isi pelajaran yang di ajar termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya. Perkembangan pendidikan tidak formal di Tanah Melayu di percayai berkembang sejajar dengan penyebaran agama Islam di Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu yang lain pada abad ke-14.(Ruslan Zainuddin, 2003). Para pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke Asia Tenggara untuk berniaga dan menyebarkan Islam kepada penduduk setempat.Para pedagang ini telah memulakan usaha menggalakkan pendidikan tidak formal dengan menubuhkan sekolah-sekolah pondok di Perlis,Kedah, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Brunei. Perluasan penyebaran Islam ini semakin luas apabila berlaku perluasan empayar Kesultanan Melayu Melaka, Riau dan Brunei pada abad ke-15 yang menyebabkan perkembangan agama Islam dan Institusi pendidikan tidak formal di negeri-negeri yang di takluki tersebut. Antara isi pengajarannya ialah berkaitan dengan pengajian Al-Quran yang di ajar di surau-surau dan masjid yang di buat pada waktu siang dan malam serta di ajar oleh guru yang terdiri daripada syeikh,sayyid,petani atau pun nelayan.
1.2 Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Sistem pendidikan yang telah wujud pada Zaman Pemerintahan Inggeris telah memberi kesan dalam mewujudkan polarisasi di Tanah Melayu.Hal ini kerana, dasar British yang telah membuat pemisahan kaum terutamanya dalam aspek pendidikan telah mewujudkan polarisasi di Tanah Melayu. Sistem pendidikan yang diwujudkan di Tanah Melayu begitu jelas berorientasikan kepentingan perkauman dan telah mewujudkan sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelolakan, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa pentadbiran penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah " serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernakular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi British sahaja. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar Melayu hanya sekadar melepas batuk ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar - pembesar tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc tanpa di kawala oleh satu garis panduan yang konkrit. Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen (benovelent welfare policy). Di sebabkan perkara ini, objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja.Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk. Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sekolah Vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, di Bayan Lepas Pulau Pinang.Seterusnya di buka dua buah sekolah Melayu di Singapura iaitu di Teluk Belanga dan Kampung Gelam.Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah vernakular Cina yang terawal di Negeri-negeri Selat telah di bina di Melaka pada tahun 1816 oleh sekumpulan pendakwah Persatuan Pendakwah London.Terdapat juga sekolah Cina yang di buka oleh orang perseorangan. Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mendapat bantuan dari Negara China. Mulai tahun 1920-an, sekolah-sekolah ini diberi pilihan sama ada untuk mendapat bantuan dari Negara China atau kerajaan Tempatan. Tujuan penubuhan sekolah vernakular Cina ini adalah untuk mengekalkan warisan budaya dan bahasa Cina di tempat asing. Kurikulum sekolah Cina sebelum abad ke-20 ialah berorientasikan pemikiran Tanah Besar China. Buku teks dan guru di bawa dari Negara China.Sekolah ini pula menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar.Dalam sekolah Cina ini, murid-murid akan di ajar bahan-bahan klasik,secara hafalan,mengira dengan sempoa dan tulisan Cina.Contoh sekolah : SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan. Kelas Bahasa Cina di adakan di semua “Free School” iaitu di Melaka,Pulau Pinang dan Singapura namun ia telah gagal dan akhirnya di hentikan. Vernakular Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.Guru, kurikulum dan buku teks di bawa dari India.Contohnya ialah seperti : SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak.Sekolah-sekolah Tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan dalam sektor perladangan kopi,getah dan kelapa sawit pada tahun 1870-an.Sekolah Tamil berikan hanya untuk majikan estet dan hanya diperingkat sekolah rendah sahaja.Pada tahun 1825, Kod Buruh berkuatkuasa.Semua estet yang mempunyai kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajibkan menyediakan sekolah yang bertujuan untuk membasmi buta huruf.Kod Buruh ini telah membuat peruntukan agar sekolah-sekolah Tamil diberi kemudahan kepada anak-anak pekerja buruh.
1.3 Sistem pendidikan plural ini sebenarnya tidak dapat menyemai serta memupuk semangat kebangsaan di kalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang tidak teratur dan tidak mempunyai hala tuju ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka.Dalam membincangkan sistem pendidikan semasa zaman pemerintahan British ini yang telah membawa kepada polarisasi di Tanah Melayu, sebenarnya ia telah di sebabkan oleh banyak faktor antaranya dari aspek politik, ekonomi, sosiobudaya dan agama.
2.0 PENDIDIKAN PADA ZAMAN PEMERINTAHAN INGGERIS (1800 – 1956)
Sebenarnya pendidikan pada masa sekarang merupakan warisan daripada pendidikan sejak zaman pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu pada suatu masa dahulu.Dasar laissez-faire yang diamalkan oleh British dalam pendidikan telah menyebabkan wujudnya liam jenis sistem persekolahan di Tanah Melayu yang berbeza hala tuju dan alirannya.Jenis persekolahan tersebut ialah sekolah vernakular Melayu,sekolah vernakular Cina,sekolah vernakular Tamil,sekolah Inggeris dan sekolah Agama Madrasah. Kewujudan lima jenis persekolahan ini telah menimbulkan situasi yang sukar dalam sistem penndidikan pada masa kini khususnya dalam mewujudkan keseragaman dan pencapaian integrasi nasional. Sebenarnya kwujudan vernakularisme dalam sistem pendidikan pada zaman pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu adalah dipengaruhi oleh faktor politik, ekonomi, sosiobudaya dan agama.
