Selasa, 13 Disember 2011

PANDUAN MENYELAMAT DIRI DARI KEBAKARAN


PANDUAN KEBAKARAN
MENYELAMATKAN DIRI DARI KEBAKARAN
APABILA BERLAKU KEBAKARAN PATUHILAH LANGKAH-LANGKAH BERIKUT:
1. Jangan panik. Bunyikanlah penggera untuk memberi isyarat kepada semua penghuni
rumah. Selamatkanlah diri anda dan keluarga anda melalui jalan keluar yang sedia ada
atau yang telah ditetapkan.
2. Hubungilah balai bomba yang berhampiran. Berikan butir-butir lengkap mengenai lokasi
rumah anda.
3. Sementara menanti ketibaan anggota-anggota bomba, cubalah padamkan api dengan alat
pemadam api. INGAT! Jangan sampai membahayakan diri anda.
PETUA UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA KEBAKARAN
JALAN KELUAR
Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Api memang tidak mengenal
darjat penghuni dan rumah kediaman mereka. Apabila berlaku kebakaran, langkah yang paling
penting ialah mencari jalan keluar. Oleh itu anda mestilah mengenal pasti sekurang-kurangnya
dua jalan keluar di rumah anda untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran.
BINCANGKAN PELAN MEYELAMATKAN DIRI DENGAN KELUARGA
Anda harus mengadakan perbincangan dengan keluarga anda mengenai pelan menyelamatkan
diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan seluruh keluarga anda memahami dan mengetahui
apa yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran. Adakan latihan amali di hujung minggu atau bila
ada masa lapang supaya ia sentiasa dalam ingatan ahli keluarga anda.
CUBA ELAKKAN PENGGUNAAN JERIJI
Cuba elakkan penggunaan jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah anda. Jika anda terpaksa
menggunakannya, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah.
JALAN KELUAR TIDAK DIHALANG
Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.

ANAK KUNCI MUDAH DIAMBIL
Setiap ahli keluarga mestilah tahu di mana anak kunci pintu atau jeriji biasanya disimpan. Jangan
mengubah tempat menyimpan anak kunci.
MEMASANG ALAT PENGESAN ASAP
Pastikan anda memasang sekurang-kurangnya satu pengesan asap di rumah untuk memberi
isyarat bermulanya kebakaran.
KESELAMATAN KEBAKARAN DI KOLEJ
Berada berjauhan dari rumah menyebabkan anda terpaksa memikul tanggungjawab yang lebih,
termasuk menjaga asrama dan kolej bebas daripada kebakaran.
Memasak
 Anda hanya boleh memasak jika dibenarkan
 Jika menggunakan dapur, pastikan bersih dan tidak bersepah
 Elakkan daripada menggunakan perkakas elektrik secara berterusan atau membebankan
palam pencucuh elektrik
 Jangan biarkan aktiviti memasak tanpa diawasi. Jika api bermula daripada ketuhar mikro
gelombang, pastikan pintu ditutup dan tanggalkan plug dari soket. Jangan cuba untuk
memindahkan bekas yang terbakar dari ketuhar mikro gelombang
Merokok
 Jika anda ingin merokok, pergi ke tempat yang dibenarkan untuk merokok
 Gunakan bekas abu rokok yang besar dan berat. Pastikan puntung rokok dipadamkan
sepenuhnya sebelum dibuang
 Jangan sekali-kali merokok sambil berbaring di atas katil
 Adalah berbahaya jika ada merokok dalam keadaan mabuk atau setelah mengambil ubatubatan
yang boleh menyebabkan mengantuk
Lilin
 Lilin hanya boleh dinyalakan jika pengunaannya dibenarkan
 Pastikan nyalaan lilin diawasi
 Letakkan lilin jauh dari dinding, langsir, barangan perhiasan dan cecair mudah terbakar
 Letakkan lilin di atas tempat yang stabil. Gunakan pemegang lilin yang stabil dan jangan
biarkan ia menyala sampai ke hujungnya
 Elakkan titisan lilin menitis pada bahan mudah terbakar

Sentiasa Bersedia Menghadapi Kebakaran
 Bangunan di tempat anda mempunyai pelan pengungsian. Pelajarilah dan cuba turut serta
dalam latihan kebakaran, seolah-olah ianya seperti kejadian yang sebenar. Tanda bahaya
yang palsu bukanlah satu jenaka, laporkan dengan segera kepada pihak Bomba.
 Kenal pasti setiap lokasi pintu keluar di bangunan itu bagi memastikan anda dapat keluar
walaupun dalam keadaan gelap sekiranya berlaku kebakaran.
 Alat pengesan asap dapat membantu menyelamatkan diri anda hampir 50 peratus lebih
tinggi berbanding dengan bangunan yang tidak memilikinya. Jangan cuba alihkan bateri
dari pengesan asap. Sistem pancuran basah / kering dapat menyelamatkan nyawa dan
harta benda anda dari dijilat api. la dapat melindungi kawasan persekitaran dengan
memadam dan mengawal kebakaran. Elakkan dari menggantung apa saja barang pada
paip pancuran ataupun muncungnya.
 Alat pemadam kebakaran dapat mengawal kebakaran yang kecil. Jangan bermain dengan
pemadam kebakaran.
 Apabila terdengar loceng keselamatan berbunyi, segera beredar. Tutup pintu sebaik
sahaja anda meninggalkan tempat itu. Jika anda tidak dapat melarikan diri, kembali
semula ke bilik anda.
Tips Menyelamatkan Diri
 Dalam keadaan yang dipenuhi asap, anda boleh menyelamalkan diri dengan cara
merangkak dan pastikan kepala anda berada di ZON SELAMAT untuk bernafas, iaitu di
bahagian satu hingga dua kaki (30 hingga 60 cm) dari paras lantai di mana pada tahap ini
udaranya bersih.
 Sekiranya anda terperangkap di dalam bilik semasa kebakaran, sebelum membuka pintu
anda hendaklah merasai kehangatan daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan
menggunakan belakang tangan. Sekiranya daun pintu dan tombol terasa panas, jangan
buka pintu dan carilah jalan keluar alternatif. Sekiranya daun pintu tersebut tidak panas,
anda hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke daun pintu terlebih dahulu sebelum
membuka pintu secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Sebaliknya jika asap dan haba
mula memasuki bilik, tutup pintu rapat-rapat dan gunakan jalan keluar alternatif.
 Sekiranya anda terperangkap, hubungi pihak Bomba dengan segera. Maklumkan
kedudukan anda. Tutup ruang di bawah pintu dengan menggunakan selimut, cadar, tuala
dan sebagainya bagi mengelakkan asap masuk ke ruang bilik.
 Beri isyarat dengan berdiri berhampiran tingkap anda. Sekiranya tingkap boleh dibuka,
buka sedikit di bahagian atas dan bawahnya. Sekiranya asap masuk ke dalam bilik, tutup
tingkap dengan segera.
Tiada satu pun bangunan yang benar-benar selamat. Walaupun bilik asrama atau rumah anda
diperbuat dari konkrit, ianya dapat menghasilkan toksik yang berpunca dari api yang kecil.

KESELAMATAN BARANGAN ELEKTRIK
 Lampu hendaklah ditempatkan di permukaan yang jauh dari apa-apa bahan yang boleh
terbakar.
 Gunakan mentol yang sepadan dengan watt lampu
 Gunakan pelindung untuk melindungi mentol daripada pecah sekiranya lampu terkena
hentaman yang kuat.
KUASA ELEKTRIK DI LUAR RUMAH
 Alatan elektrik yang dipasang di luar rumah seperti di anjung hendaklah kalis cuaca.
 Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu neon atau lampu "kelip-kelip".
 Jangan gunakan perkakasan elektrik di luar rumah ketika permukaan tanah dalam
keadaan basah melainkan peralatan tersebut telah lulus ujian dan boleh digunakan.
 Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu luar.
KABEL ELEKTRIK
 Jangan menyentuh kabel kuasa - anda mungkin akan terkena renjatan dan terbakar teruk.
 Simpan tangga (terutama tangga besi) jauh dari kabel kuasa.
 Laporkan kerosakan kabel kuasa dan tandakan kawasan berkenaan bagi memberi amaran
kepada orang ramai yang menghampirinya.
TANDA AMARAN
Kenalpasti masalah-masalah elektrik yang wujud sebelum terjadinya renjatan dan kebakaran.
Perhatikan perkara-perkara berikut :-
 Masalah berulang seperti flus terputus atau bekalan terputus.
 Terdapat kejutan karan apabila anda menyentuh perkakasan elektrik.
 Berbau getah terbakar yang datang dari perkakasan elektrik.
 Lampu berkelip-kelip. Jangan tunggu sehingga masalah menjadi besar. Hubungi pihak
berkuasa Tenaga Nasional Berhad atau juruteknik yang berkelayakan.
STATISTIK RENJATAN ELEKTRIK
 Setiap tahun renjatan elektrik dan kebakaran menyebabkan beratus-ratus orang mati dan
beribu-ribu mengalami kecederaan. Beberapa asas keselamatan eiektrik dapat
mengurangkan risiko kepada anda.

KEROSAKAN FlUS DAN LITAR
 Jika fius terbakar atau berlaku kerosakan pendawaian yang menyebabkan bekalan
terputus, jangan kembalikan ke kedudukan asal. Kenalpasti punca-punca yang
menyebabkan keadaan tersebut berlaku dan atasi masalah tersebut.
 Setiap fius di rumah anda mestilah mempunyai ukuran dari segi kemampuan menampung
beban elektrik. Apabila anda menukar fius pastikan ianya mampu menampung
kemampuan litar.
 Seterika dan lain-lain peralatan pemanas menggunakan arus elektrik yang banyak. Jangan
gunakan plug lebih dari satu di soket atau litar yang sama.
PEMUTUS LITAR (ELCB)
 Pemutus Litar Bocor ke Bumi boleh mengurangkan risiko renjatan apabila berlaku
kerosakan litar dan peralatan elektrik dengan bertindak lebih pantas berbanding pemutus
fius biasa. ELCB tidak mahal dan mesti dipasang di setiap rumah anda. Ujian bulanan
hendaklah dibuat dengan menekan 'butang ujian'.
SOKET ELEKTRIK
 Soket elektrik tiga cabang adalah diterima dengan satu cabang lebih besar dari yang lain.
 Pastikan plug anda sesuai dengan soket elektrik.
 Sekiranya terdapat anak kecil di rumah anda letakkan di rumah anda letakkan penutup
plastik keselamatan di soket yang digunakan.
PERKAKASAN ELEKTRIK
 Perkakasan yang dibeli hendaklah mempunyai label yang menunjukkan barangan
tersebut telah diluluskan semasa ujian oleh SIRIM.
 Simpan perkakasan elektrik yang menghasilkan kepanasan seperti seterika sekurangkurangnya
1 meter dari tirai, perabot dan apa-apa peralatan yang mudah terbakar.
 Pastikan plug tidak dipasang pada perkakasan kecil seperti 'toaster', 'coffeemakers'
apabila tidak digunakan.
 Mengadakan ruang udara yang mencukupi di sekitar komponen elektrik seperti
komputer, stereo system untuk mencegah bahang panas yang berlebihan.
PENDAWAIAN/PENYAMBUNG
 Gunakan pendawaian mengikut kadarnya.
 Gantikan pendawaian yang rosak.
 Pastikaan sambungan tidak menghalang laluan atau disorok di bawah karpet.
 Gunakan penyambung yang diluluskan oleh SIRIM
PANDUAN PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API
Secara umumnya, terdapat lima kelas api di rumah. Alat pemadam api dilabelkan berdasarkan
"Simbol" atau "Penggunaan Huruf" yang piawai bagi setiap kelas api yang dapat dipadam.
Kelas
Api Penerangan
A Memadam kebakaran pepejal seperti kayu, kertas, kain dan sebarang bahan mudah
bakar.
B Memadam kebakaran cecair seperti minyak, cat, varnish, plastik dan lain-lain.
C Memadam kebakaran gas seperti gas butana, gas acetylene, pendawaian elektrik, kotak
fius, perkakasan elektrik dan lain-lain.
D Memadam kebakaran logam seperti logam potassium, logam sodium, logam kalsium
dan logam magnesium.
E Memadam kebakaran minyak masak yang digunakan secara komersial.
Langkah Mudah Menggunakan Alat Pemadam Api ( Fire Extinguisher ) :
 Cabutkan Pin
 Halakan nozel ke pangkal (base) api
 Tekan tuil (lever)
 Layangkan nozel ke kiri dan ke kanan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin