SEJARAH MASYARAKAT THAI DI MALAYSIA
Pengenalan
Tajuk "Sejarah Dan Persoalan Citra Budaya Masyarakat Siam Malaysia" telah disampaikan oleh En. Siri Neng Buah, Pengarah Kebudayaan & Kesenian Pulau Pinang dalam ceramah beliau di Seminar Kepimpinan Masyarakat Siam Malaysia di negeri Kelantan pada 10.9.1998 dianjurkan oleh Persatuan Masyarakat Thai Kelantan. Tajuk ini telah dikaji dan ditulis oleh beliau sendiri berdasarkan maklumat-maklumat dari buku-buku sejarah Malaysia dan Thailand kerana dianggap amat penting bagi memenuhi keperluan semasa. Penting sebagai bahan-bahan penerokaan akar umbi masyarakat minoriti Siam di Malaysia dalam konteks pembinaan dan palestarian imej atau citra budayanya agar terus wujud seiring dengan keperluan sumbangannya bagi mengekalkan negara bangsa Malaysia yang kian menuntut bukti kesetiaannya.
Bertujuan memberi maklumat kepada semua masyarakat Siam warganegara Malaysia daripada berbagai latar belakang. Kertas sejarah asal-usul masyarakat Siam ini adalah lahir dari kesedaran seorang insan yang mulia iaitu Siri Neng Buah sebagai sumbangan beliau kepada bangsanya yang tak ternilai.
Asal-usul Orang Siam
Semua penulisan yang diketemui mengatakan bahawa orang Siam berasal dari kawasan tengah Asia yang membentuk negara Mongolia dan Cina hari ini. Phrarajphongsawadarn oleh Phrarajhatlekha (TB 2455 : TM 1912), Phongsawadarnchatthai oleh Phra Boriharnthepthani dan Sejarah Asia Tenggara (1971) oleh D.G.E. Hall sepakat mengisahkan perihal tanah asal orang Siam di Asia Tengah. Dipercayai bahawa sekitar 7000 tahun dahulu mereka mendiami kawasan pergunungan Altai (Mongolia) dan sekitar 2500 tahun kemudian berkembang hijrah ke selatan yang lebih subur dan membina penempatan kekal di lembangan sungai Hoang Ho dan Yang Tze Kiang kerana selain sebagai penternak nomad, mereka juga petani berkebolehan. Penempatan kekal telah mewujudkan puluhan negara kota orang-orang Siam seperti Sze Chuan, Cheang Tu, Hu Pe, Hu Nan, Auhui di wilayah Sze Chuan dan Kwang Chao di negara Cina hari ini.
Samada disebabkan bilangan penduduk semakin ramai atau pergolakan sesama sendiri dan tekanan orang Cina dalam rentetan sejarah yang panjang, orang Siam mulai bergerak turun ke selatan dari penempatan besar mereka di Chungking.
Orang Cina sebelum ini hidup secara nomad mulai membina kekuasaan dan menekan pengaruh ke atas orang Siam. Pada beberapa peringkat dengan diketuai oleh raja-raja mereka, orang Siam dapat memperlahankan penghijrahan mereka ke selatan. Orang Cina, menggelar nama kerajaan mereka sebagai ‘Syamkok' atau Ailao. Dari nama ini barangkali kita mengenali orang Siam atau Lao.
Antara tahun 757 masehi, kerajaan Siam Nancao di wilayah Yunan, selatan Cina telah wujud sebagai sebuah empayar yang luas hingga ke Syam dan hulu sungai Irrawadi. Sedang lembah Menam Chao Phraya masih di bawah pengaruh Khmer mulai didatangi oleh beberapa gerombolan Siam dari Muang Se, Tong King dan Annam. Mereka menjarah lembangan Mekong dan menjadi penduduk tetap Angkor Wat. Pada abad-abad seterusnya, lembangan Sungai Ping, Wang, Yom dan Nan mulai menerima pendudukan Siam. Beberapa kerajaan kecil yang merdeka wujud dan Phayao, salah sebuah wilayah di Thailand hari ini telah wujud semenjak TM 1096, diikuti dengan negeri kota di Ciengrai, Ciensen, Ciengmai, Sua (Luang Prabang) dan lain-lain.
Penaklukan ke atas Nancao oleh Kublai Khan (TM 1253) telah menrubah taburan penempatan orang Siam di kerajaan kecil di selatan. Sukhothai (wujud sejak TM 1238) dan Luang Prabang di lembah sungai U mulai berkembang membentuk empayar Lannathai, walaupun akhirnya Sukhothai lebih dikenali. Kehancuran Nancao turut mengecilkan perkembangan kerajaan Siam Ahom di Assam (India) tetapi menyemarakkan perkembangan mereka di Sipsong Panna dan Sipsong Cuthai.
Sukhothai dianggap mencapai zaman keemasan semasa pemerintahan Rama Khamheng (TM 1283 - 1317) dan orang Siam mengingatinya sebagai pengasas huruf tulisan bangsa ini. Perluasan empayar Sukhothai dipercayai hingga ke Hujung Tanah (Johor - Singapura) walaupun tidak ada bukti kuukuh. Namun begitu, kerajaan Lavo, Khamphengphet hingga ke Caiya dan Ligor di Segenting Kra dianggap sebagai sebahagian empayar tersebut.
Sewaktu Sukhothai meniti zaman kemerosotan raja U Thong (nama Kerajaan) membina kota baru ‘Dvaravati Sri Ayudhya' di sebuah pulau di Sungai Chao Phara. Di sebelah Luang Prabang pula, Fa Ngum berusaha membina empayar Sejuta Gajah (Lan Cang).
Empayar Siam Ayudhya (TM 1350 - TM 1767)
Kota Ayudhya berkembang pesat dan mulai dikenali sebagai ‘Kota Siam' di kalangan sekitar dan Barat. pengaruhnya jauh ke selatan mengambil alih peranan Sukhothai, Kerajaan Siam di Perak (Gangga Negara), Johor (Khlangkeo) dan Pahang (Inderapura) tentulah mempunyai kaitan rapat dengan Ayudhya.
Sejarah Melayu (TM 1612) karangan Tun Seri Lanang menyebut bahawa negeri Ganggayu (Khlangkeo) dibina oleh orang Siam asli terletak di hulu sungai Johor. Kotanya diperbuat daripada batu hitam dan pemerintahnya, Raja Culan sebagai raja besar, dan segala raja di sebelah timur ini boleh dikatakan kesemuanya takut kepada baginda. Kerajaan Siam Gangga Negara dan Khlangkeo telah ditakluki oleh Raja Benua Hindi dan kerajaannya di Pahang telah ditewaskan oleh Melaka. Walaupun gagal memberikan tarikh sebagai suatu fakta sejarah, Tun Seri Lanang menegaskan bahawa Ganggayu ialah negeri Siam asli dan kotanya masih wujud semasa beliau menyiapkan buku tersebut.
Buku undang-undang Siam Kot Monthienraban (TM 1360) menyebut sebagai kerajaan taklukan Siam, dikenali sebagai kerajaan Wurawari terletak di Johor Tua Ganggayu/Khlangkeo. Para pengkaji sejarah hanya berbeza pendapat tentang nama kerajaan tersebut tetapi tidak menafikan tentang kewujudan Kerajaan Siam asli di Johor. Ini membuktikan bahawa orang Siam telah lama berada di Semennanjung Tanah Melayu, menjalani kehidupan berkerajaan secara aman dan perang dengan pihak lain, terutama Melaka yang kian muncul sebagai kuasa baru. Kehidupan mereka juga bercampur baur dengan Kerajaan Melayu lain seperti Pattani, Kelantan, Kedah dan lain-lain samada di bawah pengaruh Ayudhya atau tidak.
Zaman Bangkok (TM 1767 - TM 1909)
Ayudhya, kota besar dengan penduduk hampir sejuta jiwa itu telah dibumi hanguskan oleh tentera Burma (TM 1767) itu tidak mampu dibangun semula oleh Phya Taksin maupun Cakri (Thongduang). Dari Chanthaburi, kemudiannya Thonburi, saki baki tentera Ayudhya melancarkan perang gerila hingga tentera Burma berundur 10 tahun kemudian. Kejatuhan Ayudhya meninggalkan kesan amat parah kepada Siam. Kemusnahannya dahsyat dan Siam kehilangan kuasa pusat. Kerajaan naungan dan jajahan mula berdiri bebas. Usaha penyatuan semula oleh Phya Taksin memakan korban bukan sedikit. Pengiktirafan ke atas karismanya dan kecekapan menyusun strategi ketenteraan dalam siri peperangan penyatuan semula Siam membolehkan wilayah Ayudhya yang telah mengistiharkan kemerdekaan atau sebagai kerajaan pusat ganti Ayudhya ditewaskan satu persatu; Negari Fang di Utara, Phimai di Korat dan Nakhon Si Thammarat di Selatan.
Siam Di Semenanjung Tanah Melayu
Kerajaan Siam zaman Rattanakosin (Bangkok) memperlihatkan pengaruh lebih jelas ke atas negeri-negeri Melayu di Selatan; Pattani, Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. Penghantaran bunga emas, setiap dua atau tiga tahun sekali ke bangkok sebagai tanda persahabatan dan kesetiaan. bahkan perlantikan seseorang raja di negeri tersebut (kecuali Terengganu) harus disahkan oleh ‘Maharaja Benua Siam'. Surat pengesahan dengan gelaran tertentu akan diberikan oleh Bangkok. Contohnya, setiap raja/Sultan Kedah akan bergelar Phya Rithisongkramramphakdi Sri Sultan Kedah Ratnarathmunintrasurinthra Wiwongsa, Phya Saiburi dan Raja Perlis pula Phya Visedsongkram Ramwicidwillismara Phya Palis. Sultan Kelantan sebagai Phya Phipidphakdi Willismara Phya Kalantan.
Terdapat beberapa pegawai Siam ditempatkan di beberapa negeri tersebut dan bagi rakyat jelata Siam, negeri-negeri Melayu ini adalah negeri mereka juga. Mereka datang dalam kumpulan petani mencari kawasan subur untuk menetap dan diteroka sebagai kawasan pertanian. Sebagai rakyat biasa mereka tidak tertarik dengan urusan politik atau ‘kerja raja-raja' walaupun kita pernah juga mendengar beberapa penglibatan penduduk Siam ini dalam perang saudara di Kelantan.
Serangan tentera Phya Taksin ke atas Nakon Si Thammarat dua tahun selepas Phya Nakon (Nu) mengistiharkan kerajaan merdeka (TM 1770) memungkinkan rakyat jelata Siam melarikan diri ke negeri Selatan dan terus menetap di sana. Hidup di bawah perlindungan raja-raja Melayu. Ada yang mendapat sedikit sebanyak kedudukan atau kurniaan. Umpamanya Tok Merah Chu Ding dijadikan Ketua Siam di Besut oleh Tengku Muda, raja Besut (Terengganu) dengan gelaran Tok Helang Merah.
Kerajaan Siam zaman Bangkok menyaksikan tekanan perluasan kolonialisme Barat dari segenap penjuru sempadannya. Siam mula kehilangan wilayahnya; Sipsong Panna, Sipsong Cuthai, Siamreap, Batthabong kepada Perancis. Kok Song di Tenaserim, kepada Inggeris dan TM 1909, melalui Perjanjian Bangkok, Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris. Namun rakyat jelata Siam terus menetap di negeri naungan British ini walaupun ada cerita lisan mengatakan hampir semua keluarga Siam di Bukit Tempurong, Besut pulang ke wilayah Narathiwat, antara TM 1912 - 1915.
Persoalan Citra Budaya
Hari ini orang Siam hidup di negara Malaysia yang merdeka. Rata-rata orang Siam beragama Buddha, dilambangkan oleh biara (wat) dan para bhikkhunya yang memakai jubah serba kuning dengan kepala digondolkan sebagaimana bikkhu pertamanya; Putera Sidharthak, pengasas agama ini dari Kabilavasthu (India). Bangunan wat yang unit dengan ukiran seni tampak Siam merupakan satu citra/imej tersendiri. Rupabentuk ini perlu terus dipelihara dengan beberapa penyesuaian, mungkin rekabentuk tempatan, tulisan rumi dan bahasa Melayu.
Bahasa sebagai jiwa sesuatu bangsa itu wajar dipelihara dan diajar secara lebih formal dengan tidak melupakan keperluan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Sekolah bahasa Siam wajar diadakan di setiap perkampungan mereka.
Ketaatan harus diberikan kepada sebuah negara sahaja, iaitu Malaysia dan negara yang mengamalkan toleransi agama dan budaya ini memberikan ruang cukup luas untuk mereka mengamalkan segala aspeks agama dan budaya warisan turun-temurun. Pesta Loy Khrathong kian mendapat perhatian dan kian meriah setiap tahun. Pucuk pimpinan negara ini pernah menegaskan sewaktu kerapatan di Titi Akar (Ban Prai Mai) pada 4 Januari 96, bahawa seni budaya Siam Malaysia wajar diberikan perhatian kerana keunikannya yang lebih bercorak tempatan. Kerapatan itu turut mengumumkan perlantikan Charern Intachat (Dato') sebagai senator mewakili kaum Siam Malaysia sebagai hadiah Tahun Baru 1996.
Sudah sampai masanya agar dua pusat kebudayaan Siam diwujudkan (Kedah, Kelantan) sebagai pusat sumber rujukan kepada yang berminat. Ini boleh dilakukan oleh Persatuan Masyarakat Siam Malaysia atau persatuan di peringkat negeri. Institusi wat sebagai pusat pendidikan tradisi wajar digembling ke arah pemupukan keperkasaan seni budaya disamping projek penyelidikan dan kajian penyesuaian dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Sebagai penutup, beliau (Siri Neng Buah) mencadangkan agar masyarakat Siam Malaysia bersama berfikir bagaimana kita dapat mengadakan satu perayaan sehari penuh penghayatan terhadap para leluhur, "Hari Songkran Kebangsaan". Songkran sebagai Tahun Baru Siam mengikut kalendar lama Tahun Piama mengandungi unsur-unsur murni yang tidak boleh diketepikan. Bersembahyang, mengerjakan ibadat lain dengan harapan Penciptanya. Meletakkan peranan Dhamma dan Sangkha di tempat tertinggi disamping merapatkan hubungan persaudaraan sesama manusia. Kemurnian tersirat ialah pemupukan sifat ‘Katawethi' di kalangan generasi baru terhadap leluhurnya. Jasa bakti mereka diingati. kematian mereka harus didoakan kesejahteraan rohnya kerana orang Siam juga percayakan syurga dan neraka. Dan, tidak terelak, mereka juga pasti akan merasai mati. Sawaddi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan