Kajian terkini mendedahkan ada di kalangan remaja Malaysia yang menjalin hubungan seksual seawal usia 12 tahun iaitu suatu keadaan di mana mereka masih di alam sekolah rendah lagi. Malah kes yang dipaparkan di akhbar seperti kes pembuangan bayi, remaja hamil luar nikah, lari mengikut pasangan jelas membuktikan betapa seriusnya remaja kini terlibat dengan seks bebas!
Menerusi kajian Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati remaja Malaysia kini mencapai umur baligh lebih awal iaitu di antara sembilan hingga 13.5 tahun bagi perempuan dan 9.5 hingga 14 tahun bagi lelaki. Di peringkat usia inilah berlaku pelbagai perubahan hormon yang mendedahkan para remaja dengan perilaku yang negatif seperti mula mengamalkan seks bebas, penggunaan alkohol/dadah dan sebagainya.
Berdasarkan satu kajian terhadap 115 orang remaja Melayu (13-20 tahun) di Kuala Lumpur mendapati 43 peratus remaja melaporkan yang mereka mula dating ketika berusia 13 hingga 15 tahun dan 36 peratus ketika mereka berumur 16 hingga 17 tahun.
Menerusi soal selidik tersebut juga menunjukkan 75 peratus remaja melakukan seks sebelum nikah kerana ingin mengetahui tentang seks, 71 peratus melakukan seks kerana adanya rangsangan, 64 peratus pula menginginkan pengalaman seksual, 61 peratus lagi bagi membuktikan rasa cinta dan 58 peratus lagi ingin memenuhi kehendak pasangan. Bayangkan situasi sempena sambutan Hari Valentine yang lazimnya disambut pada 14 Februari setiap tahun!
Keadaan seperti ini amat berbahaya kerana walaupun ada kecenderungan terhadap seksual, pengetahuan kebanyakan remaja mengenai fisiologi dan kesihatan reproduktif sangat rendah. Ini menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan dan atara komplikasi yang berkait rapat dengan kehamilan pada usia remaja.
Hubungan seksual yang dilakukan pada usia yang terlalu muda (bawah 16 tahun bagi remaja wanita) bukan saja memberi kesan kepada kesihatan reproduktif dan seksual, malah turut menjejaskan kesejahteraan mental, emosi, sosial dan spiritual remaja. Kesan ini akan lebih dirasai oleh remaja perempuan kerana usia yang terlalu muda untuk hamil adalah tidak sesuai kerana emosi serta fizikal remaja tersebut masih belum lagi matang untuk melalui proses kehamilan dan juga kelahiran. Mereka juga akan terdedah kepada pelbagai penyakit kelamin (AIDS, Hepatitis B atau C, siflis, gonorea, chlamydia, herpes dan ketuat) serta kemurungan (depresi).
Kebanyakan remaja tidak mendapat nasihat tepat mengenai kaedah pencegahan kehamilan dan perancangan keluarga serta sukar membeli ubat diperlukan untuk pencegahan kehamilan. Selain itu juga, masih ada yang percaya pada mitos turun-temurun untuk mengelak kehamilan seperti makan makanan tajam serta mencuci kemaluan selepas mengadakan hubungan seks atau melakukan seks ketika haid, sedangkan ia terbukti tidak berkesan.
Agama merupakan panduan dan pedoman hidup yang sangat penting bagi seseorang. Agama dapat membantu seseorang sihat dari segi permikiran. Oleh itu, dalam hal ini kita tidak boleh menafikan bahawa kekurangan didikan agama merupakan antara sebab utama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan