Rabu, 25 September 2013

RAKYAT ADA KUASA UNTUK MEMILIH PEMIPIN


Dalam sebuah kempen peperangan, pihak yang mempunyai kelebihan dan berjaya mengekalkan keadaan yang tidak seimbang itu akan mengatasi pihak lawan dengan mudah.
Namun, sebaliknya akan berlaku jika pihak-pihak yang terlibat dalam peperangan mempunyai kemampuan yang seimbang. Kemenangan akan menjadi terlalu sulit dan peperangan akan membelenggu mereka untuk jangka masa yang panjang.
Bagaimana pula kisahnya jika pihak yang mempunyai kelebihan sanggup tidak menggunakannya hanya kerana mahu dilihat sebagai adil? 
Seperti babak seorang hero yang sanggup membuangkan senjatanya agar dilihat bertarung secara adil dengan lawan yang tidak bersenjata? 
Berbaloikah jika kalah? Siapa yang kalah? Panglima perang sorang sajakah yang kalah atau AGAMA, BANGSA DAN NEGARA yang kalah? Dalam mana-mana peperangan sekali pun tidak ada pihak yang sanggup kalah!
Tak mengapa kita bertarung dimedia sosial dan blog? Kita sahut cabaran mereka tanpa gunakan kuasa... Tak perlu kita sekat apa-apa... Biarkan mereka bebas nak kata apa.. Rakyat Malaysia sudah matang dan bijak menilai.. Oh bijak ..

Kalau dah tiap-tiap hari kene suap dengan fitnah dan dakyah... Facebook dan Twiter mereka tidak pernah sunyi dari komen tohmahan dan  benci..

Di youtube dengan cadangan video teratas ceramah Ustaz Azhar Idrus dan siri pidato DS Anwar Ibrahim...

Di smartphone pula dengan aplikasi AP Mobile yang penuh dengan suapan MALAYSIAKINI, FREE MALAYSIA TODAY, THE MALAYSIAN INSIDER

   ... belum lihat kerja kuat jentera mereka siang dan malam.... update status lebih 5 kali sejam.. reka grafik hina pemimpin melayu...T shirt... sesi teh tarik setiap daerah....siap dengan gaji bulanan dan waktu dan tempat kerja yang flexible... 

Boleh kita kata sebagai kerajaan yang berkuasa hari ini, sebagai pemegang amanah AGAMA BANGSA DAN NEGARA, kita telah gunakan segala kuasa dan keupayaan yang ada ditangan kita untuk mempertahankannya?
Apakah lagi nilai yang tinggal pada KEADILAN, KEBEBASAN DAN DEMOKRASI...  jika kita telah kalah?
Jika pihak lawan pula berkuasa, sudah pastilah mereka akan membenamkan kita habis-habisan hingga kita tidak mampu untuk bangun lagi..

Kita memang nak menang dalam peperangan ini tetapi kita boleh lagi bercongak sama ada nak guna cara mudah atau nak guna cara susah.. kufur nikmat kah?


Kita masih diberi peluang kedua..
Selagi ada kuasa....gunakanlah.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin