Selasa, 13 Disember 2011

CARA MENCEGAH DARI JANGKITAN HIV.

Dari segi hubungan seks :
  1. Jangan mengamalkan hubungan seks rambang, seks sejenis, seksual diluar nikah ataupun hubungan seks sebelum kahwin.
  2. Mempunyai pasangan seks yang tetap dan berkekalan. Menghadkan aktiviti seksual kepada hanya seorang pasangan yang belum dijangkiti.
  3. Sentiasa mengutamakan keselamatan dengan mengunakan kondom setiap kali megadakan hubungan seks dari awal hingga akhir. Kondom perlu digunakan dengan cara yang betul. Pengunaan kondom mengurangkan risiko anda daripada dijangkiti virus HIV tetapi perlindungan ini tidak 100% selamat. Jika anda seorang perempuan, pastikan pasangan anda mengunakan kondom.
Dari segi penagihan dadah :
  1. Jangan melibatkan diri anda dalam golongan penagih dadah. Jauhi diri dari dadah.
  2. Tidak berkongsi jarum suntikan bila anda melakukan penyalah gunaan dadah.
  3. Jika anda seorang penagih dadah, mendapat rawatan untuk menghentikan ketagihan itu.Dari segi transfusi darah :
  4. Pada amnya, anda hendaklah mengelakkan diri dari sebarang langkah yang menyebabkan kulit anda ditebusi melainkan ianya amat diperlukan.
Dari segi ibu yang menjangkiti HIV / AIDS dan mengandung bayi :
  • Ibu yang mengandung bayi dan menghidap HIV / AIDS, diminta supaya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan langkah yang boleh dilakukan.
  • Bagi mereka yang menghidap HIV / AIDS dan ingin mendapatkan bayi, diminta agar pergi berjumpa dengan doktor atau mendapatkan nasihat di pusat-pusat kaunseling yang anda percayakan.
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan


















    KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

    Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

    LinkWithin