Khamis, 15 Disember 2011

SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DI JEPUN.

PENGENALAN ISLAM DI NEGARA JEPUN

-Islam berkembang di Jepun pada tahun 1877 ketika Perang Dunia Kedua melalui hubungan diplomatik negara tersebut dengan Turki.
-Penduduk negara tersebut menganggap Islam sebagai salah satu ajaran agama yang dianuti oleh penduduk di Dunia Barat.
-Pada masa yang sama, kisah tentang kehidupan Nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam telah mula diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun.
-Tindakan ini telah membantu Islam mendapat tempat di kalangan penduduk Jepun walaupun hanya sebagai ilmu pengetahuan dan sejarah kebudayaan dunia.
-Menurut satu sumber, kini terdapat lebih dari 40 buah masjid dan 100 pertubuhan Islam di seluruh Jepun.

MENGAPA ISLAM MUDAH TERSEBAR DI JEPUN?

-Masyarakat Jepun moden kini tidak lagi mementingkan ajaran agama dalam kehidupan seharian.
-Majoriti rakyat Jepun beragama Syinto dan Buddha (atau menganut kedua-dua agama tersebut).
-Terdapat juga rakyat Jepun yang menganut ajaran Kristian.
-Kini, hampir kesemua rakyat Jepun daif dalam ilmu keagamaan kerana gaya hidup moden mereka yang mementingkan kehidupan di dunia.
-Akibatnya, ramai masyarakat Jepun berasa hati mereka kosong dan seperti mencari 憇esuatu� dalam hidup mereka.
-Kedatangan Islam ke Jepun telah mengisi kekosongan hati ramai rakyat Jepun dan melengkapi hidup mereka dengan memeluk Islam dengan hati yang terbuka.

BAGAIMANA ISLAM TERSEBAR DI JEPUN?

Islam tersebar di Jepun melalui 2 cara iaitu:-

1) Perkahwinan � terdapat ramai warga asing beragama Islam di Jepun (khususnya lelaki) telah mengahwini wanita tempatan dan mendorong wanita-wanita tersebut memeluk Islam.
2) Dakwah - warga asing beragama Islam yang sudah menetap di Jepun telah melakukan pelbagai aktiviti dakwah dalam usaha untuk menyebarkan ajaran Islam di sana.

SIAPAKAH ORANG JEPUN PERTAMA YANG MEMELUK ISLAM?

Sehingga kini tidak diketahui siapakah warga Jepun yang pertama sekali memeluk Islam. Namun, hasil kajian menunjukkan terdapat tiga orang warga Jepun yang dikenalpasti sebagai warga Jepun terawal yang memeluk Islam.

1. Warga Jepun Muslim pertama yang pernah direkodkan adalah Mitsutaro Takaoka. Beliau telah memeluk Islam pada tahun 1909 dan menukarkan namanya kepada Omar Yamaoka selepas menunaikan haji di Kota Mekah.
2. Pada masa yang sama, seorang rakyat Jepun iaitu Bunpachiro Ariga telah pergi ke India untuk bertugas. Melalui dakwah dari penduduk Islam di sana, beliau telah memeluk Islam dan menukarkan namanya kepada Ahmad Ariga.
3. Walau bagaimanapun, kajian terbaru mendapati terdapat seorang lagi rakyat Jepun yang berkemungkinan merupakan warga Jepun Muslim pertama iaitu Torajiro Yamada. Beliau yang mengunjungi negara Turki kerana bersimpati dengan mangsa korban 憈ragedi kapal karam Ertugrul� telah memeluk Islam di sana. Beliau mengambil nama Abdul Khalil dan dikatakan telah menunaikan haji di Kota Mekah.

BERAPAKAH JUMLAH PENDUDUK ISLAM DI JEPUN?

Sehingga kini, jumlah tepat penduduk Islam di Jepun masih tidak diketahui. Namun begitu, terdapat beberapa sumber yang mendakwa jumlah penduduk Islam di sana adalah sekitar 100,000-1,260,000 orang. Majoriti daripada mereka merupakan rakyat Jepun berketurunan bukan Jepun - kumpulan pendatang yang terdiri dari golongan pekerja atau pelajar yang menetap di Jepun dan sudah mendapat status warganegara tetap.

1) Menurut akhbar Japan Times tahun 1997 pernah melaporkan terdapat kira-kira 100,000-150,000 warganegara Jepun yang beragama Islam dan majoriti daripada mereka merupakan keturunan pendatang dari negara-negara Islam yang sudah mendapat status warganegara tetap Jepun.

2) Menurut hasil kajian terbaru 揂n analysis of the World Muslim population by Country / Region� dari kira-kira 1% atau *1,254,497 orang rakyat Jepun beragama Islam. Dalam jumlah tersebut, rakyat Jepun berketurunan bukan Jepun dari negara-negara Islam merupakan kumpulan majoriti.

  pula menunjukkan bahawa daripada jumlah keseluruhan penduduk Tokyo yang seramai 126,000,000 orang, kira-kira lebih dari 200,000 orang penduduknya adalah beragama Islam.

*Jumlah 1,254,497 orang warganegara Jepun-Muslim adalah satu jumlah yang dianggap terlalu besar bagi sesetengah pihak dan dikatakan tidak tepat.

SEJARAH KEDATANGAN KUMPULAN PENDATANG ISLAM KE JEPUN.

- Kebanyakan orang Islam di Jepun merupakan pendatang dari negara-negara Islam seperti Indonesia, Malaysia, Bangladesh, Pakistan & Iran.
- Mereka datang dan menetap di Jepun pada akhir tahun 1980an iaitu ketika Jepun sedang mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk.
- Ini mendorong ramai pemilik kilang di Jepun untuk mendapatkan kerahan tenaga dari kalangan warga asing.
- Jumlah pekerja Islam ke Jepun pada awalnya adalah sangat kecil tetapi selepas sedekad kemudian, jumlah mereka meningkat secara drastik sebanyak 10 kali ganda.
- Selepas 3 tahun kedatangan mereka ke Jepun, masjid-masjid telah dibina dengan banyaknya dalam & sekitar Bandar Raya Tokyo.
- Setelah lama menetap di Jepun, ramai di kalangan warganegara Jepun Muslim dari keturunan pendatang telah mula mengadaptasikan gaya hidup masyarakat Jepun dan bahasa Jepun dijadikan sebagai bahasa pergaulan seharian.
- Kini, ramai di antara mereka (golongan lelaki) yang telah berkahwin dengan wanita tempatan Jepun & menjadi warganegara tetap Jepun.
- Mereka tidak lagi dianggap sebagai pendatang asing di mata rakyat Jepun yang lainnya dan secara perlahan-lahan mereka diterima menjadi sebahagian masyarakat Jepun.
- Menurut kajian terbaru, bangsa Melayu merupakan komuniti pendatang Islam terbesar di Jepun. Orang-orang Melayu di sana berketurunan Malaysia-Indonesia-Singapura dan mereka hidup sebagai sebuah komuniti kerana adanya persamaan bahasa, budaya dan adat walaupun berlainan negara.

Kedatangan pendatang Islam ke Jepun telah mempengaruhi jumlah penduduk Islam di negara matahari terbit itu. Meskipun majoriti penduduk Islam di Jepun adalah keturunan pendatang Islam tetapi terdapat peningkatan dari segi pengIslaman penduduk asal Jepun itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin