Jumaat, 27 September 2013

MALAYSIA DAN PATTANI,THAILAND

Autonomi Najib

Dalam Simposium AntaraBangsa Institut Kefahaman Islam(IKIM) yang bertajuk:
 ISLAM DAN ERA BARU NEGARA ASEAN,Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak telah menyatakan bahawa umat islam yang wujud sebagai minority di bawah penjajah bukan islam harus sedar bahawa pilihan yang terbaik untuk mereka adalah Otonomi.Kemerdekaan adalah tidak realistik tambah beliau.Mereka harus sedar bahawa mereka adalah hidup dibawah pemerintah bukan islam dan harus memberi kerjasama penuh pada pemerintah mereka.Tambahnya, komuniti ini harus mengiktiraf tanggung jawab sebenar dalam Negara masing-masing dan menyumbang untuk pengukuhan moral dan sosio-ekonomi di Negara terbabit.Penyelesaian sebenenar bagi penduduk peribumi islam Thailand,Filipina dan Myammar mesti dicari.Satu bentuk otonomi,bukan kemerdekaan tetapi otonomi ugama,kebudayaan dan pendidikan perlu diberi kepada mereka dan di lindungi termasuk mempertingkatkan peluang sosio-ekonomi.
Katanya Negara Malaysia juga memainkan peranan penting membantu kerajaan Thailand dalam usaha menstabilkan keselamatan dan keamanan melalui kerjasama dua hala dengan puak minoriti Islam di wilayah Selatan Thailand.Kami mahu melihat tambah beliau, bahawa demi masa depan, Malaysia akan terus memainkan peranan.
Sebenarnya  kenyataan ini tidak lah memeranjatkan kami,kerana sememang sejak dari dulu kita menyedari bahawa Malaysia ,kalau di bandingkan dengan penjajah Thai adalah menentang kewujudan sebuah Negara Patani yang merdeka. Ini bukan dasar baru.Kerana Malaysia yang mewarisi dasar penjajah Inggeris telah dari dulu menolak tawaran Patani di masuk kan dalam gagasan persekutuan Tanah Melayu kemudian juga menolak cadangan yang sama ketika penubuhan gagasan Malaysia 1963 dulu.
Kalau Inggeris yang memFaraidkan bumi Patani dengan penjajah Thai melalui perjanjian Anglo-Bangkok ,Malaysia juga dengan sebab-sebab yang mereka sahaja yang tahu meneruskan Polisi ini. Almarhum Tengku Mahmud Mahyidin telah dijanjikan oleh penjajah Inggeris dalam perang dunja kedua untuk memasuk kan Patani kedalam Persekutuan Tanah Melayu jika pihak Almarhum Berjaya mengumpul penenantang secara gurilla terhadap Tentera Jepun. Setelah perang selesai walaupun pihak Inggeris sedia memenuhi janji tersebut tetapi hasrat itu dihalang oleh Amerika.
Yang menjadi persolan sekarang apakah kerana kepentingan Politik-Ekonomi Malaysia -Thai dan keselamatan ASEAN Aspirasi rakyat Patani harus di korbankan dan tidak ada arti sama sekali? Apakah rakyat Patani ini suatu entiti yang tidak perlu di ambil peduli sama sekali.Jika begini pendirian Malaysia,tidak ada bezanya dengan sikap PenjajahThai yang tidak pernah  mengiktiraf Bangsa Melayu  Patani sebagai manusia!!!
Dilema sekarang apakah akan jadi dengan perundingan yang sedang berjalan di antara penjajah Thai dan wakil Rakyat Patani di Kuala Lumpur setiap bulan itu? Apakah skrip nya sudah di siapkan dari awal antara penjajah Thai dengan kerajaan Malaysia? Lebih mengelirukan lagi ialah,pihak penjajah Thai secara tidak langsung mengiktiraf wakil-wakil perunding rakyat Patani itu adalah pejuang pembebasan bukan nya pengganas! Mereka juga telah bersetuju untuk berbincang apa sahaja isu termasuk menentukan nasib sendiri oleh rakyat Patani.Secara tidak rasmi mereka bersetuju menarik balik syarat awal iaitu perbincangan ini harus tidak terkeluar dari panduan garisan perlembangan Thailand.Akan tetapi kami keliru dengan pendirian Malaysia sebenar.
Apakah pihak intellijen Malaysia tidak menjalankan tugas dengan meninjau kedudukan perasaan rakyat Patani sekarang;atau sengaja mempersembahkan lapuran palsu yang di arah oleh pihak atasan?.
Rata-rata di mana sahaja kalau kita pergi ka-kota atau ka desa rakyat Patani sudah bersedia untuk dan sanggup menanggung sebarang risiko di atas keengkaran mereka untuk terus berada di bawah penjajah Thailand.
Penjajah Thai dan sebahagian rakyat mereka sudah sedar dan bosan dengan suasana yang sedang berlaku sekarang di Patani.Ia telah menelan belanja berbilion Dollar dan mengorban beribu-ribu jiwa.Walau apa pujukan dan helah yang di lakukan terhadap rakyat Patani, namun tidak sedikit pun mengurang kan penentangan rakyat terhadap penjajah.Memang kami sedar dan bersedia untuk berjuang bersendirian tanpa bantuan luar sama ada dari dunia Islam atau dunia melayu.Kebangkitan yang menyeluruh kali ini adalah diatas kesedaran anak-anak muda terhadap nasib bangsa dan ugama yang telah di tindas sejak dua ratus tahun yang lalu.
Masaalah Patani tidak semudah yang disangka oleh Dato Najib,iaitu kalau peluang Sosio Ekonomi dan Pelajaran di beri pada kami selesai.Tidak sama sekali!!!! Masaalah kami adalah masaalah Negara kami di jajah kerana kami kalah dalam peperangan.Dan Islam memfardhukan kepada kami supaya mempertahankan aqidah ini dengan Jihad pada jalan Allah swt. Tanggungjawab ini munkin tidak jatuh pada bahu Malaysia atau saudara sebangsa yang lain. Justeru itu pihak luar harus faham dan peka dengan status quo ini.Apa saja perdamaian atau penyelesaian jika tidak di ambil kira kehendak rakyat Patani tidak akan mendapat keamanan yang kekal.Hanya orang yang bebas sahaja akan berhenti berperang dan berjuang!! Malaysia jangan mahu menjaga menjaga kepentingan jangka pendek mereka sahaja.
Kita sedar Malaysia telah makan faraidh lebih dari 1 bilion dolar setahun sejak bertahun-tahun yang lalu hasil dan perjanjian hasil bumi bertindeh di sempadan! Jangan kerana kepentigan yang tidak halal ini sanggup menggadai anak bangsa dan ugama sendiri.
SEKARANG! Apa kah harapan yang Malaysia mahu dari rundingan damai yang sedang berjalan  di Malaysia ini. Munkin beberapa pemimpin Patani nampak mudah di perarah dan di ugut oleh pihak keselamatan Malaysia. Tapi percaya lah Malaysia tidak akan mendapat apa-apa keuntungan dari tindakan begini. Mereka boleh di ugut dengan penangkapan atau dihalau keluar dari Malaysia,tapi tindakan ini tidak akan menyelesaikan masaalah. Sedar lah bahawa rakyat Patani mahu masa depan mereka ditentukan oleh mereka sendiri.Biarkan orang Patani menentukan hala tuju sendiri.
Walaupun tindakan kita pilih penyelesaian dengan cara mengangkat senjata,tapi kami juga bersedia kemeja perundingan jika mereka atau mana-mana pihak bersedia menghurmati pendirian kami. Walau apa perundingan dan perjanjian dibuat,peperangan bersenjata tidak akan di hentikan selagi nasib bangsa dan negara kami masih tidak menentu.
Kami menyeru kepada pihak-pihak yang sudah meletakkan harapan yang tinggi pada rundingan ini supaya mengkaji dan memikir semula di atas pernyataan yang jelas yang di buat oleh Dato Najib itu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin