Ahad, 13 Disember 2009

SEJARAH KEDAH

sumbangan saya sedikit tetapi sokongan saya ikhlas.”
Penderma:
Yizhao Lang
Tarikh:
21 September 2009
Jumlah:
USD 1.95
Menderma
[Singkir]
[Perlihat]Wikipedia Selamanya Pengetahuan kita. Khazanah kita. Bantulah kami melindunginya.
[Perlihat]Wikipedia Selamanya Pengetahuan kita. Khazanah kita. Bantulah kami melindunginya.
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Sejarah Malaysia
Sebahagian daripada siri Sejarah Malaysia

Prasejarah Malaysia (40,000-2,000 SM)
Gangga Negara (abad ke-2-11)
Langkasuka (abad ke-2-14)
Pan Pan (abad ke-3-5)
Srivijaya (abad ke-3 -1400)
Kedah Tua (1136 -???)
Majapahit (1293-1500)
Kesultanan Melaka (1402-1511)
Kesultanan Johor (1528-kini)
Perang Saudara Jementah (1879)
Persekutuan Pattani Besar (1603-1785)
Raja Putih (1841-1946)
Malaya British (1874-1946)
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Borneo Utara (1882-1963)
Penentangan Mat Salleh (1896-1900)
Perang Dunia II (1941-1945)
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)
Hari Kemerdekaan (1957)
Persekutuan Malaysia (1963-kini)
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)
[sunting]
Perjanjian Inggeris-Siam 1909 dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo Siam 1909. Perjanjian ini diadakan di Istana Raja Thailand di Bangkok yang diusahakan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir John Anderson.
Britain tidak dapat bertangguh lagi untuk menguasai seluruh Tanah Melayu kerana negeri-negeri ini kaya dengan biji timah dan sesuai ditanam dengan getah. Tambahan pula negeri-negeri Melayu ini amat sesuai disatukan kerana mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu sama dari segi bahasa, agama, bangsa, cara hidup, kebudayaan dan lain-lain.
Perjanjian ini merupakan perjanjian yang ke-8 dalam usaha British menguasai utara Tanah Melayu. Perjanjian sebelum ini ialah :
Perjanjian Burney 1826
Perjanjian Sulit Siam - British 1894
Perjanjian British - Perancis 1896
Perjanjian Sulit Siam - British 1897
Perjanjian Siam - British 1902
Pakatan British - Perancis 1902
Isi kandungan[sorok]
1 Latar belakang perjanjian
2 Perjanjian
3 Wakil - wakil
4 Isi Perjanjian 1909
//
[sunting] Latar belakang perjanjian
Gabenor Negeri-negeri Selat mendapat nafas baru apabila Pejabat Tanah Jajahan di India tidak lagi mentadbir Negeri-Negeri Selat. Sebelum ini Pejabat Tanah Jajahan di India mengabaikan masalah pentadbiran dan perdagangan di Semenanjung Malaysia. Pentadbiran lansung daripada London memudahkan keputusan pentadbiran, politik dan keselamatan dibuat. Ketika Britain merupakan kuasa utama di dunia.
Sedangkan Gabenor Negeri-Negeri Selat bimbangkan kemaraan kuasa-kuasa Barat seperti Jerman , Perancis dan Amerika Syarikat, di samping kuasa sedia ada iaitu kerajaan Siam. Kuasa-kuasa Barat ini cukup aktif memperluaskan tanah jajahan bagi tujuan ekonomi, agama dan politik. Kuasa-kuasa besar ini berebutkan tanah jajahan di seluruh dunia. Seboleh mungkin mereka tidak mahu bergaduh antara satu sama lain. Unsur agama iaitu Katolik dan Protestan mendominasi perluasan jajahan ini.
Perseteruan dengan Islam turut menjadi unsur perlumbaan ini. Negara Turki yang menaungi negara-negara Islam semakin tidak bermaya.
Kerajaan Perancis begitu aktif di Indo-China kerana pengaruhnya turut berkembang ke Siam dan utara Tanah Melayu.
British cukup takut dengan kehadiran pihak Jerman dan Amerika Syarikat yang inginkan tapak perdagangan dan perusahaan di pulau Langkawi dan Terengganu.
[sunting] Perjanjian
Pada 9 Julai 1909 Gabenor Negeri-negeri Selat telah mewakili British telah berjumpa dengan Kerajaan Siam di Bangkok bagi menyelesaikan masalah negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Ketika itu kerajaan Siam telah menjajah negeri Perlis, Kedah , Kelantan dan Terengganu. Pattani, Yala dan Narathiwat memang dibawah pentadbiran kerajaan Siam.
Melalui Perjanjian Bangkok 1909 itu , kerajaan Siam menyerahkan negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu untuk bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) dan Setiausaha Luar Negeri Siam.
[sunting] Wakil - wakil
Kerajaan Siam diwakili oleh Keluong Wan Husain, pembesar Siam di Betong.
Kerajaan British diwakili oleh Sir John Anderson (Gabenor Negeri-negeri Selat) yang berpusat di Singapura.
Kerajaan Perak diwakili oleh :
Wan Muhammad Isa, Orang Kaya Menteri
Wan Muhammad Salleh, Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja.
E.W. Birch, Residen British Perak.
A.S. Jelf MCS, Penolong Setiausaha kepada Residen British Perak.
H. Berkeley, Hakim Daerah Hulu Perak
G. Simpson, Merinyu Polis Kuala Kangsar
J.D. Kemp, Pengurus Rahman Hydrolic Tin Limited, Klian Intan/ Taiping.
[sunting] Isi Perjanjian 1909
Kerajaan Melayu Pattani yang meliputi wilayah Yala dan Narathiwat di Thailand disahkan sebagai jajahan Thailand. Padahal kerajaan Melayu Patani tidak diajak berunding dalam perjanjian itu.
Kedah, Perlis , Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini dijajah oleh Thailand diserahkan kepada Britain.
Negeri Kedah dan Perlis menerima seorang penasihat British pada tahun 1909.
Kelantan menerima penasihat British pada tahun 1910.
Terengganu menerima penasihat British pada tahun 1919.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin