Isnin, 22 April 2013

SEJARAH PERDANA MENTERI TANAH MELAYU


tunku

    TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ (8 FEBRUARI 1903 - 6 DISEMBER 1990)


  • Beliau merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (1955-1957) dan dilantik sebagai Perdana Menteri pertama selepas negara mencapai kemerdekaan (31 Ogos 1957 - 22 September 1970).


  • Dikenali oleh rakyat sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan Malaysia".


  • Tunku memainkan peranan penting dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Di peringkat antarabangsa pula, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Persidangan Islam (OIC) pada tahun 1969 dan telah dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.




TunAbdulRazak

    TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN (11 MAC 1922 - 14 JANUARI 1976)


  • Beliau merupakan Perdana Menteri kedua (22 September 1970 - 14 Januari 1976).


  • Beliau dikenang sebagai "Bapa Pembangunan Malaysia", bertepatan dengan pendekatan pentadbirannya yang memberi penekanan terhadap banyak aspek pembangunan negara khususnya dalam usaha menyatupadukan rakyat.


  • Antara inisiatif termasyhur beliau adalah:
    1. Pelaksanaan Penyata Razak iaitu dasar pendidikan negara yang antara lainnya memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan; dan
    2. Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971) yang bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional melalui strategi serampang dua mata iaitu:-
    (a) membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
    (b) menyusun semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.




hussein onn
    TUN HUSSEIN ONN (12 FEBRUARI 1922 - 29 MEI 1990)


  • Beliau merupakan Perdana Menteri ketiga (15 Januari 1976 - 16 Julai 1981).


  • Sebagai penghargaan terhadap usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, beliau turut dikenali sebagai "Bapa Perpaduan Malaysia".


  • Dikenang sebagai seorang pemimpin yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum. Beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap sesiapa yang cuba mencetuskan kekacauan atau sentimen perkauman di dalam negara.




mahathir-mohamad

    TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (20 DISEMBER 1925 - KINI)


  • Beliau merupakan Perdana Menteri keempat (16 Julai 1981 - 30 Oktober 2003) dan merupakan pemimpin kedua di Asia Tenggara (selepas Presiden Suharto dari Indonesia) yang paling lama memegang jawatan ketua kerajaan iaitu selama 22 tahun.


  • Dikenali di Malaysia dan di peringkat antarabangsa sebagai "Dr. Mahathir", beliau dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" atas jasa menggerakkan pemodenan negara untuk mewujudkan kemakmuran di kalangan masyarakat berbilang kaum.


  • Dr Mahathir merupakan ikon negara di peringkat antarabangsa. Beliau terkenal khususnya sebagai pembela negara-negara membangun dan mundur ke arah keadilan dan kesaksamaan di peringkat antarabangsa.


  • Pada Oktober 2003, Dr. Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran "Tun", darjah kebesaran tertinggi negara yang boleh dianugerahkan kepada rakyat yang telah menabur bakti kepada Malaysia.


  • Selepas persaraan, beliau masih bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial dan pembangunan pemikiran masyarakat Malaysia khususnya melalui Yayasan Kepimpinan Perdana dan pelbagai organisasi lain.


  • Antara usaha-usaha termasyhur beliau adalah:
    1. menubuhkan PROTON, syarikat automobil nasional yang pertama;
    2. memodenkan dan memashyurkan nama Malaysia melalui projek-projek "landmark" seperti Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor - MSC);
    3. menjadikan malaysia sebagai tuan rumah bagi persidangan dan sukan antarabangsa seperti Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM), OIC, Commonwealth Games 1998 dan sukan pemotoran antarabangsa Formula One Grand Prix;
    4. meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara perindustrian baru (newly industrialized country) di dunia; dan
    5. memperkenalkan pendekatan strategik ekonomi yang berjaya membawa Malaysia keluar dari Krisis Ekonomi Asia 1997/98.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin