Rabu, 25 September 2013

PILIHAN RAKYAT UNTUK MEMILIH PEMIMPIN


PRU sudah pun bermula sejak terbubarnya parlimen. Inilah masa untuk parti-parti politik berkempen untuk meraih undi serta menawarkan janji-janjinya untuk memajukan negara Malaysia yang tercinta ini. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berpelembagaan. Jadi tidak hairanlah parti-parti politik berusaha untuk mengambil peluang ini untuk cuba mentadbir negara. Untuk tidak membuang masa lagi, mari kenali pilihan anda.

Apa itu Demokrasi ?

Secara ringkasnya, demokrasi adalah suatu sistem dimana cara untuk memilih pemimpin untuk mentadbir sesebuah negara. Mereka perlu mendedahkan keburukan dan kelemahan pihak lawan supaya rakyat tahu yang mana pilihan mereka. Rakyat tidak mampu untuk memimpin negara tapi rakyat ada kuasa untuk memilih, mengkritik dan menolak pemimpin yang lemah dalam tugasnya. 

Barisan Nasional.


Seperti telah diketahui, parti Barisan Nasional telah pun memerintah Malaysia sejak merdeka lagi. Kini sudah pun 50 tahun lebih Malaysia berada dalam pentadbiranya. Menjelang PRU ke 13, mereka berusaha untuk menambah baikkan pentadbiranya supaya dapat memberi kebajikan kepada rakyat. Barisan Nasional adalah gabungan tiga buah parti iaitu UMNO, MCA dan MIC.

Pakatan Rakyat.



Begitu juga Pakatan Rakyat, mereka juga sedang berusaha keras untuk mentadbir Malaysia dengan lebih baik supaya rakyat lebih selesa hidup di Malaysia dan menaikkan taraf hidup masing-masing. Pakatan Rakyat terdiri daripada gabungan tiga buah parti iaitu PAS, DAP dan PKR. Sebagai parti pembangkang, mereka lebih berusaha keras untuk menawan Putrajaya yang kini dimiliki oleh pihak BN.

Faktor pemilihan.

Kita tahu, apa yang perlu kita pilih semestinya yang baik-baik, adil dan jujur serta bebas masalah jenayah. Sebagai negara Islam, pilihan utama ialah semestinya pihak yang ingin mengamalkan syariat Allah serta hukum-hakam Islam. Agama Islam adalah agama yang benar dan semestinya banyak tentangan yang berlaku di dalamnya. Seperti agama lain, ustaz saya pernah cakap bahawa syaitan tidak akan membuatkan penganut agama lain was-was dengan kepercayaan mereka malah berasa lebih yakin dengannya. Jadi, sebagai muslim kita perlu sentiasa bertawakal dan bertakwa kepada Allah. Sebab itu ramai muslim yang berasa was-was dalam beragama kerana syaitan ingin menyesatkan anak Adam.

Syarat utama dalam pemilihan:


  1. Pemimpin yang menjalankan hukum Allah seperti Hudud, Ta'zir dan Qisas.
  2. Pemimpin yang adil, tegas dan penyayang.
  3. Pemimpin yang selalu mengingatkan rakyatnya akan keagamaan walaupun rakyatnya berbilang kepercayaan. Sudah tentu setiap kepercayaan mengajarkan kebaikan dan keadilan.
  4. Pemimpin yang melakukan tugasnya dengan baik dalam memberi kebajikan dan keselesaan.
Jadi, anda tahu akan pilihan anda. Disebabkan politik di Malaysia sudah banyak keraguan, saya nasihatkan supaya kalian tidaklah terjerumus dalam kancah peperangan tersebut. Kalau nak berkempen, berkempenlah dengan adil dan saksama. Anda tahu, pilihan anda. Kita bertanggungjawab di akhirat nanti atas pilihan kita. Allah akan tanya pada kita mengapa kita memilih pemimpin yang tidak adil, tidak menjalankan hukum Allah sekiranya kita sengaja atau tersalah pilih. Anda berhak memilih. In Shaa Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin