18 Cara Memikat Hati Suami
Entry yang lepas, saya telah kongsikan 10 Cara Memikat Hati Mertua.
Bagaimana pula cara untuk memikat hati suami? Sebagai seorang isteri,
sudah tentu anda dan saya ingin menjadi yang terbaik di kaca mata suami.
Di sini, saya kongsikan 18 Cara Memikat Hati Suami yang perlu diamalkan :
Sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami.
2. Berkelakuan baik terhadap suami
Jangan menyakiti hati suami dengan
tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang
'melegakan' setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami
menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter
dan bermasam muka.
3. Jangan bebankan suami
3. Jangan bebankan suami
Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu
dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian
isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna
kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.
4. Sentiasa bersolek untuk suami
4. Sentiasa bersolek untuk suami
Ramai isteri tidak suka bersolek di
rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka
sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk
kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan
kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami
tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika
isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik.
Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.
5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami
5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami
Jangan biar malaikat melaknat isteri yang menderhaka atau sering menyanggah cakap suami.
6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami
6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami
Ingatkan suami dan berpesan dalam apa jua perkara.
7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami
7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami
Ia dapat elak daripada buat perkara tidak baik.
8. Jangan membelakangkan suami
8. Jangan membelakangkan suami
Mesti minta izin suami terlebih dahulu
walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami.
Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.
9. Jaga harta suami
9. Jaga harta suami
Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.
10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah / menderhaka pada suami
10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah / menderhaka pada suami
Jadikan ia amalan biasa dan jangan
sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu Hari Raya untuk minta
maaf. Sesungguhnya isteri sebegini sentiasa dilaknat para malaikat.
11. Solat bersama suami
11. Solat bersama suami
Jangan hanya tunggu apabila ada masalah,
sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk merapatkan hubungan dan
mengelakkan menderhaka kepada suami.
12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa
12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa
Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.
13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami
13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami
Isteri sedemikian akan dimuliakan di akhirat.
14. Pandang muka suami bila bercakap
14. Pandang muka suami bila bercakap
Lihat dan tenung dengan penuh kasih sayang. Ia lebih dekat di hati. Bukan bercakap membelakangkan atau sambil buat kerja.
15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga
15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga
Jangan biar suami berubah hati dan
mencari wanita lain. Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana ada
benda yang tidak ada pada isteri.
16. Jangan terlalu kongkong suami
16. Jangan terlalu kongkong suami
Beri kebebasan dengan batasan yang
wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya
suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada
privasi.
17. Urut badan suami selepas balik kerja
17. Urut badan suami selepas balik kerja
Walaupun penat tetapi satu-satunya cara memikat suami ialah dengan memberi sentuhan pada suami.
18. Jaga makan minum suami
18. Jaga makan minum suami
Guna ayat-ayat al-Quran dan bukannya
bomoh untuk menambat hati suami. Ingatlah doa adalah lebih mujarab.
Hulurkan segelas air setiap kali suami pulang dari kerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan