Khamis, 22 Disember 2011

TIPS BERHENTI DARI MEROKOK.



Jika anda seorang perokok, berhenti merokok sekarang! Jika anda baru nak belajar merokok, jangan mulakan! Baca tips berhenti merokok di bawah ni.Untuk memulakan tabiat merokok ialah 1 perkara yang senang. Ia memerlukan sedikit usaha dan pujukan, apatah lagi jika merokok memberikan seseorang itu rasa kemegahan dan meningkatkan status sosial. Perasaan ini tak terkecuali sama ada kaum lelaki konon nampak macho dan juga wanita.
Sekurang-kurangnya inilah yang anda percaya. Selain itu, anda juga akan dapat gigi yang rosak, nafas berbau, kulit berkedut, dan terdedah kepada risiko bermacam-macam jenis penyakit berbahaya. Jika anda sedang mengandung, kemungkinan anda akan melahirkan bayi yang tak sihat atau mungkin keguguran sebelum sempat bersalin. Jika anda wanita setegah umur, ini akan mempercepatkan menopause.
Yup, inilah yang anda dapat jika merokok. Jangan salahkan sesiapa, anda yang memilih untuk merokok. Tetapi semua ini takkan berlaku sekiranya anda memilih untuk berhenti merokok atau membatalkan hasrat untuk menjadi perokok.



Bagaimana hendak berhenti merokok?
Tak ada cara yang ajaib dan mustahil untuk berhenti merokok. Tetapi terdapat banyak panduan dan tips berhenti merokok yang berkesan. Yang penting keazaman anda perlu kuat untuk berhenti merokok.

1. Sebab hendak berhenti merokok
Senaraikan sebab-sebab mengapa anda hendak berhenti merokok. Antara perkara yang anda boleh senaraikan ialah:
•    Nak meningkatkan tahap kesihatan dan stamina anda
•    Nak menjimatkan wang
•    Nak menghilangkan masalah nafas berbau
•    Untuk kesejahteraan dan kesihatan anak-anak serta keluarga

2. Percaya diri anda boleh berhenti merokok
Jangan fikir diri anda akan gagal sebelum anda mula mencuba untuk berhenti merokok. Ramai orang berfikiran sebegini dan bila mereka gagal dengan mudahnya mereka cakap, “saya dah cuba tapi tak boleh”.

3. Tetapkan matlamat untuk berhenti merokok
Tetapkan tarikh dan matlamat untuk anda berhenti merokok. Mungkin pada harijadi anda atau anak. Atau mungkin pada hari cuti seperti hari ini, 31 ogos 2010 – Merdekakan diri anda daripada rokok! Selepas anda pilih tarikh yang sesuai, jangan tukar atau tangguhkan ke masa lain.



4. Membuat persediaan untuk berhenti merokok
Sediakan diri anda secara mental dan fizikal untuk menghadapi hari besar tu (hari yang telah anda tetapkan untuk berhenti merokok). Menghentikan tabiat ini secara individu adalah sukar. Oleh itu, adalah lebih elok anda melibatkan orang lain. Anda boleh mengajak kawan anda yang nak berhenti merokok, atau kawan yang boleh memberi galakan dan sokongan kepada anda. Selain itu, cuba langkah-langkah berikut:
•    Tukar kepada jenis rokok yang anda rasa tak sedap dihisap
•    Cuba kurangkan jumlah rokok yang anda hisap
•    Hisap setengah batang rokok sahaja, jangan habiskan
•    Bila terasa ingin merokok, tangguhkan. Cuba sibukkan diri anda dengan kerja-kerja lain.
•    Jauhkan rokok supaya sukar anda capai dan perolehi.
•    Cuba ubah tabiat pemakanan anda. Contoh: jangan minum kopi sambil merokok sebaliknya gantikan dengan susu. Susu tak sedap diminum semasa merokok dan kombinasi ini akan membantu anda untuk mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dan seterusnya menolong anda berhenti merokok
•    Merokoklah sebanyak-banyak yang boleh sampai anda muak dan merasa tak selesa untuk menghisap rokok lagi. Lakukannya sehari sebelum tarikh yang anda tetapkan untuk berhenti merokok (cara ini agak ekstrem dan atas sebab kesihatan, saya tak begitu galakkan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin