Rabu, 14 Disember 2011

TIPS MENJAGA KEROSAKAN GIGI.

Tips penjagaan gigi akan mengekalkan senyuman yang menarik sepanjang hayat ialah :-
  1. Memflos gigi sebelum memberus – Flos dan berus gigi dua kali sehari, gunakan berus gigi yang betul serta sekurang-kurangnya 2 minit sebelah pagi dan malam secara pergerakan membulat. Amalkan memflos sebelum member.us gigi membantu menanggalkan makanan yang terlekat di celah gigi. Kiranya sisa ini terlekat di permukaan gigi, ia akan menyebabkan kaviti, penyakit gusi dan gingivitis.
  2. Dapatkan pemeriksaan gigi dua kali setahun dan sebelum mengandung – Wanita yang mengamalkan pil perancang atau mengandung serta mengalami menopaus perlu berjumpa doktor gigi kerana mereka lebih cenderung mendapat masalah gusi, pereputan gigi dan kaviti. Wanita mengandung boleh mengalami gingivitis disebabkan perubahan hormon dan pertambahan aliran darah dalam badan.
  3. Berhenti merokok, kurangkan minuman berkarbonat, kopi dan alkohol – Merokok adalah penyumbang utama kepada penuaan gigi. Selain mengotorkan gigi, ia merencatkan penyerapan kalsium ke dalam tubuh dan boleh menyebabkan penyakit merbahaya seperti kanser mulut.
  4. Tingkatkan pengambilan kalsium, vitamin C dan D – Tingkatkan pengambilan kalsium dengan memakan buah-buahan dan sayuran hijau. Makanan ini membantu mengurangkan pembentukan asid dalam air liur yang menyebabkan penghakisan enamel gigi. Vitamin C dan D pula dapat membantu penyerapan mineral berguna kepada gigi seperti kalsium dan fosforus yang dapat mengekalkan kesihatan tulang dan tisu gusi.
  5. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap malam – Tidur dapat merehatkan badan dan merawat sebarang kerosakan akibat jangkitan atau kecederaan fizikal. kekurangan tidur menyebabkan sistem ketahanan badan lemah dan memberi ruang kepada jangkitan kuman pada mana-mana bahagian badan, termasuklah bahagian di dalam mulut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin