Isnin, 29 April 2013

REMAJA SEKARANG TIDAK MENGHORMATI ORANG TUA

Ibubapa
kerana mereka tidak didik dengan baik oleh ibubapa mereka. cuba kita perhatikan orang dulu-dulu,apabila anak mereka tidak menunjukkan tanda hormat, mereka akan tegur atau memarahi anaknya itu tapi sekerang ni tidak lagi. kadang-kadang ibubapa sendiri tidak menunjukkan tanda hormat dan itu akan menjadi turutan kepada anaknya.
2. Rakan - rakan
kerana terpengaruh dengan rakan-rakan yang rosak akhlak. apabila anak-anak bergaul dengan rakan-rakan yang tidak elok, mereka akan terikut dengan perangai tersebut. kalau kita perhatikan budak-budak sekarang, jika ada seorang makcik ingin menaiki bas, mereka tidak menolong makcik tersebut sebaliknya memarahi makcik tersebut dengan kata-kata yang kurang manis. mereka juga akan mengacau budak-budak perempuan yang lalu-lalang di hadapan mereka dan mengusik dengan kata-kata yang kurang enak di dengar.

3. Rancangan Televisyen
kerana terpengaruh dengan rancangan yang ditayangkan di televisyen. remaja kita sekarang lebih banyak meluangkan masa di depan tv dan kebanyakan cerita yang disiarkan kadang-kala menunjukkan perbuatan yang tidak elok. ini akan mempengaruhi pemikiran mereka yang cetek dan sebab itu la berlaku kes-kes yang agak mengejutkan. contohnya, saya pernah membaca seorang anak sanggup mencuri barang kemas atau duit ibubapa untuk kegunaan sendiri, menendang ibu apabila ibu melarangnya membuat sesuatu yang tidak elok.

itu lah antara punca-puncanya. jadi adakah penyelesaian pada permasalahan ini? semestinya ada. kita sentuh pada setiap punca yang telah dihuraikan di atas.

1. Ibubapa.
sebagai ibubapa, mereka harus sedar bahawa anak-anak adalah tanggungjawab mereka dan apa yang mereka dengar dan tengok dari perbuatan atau perbualan ibubapa adalah benda yang betul. jadi ibu bapa harus menunjukkan perangai yang baik dan sentiasa bercakap perkara yang baik. ibubapa juga harus menunjukkan cara-cara yang betul untuk menghormati orang yang lebih tua. contohnya, jika kita ingin lalu di hadapan orang yang lebih tua, kita hendaklah membongkokkan badan dan jalan dengan rasa rendah diri dan malu, apabila bertemu dengan rakan-rakan atau sesiapa sahaja terus bersalam. itu lah yang harus ibu bapa terapkan kepada golongan remaja sekarang.

2. Rakan-rakan.
kita hendaklah pandai memilih rakan yang baik. ini kerana rakan yang baik akan membawa kita ke arah yang baik. kenapa saya kata begitu? kerana rakan yang baik hanya melakukan perkara yang baik, contohnya, solat, tolong menolong, ambil berat , dan menghormati guru..bila berkawan dengan orang yang tidak baik,yangperangai tidak elok, maka kita akan terjebak dengan perkara yang tidak elok seperti ponteng sekolah, tidak menghormati guru, dan terlibat dengan samseng dan vandelisme. jadi tolong la menilai balik rakan-rakan anda yer..

3. Rancangan televisyen.
untuk penyelesaian ini, bukan pihak kita yang tentukan tetapi pihak stesen tv yang berhak menentukan apa yang diorang nak tayang. jadi ape tugas kita, kita hendaklah menjadi penapis kepada rancangan itu dengan memilih rancangan yang sesuai untuk anak-anak kita tonton.

jadi semua perkara datangnya dari ibu bapa, maka ibu bapa harus memainka peranan dan tanggungjawab mereka dengan baik dan ingatlah anak-anak anda lah penentu masa depan anda di dunia dan di akhirat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin