Sabtu, 7 September 2013

CINTA MONYET REMAJA SEKOLAH


Percintaan dizaman remaja sering dikaitkan dengan Cinta Monyet. Apa yang dikatakan dengan Cinta Monyet adalah cinta yang hanya berlandaskan keseronokan untuk berkawan dengan lebih intim pada kawan berlawanan jenis. Bukan Cinta yang didorong oleh perasaan tanggungjawab dan keinginan fitrah.

Boleh dikatakan rata-rata setiap orang yang melalui usia remaja mempunyai pengalaman Cinta Monyet. Dan lazimnya percintaan diusia remaja ini sering berubah dan tidak kekal lama. Ia hanya hanya hadir buat selang masa yang singkat.

Terdapat banyak punca remaja terjebak dalam kancah percintaan jenis ini. Faktor-faktor yang menjadi punca bagi keadaan ini adalah subjektif dan tidak semestinya sama dengan setiap remaja. Antara punca tersebut adalah:

cinta monyet 212x300 Punca Remaja Jatuh Cinta Monyet

♥♥♥♥ Keruntuhan institusi keluarga ♥♥♥♥
Seperti yang kita tahu, keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah seseorang anak. Apabila anak itu membesar menjadi seorang remaja, maka cabaran bagi keluarga remaja tersebut terutama ibu bapanya adalah besar. Keluarga merupakan tempat anak-anak mendapatkan kasih sayang, menjadi qudwah hasanah (teladan yang baik) dan perlindungan dari anasir-anasir luar. Jika institusi kekeluargaan tersebut sudah pincang, maka peranan sesebuah keluarga itu untuk memberi kasih sayang kepada anak-anak sudah goyah.

Hal ini menyebabkan para remaja ini bertindak mencari seseorang yang boleh memberikan mereka harapan, perlindungan dan yang lebih utama sekali, kasih sayang. Punca remaja jatuh cinta adalah disebabkan kepincangan institusi keluarga dan kurangnya kasih sayang di dalam keluarga itu yang membuatkan mereka mencari lebih kasih sayang di luar lingkungan keluarga.

♥♥♥♥ Pengaruh rakan sebaya ♥♥♥♥
Tidak dinafikan rakan sebaya memainkan peranan penting dalam membentuk perwatakan seseorang remaja. Hati mana yang tidak terusik, jiwa mana yang tidak cemburu melihat rakan-rakan tersenyum manis, bergelak ketawa bersama yang tersayang. Hal ini secara tidak langsung mendorong para remaja yang tidak pernah jatuh cinta sebelumnya memberi ruang di dalam hati mereka untuk disinggahi oleh pasangan masing-masing.

♥♥♥♥ Media massa ♥♥♥♥
Paparan demi paparan babak cinta romantis dan menyayat hati di media elektronik menjadikan para remaja terpengaruh untuk menjadi sebahagian daripada kisah cinta tersebut.

Hal ini menyebabkan para remaja lebih mudah untuk jatuh cinta. Memang tujuan sebenar pemaparan kisah-kisah cinta di media massa tersebut adalah untuk hiburan semata- mata namun secara tidak langsung para remaja akan tertarik untuk mengikutinya. Selain itu, golongan artis yang mengumumkan kisah cinta mereka kepada media turut menyebabkan para remaja tersebut mudah jatuh cinta.

17757 300x202 Punca Remaja Jatuh Cinta Monyet

Dari Faktor-faktor diatas jelaslah buat kita kenapa dan mengapa Cinta Monyet yang terbina lazimnya tidak kekal lama. Cinta Monyet yang dirasa sering berubah-rubah citarasa. Dan akhirnya menjadi kenagan dalam setiap individu.

Namun ada juga beberapa kes dari Cinta Monyet yang terjalin di kalangan remaja terus
kekal hingga mereka meningkat dewasa dan setelah mereka sedar erti tanggungjawab. Cinta Monyet yang terbina pada dasar awalnya di sudahi dengan Perkahwinan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin