Khamis, 22 Disember 2011

SEJARAH PEMBERONTAKAN KOMUNIS DI TANAH MELAYU.

PEMBERONTAKAN Parti Komunis malaya
Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989)
Perang Dunia Kedua dan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941 telah memberi
peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk memperkuatkan organisasinya. Parti Komunis Malaya
yang ditubuhkan pada 20 April 1930 telah bekerjasama dengan pihak British untuk menentang Jepun
melalui Malayan People Anti Japanese Army atau dalam bahasa Melayu Tentera Anti-Jepun
Penduduk Tanah Melayu (MPAJA) berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940.
MPAJA
PKM berjaya mempengaruhi British membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri.
Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi
dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota
dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa
berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang.
Kerjasama antara PKM dan British telah menghasilkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura.
Latihan yang diberi di sekolah tersebut adalah dalam bentuk perang gerila.
Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa
menerusi gerila-gerila MPAJA. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum
telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orangorang
Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti
pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan
pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak
berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah
Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA
dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.
Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang
Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso
(MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai
PKMM melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden),
Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin dan Abdullah C.D. PKMM lebih cenderung bagi Tanah
Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada
Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah
menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British
bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan
itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.
Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan
serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang
pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat
oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke
seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan
bersenjata telah digerakkan termasuk *Senoi Praaq bagi menentang komunis.
* Senoi Praaq adalah pasukan bersenjata ( pasukan polis hutan ) yang dianggotai oleh masyarakat asli kaum Senoi yang
mahir bergerak di dalam hutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin