Sebelum
memasuki bengkel, kita perlu mengetahui tentang keselamtan di dalam
bengkel tersebut. Di peringkat awal, tenaga pengajar akan menerangkan
peraturan keselamatan kepada pelajar. Peraturan keselamatan dalam
bengkel haruslah dipelajari dari semasa ke semasa. Ini kerana, kita akan
memulakan kerja dengan alatan mekanikal yang berisiko tinggi dan boleh
mendatangkan bahaya. Sewaktu kita bekerja, kita perlu berwaspada dengan
bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Peralatan yang
telah digunakan haruslah disimpan kembali ke tempat asal bagi memudahkan
pelajar lain mencari dan menggunakannya.
KESELAMATAN DIRI SENDIRI
1. Semasa melakukan kerja-kerja kimpalan, kita perlu memakai alat pelindung mata.
2. Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja serta memakai pakaian yang sesuai semasa melakukan kerja-kerja bengkel.
3. Gunakan kasut yang bertutup dan bertapak getah semasa bekerja di dalam bengkel.
4. Bagi pelajar yang berambut panjang, rambut mestilah diikat dengan rapi supaya tidak menganggu kerja-kerja bengkel yang dilakukan.
5. Elakkan daripada memakai perhiasan diri yang diperbuat daripada logam seperti jam, rantai, emas, loket, cincin, dan lain-lain.
KESELAMATAN SEMASA MEMBUAT PROJEK
1. Keselamatan adalah perkara yang penting dalam membuat sesuatu projek yang berkaitan mekanikal.
2. Semasa menjalankan kerja, para pelajar hendaklah mematuhi langkah keselamatan untuk mengelakkan berlaku kemalangan.
3. Semasa menjalankan kerja juga, janganlah kita bersikap cuai atau tidak bekerjasama supaya kemalangan dapat dielakkan.
KESELAMATAN SEMASA MENGENDALIKAN MESIN BERISIKO TINGGI
Peraturan keselamatan dalam bengkel meliputi beberapa aspek bagi mengelakkan diri dari ditimpa kemalangan.
1. Aspek pertama ialah pemakaian dan penampilan diri semasa berada di dalam bengkel.
Contoh: Kasut tapak getah, alas tangan, dan pelindung mata.
2. Peka dan patuh arahan yang diberikan.
3. Seterusnya melakukan aktiviti amali mengikut prosedur dan di bawah perhatian pakar agar tidak berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini.
4. Pastikan keselamatan diri dan rakan-rakan semasa mengendalikan mesin.
5. Kemalangan yang perlu dielakkan.
~~Kebakaran atau letupan
~~Kecederaan terkena benda tajam
~~Renjatan eletrik
~~Terjatuh atau tergelincir

Tiada ulasan:
Catat Ulasan