2.1 Faktor politik
Inggeris mula campur tangan di Tanah Melayu apabila Inggeris mengambil Pulau Pinang (1786),Singapura (1819) dan Melaka (1824).Dalam penguasaan seterusnya, Inggeris telah meluaskan dasar campur tangannya ke atas pentadbiran Tanah Melayu yang bermula di Perak melalui Perjanjian Pangkor 1874, keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu Tanah Melayu pada tahun 1914 dan keseluruhannya sebahagian kepulauan Borneo Utara dan Sarawak pada tahun 1888. Sebenarnya tujuan dasar campur tangan British dalam pentadbiran negeri di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak adalah untuk mendapatkan autoriti atau kuasa monopoli terhadap perniagaan timah, emas, rempah, penerokaan kawasan ladang kopi dan getah, dan memonopoli laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Bagi tujuan perkembangan pendidikan di tanah jajahan, sama ada di Tanah Melayu atau di Borneo, Pihak British tidak mahu membazirkan wang mereka untuk tujuan ini. British hanya membina sekolah yang berkualiti kepada anak-anak bangsawan Melayu sahaja dan tidak terbuka kepada semua anak-anak Melayu yang lain. Hal ini kerana, dasar laissez-faire dalam pendidikan dan sikap British yang hanya tahu menabur janji-janji kosong menyebabkan usaha penubuhan sekolah-sekolah Inggeris bersendirian oleh pendakwah Kristian, penubuhan sekolah-sekolah Cina oleh masyarakat Cina sendiri, penubuhan sekolah-sekolah Tamil oleh tuan pemilik ladang dan penubuhan sekolah-sekolah agama madrasah oleh masyarakat Melayu.Dalam sekolah yang berlainan ini pula, setiap jenis sekolah ini mempunyai orientasi kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta organisasi yang terasing dan berbeza-beza antara satu sama lain.
2.2 Faktor ekonomi
Sebenarnya, sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu pada abad ke-19, telah wujud penghijrahan orang Cina ke Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.Tetapi penghijrahan mereka ini adalah secara kecil-kecilan.Orang-orang Cina dari daerah Hokkien dan Kwantung telah berhijrah ke negari-negeri seperti Negeri Sembilan, Perak dan Selangor yang bertujuan untuk berniaga dan bekerja di lombong-lombong bijih timah milik pembesar Melayu.
Pada pertengahan abad ke-19 berlaku penghijrahan orang Cina beramai-ramai ke Tanah Melayu yang bertujuan untuk bekerja di lombong bijih timah milik saudagar Inggeris dan Cina.Bagi mempertingkatkan pengeluaran bijih timah bagi kegunaan industri di Eropah, pihak British telah membenarkan kemasukan beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu. Di sebabkan dasar imigresen yang di amalkan oleh British ini, peratus bilangan kaum Cina telah meningkat daripada 41 peratus pada tahun 1891 kepada 48 peratus daripada jumlah penduduk di Tanah Melayu pada tahun 1901. (Sufean Hussin, 2008).Di kawasan petempatan orang-orang Cina, pihak British telah memberi kelonggaran dan kebenaran kepada orang Cina untuk menubuhkan sekolah rendah dan sekolah menengah sendiri.
Di sebabkan keperluan buruh untuk mengusahakan ladang kopi, gambir dan getah di Tanah Melayu, British juga telah menggalakkan kemasukan peniaga dan buruh India dari negara India.Pada tahun 1891, peratus kaum India di Tanah Melayu ialah lapan peratus dan pada tahun 1901, peratus kaum India di Tanah Melayu adalah Sembilan peratus daripada jumlah penduduk.
Dalam penubuhan sekolah, masyarakat India yang tinggal di ladang-ladang kurang berminat untuk menubuhkan sendiri sekolah rendah Tamil. Dalam penubuhan sekolah-sekolah rendah Tamil di kawasan ladang, ia telah diusahakan oleh pemilik ladang yang berbangsa Inggeris yang sebenarnya bertujuan untuk “memujuk” kaum India supaya menetap lama di ladang-ladang.
Bagi menjamin keperluan tenaga pekerja separuh mahir seperti kerani dan pegawai-pegawai pentadbiran rendah, pihak British telah menubuhkan beberapa sekolah di Negeri-negeri Selat dan Negari-negeri Melayu Bersekutu yang dikenali sebagai Free School.Free School sebenarnya mengenakan yuran kepada murid-murid yang memasukinya.Namun apa yang istimewa, Free School membenarkan semua murid-murid dari semua bangsa untuk memasukinya.Antara Free School yang terdapat di Tanah Melayu adalah seperti Penang Free Schoo(1816), Malacca Free School(1826), Victoria Institution(1894) di Kuala Lumpur dan King Edward VII(1906) di Taiping.
Dasar Kapitalisme dalam bidang ekonomi penjajah British yang mahu mempercepatkan perubahan sumber ekonomi pada tahun-tahun 1900-an telah menyebabkan keperluan terhadap tenaga juruteknik, jurukira, dan kerani akaun.Permintaan yang tinggi ini tidak dapat di tampung menyebabkan satu cadangan telah di buat oleh Jawatankuasa Winstedt pada tahun 1916.Menurut cadangan jawatankuasa ini, kursus-kursus baru akan di tambah di sekolah teknik, pertanian dan pertukangan.Pada waktu malam pula, kelas vokasional dan perdagangan telah di adakan di Tanah Melayu dan Singapura. Pada tahun 1918 pula, Jawatankuasa Lemmon telah ditubuhkan untuk mengemukakan syor kepada pihak kerajaan tentang pendidikan teknik dan perindustrian. Hasil daripada cadangan jawatankuasa ini, sebuah sekolah teknik dan sebuah sekolah pertanian yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris telah di tubuhkan di Kuala Lumpur. Selain itu, beberapa buah sekolah pertukangan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar juga telah di tubuhkan.
2.3 Faktor sosiobudaya
Sepanjang tempoh penjajahan British di Tanah Melayu, pihak British selalu menegaskan supaya kependudukan dan budaya hidup orang Melayu tidak di ganggu. Inggeris berpendapat supaya orang Melayu di kekalkan di kampung-kampung dan mengamalkan cara hidup bertani,bertukang atau nelayan. Oleh itu, orang Melayu tidak di galakkan berhijrah ke kawasan-kawasan perlombongan, ladang atau ke bandar untuk bekerja dengan Inggeris.
Bagi mamastikan perkara ini di lakukan, sebagai tanda terima kasih kepada orang Melayu, pihak Inggeris telah menubuhkan sekolah-sekolah rendah vernakular Melayu. Sekolah-sekolah ini mempunyai kurikulum bagi memenuhi asas sosialisasi anak-anak Melayu di kampung-kampung.
2.4 Faktor agama
Sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu, sebenarnya sekolah pondok telah wujud yang bertujuan untuk menyebarkan dan memperkukuhkan pegangan dan nilai-nilai Islam dan nilai-nilai budaya masyarakat Melayu pada zaman berkenaan. Kedatangan British pada tahun 1786 di Pulau Pinang yang di ketuai oleh Francis Light dan pembukaan Singapura oleh Stamford Rafless pada tahun 1819 telah membuahkan satu kejutan budaya kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam. Hal ini kerana, kedatangan dan seterusnya campur tangan Inggeris di Tanah Melayu telah membuka ruang untuk kemasukan pendakwah Kristian dan kemasukan beramai-ramai kaum imigran Cina dan India. Pendakwah Kristian, yang telah mendapat sokongan daripada kerajaan British telah menubuhkan sekolah-sekolah rendah dan menengah di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang).
Kesan penubuhan sekolah-sekolah pendakwah Kristian yang mempunyai orientasi kurikulum kebaratan dan secular telah di anggap oleh orang Melayu sebagai satu ancaman kepada agama dan budaya hidup orang Melayu. Di sebabkan hal ini, beberapa tokoh-tokoh ulama Islam yang bersikap radikal dan progresif iaitu Kaum Muda, mereka telah melakukan reformasi atau perubahan dalam pendidikan dengan cara menubuhkan Sekolah Agama Madrasah yang bertujuan untuk menyaingi sekolah-sekolah pendakwah Kristian dan sekolah-sekolah vernakular Melayu yang mendapat bantuan daripada Kerajaan British.Perjuangan Kaum Muda yang di ketuai oleh Sheikh Tahir Jalaludin dan Sayyid Sheikh Ahmad Al-Hadi pada tahun 1906 telah menegaskan bahawa kemajuan umat Melayu yang keseluruhannya beragama Islam, khususnya yang berkaitan dengan sosioekonomi dan politik orang Melayu bergantung kepada keupayahan orang Melayu Islam dalam mengubah orientasi pemikiran yang hanya bercorak mementingkan akhirat(fundamentalisme) kepada yang lebih moden dan progresif (rasionalisme).
3.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, sebenarnya kewujudan sistem pendidikan dalam zaman Inggeris ini telah mewujudkan polarisasi di Tanah Melayu.Penubuhan sekolah-sekolah vernakular yang berasaskan kepentingan kaum masing-masing ini telah membawa pemisahan yang sangat ketara antara penduduk di Tanah Melayu.Sistem pendidikan yang bersifat perkauman yang kuat ini menyebabkan polarisasi di Tanah Melayu begitu ketara sekali.Hal ini kerana, dasar-dasar British yang memerintah Tanah Melayu telah mendorong lagi suasana polarisasi ini.Faktor seperti politik,ekonomi,sosiobudaya dan agama pula telah merangsang lagi isu polarisasi di Tanah Melayu khususnya di sebabkan oleh sistem pendidikan British yang telah di amalkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin