Citrawarna
kumpulan Siam tahun 2011 tidak mengecewakan kerana persembahannya
bertenaga, segar dan menarik. Mungkin ini kerana hasil sentuhan Presiden
baru Persatuan Siam Malaysia, Encik Siri Neng Buah. Beliau
berpengalaman luas dalam perembahan Citrawarna. Tahniah kerana berjaya
menyegarkan kembali Citrawarna etnik Siam yang sedikit suram sebelum
ini.
Citrawarna tahun ini melibatkan ramai para pelajar sekolah. Dengar khabar setiap orang diberikan sagu hati RM200. Pasti gembira apabila mendapat wang sebanyak itu. Maklumlah sebagai pelajar sekolah, RM200 walaupun tidak besar, tetapi tidak kecil bagi mereka. Apatah lagi wang itu diperolehi dengan bakat dan usaha sendiri, bukan diberikan oleh ibu bapa. Peserta Siam juga pasti gembira. Sambil mempersembahkan tarian tradisional Siam, boleh dapat sagu hati.
Harap Citrawarna tahun ini tidak timbul soalan-soalan cepu emas seperti terdahulu yang sehingga sekarang belum ada jawapannya. Soalan cepu emas inilah yang menyebabkan Citrawarna Siam sedikit suram kerana orang Siam hilang kepercayaan. Antara soalan cepu emas yang popular tersebut ialah:
1. Peserta lain menerima RM200 setiap orang, tetapi pesert Siam menerima jauh kurang.
2. Pesert lain makan dan tidur di hotel. Peserta Siam makan dan tidur di wat.
Daripada soalan cepu emas ini, bertambah puluhan soalan lain. KSB tidak mahu menulisnya secara terperinci kerana malas hendak mengungkit perkara yang telah lepas walaupun semuanya KSB tahu. Soalan cepu emas ini menyebabkan ramai ibu bapa serik membenarkan anak-anak mereka menyertai Citrawarna.
Tahun ini kumpulan Siam bernasib baik kerana ada PSM dan PSM pula ada Presiden baru dan AJK baru. Orang baru semestinya bersemangat dan tidak akan membiarkan wujudnya soalan cepu emas seperti dahulu. Walaupun Citrawarna tahun ini menghadapi beberapa halangan, terutama yang berkaitan dengan kewangan, namun kebijakan Presiden dan AJK PSM telah berjaya mengatasinya.
Walau apapun, KSB mengucapkan tahniah kepada PSM dan para peserta yang berjaya memberikan persembahan yang segar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan