Kematian adalah sesuatu yang
pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada
penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati
bersih memperolehi kejayaan.
Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.
Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.
Sejajar dengan itu maka terbitlah halaman web ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.
~~~~~~~ InsyaAllah ~~~~~~~
Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.
Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.
Sejajar dengan itu maka terbitlah halaman web ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.
~~~~~~~ InsyaAllah ~~~~~~~
Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah kepada kita dan berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud 'Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.
- Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.
- Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.
- Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudiann daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari'.
Ketika berada dekat dengan orang sakit, bacalah doa ini berulang kali,
Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan nazak?
- Perlu berada di sisinya.
- Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syuhadah iaitu :
Ash-hadu allah illaha illallah.....(cari tulisan jawi !!!!!!) di telinganya dan hendaklah dimadkan bacaan kalimah tersebut. Manakala rakan-rakan yang lain membaca Al-Quran atau Yasin.
- Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat dan qiam tangannya.
-
Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan :Hendaklah kita ucapkan :
|
Mengurus
jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan
oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa,
akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka
semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.
Di
antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :
-
Memandikannya.
-
Mengkafankan jenazah.
-
Solat ke atas jenazah.
-
Mengebumikannya.
Orang
yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari
kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya
sendiri kalau simati bapanya.
Kalau
warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam
atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.
-
Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.
-
Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.
Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor. -
Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
-
Menentukan bilal untuk memandikan mayat.
-
Urusan menggali kubur.
-
Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.
-
Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
-
Ucapan takziah.
-
Sifat berani.
-
Sabar.
-
Amanah.
-
Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.
-
Sediakan tempat mandi.
-
Sabun mandi.
-
Air daun bidara.
-
Air bersih.
-
Sugi - 7 batang.
-
Sarung tangan - 3 atau 5.
-
Sedikit kapas.
-
Air kapur barus.
-
Baldi serta gayong.
Sebelum
memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan
mengkafan mayat telah disediakan seperti :
-
Kain putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa
-
Gunting
-
Kapas
-
Cendana
-
Kapur barus
-
Air mawar
-
Minyak wangi (Minyak Attar)
-
Tikar jerami
-
Bantal (dari daun pandan)
-
Tempat mandi yang khas.
|
|
Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :
"Sahaja
aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"
Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :
"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"
-
Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
-
Siram sebelah kanan 3 kali.
-
Siram sebelah kiri 3 kali.
-
Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
-
Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
-
Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
-
Lepas itu siram dengan air kapur barus.
-
Lepas itu wudukkan mayat.
Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t""Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan. -
Siram dengan air sembilan.
-
Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
-
Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan.
-
Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya.
-
Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll).
-
Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.
Pertama : |
|
||
Kedua : | Hendaklah disediakan tali
pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan
tersebut. |
||
Ketiga : |
|
||
Keempat : |
|
||
Kelima : | Tutupkan jenazah itu dengan
kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di
atas. |
||
Keenam : |
|
Dalam
mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan
secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan)
sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang.
Bagi
orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama
dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah
setalah disolatkan oleh orang lelaki.
Adapun
hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal
menguruskannya.
-
Cara mengerjakan Solat Jenazah
Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.
Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.
Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih. -
Rukun Solat Jenazah
Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat :
i. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
ii. Berdiri bagi yang berkuasa.
iii. Bertakbir empat kali.
iv. Salam -
Lafaz niat solat jenazah :
a. Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :
"Sahaja
aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat
takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"
b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empattakbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"e. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum
"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"
f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum
"Sahaja
aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat
takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"
-
Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.
Takbir yang pertama :
Membaca lafaz :
Allahu
Akbaru (Allah Maha Besar).
Kemudian dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang berkuasa mengadili pada hari pembalasan. Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepada Mu kami memita segala pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu Jalan orang yang engkau kurniakan nikmat ke atras mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.
b. Takbir yang kedua.Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan dengan membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w :
"Ya
Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan
atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat
pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi
Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau
memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh
alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".
c.
Takbir yang ketiga :
Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk memohonkan ampun pada si mati :
"Ya
Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah
serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah
kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan
bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah
dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih
dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih
baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik
dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari
keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa
kubur dan seksa neraka."
d.
Takbir yang ke empat.
Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca doa seperti di bawah ini :
"Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Selanjutnya
yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan ke kanan dan
ke kiri dengan membaca :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan