Berbual tentang jodoh dengan rakan sekerja. Ramai muda-mudi yang sudah
berumahtangga, yang sedang dilamun cinta dan tidak kurang pula yang
telah berpisah. Ramai yang kawin muda seawal 20-an, yang kahwin lewat
selewat 40-an / 50-an dan tidak kurang pula yang tidak berkahwin. Apa
masalah mereka? Kadang-kala kita tengok di alam realiti, mereka yang
tidak berkemampuan namun mahu terus berumahtangga, sebaliknya yang
berkemampuan tiada nilai disisi lelaki/wanita. Ada pula yang sudah
berumatangga bermain kayu tiga. Banyak persoalan kepada situasi
tersebut. Apa pun persoalannya, saya ingin Tips Mengenali Jodoh Menurut
Islam.
Ramai sekali muda-mudi yang hidup dalam dilema tentang soal jodoh.
Pasti ramai yang sudah mulai bosan untuk menjawab soalan dan ayat
seperti "Bila lagi mahu kahwin?", "Takkan takde calon lagi", "Ke awak yang memilih sangat?" dan sebagainya.
Apa yang sebenarnya berlaku? Urusan Jodoh itu adalah urusan Allah SWT,
cuma kita perlu tahu bagaimana cara mengenali jodoh dalam islam. Tips
ini berguna bagi anda yang sedang mencari jodoh. Mari saya terangkan
bagaimana.
Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu "3M"? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh Memahami, Memaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita. Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut: Memahami
- Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting
kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang
berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi
sifat pasangan kita. Memaafkan - Sifat memaafkan ini
amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan
tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih
egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan
rumahtangga. Memotivasikan - Pasangan mestilah
memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan
kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun
sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat
pasangan anda.
Jadi
sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M di
atas supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai.
Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan
sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam iaitu beraqidah, taat
beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta
itu datangnya dari Allah.
Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin.
Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet,
televisyen ataupun
cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan
jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:
1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai
panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh
menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh
berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia
maupun akhirat.
Ingin saya kongsikan 2 jenis Do'a:
Do'a Mencari Jodoh
Jika anda mengalami keadaan putus cinta, Insya Allah amalkan Do'a kedua ini:
Do'a Putus Cinta
Saya hanya berkongsi tips ini untuk kebaikan bersama. Sesungguhnya yang
baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang lemah itu datang dari saya.
Hakikatnya datang dari Allah jua. Saya akan bertemu para pembaca lagi
untuk ulasan lanjut tentang jodoh. Insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan