Rabu, 1 Jun 2011

SEJARAH FATHONI

Kegagalan Tengku Mahmood Mahyideen untuk membebaskan keempat-empat buah wilayah di Selatan Siam melalui bantuan British telah menggalakkan alim ulama untuk melibatkan diri dalam arus perjuangan secara terbuka. Mereka berpendapat suasana politik antarabangsa pada masa itu menimbulkan kesukaran bagi wilayah-wilayah Melayu di Selatan Siam untuk mencapai kemerdekaan. Kerajaan British dan juga Amerika dengan rasminya telah mengakui keutuhan wilayah Siam sebagaimana yang dipersetujui dalam Perjanjian Damai pada 1 Januari 1946. Pada pendapat mereka, pilihan yang ada hanyalah menuntut Kerajaan Siam supaya memberikan hak pemerintahan sendiri atau autonomi kepada keempat-empat buah wilayah di Selatan Siam.

Salah seorang tokoh ulama yang dinamik pada masa itu ialah Tuan Guru Haji Sulung bin Abdul Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Patani. Tuan Guru Haji Sulung pernah memain peranan utama pada masa pemerintahan Pibul Songgram bagi mempertahankan kesucian agama Islam dan kebudayaan Melayu daripada dicemari oleh Dasar Kebudayaan Rathaniyom. Sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam, Haji Sulung mempunyai hubungan erat dengan Haji Samsuddin Chaem atau Haji Chaem Promyong, Chularajamontri, Penasihat Agama Islam bagi kerajaan Siam. Chaem Promyong juga rakan rapat Pridi Banamyong, Perdana Menteri Siam (Surin Pitsuwan 1985, 150-51).

Perlantikan Pridi Banamyong sebagai Perdana Menteri Siam pada bulan Mac 1946 telah memberi harapan kepada Haji Sulung untuk menyelesaikan masalah orang - orang Melayu Patani.

Sebagaimana yang dinyatakan sebelu ini, Pridi telah mengambil beberapa langkah yang memberangsangkan bagi menyelesaikan masalah masyarakat Islam di negara itu, selain daripada menggubalkan Akta Islam 1945.

Malangnya, belum pun sempat tindakan susulan diambil, Pridi, tokoh harapan masyarakat Melayu, terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan tragedi kematian Raja Ananda Mahidol pada bulan Jun 1946 (Nik Anuar 1988).
Pridi telah dituduh oleh musuh-musuh politiknya bersubahat dalam pakatan yang menyebabkan kematian Raja Siam. Tempat beliau telah digantikan oleh Admiral Thamrong Nawasawat. Perletakan jawatan Pridi ini telah mengecewakan Haji Sulung. Namun begitu beliau masih menaruh harapan kerajaan Thamrong akan memenuhi tuntutan orang-orang Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin