Ahad, 4 Disember 2011

HORMAT BUDAYA,AGAMA DAN BANGSA.

BEBERAPA peristiwa kebelakangan ini menuntut rakyat Malaysia merenung kembali bagaimana negarawan terdahulu merangka dan melaksanakan formula bagi memastikan keharmonian dan perpaduan kaum yang pelbagai agama.
Dan, sejak merdeka, kita diajar untuk saling hormat menghormati agama, budaya dan cara hidup semua kaum.
Kita telah berjaya sebenarnya dalam kerangka tersebut berlandaskan Perlembagaan negara sehinggakan banyak negara mahu mempelajari cara Malaysia membentuk masyarakat pelbagai kaum dan agama yang bersatu padu.
Mungkin sebahagian daripada kita tidak menyedari betapa nikmatnya hidup di negara yang aman damai kerana tidak pernah merasai betapa teruknya hidup dalam keadaan yang bergolak dan tidak tenteram.
Jalan yang telah dilakar oleh mereka yang terdahulu perlu dipertahankan demi kelangsungan hidup seluruh rakyat.
Janganlah kerana sedikit kepentingan segelintir orang atau sesuatu pihak, kita bertindak sehingga menjejaskan kepentingan semua orang. Jika itu terjadi, perpaduan, keamanan dan kedudukan ekonomi dan kemajuan negara mungkin terjejas. Akhirnya semua rakyat akan mendapat kesan yang tidak diingini.
Oleh itu,Narongchai berharap agar kepada seluruh rakyat satu malaysia dapat bersatu padu dan mempertahankan hubungan silaturrahim selama ini iaitu perpaduan kaum yang terjalin selama ini.
Berkat perpaduan itulah, kita maju ke tahap sekarang. Jadi peliharalah apa yang kita miliki itu dengan saling hormat menghormati budaya, agama dan adat resam oleh semua kaum rakyat satu malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin