1. Adalah disyorkan agar kaum wanita
membersihkan bahagian luar faraj selepas membuang air kecil atau air
besar, seeloknya menggunakan air.
2. Ketika haid, wanita
dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang
banyak darah. Ini kerana darah merupakan media yang paling sesuai untuk
kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan ‘tampon’ mereka perlu sentiasa beringat untuk menukarkannya.
3. Elakkan dari sering mengamalkan
douching iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan
membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan
sejenis bakteria loctobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan
bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan
iritasi kulit.
4. Elakkan dari menggunakan sabun atau
menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan
kekeringan dan iritasi kulit dan akan menjadi gatal. Sesetengah wanita
sensitif dan alah pada kandungan pewangi serta buih sabun.
5. Pasangan suami isteri diggalakkan
membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan
kelamin bagi menjamin kebersihan yang optimum. Amalkan membuang air
kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan
risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.
6. Seluar dalam perlu ditukar setiap
hari dan pada hari-hari yang mengalami keputihan, lebih baik memakai
panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan
ketidakselesaan.
7. Selain dari itu, bengkak nanah juga
dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam.
Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk menggeluarkan nanah
dan pengambilan antibiotik. Bisul juga boleh terjadi pada wanita yang
sering bercukur. Oleh itu kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.
8. Wanita
yang mengalami keputihan pada alat sulit seharusnya perlu tahu
membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan normal
boleh berlaku pada waktu–waktu berikut seperti beberapa hari sebelum
haid, ketika ghairah seks, kehamilan dan klimakterik ataupun selepas
menopause.
9. Tanda-tanda keputihan yang
berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih kekuningan
atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak,
berketul-ketul kecil, gatal dan berbau, tanda-tanda bengkak, pedih atau
sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim
atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah
abdomen serta demam.
10. Seelok-eloknya wanita yang mengalami
masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan
pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat
diberikan sebelum penyakit lebih serius.
11. Kebanyakan wanita sebenarnya tidak
memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya
langkah-langkah yang disarankan di atas diikut dengan bijak. Ubat hanya
perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak
normal.
12. Segelintir wanita
berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat
kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Mereka dinasihatkan
memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan, yang
tidak mengubah ph faraj dan telah diuji kebersihannya.
13. Sekiranya selepas menggunakan produk
tersebut dan timbul rasa gatal, pedih, kemerahan, wanita itu
dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan berjumpalah doktor untuk
mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan