Khamis, 5 September 2013

PENGETAHUAN SYAHWAT KAUM SEJENIS

1. Apakah pengertian sebenar “syahwat”. Pada keadaan apakah seseorang itu dikatakan sedang timbul keinginan syahwatnya? Dan apakah pula tanda-tandanya.? Ada orang yang mengatakan kepada saya apabila zakar mulai menegang, dan ada pula yang mengatakan apabila keluarnya mazi.
2. Apakah hukumnya apabila seseorang itu timbul keinginan syahwatnya?. Adakah perbuatan yang dilakukan olehnya sehingga menimbulkan syahwat itu dikatakan haram? Kerana saya rasa saya pernah mendengar bahawa seseuatu perkara itu dihukumkan “haram” kerana dikatakan boleh menimbulkan syahwat. Saya tidak ingat apakah perkara itu. Jadi apakah pula hukumnya jika seseorang lelaki itu yang timbul keinginan syahwatnya terhadap sesama lelaki terutamanya apabila bersentuhan dsb.? Dan adakah “sentuhan, dsbnya” itu dihukumkan sebagai haram sedangkan lelaki sesama lelaki pada umumnya tidak diharamkan bersentuhan dsb?

SJ – 2250 : ERTI SYAHWAT & BERSENTUHAN KAUM SEJENIS
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara VhoutenJr yang tidak putus-putus mengunjungi kami di web al-Ahkam online .
Nampaknya soalan yang saudara kemukakan ini memerlukan sebuah kuliah Fiqh ataupun syarahan Sains Biologi untuk menjelaskan semasak-masaknya . Namun kami ringkaskan sekadar kemampuan kami yang terbatas ini , Insya-Allah .
1 – Syahwat adalah perkataan yang berasal daripada B. Arab . Asal pengertiannya ialah :


Ertinya : Keinginan diri kepada perkara-perkara yang menyeronokkan dan melazatkan
Namun di dalam istilah yang sering kita gunakan sekarang ialah . Syahwat @ Nafsu Syahwat@ Ghairah itu ialah keinginan seks ataupun keinginan untuk mendapatkan sesuatu yang boleh memuaskan nafsu seks seseorang . Jadi tidak salah untuk kita labelkan ia sebagai “ Passion “ , “ Lust “ ataupun “ Desire “ menurut bahasa Inggeris .
Tanda-tanda seseorang yang didatangi nafsu syahwat @ ghairah ini juga perlu dilihat kepada peringkat-peringkatnya , iaiatu ada peringkat permulaan , ada peringkat pertengahan dan ada pula peringkat terakhir .
Bagi lelaki , peringkat permulaan ghairahnya dia secara biasa ( normal = tabi’e ) ialah apabila kemaluannya mulai menegang .
Dan ada juga teori yang mengatakan bahawa permulaan ghairahnya adalah ketika keluarnya air madzi ( bagi lelaki dan wanita ) . Namun ada pula teori ( fiqh & sains ) yang mengatakan bahawa saat keluarnya air madzi itu adalah peringkat pertengahan ghairah seseorang lelaki .
Manakala bagi kaum wanita mula , peringkat ghairahnya bermula apabila nafasnya sudah mulai tidak normal , degupan jantungnya pantas , suaranya tersekat-sekat dan sebagainya .
Dan peringkat terakhir bagi kedua-dua jantina itu di dalam keghairahan ialah apabila mencapai klimaks ( puncak kenikmatan ) di dalam melakukan hubungan seks ataupun setelah mencapai ejakulasi ( ejaculation ) iaitu keluarnya air mani .
Walaupun ejakulasi selalu dikaitkan ( sinonim ) dengan klimaks , namun menurut sebahagian para pengkaji bidang ini menyatakan bahawa klimaks sebenar bagi lelaki ialah apabila dia mampu memberikan “ layanan nan indah “ kepada isterinya dan bagi si wanita pula apabila menerima kasih-sayang dan perhatian daripada suaminya .
Namun , kami percaya , saudara tidak perlu bersusah-hati mengenai perkara ini , Insya-Allah apabila saudara sudah memasuki alam rumah-tangga dan sudah bergelar suami kelak , saudara pasti akan mengetahui apakah makna syahwat itu . :smirk:
2 – Syahwat itu secara asalnya tidalah tercela . Ataupun syahwat itu tidaklah tercela disebabkan ianya bernama syahwat . Namun yang menyebabkan ianya tercela ataupun terpuji apabila ditinjau di manakah disalurkan keinginan syahwat itu .
Jika syahwat itu disalurkan ke tempat yang tidak sepatutnya seperti hubungan seks secara rambang , seks sebelum nikah , seks sejenis dan sebagainya ( Wal’iyadzu BilLahi Min Dzalik ) maka sudah tentulah ianya tercela .
Namun jika ia disalurkan ke tempat yang sepatutnya dan berpandukan hukum-hakam syariat , iaitu dengan mengadakannya dengan isteri dan diadakan hubungan itu di masa dan tempat yang sewajarnya , maka sudah pasti ianya tidak tercela bahkan ianya adalah terpuji dan mendapat pahala .
Lantaran itulah Baginda Rasulullah s.a.w telah memperingatkan kita dengan sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Dzar r.a :

Ertinya : Saidina Abu Dzar r.a menceritakan : Beberapa orang para sahabat r.a berkata kepada Baginda Rasulullah s.a.w ( seperti mengeluh ) : “ Wahai Rasulullah ! , Alangkah untungnya orang-orang yang kaya-raya itu . Mereka pergi mengadap Allah dengan banyak pahala sebab mereka pun sembahyang seperti kami , mereka juga berpuasa seperti kami dan walhal mereka pula boleh bersedekah dengan lebihan-lebihan harta-benda mereka “ . Jawab baginda Rasulullah s.a.w : “ Bukankah Allah telah pun menjadikan setiap tasbih ( ucapan SubhanalLah ) yang kamu ucapkan itu sebagai sedekah ? . Bukankah Allah juga telah menjadikan pahala kamu bertahmid ( ucapan Alhamdulillah ) itu seperti pahala sedekah ? . Dan bukankah Allah juga telah menjadikan setiap tahlil ( ucapan La Ilaha IllalLah ) , setiap amar makruf dan nahi munkar itu sebagai sedekah ? . Hatta jika kamu mendatangi ( jimak ) dengan isterimu pun itu dianggap sedekah !? “ . Para sahabat r.a bertanya kehairanan : “ Wahai Rasulullah ! , bagaimana kami boleh mendapat pahala hanya dengan berseronok-seronok berjimak dengan isteri-isteri kami ? “ . Jawab Baginda Rasulullah s.a.w : “ Ya , boleh dapat pahala . Cuba kamu semua fikirkan , kalau seseorang itu memuaskan nafsu syahwatnya secara haram , tidakkah ini bermakna dia telah berdosa ? . Maka , begitulah pula jika dipuaskan nafsu syahwatnya dengan cara yang halal , maka sudah tentulah dia akan mendapat pahala “ . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim rh di dalam sahihnya [ Kitab az-Zakat : Hadist ke-53 , Bab-16 : Bab Kullu Ma’aruf Sodaqah . Jilid ke-7 , ms 75 ] dan diriwayatkan juga oleh Al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh [ 5 / 167 / 168 ] dan Al-Imam Abu Daud rh . { Tatawwu’ : 12 ] & [ Adab : 160 ] .
Adapun masalah bersentuhan di antara kaum sejenis seperti lelaki dengan lelaki . Pada asalnya ( sebagai mana kata saudara ) memanglah bersentuhan di antara kaum sejenis itu tidak dilarang .
Akan tetapi apabila ia boleh membawa kepada fitnah dan bahaya seperti bagi seorang lelaki yang mudah terangsang nafsu syahwatnya dan nafsunya pula pelik - “ suka kepada kaum sejenis “ – maka diharamkan bersentuhan dengan mereka ataupun mereka itu haram menyentuh rakan-rakan mereka walaupun drp kaum sejenis . Ini sebagai pencegahan awal daripada berlakunya perkara yang tidak diingini ( seperti liwat dan homoseksual ) – Wal’iyadzubilLahi Min Dzalik .
Begitu juga , di dalam istilah fiqh ada disebut perkataan “ AMROD “ ( ÇáÃãÑÏ ) . Apakah “ Amrod “ itu ? .Amrod ialah budak-budak lelaki di sekitar usia 10 – 15 tahun yang mempunyai rupa yang menarik dan boleh menyebabkan si lelaki itu sendiri “ geram “ apabila memandang kepadanya .
Hukum asal memandang “ Amrod “ ialah HARUS sebagai mana kita ( lelaki ) boleh memandang sesama kaum sejenis kita . Akan tetapi apabila memandang itu boleh menyebabkan orang yang “ berpenyakit jiwa “ itu ghairah dan naik nafsunya , maka DIHARAMKAN sama sekali dia memandang kepada “ Amrod “ kerana dikhuatiri akan berlaku pula perkara yang tidak sepatutnya .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin