NAJIB MAHU MENUKAR MALAYSIA KEPADA CINASIA
- Perdana Menteri (PM) mengatakan baru-baru ini Malaysia adalah satu-satunya negara di luar China
yang mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem
pendidikan kebangsaan. Perdana Menteri juga menegaskan, ketika menjadi
menteri pelajaran, Akta Pendidikan 1996 diwujudkan menggantikan Akta Pelajaran 1961.
- Akta Pelajaran 1961 amat ditakuti
kerana memberi kuasa penuh kepada menteri pelajaran untuk menukar
sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) kepada sekolah kebangsaan. Akta Pelajaran 1996, memberikan signifikan amat besar kepada pendidikan Cina.
Kerajaan secara langsung mengiktiraf kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) dan Sekolah
Persendirian Cina (SPC) sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan
kebangsaan yang bersifat kekal. Belajarlah berterima kasih kepada PM.
- Sekadar makluman, selepas 1996, lebih
banyak sumber kewangan diperuntukkan pendidikan Cina. Pada masa itu,
terdapat 78 sekolah menengah Cina yang memilih untuk mematuhi silibus
dan pengajaran kerajaan dan ia menjadi SMJKC, manakala 60 lagi kekal
sebagai SPC. Ini tidak termasuk sejumlah hamper 1,300 SJKC yang diterima
masuk sebagai sistem pendidikan kebangsaan. Bilangan SJKC terus
bertambah setiap tahun melalui bantuan kerajaan sepenuhnya.
- Akta 1996 yang lunak ini membolehkan
kerajaan memberi bantuan kewangan, fiskal dan sumber perancangan kepada
sistem pendidikan Cina. Namun, sedarkah kita bahawa akta ini juga
ditentang oleh NGO Cina seperti Dong Jiao Zong, kerana mereka tidak mahu
langsung sekolah Cina diganggu-gugat. Mereka mahu beroperasi dengan penuh kecinaan.
- PM turut menjelaskan kedudukan
terkini permohonan pembinaan sekolah menengah persendirian Cina di
Kuantan, Pahang seperti yang dituntut komuniti di kawasan tersebut.
Syarat yang dikenakan adalah pelajar-pelajar ini wajib mengambil Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan jika pelajar mahu mengambil peperiksaan
Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), itu terpulang kepada mereka. Kerajaan
juga menyediakan peruntukan kira-kira RM100 juta untuk membangunkan SJKC
di seluruh negara. Selain itu, kerajaan turut menawarkan biasiswa
kepada pelajar-pelajar terbaik UEC selain menyelesaikan segera isu
kekurangan guru di SJKC. Itupun masih ditentang kerana mereka mahu UEC
diiktiraf sepenuhnya tanpa mengambil SPM.
- Sebagai timbal balas, PM menaruh
harapan melihat masyarakat Cina di negara ini fasih berbahasa Melayu.
Persoalannya, bolehkah harapan PM ini dipenuhi oleh komuniti Cina,
terutama kumpulan ultra kiasu, setelah kerajaan memberi begitu banyak
kemudahan dan begitu bertoleransi.
- Tidak ada negara di dunia ini yang
begitu bermurah hati dan bertoleransi seperti apa yang negara kita
lakukan. Persoalannya, kenapa tidak dihargai? Apa jua cadangan kerajaan
untuk penambaikan sekolah Cina adalah ditentang habis-habisan. Toleransi
yang tidak ada tolok bandingnya ini masih lagi diterima. Apa yang
dimahukan oleh orang Cina? Apakah mereka mahu tinggal di pulau sendiri
seperti Singapura dan sasaran mereka hari ini adalah Pulau Pinang.
- Lebih
memeranjatkan lagi, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin
Abdullah menjelaskan isu pendidikan dan kesaksamaan ekonomi, yang
disebut sebagai road map, adalah daya penarik bagi menarik undi masyarakat Cina yang kebanyakannya kini beralih menyokong Pakatan Rakyat (PR). Road map
yang dimaksudkan mengiktiraf UEC, seperti kerajaan mengiktiraf sijil
dikeluarkan Kolej Tunku Abdul Rahman. Selain itu, terdapat beberapa
tuntutan utama lain yang mesti dipenuhi dipenuhi iaitu mengatasi
masalah kekurangan guru di SJKC; menghalau keluar guru-guru bahasa
Melayu dan Inggeris yang tidak mempunyai kredit mandarin dalam SPM,
kesukaran permohonan pendaftaran ahli lembaga pengarah pengelola sekolah
Cina, mencinakan penubuhan Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan,
meluluskan penubuhan sekolah Cina persendirian Segamat, tambahan
peruntukan pembangunan SJKC dan menyediakan rizab tanah sekolah Cina dan
peruntukan yang diperlukan untuk membina sekolah.
- Kata Saifuddin lagi, sekiranya
isu-isu seperti itu berjaya diselesaikan, komuniti masyarakat Cina
berkemungkinan besar akan kembali untuk menyokong kerajaan. Persoalan
saya, jika semua tuntutan dipenuhi identiti apa yang akan tinggal? Kita membina negara atau membina bangsa? Raikan bangsa majoriti atau minoriti?
- Saya harap kerajaan buat audit
akaun-akaun NGO-NGO ini termasuk PIBG dan sumbangan hartawan Cina kepada
mereka. Percayalah, jutaan wang telah ditaburkan. Maka tidak hairan
jika kemudahan sekolah Cina jauh lebih baik daripada sekolah kerajaan kerana sikap dermawan hartawan mereka.
- Perkara yang perlu difikirkan adakah pendidikan dan masa depan boleh dijual beli? Sampai bila kita harus tunduk kepada desakan Cina kerana undi. Apakah kita lebih mementing undi Cina daripada masa depan agama, bangsa dan negara? Jika semua tuntutan ini dipenuhi maka berlakulah proses pencinaan 100 peratus.
Mereka lebih cina daripada orang Cina di China. Ini tidak termasuk,
proses pencinaan IPTS swasta yang hebat berlaku dan IPTS berasaskan
parti politik perkauman. Proses pencinaan berlaku daripada sekolah
rendah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Jika semua ini
terus dibiarkan berlaku, tidak ada ertinya nama Malaysia, kerana identiti Malay (Melayu) sudah tidak wujud lagi. Yang ada, hanya menonjol hanya Chinesesia.
- Hargai toleransi dan sikap murah hati
PM. Ini tidak, mereka terus menerus mendesak kerajaan supaya terus
mencinakan pendidikan Cina. Mereka langsung tidak memikirkan tentang
bangsa majoriti yang semakin hilang identitinya semata-mata meraikan
bangsa lain.
- Sudahlah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak terdaulat. Hari ini sistem pendidikan tidak menyokong ke arah mendaulatkan bahasa kebangsaan.
Peruntukan tahunan sudah menjadi sama rata. Di manakah maksud adil yang
sebenarnya? Adil sudah tidak membawa makna meletakkan sesuatu pada
tempatnya, tetapi sudah menjadi 1>1. Adilkah namanya?
- Saya amat bimbang, tindakan mengalah
ini akan menyimpan atau melahir rasa dendam orang Melayu kepada orang
Cina. Inilah sebenarnya antara punca peristiwa 13 Mei 1969. Apabila
dendam tidak dapat dikawal maka mengamuklah orang Melayu.
- Percayalah, jika orang Cina terus mengambil pendekatan tertutup yakni terus mencinakan sekolah Cina, lebih cina daripada negeri Cina.
Suatu hari ini orang Cina juga yang akan rugi dan menyesal. Mereka akan
ketinggalan. Kecinaan yang keterlaluan tidak akan membawa keuntungan
kepada orang Cina, kerana orang Cina tidak tinggal dilubuk sendiri.
- Tidak salah menjadi Cina pisang
sedikit, sebab kita berada di tempat orang, bukan tempat asal kita
dahulu. Saya tidak langsung membantah, jika orang Cina mahu menjadi secina-cinanya jika mereka berada di negara China.
- Tetapi hari ini kita berada di
Malaysia. Negara yang majoritinya adalah Melayu dan bahasa Melayu adalah
bahasa kebangsaan, bahasa untuk orang Cina berinteraksi dengan orang
Melayu adalah bahasa Melayu. Bahasa perpaduan dan integrasi adalah
bahasa Melayu. Mustahil orang Melayu akan berkomunikasi dalam bahasa
Cina dengan orang Cina. Itupun orang Melayu sanggup korbankan lengkok
dan gaya bahasa Melayu semata-mata meraikan orang Cina. Cakap Melayu,
berbunyi Cina (slang dan accent).
- Penegasan yang sama saya buat dalam forum bulan bahasa di Putrajaya baru-baru ini anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Tidak ada berlaku dalam sejarah dunia, ada negara mengadakan kempen bukan bahasa kebangsaan.
Kenapa perlu ada kempen bulan bahasa kebangsaan sedangkan bahasa melayu
sudah termaktub dalam perlembagaan. Kita tidak pernah dengar adalah
bulan bahasa Siam di Thailand, atau bulan bahasa di negara Perancis,
Jerman, Jepun, China, Indonesia dan sebagainya. Bahasa kebangsaan mereka
memang sudah terdaulat dan terdarjat. Kenapa kita masih terhegeh-hegeh
untuk mendaulatkan bahasa berdaulat dalam perlembagaan ini? Apa masalah
kita sebenarnya jika bukan kerana ramai bukan Melayu tidak boleh
berbahasa Melayu disebabkan oleh sistem pendidikan perkauman ini?
- Pada hemat saya, tidak perlu kempen,
buang wang dan tenaga. Wajibkan penggunaannya dan kuatkuasakan serta
merta, seperti yang dicadangkan oleh Allahyarham Dato Hassan Ahmad
(15.2.2010):
- i) Bahasa Melayu adalah bahasa
kebangsaan negara, bukan bahasa kebangsaan Melayu. Bahasa Melayu mesti
digunakan dalam urusan rasmi kerajaan. Justeru, Jawatankuasa Khas hendak
dibentuk disetiap Kementerian dan agensi kerajaan serta sektor swasta
supaya mendaulatkan bahasa Melayu dalam urusan rasmi. Menteri yang
bertanggungjawab wajib memastikan bahasa Melayu digunakan dalam amalan
seharian, ii) Bahasa Melayu mesti digunakan sebagai bahasa pengantar
utama sistem pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga pengajian
tinggi, iii) Bahasa Melayu mesti diajar sebagai mata pelajaran wajib di
semua jenis sekolah dan wajib lulus untuk lulus dalam keseluruhan
peperiksaan, iv) Jika bahasa Inggeris itu menjadi keutamaan, maka bahasa
Inggeris hendaklah dijadikan sebagai bahasa kedua yang wajib diambil di
semua jenis sekolah, tetapi jangan sampai menenggelamkan bahasa Melayu,
v) Di sekolah jenis kebangsaan, tambahan masa bahasa Melayu mesti
dilakukan dengan tegas tanpa tunduk kepada ugutan persatuan-persatuan
yang terlalu sifat kebangsaan atau ultra kiasu, yakni kumpulan yang
tidak mahu mengaku kalah, vi) Semua media cetak, elektronik, papan
tanda, risalah dan sebagainya mesti mendaulatkan bahasa Melayu
berbanding bahasa lain. Tindakan undang-undang dan saman boleh diambil
terhadap mereka yang membelakangkan bahasa Melayu, vii) Nama-nama
Syarikat, Taman Perumahan, dan sebagainya mesti melambangkan identiti
bahasa kebangsaan berbanding bahasa lain, viii) Malaysia perlu banyak
belajar daripada negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, bagaimana
negara-negara ini mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka.
- Cadangan yang cukup minima ini mesti diterima. Janganlah kerana tidak mahu menjadi Cina pisang, kita turut mahu mencinakan negara ini.
Sikap seperti ini tidak akan membawa kepada pembinaan negara bangsa
yang sihat. Tetapi hanya akan menambah luka yang sedia ada. Mungkin
ketika itu pemimpin NGO Cina yang ultra kiasu ini, sudah tidak ada lagi.
Tetapi yang akan menjadi mangsa adalah generasi yang akan datang.
Apakah sanggup kita mangsakan mereka disebabkan oleh tangan-tangan kita
hari ini.
- Saya mohon maaf kepada orang Cina,
jika tersinggung dengan tulisan ini. Saya langsung tidak anti Cina,
sebab saya juga adalah Cina. Tidak salah jika kita menjadi Cina pisang
atau kita tidak rugi sedikitnya jika kurang sedikit kecinaannya, kerana
kita sudah dapat yang sepatutnya kita dapat. Kita boleh mengamalkan
semua budaya Cina sama seperti Cina di China. Ekonomipun kita sudah
kuasai hampir kesemuanya, walaupun tidak sepenuhnya. Apa lagi yang kita
mahu? Kita boleh menjadi Cina totok, di bumi orang lain.
- Akhirnya,
sudah sampai masanya, seorang menteri khas dilantik untuk menjaga
kedudukan bahasa kebangsaan ini dan seterusnya memperkasakan peranan DBP
supaya mendapat kuasa sepenuhnya mendaulatkan bahasa kebangsaan. Jika,
tidak bahasa Melayu akan merempat di bumi sendiri.
- Hati sayu bercampur gundah
- Bila melihat bahasa diketepi
- Bahasa Melayu bahasa indah
- Sayangnya merempat di bumi sendiri

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan