Sebahagian
dari bukti sempurnanya Islam, ia adalah agama yang menjadi petunjuk
kehidupan bagi manusia. Sampai dari sekecil-kecil masalah, sehinggalah
sebesar-besar masalah ada dikupas dan dijelaskan di dalam Islam. Dari
hal-hal yang nyata tampak di depan mata, sampailah hal-hal yang ghaib
dan berita-berita masa depan turut dibahaskan. Dari urusan buang air,
sampailah urusan mentadbir negara dan dunia dijelaskan di dalamnya.
Semuanya adalah dalam rangka mentauhidkan Allah, yang mana dari-Nya kita
datang dan kepada-Nyalah kita akan dikembalikan. Kerana Allah yang
telah menciptakan kita, maka Dia-lah yang lebih tahu akan apa yang Dia
ciptakan. Oleh itulah, Islam adalah sebenar-benar manual petunjuk untuk
manusia.
Dan
di antara hal-hal yang turut dibahaskan dan diperincikan oleh agama
yang indah dan cukup luas ini adalah suatu yang sering menjadi misteri
di dalam selimut hidup berumah-tangga. Iaitu hal-hal yang mencakupi
nikmat berumah-tangga suami isteri, dan hal-hal berkaitan hubungan intim
di antara keduanya. Mungkin dalam keadaan tertentu, perbincangan
sekitar isu seks termasuk perkara yang tabu, menyebabkan dipandang
serong, dan memalukan. Namun, kita harus menerima bahawa Islam tidak
mengabaikan hal ini begitu sahaja, sebaliknya memberikan bimbingan dan
jalan yang benar dalam merealisasikannya. Asalkan memenuhi adab dan ilmu
dari sumber yang benar.
Buku
ini dengan judulnya, "Sutra Ungu" adalah sebuah buku yang tidak kurang
hebatnya. Ia tampil membahaskan persoalan fiqh hubungan intim atau seks
dari kaca mata Islam.
Mungkin
sebelum ini ramai yang tertanya-tanya akan sama ada wujud atau tidak
perbahasan berkaitan seks dalam Islam, ataukah Islam mendiamkannya.
Maka, buku ini tampil sebagai jawaban, sekaligus muncul sebagai rujukan
panduan adab-adab seks dalam Islam. Ternyata Islam tidak membiarkan hal
ini begitu sahaja, sebaliknya memberikan bimbingan dan panduan sebagaik
bukti kesempurnaannya sebagai diin (jalan hidup).
Tidak
kurang ramai pasangan suami isteri yang jahil dalam persoalan seks dan
hubungan intim bersama pasangan mereka, tetapi mereka malu hendak
bertanya dan mencari jawaban. Akhirnya ia menjadi sebab hubungan
bertukar dingin.
InsyaAllah,
buku ini mampu membimbing. Di antara nikmat-nikmat dalam hidup
berumah-tangga adalah jalinan hubungan intim bersama pasangan yang
halal, bahkan membuahkan pahala dan bakal diberi khabar gembira dengan
berolehnya cahaya mata kurniaan Allah. Maka, jangan sia-siakan jalinan
hubungan intim kalian bersama pasangan begitu sahaja. Sebaliknya,
jalinkanlah ia dengan penuh romantis, kasih-sayang, dan ilmu yang benar.
Semoga ia tidak hanya sekadar memuaskan nafsu di ranjang, tetapi juga
mampu menjadi sarana ke arah hidup bahagia sekaligus membuahkan pahala
dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah.
Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis sahih riwayat Imam Muslim, Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu berkata:
أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوا لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ
بِالْأُجُورِ يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ
وَيَتَصَدَّقُونَ بِفُضُولِ أَمْوَالِهِمْ قَالَ أَوَ لَيْسَ قَدْ جَعَلَ
اللَّهُ لَكُمْ مَا تَصَّدَّقُونَ إِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةً
وَكُلِّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ
تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةً وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ
مُنْكَرٍ صَدَقَةٌ وَفِي بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ قَالُوا يَا رَسُولَ
اللَّهِ أَيَأتِي أَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُونُ لَهُ فِيهَا أَجْرٌ قَالَ
أَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِي حَرَامٍ أَكَانَ عَلَيْهِ فِيهَا وِزْرٌ
فَكَذَلِكَ إِذَا وَضَعَهَا فِي الْحَلَالِ كَانَ لَهُ أَجْرًا
Beberapa
orang dari sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bertanya kepada
beliau, “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya memiliki banyak pahala.
Mereka melaksanakan solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa
sebagaimana kami puasa, dan mereka dapat bersedekah dengan harta yang
mereka miliki.”Beliau pun bersabda: “Bukankah Allah telah menjadikan untuk kamu apa yang dapat kamu sedekahkan? Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah dari yang mungkar adalah sedekah, dan persetubuhan salah seorang daripada kamu (dengan isterinya) adalah sedekah.”
Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah salah seorang daripada kami yang melampiaskan syahwatnya akan mendapatkan pahala?”
Beliau bersabda: “Bagaimana pendapat kamu sekiranya dia melampiaskan syahwatnya kepada perkara yang haram, adakah dia mendapatkan dosa? Maka demikianlah juga jika ia melampiaskan syahwatnya kepada perkara yang halal, maka dia mendapat pahala.” (Shahih Muslim, no. 1006). [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Di antara skop perbahasan yang dikupas oleh penulis adalah sebagaimana berikut:
1, Sejauh mana pentingnya seks?
2, Salah faham tentang seks.
3, Pendidikan seks dalam Islam.
4, Malu berbicara soal seks.
5, Manfaat dan faedah seks.
6, Pendidikan dan Fiqh seks.
7, Titik klimaks.
8, Posisi dan variasi.
9, Hubungan seks yang menyimpang dan terlarang.
10, Ejakulasi.
11, Pengurusan seks.
12, Oral seks dari perspekstif Islam.
13, Hukum video seks demi membangkitkan ghairah.
14, Stamina.
15, Rahsia pemakanan.
16, Penggugah ghairah.
17, Tips menjaga stamina.
18, Kekerapan seks.
19, Hukum 'Azl
20, Saling memahami.
21, Bila harus mandi wajib?
22, Sentuhan malam pertama.
23, Beberapa catatan dan nasihat.
Serta beberapa lagi lainnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan