Sesetengah
orang gemar sangat berbahas tentang agama mahu menentukan agama siapa
lebih baik, lebih hebat dan lebih benar. Orang ini bukannya orang
sebarangan, tetapi pakar agama. Sejak sekian lama perbahasan
berlangsung, tetapi pemenang mutlak masih belum diketemukan.
Masing-masing mendakwa mereka menang kerana agama mereka satu-satunya
agama yang menyeru kepada kebenaran. Pada zaman Buddha dahulu, golongan
Brahmana selalu datang menghadap Buddha untuk berbahas dengan Baginda.
Ada yang tidak dapat terima penjelasan daripada Buddha, tetapi ramai
juga yang menjadi anak murid Buddha.
Bagi penganut agama Buddha, kita tidak perlu berbahas dengan sesiapa. Baginda Buddha mengajar kita apabila kita berjumpa dengan penganut agama lain yang cuba mengajak kita berbahas, kita mesti tolak dengan sopan. Begitu juga apabila kita didatangi orang yang mendakwa agamanya lebih baik dan memaksa kita mempercayainya, kita mesti layannya dengan baik. Kita tidak perlu terima atau tolak apa yang dikatakan.
Kita boleh berkata kepada dia begini: "Saya tak boleh terima ajaran agama awak, saya juga tak menolaknya. Awak betul ikut cara awak, saya betul ikut cara saya!" Kita tidak terima dan kita juga tidak menolak. Kita tidak kata dia salah, kita betul. Kita tidak kata kita betul, dia salah. Kita betul ikut cara kita, dia betul ikut cara dia. Habis cerita. tidak perlu membuang masa.
Kita tidak boleh menggunakan pendekatan agama kita bagi menilai agama orang lain. Andainya kita mahu memahami dan mendalami agama orang lain, kita mesti menggunakan pendekatan agama mereka. Semua agama tidak sama. Walaupun kita tahu semua agama mengajar orang berbuat baik, namun definisi "baik" itu tidak sama. "Membunuh haiwan" misalnya, mungkin baik bagi sesuatu agama, tetapi tidak baik bagi agama lain.
Begini yang diajarkan oleh Baginda Buddha. Setiap kali didatangi pendeta Brahmana bersama angkuh dan egonya, Buddha akan berkata: "Awak betul ikut cara awak, saya betul ikut cara saya!" Kemudian Buddha akan terangkan cara Buddha. Sekiranya Brahmana itu terima, dia akan sujud dan minta perlindungan daripada Buddha. Sekiranya dia tidak dapat terima, dia akan pergi dengan sopan.
Jikalau kita berkasar: "Agama awak tak masuk akal, tipu dan bohong. Hanya agama saya yang betul dan benar!" Apa akan terjadi? Pertama, dalam hati orang akan kata kita bodoh. Berikanlah penjelasan panjang lebar dengan ayat-ayat dan dalil-dalil yang dipetik daripada kitab suci, orang tetap tidak percaya. Dalam hati orang akan tetap kata kita bodoh. Dalam hati orang akan sumpah seranah kita. Kedua, orang akan kata agama kita mengajar umatnya jadi bodoh. Agama yang tidak menggunakan akal dan kebijakan. Agama yang sempit dan pentingkan diri. Ketiga, silap hari bulan, boleh berlaku pertengkaran. Lumrah manusia, apabila kita menuduh mereka tidak baik, mereka juga akan menuduh kita tidak baik. Jadi, kita dan mereka dua kali lima.
Penganut agama Buddha mesti menggunakan akal. Orang yang mendakwa dia sahaja baik, sedangkan orang lain semuanya jahat, bukan orang yang betul. Orang ini ada masalah. Jangan masuk dekat, berbahaya. Hakikatnya, semua orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Alam tidak cipta manusia dengan kelebihan atau kekurangan sahaja. Begitu juga dengan agama.
Buddha mengajar kita bahawa sekiranya kita mahu membebaskan diri daripada Dukkha dan kitaran hidup, ikutilah jalan Baginda, iaitu Ariya Magga. Jikalau kita tidak mahu, Buddha tidak paksa. Buddha membandingkan manusia dengan sekawan lembu (haiwan suci) dalam kandang. Buddha telah membuka pintu kandang, terpulang pada lembu berkenaan mahu keluar dari kandang atau tidak. Jikalau mahu akan kebebasan, keluar. Jikalau mahu terus terkurung dalam kandang, Buddha tidak kata apa.
Kita selalu mendengar orang berkata, semua agama sama. Semua agama mengajar orang berbuat baik. Betul jika kita lihat sepintas lalu. Tiada agama mengajar orang berbohong, mencuri atau merompak. Namun, apabila didalami, definisi "baik" itu tidak sama antara agama. Seperti saya katakan di atas, "membunuh haiwan" misalnya tidak baik bagi sesuatu agama, tetapi baik bagi agama lain. Ini sekadar contoh mudah. Banyak lagi contoh lain.
Oleh itu, tidak benarlah semua agama itu sama dan semuanya mengajar orang berbuat baik. Agama, terutamanya pada tahap tinggi, tidak sama antara satu sama lain. Destinasi terakhir agama Buddha ialah Nirvana. Destinasi terakhir Brahmana ialah syurga, iaitu bersatu dengan Tuhannya. Namun, masih ada sudut yang boleh dicari persamaannya. Kita boleh berbincang bagi mencari persamaan dan menggunakan persamaan itu untuk merapatkan perpaduan sesama manusia. Bahkan perkara ini sangat dituntut oleh agama.
Penganut agama Buddha harus menggunakan akal dalam urusan agama. Jangan sesekali menggunakan emosi. Soal agama bukan soal remeh yang boleh ditangani dengan emosi. Hanya kebijaksanaan mampu membantu kita mengenali agama kita dan agama orang lain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan