Satu e-mel yang Tun Sheikh terima meminta jelaskan pendirian terhadap
isu penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam. Hal ini telah menjadi kes
mahkamah dan tidak boleh kita memandai berfatwa sehinggalah diputuskan
oleh pihak berkuasa mahkamah. Apa yang boleh ditegaskan disini ialah
keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh mahkamah dari sudut
pandangan Islam memang dibolehkan cuma dalam hal kepentingan adat dan
budaya setempat dalam hal seperti negara kita ini hendaklah ada satu
garis panduan supaya dapat mengekalkan kesefahaman, keharmonian dan
keamanan.Perlu juga dijelaskan disini yang menjadi isu ialah mahkamah
yang memberi hukum dan isu ini dimainkan secara politik. Ini yang
sebenarnya yang merbahaya. Kita tinggalkan saja kejahatan atau keburukan
orang yang berpolitik tersebut. Jangan kita terikut-ikut kepada
keburukan yang coba mereka sebarkan dan jangan pula kita menyokong
mereka.
Untuk menggambarkan betapa perlunya satu garis panduan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, Tun Sheikh ingin berkongsi pengalaman ketika tinggal di Indonesia dahulu. Ketika mula dan sampai beberapa bulan di Jakarta Tun Sheikh amat berminat melihat siaran dakwah agama di siaran televisyen. Pelajar-pelajar senior Tun Sheikh sering menegur dan akhirnya melarang kerana mereka bimbang Tun Sheikh akan terpengaruh. Memang benar telaan mereka dan tindakan mereka Tun Sheikh ucapkan terima kasih.
Tun Sheikh ingin membuat pengakuan bahawa siaran dakwah itu memamg amat menarik kerana menggunakan nama Allah yang pada mulanya memang Tun Sheikh ingat adalah ajaran Islam. Tun Sheikh bernasib baik kerana akhirnya tersentuh di hati apabila terdapat sesuatu kupasan permasalahan seperti tidak mengikut asas agama Islam. Tun Sheikh dapat mengesanya kerana Tun Sheikh mempunyai asas pelajaran agama Islam yang ditimba di kampung dan juga di alam persekolahan dari darjah satu sampai tingkatan 6.
Hati pula tersentap apabila teman-teman seasrama menegur, menasihat dan melarang Tun Sheikh menontonnya. Mereka khuatir akhirnya nanti Tun Sheikh akan murtad.
Persoalan disini ialah bagaimana atau jika mereka yang mengikuti dakwah seperti Tun Sheikh alami tidak mempunyai pengetahuan dan asas agama.Bayangkan bahawa Tun Sheikh yang ada asas dan dari keluarga lebai pun boleh mengaku bahawa dakwah bukan Islam yang menggunakan nama Allah itu memang menarik sekali.Ini adalah realiti kehidupan dan sedang serta terus berlaku di Indonesia sampai pada hari ini. Siaran-siaran dakwah agama bukan Islam yang menggunakan nama Allah pada hari ini boleh ditonton dari negara kita berikutan teknologi penyiaran telah maju dan berkembang. Mungkin kita alpa kerana kita tidak perasan kewujudannya atau ketika ini telah banyak mekanisma dan peralatan mahupun program-program yang lebih menarik.
Satu lagi persoalan bahawa kita hendaklah jangan lupa bahawa kita belum malah tidak menguasai bidang eknomi dinegara ini. Maksudnya kita terhalang dari segi ekonomi dalam menjalankan dakwah Islam yang berkesan. Ini adalah kerana pada realitinya kewanganlah yang mempercepatkan segala tindakan meskipun dalam falsafah budaya kita wang itu bukan segala-galanya.
Seperti di Indonesia ketika Tun Sheikh tinggal disana, mata kita tidak akan dapat mengelak dari melihat papan-papan iklan gergasi atau billboard yang mempromosi samada barangan atau dakwah agama dan perkhidmatan dengan nama tuhan Allah. Belum lagi dengan dendangan hawa telinga tetapi alhamdullillah kerana semenjak reformasi kelihatan kegiatan dakwah dan penggunaan kalimah Allah di Indonesia berkurangan seolah-olah terkawal atau seperti ada MOU supaya tidak ada atau dapat dikurangkan unsur-unsur sensitif yang boleh mencetuskan perselisihan faham dan persengketaan.
Kita yang kurang mampu dari segi kewangan bolehkan bersaing dengan mereka yang amat mewah itu? Anak-anak kita sejak kecil akan terdedah dengan dakyah dan dakwah mereka. Jadi bagaimana kita akan dapat mengatasinya mengikut jalan agama kita. Ingatlah bahawa Islam tidak menghalang mereka mengamalkan agama mereka. Islam juga tidak menghalang mereka menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan mereka, Kita mesti menjelaskan kepada anak-anak kita dan saudara seagama kita bahawa nama Allah walaupun sama tetapi tidak sama apa yang kita imankan.Kita kena bekerja lebih keras dan adakah kita mampu dalam keadaan kita seperti tercicir dalam penghidupan seharian pada hari ini. Di masa depan pula bagaimana?
Pada peringkat awal ini Tun Sheikh syorkan supaya kerajaan membuat peraturan agar setiap kali nama Allah yang disebut oleh bukan Islam hendaklah dikutinya dengan agama anutan mereka. Contohnya, Tuhan Allah Kristian, Allah Budha, Allah Esa, Allah Siva atau sebagainya. Mereka tidak dibenarkan menggunakan tulis jawi atau Arab ketika menulis dalam bahasa Melayu yang menggunakan tulisan rumi. Semua iklan dan tulisan-tulisan atau logo yang ada menggunakan kalimah Allah mesti disisip atau bersekali atau bersebelahan dengan logo agama mereka seperti salib, patung Budha atau bunga teratai, logo agama dan sebagainya. Mereka dilarang menggunakan logo Islam yang berupa bulan sabit, bintang dan kalimah huruf Arab itu sendriri.
Dari segi pergaulan, kita hendaklah membudayakan atau mewajibkan agar semua rakyat Malaysia menyebut agama anutan mereka ketika dan setiap kali memperkenalkan diri. Perdebatan agama di tempat-tempat terbuka dan di tempat awam yang tidak formal hendaklah dilarang. Semua rakyat hendaklah diberi kebebasan mengadakan upacara agama atau sembahyang secara individu atau beramai mengikut kesesuuaian atau kebenaran penguasa atau tuan rumah dan mereka hendaklah saling menghormati agama lain sesama sendiri.
Insayallah jika kita tetapkan garis panduan mulai sekarang maka semua rakyat Malaysia terutama generasi akan datang akan mengenal dan faham apa maksud dan siapa Allah dan terhadap perkataan Allah yang disebut-sebut itu. Mereka juga akan memahami ketetapan perlembagaan negara dan menghormatinya. Mereka akan saling faham-memahami dan berusaha bersama mengekalkan keharmonian dan keamanan dalam bermasyarakat.
Amin Amin ya Allah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan