Khamis, 26 September 2013

SEJARAH MALAYSIA DI LENCONG WAJAH YANG SEBENARNYA





Jika sebelum ini banyak keraguan telah ditimbulkan mengenai keraguan sejarah Malaysia dan pembongkaran demi pembongkaran pemalsuan sejarah telah dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab, sama ada melalui buku teks sejarah mahupun yang kenyataan para pemimpin Negara. Kali ini timbul pula keraguan adakah Malaysia kerajaan boneka?

Untuk mengetahui perkara ini kita perlu mengkaji semula beberapa perkara, antara Perjanjian London 1956. Berikut merupakan isi kandungan perjanjian tersebut.
  • Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
  • Pelantikan seruhanjaya bebas untuk menggubala Perlembagaan Merdeka.
  • Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat di Persekutuan Tanah Melayu.
  • Satu perjanjian pertahanan dengan British akan ditandatangi bagi menjaga keselamatan dan kepentingan ekonomi British di Persekutuan Tanah Melayu
  • Konsep Raja Berpelembagaan dikekalkan.
  • Pembahagian kuasa di antara kerajaan pusat dan negeri diteruskan.
Memang jelas isi kandungan perjanjian London 1956 sebenarnya menjaga kepentingan penjajah. Padahal kita tidak perlukan meminta kemerdekaan daripada mereka, bahkan berhak untuk merampas semua asset milik penjajah yang berada di Tanah Melayu sebagaimana yang dilakukan oleh Negara jiran kita, Indonesia.

Bukan itu sahaja, pemilihan golongan nasionalis sebagai pemerintah menjadikan kemerdekaan ini semakin meragukan kerana ia kelihatan lebih menguntung penjajah kerana (petikan daripada post sebelum ini) :-
  1. Sekiranya golongan nasionalis tidak memimpin Negara maka pastilah golongan agamawan akan menjadi pemimpin kepada kemerdekaan Malaya. Ini sememang bertentang dengan dasar British yang berusaha untuk memadamkan tamadun Islam di dunia selepas jatuhnya empayar islam yang tulen dan terakhir pada tahun 1924 di turki uthmaniyyah.
  2. British mahu memastikan umat islam akan terus berpecah-belah dan tidak akan bersatu atas dasar akidah islamiyyah. Sebagai contoh dalam situasi kita di Asia Tenggara, Malaysia dan Indonesia pun kadang-kadang bertelagah walhal kedua-kedua Negara majoriti islam. Hal ini disebabkan oleh prinsip ‘negara bangsa’ acuan british telah didokong oleh golongan nasionalis. Malaysia adalah Malaysia, Indonesia adalah Indonesia dan agama bukan menjadi agenda utama. Situasi yang sama juga turut berlaku Negara-negara arab ketika pasca perang dunia kedua, wilayah dipecah-pecahkan dan didirikan atas dasar Negara bangsa agar umat islam di Timur Tengah terus berpecah belah dan berdiri dibawah bendera-bendera mereka dan bukannya atas dasar akidah.
  3. Hanya golongan nasionalis yang boleh menjadi pengikut kepada penjajah, sedangkan golongan agama pasti akan mencorakkan negara berbeza daripada kehendak penjajah. Buktinya negara kita terus subur dengan perlembagaan ciptaan British yang sememangnya ditolak oleh golongan agama kerana perlembagaan tersebut berfahaman Sekular (memisahkan kehidupan bernegara dengan kehidupan beragama) yang amat bertentangan dengan Islam walaupun tercatat di dalamnya Islam sebagai agama persekutuan di Malaysia.
Hakikatnya Parti Perikatan ialah anak angkat penjajah. Watak mereka dihidupkan untuk menjadi wira ciplak yang menentang penubuhan Malayan Union, manakala gerak-gerakan kemerdekaan yang wujud pada masa itu dimatikan dan diharamkan.

Golongan nasionalis yang diangkat sebagai wira kebanyakkan mendapat pendidikan di London dan menerima British sebagai contoh teladan kepada pembangunan. Berbeza dengan gerakan-gerakan kemerdekaan yang lain yang sememang benci kepada tamadun British di mana sebahagian gerakan ini berpaksikan gerakan Islah di Timur Tengah, Komunis di China dan semangat nusantara.

Gerakan-gerakan kemerdekaan yang ada pada masa itu (selain Parti Perikatan) tidak berkompromi dalam soal hak atau pemilikan asset penjajah. Bahkan mereka lebih sedar akan hakikat neo-colonial. Gerakan-gerakan ini tidak mahu langsung menerima campur tangan British di tanah Melayu sama ada dalam usaha penggubalan undang-undang atau urus tadbir. Apatah lagi menjadikan sang penjajah tersebut sebagai role model kepada pembangunan Tanah Melayu.

British mula sedar, lambat laun kemerdekaan Tanah Melayu pasti akan berlaku akibat daripada kesedaran rakyat. Oleh itu mereka tiada pilihan lain dengan menggunakan cara ini untuk ‘membebaskan’ Malaya dan Parti Perikatan ialah peluang terbaik agar mereka tidak mengalami kerugian besar seperti ruginya Belanda di Indonesia.



Lebih jijik lagi golongan nasionalis yang dipilih bagi menguasai Tanah Melayu 'bagaikan' akur terhadap tindakan-tindakan British yang mengharamkan gerakan-gerakan awal kemerdekaan. Sejarah mula dilencongkan dan tokoh-tokoh awal yang menjadi peniup semangat kemerdekaan seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam (gambar) dan lain-lain lagi ‘seolah-olah’ dipadamkan dari sejarah dan dilenyapkan dari pengetahuan generasi pasca merdeka. Parti Perikatan pula dicanangkan menjadi watak utama di dalam buku Teks sejarah.

Manakala Komunis yang pada awalnya menjadi salah satu wadah kemerdekaan diburuk-buruk akibat tindak balas mereka sebaik sahaja mereka sedar bahawa mereka hanyalah alat British untuk menentang Jepun.

Corak penjajahan ini bukan sahaja berlaku di Negara kita, bahkan dapat disaksikan di beberapa buah Negara Islam yang lain seperti Mesir dan Turki ketika pasca perang dunia kedua. Golongan-golongan awal yang mempertahankan kedaulatan seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir turut diharamkan.

Palestin juga hampir menerima nasib yang sama hasil usaha Israel menaikan Fatah dan menamakan HAMAS sebagai pengganas, namun HAMAS masih utuh di atas  tapak perjuangannya menentang kekejaman Israel sehingga kini.

Bukan penulis tidak bersyukur dengan pencapaian hari ini, sememangnya penulis bersyukur kerana atas nikmat ‘kemerdekaan’ yang dikecapi ini kerana kita masih beroleh keamanan. Tapi penulis tidak boleh bertolak ansur dengan sejarah yang dilencongkan.

Selepas ini penulis akan menerbitkan artikel yang berkaitan Sejarah Sebenar Kemerdekaan Sabah. Nantikan!

Sekian kritikan.

p/s: Kalau benar nasionalis itu bukan wira ciplak ciptaan penjajah, siapakah antara tokoh-tokoh nasionalis tersebut yang diburu oleh penjajah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin