Bercakap mengenai dakwaan bahawa kenapa kita tidak menghantar jet
pejuang kita untuk menolong mereka di Mesir misalnya, kenapa tidak
menghantar kereta kebal kita misalnya untuk menolong rakyat Palestin,
kenapa kita tidak menghantar askar-askar kita untuk menolong kaum
Rohingya. Saya rasa ini adalah pemikiran mereka yang dunggu akalnya.
Kenapa saya bertanya demkian? Mari, saya ajak kalian untuk berfikir.
Dalam isu ini, bukan jet pejuang kita yang menjadi persoalan tetapi
bagaimanakah kita mahu menghantar jet tersebut tanpa ditembak oleh
negara lain kerana menceroboh ruang udara mereka sebelum sempat sampai
ke Gaza dan negara-negara yang berkaitan? Pernah dengar tak mengenai Air
Invasion, Sea Invasion, DAN Land Invasion? Kalau kita hantar jet
pejuang kita, menceroboh ruang udara negara-negara yang akan kita lalu
ketika melintasi negara-negara lain, sudah pastinya kita akan ditembak
oleh roket mereka. Tak perlu sampai Israel pun sebab perbuatan bodoh
hasil cadangan beliau.
Malaysia tak ada aircraft carrier dan tak ada satu negara Islam pun
didunia yang mampu membina aircraft carrier ni. Ohh, kamu tahu ke
aircraft carrier ni apa ? Hehehehe... Untuk pengetahuan ustaz, aircraft
carrier adalah nama dalam bahasa Inggeris untuk ‘Kapal Pengangkut
Pesawat’. Bentuknya sebegini, dan ini adalah contohnya:
Nak tahu ini kapal apa? Inilah aircraft carrier bertenaga nuklear, Kelas Nimitz. Tahu berapa harganya? US$4.5billion.
Negara yang mempunyai aircraft carrier yang paling banyak ialah Amerika
Syarikat dengan 11 aircraft carrier manakala 9 negara lain sekadar
menmpunyai dua atau 1 sahaja aircraft carrier. Hanya ada 10 sahaja
negara di dunia yang mempunyai aircraft carrier. Dan Persekutuan Rusia
pun hanya mempunyai dua sahaja, kelas Admiral Kuznetsov.
Nabi sendiri mengajar kita untuk berperang menggunakan strategi,
bukannya melulu macam cadangan MELEIS yang akan memberikan semua hak
yang diperlukan pentadbiran Amerika Syarikat untuk merogol kedaulatan
tanahair kita yang tercinta ini. Nabi tak akan dapat menawan Kota
Khaibar, kota yang menjadi rebutan Rom dan Parsi daripada umat Islam
kalau tanpa strategi dan taktikal, bukannya nabi suruh kita melulu
berani mati. Begitu juga dengan sekarang, kita harus membuat analisis
dan strategi untuk menyerang. Tanpa analisis, anda hanya turun untuk
mati dalam peperangan. Jom kita buat analisis. Analisis itu ialah salah
satu taktikal perang.
Hayati bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh mahu menawan Kota
Konstatinople, bukan sehari dua perancangan. Sudha banyak raja-raja
sebelum ini yang tewas dan tidak berjaya menawan kubu kuat umat Kristian
itu. Apakah kita melulu untuk pergi menyerang? Tidak! Sultan Muhammad
Al-Fateh memastikan askar-askarnya menjadi antara yang terhebat dengan
latihan demi latihan. Bahkan bukan dengan itu sahaja, baginda turut
melengkapkan askarnya dengan teknologi canggih seperti Meriam yang
dicipta oleh rakyat Byzantine yang memeluk Islam. Sultan Muhammad
Al-Fateh membuat kajian demi kajian mengenai kelemahan-kelemahan kota
yang disebutkan.
Mengenai isu Mesir, tahukah yang berlaku di sana adalah isu dalaman?
Apabila kita masuk campur, maka ini bermakna kita mencabul kehormatan
negara demikian. Kita bukannya negara seperti USA yang mempunyai kuasa
VETO. Kita hanya boleh masuk tanpa diserang oleh tentera-tentera
bersekutu PBB melalui tentera pengaman yang akan dibentuk oleh PBB
sendiri. Apabila ini berlaku, tahukah anda bahawa Malaysia tidak pernah
terlepas dalam membantu umat Islam?
Tentera pengaman di Bosnia, Somalia dan Lubnan misalnya, siapakah yang
negara yang menjadi wira menyelamatkan umat Islam bahkan menyelamatkan
tentera USA dalam pertempuran? Malaysia! Siapakah yang mengajar
anak-anak Bosnia ilmu pengetahuan mengenai dunia bahkan akhirat?
Malaysia! Siapakah yang menghantar pasukan komando Khas ke Bosnia untuk
membuat kerja 'kotor'? Malaysia!
Tolonglah fahami bahawa JIHAD itu bukan BERMAKSUD, ANDA "BERBOGEL"
memasuki negara orang lalu mengajak berperang! Ya, tentera Islam
memenangi peperangan dengan bantuan ALLAH. Tetapi ingatkah kalian janji
ALLAH bahawa ALLAH tidak akan membantu sesuatu bangsa andai bangsa itu
tidak mengubahnya?
Tentera Islam dulu berperang bukan dengan semangat sahaja, tetapi
TEKNOLOGI DAN AKAL! Pedang lengkung yang digunakan oleh umat Islam mampu
memotong BENANG SUTERA! Akal fikiran nabi Muhammad, Khalid Al-Walid dan
Sultan Muhammad Al-Fateh merancang taktikal dalam peperangan itu
membantu umat Islam!
Tolong! Saya seru kita jangan jadi MEREKA YANG RENDAH IQ! Anda bijak!
Saya tahu! Gunakan akal sebelum bercakap mengenai satu perkara!
Islam mengajar kita jangan mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Tetapi kenapa cara kalian berfikir sebaliknya?
Hayati kata-kata dari genius yang merangka strategi perang:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan