Ahad, 13 Disember 2009

KING BHUMIBOL.

Bhumibol Adulyadej (bahasa Thai: ภูมิพลอดุลยเดช; IPA: /pʰuːmipʰon adunjadeːt/; Institut Diraja: Phumiphon Adunyadet; dengar (bantuan·maklumat)) (lahir Isnin, 5 Disember, 1927, adalah raja Thailand yang terkini dan digelar "yang Agung" (Thai: มหาราช, Maharaja). Beliau juga dikenali sebagai Rama IX. Bhumibol telah memerintah sejak 9 Jun, 1946 dan menjadi raja yang paling lama berada di takhta kerajaan Thai. [1]
Walaupun Bhumibol adalah seorang raja berperlembagaan, beliau telah beberapa kali masuk campur dalam hal ehwal politik Thailand termasuk krisis politik Thailand 2005-2006. Beliau juga mempunyai peranan dalam membawa negara Thai ke arus demokrasi pada 1990an walaupun pada awalnya beliau pernah menyokong pemerintahan rejim tentera. Baru-baru ini beliau menyokongi perbuatan pihak tentera yang mengguling kerajaan Thaksin Shinawatra semasa kudeta Thailand 2006. Sebagai seorang jutawan, Bhumibol banyak menggunakan kemewahannya untuk membiayai projek pembangunan terutama sekali di tempat-tempat perkampungan. Beliau merupakan seorang raja yang sangat dihormati dan disukai rakyatnya dan sering kali didewakan. Para pengkritik, terutama sekali mereka yang berada di luar Thailand, menganggap keadaan ini berlaku akibat dasar tentangan keras kerajaan Thai atas segala bentuk kritikan yang dikenakan kepada institusi diraja.[2]
Bhumibol dilahirkan di Amerika Syarikat dan menerima pendidikannya di Switzerland. Beliau juga merupakan seorang ahli muzik, artis dan pelayar yang ulung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin