Selasa, 13 Disember 2011

LAMAN TIPS DAN PETUA.

Toksemia Dan Wanita Hamil

Sawan atau eclamptic fits berlaku disebabkan saluran darah di dalam otak pecah menyebabkan pendarahan dan kerosakan otak.  Pendarahan yang banyak di dalam otak boleh merosakkan fungsi organ-organ penting seperti jantung, pernafasan dan lain-lain.  Kejadian ini biasanya menyebabkan maut.  Dalam kes-kes yang lebih ringan, pendarahan mungkin berlaku hanya sedikit, ataupun tidak berlaku langsung atau setakat kebengkakan otak sahaja.
Penyakit toksemia atau sawan beranak seharusnya dicegah dari awal.  Wanita mengandung yang berisiko tinggi ialah wanita yang mengandungkan anak sulung, gemuk, berpenyakit atau mempunyai sejarah keluarga yang bermasalah.  Jagaan kehamilan patut dilakukan mengikut jadual iaitu setiap bulan dan diperingkat awal sehingga tujuh bulan, kemudian dua minggu sekali diikuti seminggu sekali.
Jika penyakit toksemia berlaku, ibu tersebut perlu dibawa ke hospital bagi mencegah keadaannya berterusan.  Penyakit toksemia ini tiada penawar yang khusus dan boleh membawa maut.  Berehat, menjaga pemakanan, berfikiran tenang dan kelahiran bayi yang tepat pada waktunya adalah perkara penting dalam mengendalikan risiko toksemia.

Penyakit Kelamin Dan Kesannya Pada Ibu Hamil – Bhgn 2


  • Candida
Jangkitan yang sangat sering berlaku semasa mengandung. Ia disebabkan oleh sejenis fungus Candida Albiceus. Semasa mengandung, akan berlaku peningkatan paras glikogen pada vagina dan ia menggalakkan pertumbuhan fungus Candida Albiceus. Jangkitan yang teruk mengakibatkan rasa gatal, bengkak dan perit. Ianya dapat dilihat dengan adanya lelehan yang beku dan keputihan pada faraj. Ujian pada lelehan menunjukkan fungus yang mengeluarkan spora.
Cara Rawatan
Penggunaan ubat yang dimasukkan ke dalam vagina. Krim anti fungus seperti Nistatin Cream boleh digunakan tetapi jangan sekali-kali menggunakan krim yang bercampur steroid kerana ia boleh menimbulkan inflasi.
  • Trichomonas
Lelehan busuk berwarna kuning yang turut menyebabkan gatal-gatal.
Cara Rawatan
Rawatan untuk penyakit jenis ini adalah dengan antibiotik jenis metronidezole yang dimakan selepas usia kandungan lebih tiga bulan.
  • Jangkitan Bakteria
Jangkitan bakteria biasanya jarang berlaku semasa hamil. Ia lebih kerap melanda selepas bersalin menyebabkan luka episciotomy lambat sembuh.
  • Kutil Genitalia
Ia disebabkan oleh sejenis DNA virus. Kutil genitalia tidak boleh dibiarkan kerana ia akan melarat dan bertambah dengan cepat.
Cara Rawatan
Rawatan adalah dengan penggunaan antiseptik dan “chemical cautery”. Rawatan biasanya dalam dos yang boleh diterima oleh pesakit kerana rasa pedih akibat sentuhan “cauntery”.

Penyakit Kelamin Dan Kesannya Pada Ibu Hamil – Bhgn 1

Pengetahuan mengenai penyakit kelamin penting bagi ibu-ibu hamil. Ini kerana setiap penyakit sekiranya cepat diketahui, maka lebih cepat dapat diubati.
  • Trepanomatosis (Sifilis)
Kuman Trepanomatosis biasanya disebut sifilis. Penyakit sifilis tidak akan menyebabkan seseorang wanita sukar untuk mengandung. Kebiasaannya wanita yang mengidap sifilis tidak mengalami apa-apa gejala namun ia memberi kesan pada bayi dalam kandungan. Sekiranya jangkitan serius, ia sering menyebabkan keguguran bayi. Bayi yang lahir dari ibu yang mengidap sifilis akan turut mengidap penyakit yang sama. Kerana itulah, pemeriksaan darah ibu mengandung akan turut disertakan dengan ujian saringan VDRL yang bertujuan mengesan kuman sifilis.
Rawatan
Ubat jenis penicillinsecara suntikan akan diberikan. Selain itu, ahli keluarga akan diperiksa untuk mengesan jangkitan dan turut diberi rawatan. Sekiranya ibu hamil mendapat rawatan, jangkitan penyakit ini tidak akan berlaku pada bayi.

Posisi Tidur Selesa Ketika Hamil

Perut yang membesar ketika hamil memang membuatkan seseorang wanita sukar mencari posisi tidur yang selesa. Oleh itu banyak keluhan tentang sukar tidur didengari daripada wanita hamil. Berikut adalah sedikit panduan buat anda mencari posisi tidur yang selesa.
Trimester 1
Pada awal kehamilan, biasanya perut tidak terlalu besar. Maka tidak menjadi masalah untuk anda tidur dalam apa-apa posisi pun. Ketika usia kandungan di bawah 20 minggu, anda boleh bebas tidur terlentang kerana berat janin tidak menekan pembuluh darah utama yang mengalir dari bahagian bawah tubuh kembali ke jantung.
Trimester 2 dan 3
Ketika ini perut anda sudah membesar. Ketika inilah anda serba salah memilih posisi tidur. Tidur terlentang sama sekali tidak digalakkan kerana ini akan menyebabkan tekanan pada pembuluh darah yang
utama yang mengalir dari bahagian bawah tubuh kembali ke jantung.
Tidur terlentang juga menyebabkan anda terasa sakit di punggung. Posisi tidur yang terbaik adalah sama ada tidur mengiring ke kiri atau ke kanan. Akan tetapi yang laing baik adalah bila anda mengiring sebelah kiri.

Redakan Kepanasan Ketika Hamil

Salah satu keluhan yang sering diluahkan oleh wanita mengandung adalah berasa tubuh panas. Ia berlaku kesan daripada penghasilan hormon progesteron akibat menigkatnya suhu tubuh janin. Semakin bertambah usia kehamilan anda, semakin tidak selesa anda rasakan akibat kepanasan.
Namun untuk mengurangkan kepanasan yang dirasakan oleh ibu-ibu hamil, cara berikut boleh dilakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin