Jumaat, 16 Disember 2011

KEMUSYKILAN AGAMA ISLAM.




Soalan

Apakah cara-cara mengatasi ajaran sesat?

Jawapan

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh
orang-orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan
tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam
sedangkan hakikat ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada
Islam yang berdasarkan al-Qur'an dan al-Sunnah serta juga bertentangan
dengan ajaran ahli Sunnah wal jamaah.
2.Beberapa faktor (punca) telah dikenalpasti oleh JAKIM sebagai punca
berlaku penyelewengan akidah, antaranya yang paling utama ialah:
i. tersebarnya secara meluas buku yang berunsur ajaran sesat di pasaran
atau melalui koleksi khas para "guru" ajaran-ajaran sesat berkenaan
ii. ramai kalangan individu yang cuba menonjolkan diri sebagai orang yang
arif dalam ilmu-ilmu pengubatan dan agama semata-mata bertujuan kerana
kepentingan diri atau lain-lain kepentingan dengan berbagai-bagai gelaran
Lain-lain faktor ialah:
i. Tasawwuf falsafah @ Teosofi
ii. Ajaran Batiniah
iii.Ajaran Syiah
iv.Khurafat, Amalan Bomoh dan Tradisi
v. Usaha menjauhkan umat Islam dari al-Qur'an dan al-Sunnah.
Cara mengatasinya
Antara usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri
dan JAKIM ialah dengan:
i-menyediakan pengajaran dan pendidikan Islam formal dan tidak formal
secara berterusan di Institusi-institusi pelajaran
ii-mentahqiq kitab-kitab lama yang dikenalpasti mempunyai unsur-unsur
penyelewengan atau yang dikhuatiri boleh menyumbang kepada penyelewengan
akidah
iii-mengadakan ceramah-ceramah / taklimat dan seumpamanya.
iv-menerbitkan buku dan risalah yang berkaitan dengan akidah
v-penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas
mengenai ajaran salah dalam program anjuran Bahagian Dakwah dan Bahagian
Media Elektronik JAKIM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin