RAMAI wanita mengamalkan kaedah merancang keluarga menggunakan pil perancang. Ada berbagai-bagai jenis pil perancang di pasaran.
Lazimnya pil perancang kombinasi iaitu yang mengandungi kedua-dua jenis hormon estrogen dan progestogen digunakan melainkan mereka yang masih menyusu ataupun mempunyai masalah penyakit seperti tekanan darah tinggi. Oleh itu seseorang wanita yang ingin mengambil pil perancang perlu berjumpa dengan doktor sebelum memulakannya supaya kesesuaian dapat dikenal pasti dan nasihat yang tepat dapat diberikan. Wanita yang berumur melebihi 35 tahun dinasihatkan mengambil pil perancang yang mengandungi kadar estrogen yang lebih rendah iaitu 20 microgram ethinyloestradiol. Pemeriksaan tekanan darah perlu dibuat serta pemeriksaan ujian pap smear. Wanita yang mempunyai masalah seperti lemah jantung atau barah payu dara tidak boleh mengambil pil perancang jenis ini. Pil perancang kombinasi bertindak melalui beberapa cara iaitu: 1. Menghalang proses ovulasi dengan menghalang pembesaran folikel. 2. Menyebabkan mukus daripada serviks menjadi kental dan menjejaskan pengangkutan sperma ke dalam rahim. 3. Tisu pada dinding rahim menjadi nipis dan tidak sesuai untuk pelekatan janin. Oleh kerana tisu dinding rahim ini nipis, pendarahan haid menjadi sedikit dan hanya beberapa hari saja. Cara pengambilan pil perancang kombinasi adalah seperti berikut: Untuk pengambilannya pada kali pertama, seseorang wanita perlu mengambil pil pertamanya pada hari pertama pendarahan haid berlaku. Pengambilan pil seterusnya diambil selama 21 hari mengikut arah anak panah pada paket pil perancang. Kesan bagi menghalang kehamilan berlaku serta-merta dalam kes ini. Jika pil pertama ini diambil pada hari kelima haid, seseorang wanita perlulah menunggu selama 14 hari sebelum penghalang kehamilan berkesan. Keadaan ini disebabkan pengambilan pil pada hari kelima haid tidak menjamin menghalang pembesaran folikel yang akhirnya akan melalui proses ovulasi dan menyebabkan wanita itu subur walaupun sedang mengambil pil perancang. Oleh itu wanita yang memulakan pengambilan pil pertamanya pada hari kelima haid dinasihatkan supaya mengguna cara lain seperti azal atau kondom untuk menghalang kehamilan selama 14 hari. Untuk pengambilan pil perancang pada bulan kedua dan seterusnya, ia perlu diambil setelah berhenti selama tujuh hari. Lazimnya pendarahan haid berlaku dalam masa tujuh hari berehat daripada mengambil pil perancang. Pil pertama untuk paket kedua dan seterusnya perlu diambil pada hari kelapan dari tarikh mula berhenti tanpa mengambil kira pendarahan haid berhenti atau tidak. Sebagai contoh, wanita A ingin memulakan pengambilan pil perancang: Pendarahan haid wanita A berlaku pada 1 Julai 2005. Wanita A mula mengambil pil yang pertama pada Jumaat, 1 Julai. Dia akan mengikut arah anak panah pada paket pil perancang hinggalah habis pil pada 21 Julai 2005. Beliau kemudian berhenti mengambil pil selama 7 hari dan akan mula mengambil pil perancang paket kedua pada 29 Julai 2005 ia itu hari Jumaat juga. Lazimnya pendarahan haid akan mula berlaku pada 22, 23 atau 24 Julai dan hanya untuk beberapa hari saja. Apa yang perlu dilakukan jika terlupa mengambil pil perancang? Jika seseorang wanita lupa mengambil pil, teruskan pengambilan pil apabila teringat semula dan teruskan pengambilan pil yang seterusnya pada masa yang lazim diambil. Jika jangka masa terlupa melebihi 12 jam (terutamanya bagi pil pertama atau terakhir pada paket) pencegahan kehamilan mungkin tidak berapa berkesan. Oleh itu sebaik saja ingat, teruskan saja pil yang sepatutnya diambil macam biasa. Oleh kerana ia mungkin tidak lagi berkesan, pasangan perlu mengambil langkah lain selama tujuh hari untuk menghalang kehamilan. Jika tujuh hari ini menjangkau melebihi paket yang ada, mulakan dengan paket baru tanpa berhenti selama tujuh hari. Bagi bulan itu, wanita ini mungkin tidak akan mengalami pendarahan haid sehinggalah ia habis paket yang seterusnya, iaitu pada bulan kedua. Kemungkinan juga pendarahan yang tidak normal berlaku, tetapi wanita ini perlu meneruskan pengambilan pil setelah memastikan bahawa ia tidak hamil. |
KERAJAAN MALAYSIA MEMANG ZALIM KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA TVRO DI UTAMAKAN KEPADA MAHARAJA FIRAUN,MENTERI,HOTEL DAN KEDUTAAN ASING.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA CELAKA DAN HARAM JADAH.ALLAH SWT PATUT TURUNKAN BALA DAN LAKNAT DI NEGARA MALAYSIA HARAM JADAH.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA SYAITAN DAN IBLIS PENGHISAP DARAH RAKYAT MALAYSIA.BENDERA MALAYSIA PATUT DI BAKAR DAN DI PIJAK.
Selasa, 2 April 2013
CARA MENGAMBIL PIL PERANCANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan