Ok kita apa yang kita sedia maklum,
punca utama sekarang adalah kemudahan untuk mendapatkan video lucah di
internet. Itu kita tak boleh bendung. Blocklah macam mana pun, akan
tetap ada cara lain untuk remaja-remaja ni mendapatkan video lucah. Ini
punca utama yang kita tak boleh sangkal.
Punca pengaruh rakan sebaya. Lagi satu
punca universal. Konteks dia masih sama seperti yang di atas ni,
‘terpengaruh’. Jadi kita tak perlu bincang sangat bab pengaruh ni sebab
terlalu banyak dan semua orang dah sedia maklum.
Sekarang pecah kepada dua pulak, antara
remaja di bandar dan kampung. Kadar dia sama sahaja, mungkin dibandar
lebih teruk kerana sikap keterbukaan yang semakin mengikut budaya barat,
tetapi remaja dikampung tidak kurang juga hebatnya. Macam mana remaja
Melayu Islam ni boleh terjebak dengan aktiviti seks ni semua?
Remaja di Kampung
- Hidup tak senang sangat, ibu bapa kerja siang malam. Anak-anak tak terjaga, hidup bebas. Bila macam ni, mudah terpengaruh dengan rakan-rakan. Ibu bapa kena kerja keras cari makan –> faktor ekonomi.
- Ibu bapa yang acuh tak acuh menjaga anak-anak. Yang ni biasa gak. Ikut pengalaman aku, orang kampung suka ‘lepaskan’ anak nak buat apa sahaja, sedari kecil. Anak-anak merayau entah ke mana-mana diorang langsung tak tau. Yang penting dia balik, makan, tidur kat rumah, cukup. Lagi sekali hidup anak-anak muda ni bebas, mudah terpengaruh dengan kawan-kawan. –> faktor ibu bapa sendiri yang tidak menjalankan tanggungjawab parenting dengan betul dan berkesan.
- Jahil, bodoh dan tidak bertanggungjawab. Bukan ditujukan kepada semua anak muda yang tinggal di kampung, tetapi kepada segelintir yang bermasalah ni. Kadangkala mereka tida dididik oleh ibu bapa tentang perkara-perkara macam tanggungjawab ni. Mereka tidak dididik untuk berfikir sendiri tentang baik buruk tindakan mereka. Yang mereka tau, bersuka ria sahaja. –> faktor kehidupan bebas, takde sekatan/kawalan. Lagi sekali ibu bapa yang jadi punca sebab gagal mendidik anak-anak.
Ok tiga poin je aku kasi. Tak nak la
buat macam tesis. Pertama, faktor ekonomi. Jadi itu salah kerajaan.
Antara kampung dengan bandar, masih ada jurang taraf kehidupan dia. Kena
kaji balik. Dua lagi poin menuding jari ke arah ibu bapa atau lebih
universal, institusi kekeluargaan di kampung itu sendiri. Selalu
terdengar pasal video 3gp lucah anak imam, bilal, tok kadi you name it. haha~ Kalau pun ibu bapa alim ulamak, tapi anak dibiarkan hidup bebas, silap jugak tu.
- Remaja bergaul bebas terpengaruh dengan budaya dan cara hidup mat saleh. Pada mereka seks adalah normal. –> faktor gaya hidup & lemah pegangan agama.
- Ibu bapa yang berfikiran bebas. Yes, ada sesetangah ibu bapa di bandar tidak kisah dengan kelakuan anak-anak mereka. Mereka terlalu open minded. –> gaya hidup.
- Ibu bapa terlalu sibuk bekerja. Di bandar, majoriti kedua-dua ibu bapa bekerja untuk menyara hidup. Anak-anak mendapat kebebasan untuk melakukan apa sahaja. –> faktor ekonomi.
Gaya hidup yang lebih terbuka di bandar,
konon-konon berfikiran terbuka, bak kata mat saleh, open minded
menyebabkan remaja Melayu Islam terlibat dalam gejala seks luar nikah ini.
***
Antara kesimpulan yang aku boleh buat
untuk kedua-dua situasi ni supaya kita boleh bendung atau
sekurang-kurangnya kawal gejala ni daripada menjadi lebih parah atau
lebih teruk terjadi dalam keluarga kita sendiri:
- Perlunya ada institusi kekeluargaan yang kukuh. Dari situ moraliti, rasionaliti, pegangan agama yang kukuh dan sense of responsibility dapat dipupuk. Bila anak muda takde kualiti-kualiti penting ni, hidup mereka mudah dipengaruhi oleh hawa nafsu. Mereka mahukan keseronokan dan keseronokan itu datang dalam pelbagai bentuk.
- Ekonomi negara yang lebih baik menjamin hidup yang lebih berkualiti. Rakyat hidup dengan lebih sejahtera, institusi kekeluargaan akan menjadi lebih kukuh.
- Kita simpulkan lagi sekali (boleh pulak macam tu.. haha), tak boleh menuding jari ke arah anak muda yang belum cukup matang yang hormonnya tengah membuak-buak dan sentiasa inginkan keseronokan. Kena tengok macam mana ibu bapa mendidik anak-anak mereka. Ingat, anak ni umpama kain putih masa lahir. Kalau kita tak corakkan dia, kasi dia corakkan sendiri, boleh porak-peranda jadinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan