Janganlah
sampai turun bala' sebegini di Malaysia, tetapi jika ia dikehendaki
oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya.
قُلْ
مَنْ ذَا الَّذِي يَعْصِمُكُمْ مِنَ اللَّهِ إِنْ أَرَادَ بِكُمْ سُوءًا
أَوْ أَرَادَ بِكُمْ رَحْمَةً ۚ وَلَا يَجِدُونَ لَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ
وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا
"Katakanlah:
Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu
menimpakan bala bencana kepada kamu atau (siapakah yang dapat menahan
kemurahan Allah) jika Dia hendak memberikan rahmat kepada kamu? Dan
(ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: Bahawa mereka tidak akan
beroleh sesiapapun yang lain dari Allah yang akan menjadi pelindung atau
penolong mereka." (Al-Ahzab : 17)
Bala turun apabila manusia mengundang kemurkaan Allah, tidak lain kerana kerosakan dan kema'siatan yang dilakukan oleh manusia.
ظَهَرَ
الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ
لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
"Telah
timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan
sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang
demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan
perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka
kembali (insaf dan bertaubat)." (Ar-Rum : 41)
Jangan sampai bala' sebegini diturunkan oleh Allah di Malaysia, tidak mustahil, jika terus menerus ma'siat bermaharajalela di atas bumi-Nya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan