Rabu, 14 Disember 2011

MENJAGA KESIHATAN GIGI.

Mulut yang bersih melambangkan perwatakan menarik seseorang individu. Menjaga kesihatan mulut turut membantu gigi menjadi lebih sihat, kuat dan tiada penyakit. Mulut dan gigi yang sihat juga membantu badan menjadi lebih cergas dan minda lebih cerdas.
Cara menjaga kesihatan mulut dan gigi adalah:
1. Gosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali setiap hari. Gosok pada waktu pagi, selepas makan tengahari dan sebelum tidur. Sebaiknya guna ubat gigi yang mempunyai florida. Terdapat juga ubat gigi yang membantu merawat gigi sensitif seperti jenama Sensodyne.
cara berus gigiCara betul memberus gigi. Sumber http://pergigianspu.gov.my
2. Jika tidak sempat memberus gigi pada waktu makan tengahari, amalkan berkumur untuk membuang sisa makanan. Sisa makanan yang tersimpan di dalam mulut dan di celah gigi boleh menyebabkan penyakit berbahaya pada gigi.
3. Berkumur dengan menggunakan cecair khas seperti Listerine dan Colgate Plax. Kita sedia maklum, cecair boleh sampai pada setiap sudut gigi berbanding ubat gigi pepejal.
4. Kurangkan minuman sejuk yang terlampau. Minuman sejuk terlampau boleh menyebabkan gigi sensitif.
5. Tukar berus gigi selepas 3-4 bulan. Semakin lama berus gigi digunakan, semakin banyak bakteria berpenyakit melekat pada berus gigi.
6. Berjumpa dengan doktor gigi untuk membuat rawatan membersih gigi. Di samping itu, boleh juga memeriksa kesihatan gigi dengan lebih mendalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin