Ahad, 22 September 2013

KONGSI AGAMA MENGENAI IBU BAPA YANG JAHAT

Seringkali kita mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. Pernahkah kita sebagai Ibubapa mengkaji dan merenung sejenak kenapa anak-anak pada hari ini semakin nakal, jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Memberikan didikan agama yang cukup?.

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. 
Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).”
Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. 
Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri. 


Pada hakikatnya, hari ini lebih ramai ibubapa yang terlebih dahulu menderhaka kepada anak-anak. Dengan didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak maka lahirlah genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.


Terdapat beberapa faktor yang menjadikan kita sebagai Ibubapa yang derhaka terhadap anak-anak. Antaranya ialah:-

1)      Tidak Mencarikan pasangan yang baik/mulia untuk anak2.

Ibubapa atau bakal ibubapa yang berada di luar sana harus sentiasa beringat, untuk menjadi ibubapa yang baik, bukan hanya bermula dari selepas isteri selamat melahirkan anak, ianya telah bermula dari sebelum berkahwin, lebih tepat lagi sebelum dari proses hendak mencari pasangan hidup.

Firman Allah ada menyebut, "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" dan sebaliknya. Justeru, kalau kita mahukan pasangan yang baik, kita haruslah berkelakuan baik. In Sha Allah, kita akan dapat jodoh yang baik. Bila dah dapat jodoh yang baik, In Sha Allah akan mendapat anak  yang baik dan tidak derhaka  kepada ibubapanya.

2)      Tidak memberikan nama yang baik kepada anak2.

Panggillah anak2 dengan nama yang elok…sebab itu disunatkan memberikan nama yg mempunyai maksud yang baik.

3)      Tidak mengkhatankan anak perempuan.

4)      Tidak memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak2.

Layan karenah anak2, jangan menengking anak2, cari masa untuki bersama anak2, berkomunikasilah dengan anak2 bila anak2 merasakan dekat dengan ibubapa, sudah tentu mereka tidak akan menderhaka kepda ibubapa. Anak yang merasakan ‘jauh’ dari ibubapa ada kemungkinan untuk menderhaka kepada ibubapa.

5)      Tidak patuhi janji2 kepada anak2.

6)      Tidak bagi nafkah yang secukupnya kepada anak2.

Berdosa mensia-siakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Utamakan pelajaran anak2 dan ingatlah, anak2 tidak akan berkira dengan ibubapa yang tidak pernah berkira dengan mereka.

7)      Tidak mengajar halal/haram akan sesuatu perkara kepada anak2.

Ajarlah ayat2 Al-Quran kepada anak2mu dan tidak ketinggalan ajarkan Solat kepada mereka.
 

Banyak lagi faktor2 lain yang tidak sempat dikongsi oleh Ustaz kerana kekangan masa. Walaupun begitu, semoga perkongsian yang sedikit ini membuka pintu hati kita untuk mengaudit diri kita sendiri. Renunglah dan fikirkanlah sejenak adakah kita terlebih dahulu telah “derhaka” terhadap anak2 kita?? Saya bersetuju dengan kata2 Ustaz, kederhakaan seseorang anak itu adalah berpunca dari kederhakaan ibubapanya sendiri….Nauzubillah….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin