Jumaat, 16 Disember 2011

SEJARAH ZAMAN DARURAT KOMUNIS

Sejarah Zaman Darurat 1948-1960 :

Menyenaraikan koleksi 97 bahan cetak seperti buku, monograf, mimeograf,
latihan ilmiah, novel, salinan makalah termasuk keratan surat khabar, risalah dan
dokumen kerajaan serta bahan-bahan bukan cetak seperti rakaman video, mikrofis dan
mikrofilem tentang sejarah zaman Darurat di Tanah Melayu antara tahun 1948- 1960 di
Perpustakaan Utama, Universiti Malaya yang merangkumi koleksi Perpustakaan
Peringatan Za’ba (PPZ) dan Bahagian Tanda Merah (RS). Bibliografi disenaraikan
mengikut kategori bahan buku, majalah dan jurnal, suratkhabar, latihan ilmiah dan lainlain.
Pengenalan : Sejarah zaman Darurat di Tanah Melayu 1948 - 1960
Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu telah
mengisytiharkan Darurat di seluruh Tanah Melayu pada 19 Jun 1948 untuk menghadapi
ancaman komunis yang telah menggugat keselamatan awam di Tanah Melayu.
Keganasan Parti Komunis Malaya (PKM) yang semakin dahsyat terutamanya pada tiga
hari sebelumnya iaitu pembunuhan tiga orang pengurus ladang getah berbangsa Eropah
di Sungai Siput, Perak memaksa kerajaan bertindak dengan segera untuk mengatasi
pemberontakan bersenjata PKM.
Zaman Darurat (1948-1960) merupakan satu titik hitam dalam sejarah
Semenanjung Tanah Melayu kerana berlakunya peperangan terbuka antara pihak
kerajaan dengan Parti Komunis Malaya yang turut melibatkan semua lapisan rakyat
Tanah Melayu. Dalam tempoh sepanjang dua belas tahun tersebut, kerajaan Tanah
Melayu telah mengatur pelbagai strategi dan langkah-langkah untuk menghapuskan
pemberontakan bersenjata oleh komunis. Zaman Darurat telah diisytiharkan tamat secara
rasminya oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada
31 Julai 1960. Namun demikian, ancaman PKM masih wujud dan berterusan di
sempadan negara Thai-Malaysia tetapi kekuatannya adalah terhad. Tambahan pula,
angkatan bersenjata Malaysia dan pasukan keselamatan telah berjaya menyekat
perkembangan dan propaganda PKM. Dengan itu, PKM tidak lagi menjadi ancaman
utama kepada keselamatan Tanah Melayu. Seterusnya, pada 2 Disember 1989, PKM
telah menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Malaysia di Haadyai,
Thailand. Dengan itu, perjuangan PKM untuk mendirikan sebuah kerajaan komunis di
Malaysia secara rasminya pun berakhir.
Dewasa ini, banyak penyelidikan dan kajian telah dijalankan oleh pengkajipengkaji
tempatan dan para sarjana luar negara tentang zaman Darurat di Tanah Melayu.
Menurut Prof. Datuk Khoo Kay Kim dan Ranjit Singh Malhi, kebanyakan kajian
mengenai zaman Darurat adalah bertumpukan kepada kegiatan militan PKM selepas
Perang Dunia II serta langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk
membanteras keganasan PKM terutamanya rancangan Briggs. Tambah beliau lagi,
kajian-kajian tersebut juga lebih memberi tumpuan kepada tahun-tahun selepas 1945.
Namun demikian, kebelakangan ini, terdapat beberapa tokoh sejarawan telah memberi
focus kepada perkembangan social ketika zaman Darurat.1 Menurut mereka lagi,
walaupun zaman darurat merupakan satu episod hitam dalam sejarah Malaysia, namun
demikian, pada zaman Darurat juga mempunyai kegemilangannya terutamanya dalam
pencapaian sukan tanahair. Misalnya, pada tahun 1949 negara kita telah berjaya
memenangi Piala Thomas dalam sukan badminton.2 Walau bagaimanapun, yang
menyedihkan ialah adanya di kalangan generasi muda hari ini, terutamanya anak bangsa
tanahair yang dilahirkan selepas penubuhan Malaysia, 1963 yang tidak terlibat secara
langsung dalam zaman Darurat hanya mempunyai ide kabur tentang peristiwa pahit dan
penting tersebut. Justeru itu, tanggapan dan persepsi generasi muda tersebut tentang
sejarah perkembangan zaman Darurat amatlah cetek kerana mereka hanya mempelajari
zaman darurat ketika di sekolah menengah rendah dan tingkatan enam sahaja. Oleh itu,
kebanyakan daripada mereka akan lupa pengetahuan tentang sejarah zaman Darurat yang
sudah berlaku lebih daripada 50 tahun dahulu terutama setelah meninggalkan bangku
sekolah. Kini, negara kita akan menyambut hari kemerdekaannya yang ke 45 tetapi
malangnya ramai generasi muda masih tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang
pengorbanan wira-wira tanahair, terutamanya anggota-anggota tentera, pasukan polis
hutan, pasukan renjer dan pasukan polis dalam menangani ancaman komunis. Sejarah
zaman Darurat memang merupakan satu episod bersejarah yang amat penting kepada
negara kita, Malaysia yang mampu memberi beberapa pengajaran dan iktibar yang perlu
disedari untuk terus maju ke hadapan.
Oleh itu, langkah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya dalam memperkenalkan satu
kursus khas tentang zaman Darurat di Malaysia memang merupakan satu tindakan yang
bijak dan wajar untuk menarik semula minat para pelajar terutamanya pelajar-pelajar
sejarah untuk mempelajari dengan panjang lebar sejarah perkembangan zaman tersebut.
Kursus AEEA3333 Darurat di Malaysia adalah dibawah kelolaan Profesor Dr. Abdullah
Zakaria, bekas Ketua Jabatan Sejarah, Universiti Malaya dan Cik Ho Hui Ling,
pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Kursus ini telah diperkenalkan sejak
tahun akademik 2001/2002 dan hanya terbuka kepada pelajar-pelajar Tahun 3 yang
mengambil bidang sejarah sebagai mata pelajaran “major” atau “minor”.3 Dengan itu,
pelajar-pelajar sejarah tanahair akan mendapat peluang untuk mendalami perkembangan
perisitwa Darurat di Malaysia.
Menurut kajian literatur, sehingga hari ini hanya terdapat satu bibliografi tentang
sejarah zaman Darurat yang telah di susun oleh Perpustakaan Angkatan Tentera,
Kementerian Pertahanan Malaysia sempena ulang tahun pertama penubuhan Muzium
Angkatan Tentera. Bibliografi tersebut yang bertajuk “Bibliografi Darurat 1948-1960”
dikeluarkan pada tahun 1984 tetapi memandangkan sambutan yang menggalakkan ia
telah di ulang cetak pada tahun yang sama dengan tambahan beberapa judul. Bibliografi
darurat ini mengandungi dua bahagian yang memuatkan 193 entri yang merangkumi
pelbagai bentuk bahan seperti buku, tesis, artikel-artikel dari majalah yang disusunkan
dalam Bahagian Pertama (169 entri) dan terbitan-terbitan kerajaan diletakkan dalam
Bahagian Kedua (24 entri). Penyusunan entri adalah mengikut nama pengarang atau tajuk
manakala untuk bahan- bahan terbitan bersiri maklumat mengenai judul majalah, jilid,
muka surat serta tahun telah diberikan. Seterusnya, pada penghujung setiap entri
diberikan ringkasan nama institusi-institusi dimana bahan boleh dirujuk untuk maklumat
tambahan. Dalam menyusun bibliografi darurat ini, Perpustakaan Angkatan Tentera telah
mendapat kerjasama dari beberapa institusi lain antaranya Arkib Negera Malaysia,
Perpustakaan Maktab Tentera Di Raja, Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan
Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Universiti Malaya dan Perpustakaan
Universiti Sains Malaysia. Walau bagaimanapun, setelah di kaji dengan terperinci
didapati lebih daripada satu pertiga entri (lebih daripada 60 judul) adalah bahan-bahan
yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan sejarah zaman darurat 1948-1960. Ini
kerana ada entri yang menceritakan tentang sejarah darurat yang berlaku diluar
jangkasama tahun 1948 hingga 1960. Misalnya entri-entri “Akta kuasa-kuasa darurat
Kelantan” dan “Ucapan penuh Datuk Asri semasa menentang Rang Undang-undang
Darurat di Dewan Rakyat” adalah berkaitan dengan darurat di negeri Kelantan selepas
tahun-tahun 1948-1960. Dalam pada itu, didapati juga ada banyak entri yang merupakan
sejarah umum tentang sejarah Malaysia, antaranya ialah “A Short History of Malaya”
oleh G. P. Dartford, “History of Malaya 1400-1952” karya Joginder Singh Jesse, “A
Short History of Malaysia” oleh Harry Miller, “A History of Modern Malaysia” yang
ditulis oleh T. G. Tregonning dan lain-lain lagi. Seterusnya, ada juga entri yang hanya
menyentuh sepintas lalu tentang sejarah perkembangan dunia komunis atau zaman
darurat misalnya buku “The Birth of Communist China” oleh C. P. Fitzgerald, “Hari Ini
Dalam Sejarah” terbitan Arkib Negara Malaysia, “Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu”
karya Ibrahim Mahmood, “Politics and Government in Malaysia” oleh R. S. Milne,
“Bandung in the early revolution” karya J. R. W. Smail dan lain-lain lagi. Namun
demikian, penyusunan bibliografi darurat ini merupakan satu usaha yang baik untuk
mengumpulkan maklumat mengenai sejarah darurat yang terdapat di dalam koleksi
Perpustakaan Angkatan Tentera dan beberapa buah institusi pengajian tinggi di
Malaysia.4
Tujuan Bibliografi Beranotasi
Bibliografi beranotasi ini bertujuan untuk menyenaraikan bahan-bahan cetak
seperti buku, monograf, mimeograf, latihan ilmiah, novel, salinan makalah termasuk
keratan surat khabar, risalah dan dokumen kerajaan serta bahan-bahan bukan cetak
termasuk rakaman video, mikrofis dan mikrofilem tentang sejarah zaman Darurat di
Tanah Melayu antara tahun 1948 - 1960 yang terdapat dalam koleksi di Perpustakaan
Utama, Universiti Malaya (PU) termasuk yang tersimpan dalam Perpustakaan Peringatan
Za’ba (PPZ) dan Bahagian Tanda Merah (RS). Pada keseluruhannya, sebanyak 97 bahan
telah dapat dikesan. Namun demikian, usaha penyediaan bibliografi ini bukanlah satu
penyenaraian yang menyeluruh tentang sumber-sumber maklumat tentang zaman Darurat
di Tanah Melayu kerana hanya bahan-bahan dalam Bahasa Melayu (rumi dan jawi) dan
Bahasa Inggeris yang diambil kira untuk kajian ini. Bahan-bahan lain dalam Bahasa Cina
dan bahasa-bahasa asing tidak diambil kira.
Pada keseluruhannya, daripada 97 bahan yang dapat dikesan, kebanyakannya
kurang menonjolkan sumber-sumber yang ditulis oleh pengkaji-pengkaji tempatan. Ini
memandangkan kebanyakan tulisan tentang zaman darurat adalah hasil penyelidikan dan
kajian penulis-penulis asing yang lebih berbanding dengan penulis-penulis tempatan.
Oleh yang demikian adalah tidak menghairankan, kebanyakan bahan yang disenaraikan
telah ditulis dalam Bahasa Inggeris. Namun demikian, beberapa tahun belakangan ini
telah wujud tulisan-tulisan dalam Bahasa Melayu yang diusahakan oleh pengkajipengkaji
sejarah tempatan seperti yang dapat dijejak melalui bibliografi beranotasi ini.
Seterusnya, diharapkan bibliografi ini dapat mempermudahkan dan mempercepatkan
usaha peminat-peminat sejarah zaman darurat untuk mencari maklumat tentang tajuk
berkenaan.
Dari segi penyusunan, bibliografi ini disenaraikan menggunakan abjad iaitu
mengikut nama pengarang mengikut jenis bahan iaitu bahan buku, makalah dan jurnal,
suratkhabar, latihan ilmiah dan lain-lain. Untuk bahan-bahan yang tiada pengarang,
judulnya akan digunakan bagi memudahkan penyusunan bibliografi. Dari segi medan
maklumat (information fields), bahan-bahan akan disusun berlandaskan nama pengarang,
judul bahan (diitalikkan), tempat penerbitan, penerbit dan tahun penerbitan. Seterusnya,
disediakan anotasi untuk entri-entri terpilih. Stail bibliografi yang digunakan ialah
Turabian. Penempatan entri dan nombor panggilan semua bahan yang disenaraikan akan
diberi dalam kurungan menunjukkan bahan tersebut boleh didapati sama ada di
Perpustakaan Utama (PU), Perpustakaan Peringatan Za’ba (PPZ) atau Bahagian Tanda
Merah (RS), Perpustakaan Utama Universiti Malaya.
Bibliografi Beranotasi Sejarah Zaman Darurat di Tanah Melayu 1948-60
Buku-buku
1. Andrew, Herbert. Who Won the Malayan Emergency? Singapore : Graham
Brash, 1995. [DS596.5 And / PPZ / PU]
Sebuah buku yang dikarang oleh seorang bekas pegawai polis yang berpangkat
Leftenan tentang cara-cara mengatasi masalah dan rintangan yang berbahaya dalam
menentang komunis di hutan.
2. Archer, Alex L. The Way It Was. Kuala Lumpur : United Selangor Press, 1984.
[D811.5 Arc / PU / PPZ]
3. Barber, Noel, 1909 -. The War of the Running Dogs : The Malayan Emergency :
How Malaya Defeated the Communist Guerrillas 1948 - 1960. New York :
Weybright and Talley, [1972]. [DS596.5 Bar / PU / PPZ]
Menghuraikan sejarah penentangan komunis melalui penelitian peranan yang
dimainkan oleh mereka yang terlibat sama ada orang kerajaan, orang awam atau
orang komunis dan bagimana mereka berjaya atau gagal dalam mengatasi zaman
Darurat itu.
4. Boddye, E. T. Malayan Patrol. Durham : The Pentland Press, 1993.
[PR5149 B66M / PU / PPZ]
Menceritakan tentang pengalaman seorang “National Service Officer” yang
berkhidmat dengan Tentera British dan platunnya telah menempuhi kejayaan dan
kegagalan dalam kempen penentangan komunis di hutan Tanah Melayu. Mereka telah
mengalami kejadian-kejadian yang menyedihkan dan ngeri di samping terpaksa
bertahan dan tidak beraksi untuk beberapa jangka masa yang panjang.
5. Brimmell, Jack Henry. A Short History of the Malayan Communist Party. Singapore :
D. Moore, 1956. [DS596.5 Bri / RS / PU]
6. Campbell, Arthur. Jungle Green. 4th impression. London : Allen and Unwin,1963.
[DS592 Cam / PU / PPZ]
Ditulis oleh penulis, seorang bekas pegawai tentera Rejimen Suffolk, dalam
kempennya menentang gerila komunis dengan menumpukan kehidupan yang penuh
dengan pelbagai cabaran dan rintangan di hutan belantara Malaya.
7. Cheah Boon Kheng. The Masked Comrades : A Study of the Communist United
Front in Malaya, 1945 -48. Singapore : Times Books International, 1979.
[DS596.5 Che / RS]
8. --------. Komrad Bertopeng : Suatu Kajian Mengenai Barisan Bersatu Komunis di
Tanah Melayu 1945 - 48. Terjemahan Hj. Zubir Ismail. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1982. [DS596.5 Che / PU / PPZ / RS]
Menceritakan tentang sejarah asal-usul pemberontakan PKM dalam bulan Jun
1948 dan sejarah PKM dengan penghuraian lanjut tentang beberapa barisan
depannya melalui kajian dan penelitian tokoh-tokoh yang terlibat, cara mereka
bekerja, sebab-sebab mereka bekerja dengan komunis, latar belakang peribadi mereka
serta bidang konflik dan kerjasama antara organisasi.
9. Chin, Aloysius. The Communist Party of Malaya : The Inside Story. Kuala Lumpur :
Vinpress Sdn. Bhd., 1994. [DS597 Chi / PU / PPZ]
Memperkatakan sejarah permulaan dan tamatnya perjuangan PKM di Tanah
Melayu dengan huraian yang mendedahkan taktik-taktik yang digunakan komunis
ketika zaman Darurat dan selepasnya dalam usaha mereka untuk menggulingkan
kerajaan. Peranan dan pengalaman penulis sebagai pegawai Cawangan Khas Polis
Diraja Malaysia serta penglibatan secara langsung dalam operasi-operasi menentang
gerila-gerila komunis menjadikan buku ini satu kajian komprehensif untuk dirujuk
tentang sejarah perjuangan komunis dan zaman Darurat di Tanah Melayu 1948 - l960.
10. Cleaveland, Norman. Bang! Bang! in Ampang : Dredging Tin During Malaya’s
‘Emergency’. San Pedro : Symcon Publishing Company, 1973.
[HD9539 T6M3623 / PU / PPZ]
Menceritakan pengalaman dan penglibatan seorang pelombong Amerika dalam
zaman Darurat di Tanah Melayu. Oleh sebab lombong-lombong bijih timah sentiasa
menjadi sasaran komunis, penulis selaku pengurus besar Pacific Tin Consolidated
Corp. bersama-sama dengan pelombong-pelombong lain telah bersatu dan berusaha
mempertahankan nyawa dan harta-benda mereka daripada ancaman komunis antara
tahun-tahun 1948 – 1954.
11. Cloake, John. Templer, Tiger of Malaya : The Life of Field Marshal Sir Gerald
Templer. London : Harrap, 1985. [DS597.15 T28Clo / PU]
12. Clutterbuck, Richard L. The Long, Long War : The Emergency in Malaya 1948 -
1960. London : Cassell, 1967. [DS596.5 Clu / PU / PPZ]
Menghuraikan kejayaan kerajaan Tanah Melayu dalam usahanya menghapuskan
komunis di hutan-hutan Tanah Melayu dengan memberi tumpuan kepada pelbagai
langkah berbentuk pertahanan yang mampu menghalang komunis dan memastikan
pemberontakan komunis tidak meluas serta terkawal, langkah-langkah penyerangan
di mana kekuatan memberontak dan bertindak PKM dipertahankan serta dikurangkan
untuk melumpuhkannya dan akhir sekali langkah memburu dan mengesan saki-baki
komunis bagi mewujudkan kemenangan yang nyata.
13. --------. Riot and Revolution in Singapore and Malaya, 1945 - 1963. London :
Faber, 1973. [DS597 Clu / PU / RS]
Menghuraikan tentang evolusi perjuangan “urban revolution” yang digerakkan
melalui Parti Komunis Malaya dan cara-cara perjuangan mereka ketika zaman
Darurat.
14. --------. Conflict and Violence in Singapore and Malaysia , 1945 - 1983. Rev.,
updated and enlarged ed. of Riot and Revolution in Singapore and Malaya
1945 -1963. Singapore : Graham Brash, 1984. [DS596 Clu / PU / PPZ]
Mengkaji taktik-taktik yang digunakan PKM untuk menjalin hubungan antara
pihak revolusioner dan orang awam serta bagaimana pihak polis mempergunakan
hubungan jalinan ini untuk menjatuhkan PKM sendiri melalui perisikannya. Juga
memperlihatkan perkembangan di Malaysia dan di Singapura selepas pemberontakan
bersenjata komunis.
15. Coates, John, 1932 - .Suppressing Insurgency : An Analysis of the Malayan
Emergency, 1948 - 1954. Studies in Regional Security. Boulder : Westview Press,
1992. [DS597 Coa / PPZ]
16. Colin Nicholas, Anthony and Tiah Sabak. Orang Asli in the News : the Emergency
Years 1950-1958. Kuala Lumpur : Center for Orang Asli Concerns,1989.
[fDS595.2 O73Ora / PPZ]
17. Crawford, Oliver. The Door Marked Malaya. London : R. Hart-Davies, 1958.
[DS596 Cra / PU]
Menceritakan pengalaman penulis sebagai seorang pegawai tentera dalam
Batalian Pertama Somerset Light Infantry antara tahun-tahun 1954-1955 di Tanah
Melayu yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti membenteras pengganas-pengganas
komunis yang melancarkan pemberontakan bersenjata.
18. Crockett, Anthony. The Perimeter Fence. London : R. Hale, 1957.
[PR6005 R79P / PU]
Merupakan sebuah novel berlatarbelakangkan keadaan zaman darurat yang
mencemaskan di Tanah Melayu.
19. Cross, John P. Jungle Warfare : Experiences and Encounter. London : Guild
Publishing, 1989. [U167.5 J8Cro / PPZ]
20. Dennis, Peter dan Jeffrey Grey. Emergency and Confrontation : Australian
Military Operations in Malaya and Borneo 1950-1966. New South Wales :
Allen and Unwin in association ith the Australian War Memorial, 1996.
[DS597 Den / PU /PPZ]
Menjelaskan peranan aktif yang dimainkan tentera Australia ketika zaman
Darurat (1948-1960) dan Konfrontasi (1962-1966) dengan merujuk kepada rekod
-rekod yang tersimpan di Australia dan Great Britain.
21. Gwee, Hock Aun. The Emergency in Malaya. Pulau Pinang : Sinaran, 1966.
[DS596.5 Gwe / PU / RS]
Memberi satu pengenalan kepada asal-usul, perkembangan, kesan dan tamatnya
perang yang paling rumit, kompleks dan mahal yang melibatkan tentera British, orang
Tanah Melayu, asakar-askar Gurkha, pasukan-pasukan keselamatan Komanwel, Polis
Diraja Persekutuan Tanah Melayu dan kerajaan Tanah Melayu. Zaman Darurat
sememangnya perang antara orang kebanyakan yang sukakan keamanan dengan
pengganas-pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.
22. Hanrahan, Gene Z. The Communist Struggle in Malaya. With an Introduction by
Victor Purcell and Postscript by Sir Robert Thompson. New York : International
Secretariat Institute of Pacific Relations, 1954.[DS596 Han PU / PPZ]
Membincangkan strategi-strategi dan taktik-taktik yang digunakan PKM dalam
perjuangannya di Tanah Melayu dengan melihat sejarah asal-usul komunisme di
Tanah Melayu, kegiatan-kegiatannya semasa Perang Dunia Kedua, perjuangan
revolusioner selepas perang 1924 - 1943. Tumpuan khas diberikan kepada doktrin
-doktrin revolusioner dan kebiasaan PKM antaranya pemberontakan bersenjata,
teknik revolusioner, keterlibatan dalam kesatuan sekerja dan perang gerila.
23. Henniker, Mark Chandos. Red Shadow over Malaya. Foreword by Sir John Harding.
Edinburgh : W. Blackwood, 1955. [DS596 Hen / PU / PPZ]
24. Heussler, Robert. British Rule in Malaya 1942 - 1957. 2d ed. Singapore : Heinemann
Asia, [1985]. [JQ716 Z1Heu / PU / PPZ]
25. Holman, Dennis. Noone of the Ulu. With a Foreword by Sir Gerald Templer.
Singapore : Oxford University Press, 1958. [DS596.6 N6Hol / PU / PPZ]
26. Jackson, Robert. The Malayan Emergency : The Commonwealth Wars. London :
Routledge, 1991. [DS597 Jac / RS / PPZ]
Menghuraikan sejarah penentangan komunis di zaman Darurat dengan melihat
langkah-langkah ketenteraan yang diatur kerajaan British di Tanah Melayu dengan
menggembleng semua pasukan keselamatan tempatan antara tentera darat, tentera
udara, polis dan pengawal kampung dengan dibantu pasukan-pasukan tentera
Komanwel yang lain dari Britain, Australia dan New Zealand. Menurut Jackson,
kejayaan Tentera Pembebasan Rakyat Malaya yang dianggotai 6,000 orang
menentang dan berhadapan dengan 300,000 anggota keselamatan pada kemuncak
zaman Darurat tidak boleh diperkecil-kecilkan. Tambahan pula, kos perbelanjaan
menentang komunis adalah sebanyak 700 juta paun.
27. Khoo Kay Kim, Prof. dan Adnan Hj. Nawang, penyunting. Darurat 1948 - 1960.
Kuala Lumpur : Muzium Angkatan Tentera, 1984. [DS597 Dar / PU / RS]
Mengandungi beberapa makalah yang ditulis oleh ahli-ahli sejarah tempatan
dengan menggunakan bahan-bahan utama dan penyelidikan perpustakaan untuk
memberi satu perspektif yang tepat dan saksama behubung dengan satu zaman huru
-hara yang penting dalam sejarah Malaysia.Antara beberapa makalah yang menarik
dalam monograf ialah ‘Gerakan komunis di Tanah Melayu sehingga tertubuhnya
PKM’ oleh Prof. Khoo Kay Kim, ‘Kegiatan komunis dan kesannya ke atas hubungan
kaum : Bukit Tambun dan Bukit Junun’ oleh Baharom Mansor dan Abu Bakar Majid,
‘Bulan Rakyat melawan penjahat’ oleh Sulaiman bin Haji Abdul Samad dan
‘Angkatan Tentera dan Darurat’ oleh Mej. M. A. Fawzi Basri.
28. Komer, R. W. The Malayan Emergency in Retrospect : Organisation of a
Successful Counter Insurgency Effort. U.S. Advanced Research Projects Agency
ARPA Order no. 189-1. Santa Monica, Clif. : Rand, 1972. [DS596.5 Kom / PU]
Memberi analisa tentang langkah-langkah ketenteraan, sivil dan psikologi
yang diambil kerajaan Tanah Melayu yang berjaya mengatasi pemberontakan
bersenjata komunis dan dari itu pengajaran-pengajaran yang boleh diperoleh
angkatan tentera Amerika Syarikat dalam usahanya yang sama menentang
pemberontakan bersenjata.
29. Leary, John James, 1949 - . The Importance of the Orang Asli in the Malaysian
Emergency 1948 - 1960. Clayton, Australia : Centre of Southeast Asian Studies,
Monash University, 1989. [fDS503.4 M7 56 / PU / PPZ]
Mengkaji peranan Orang Asli dalam zaman Darurat yang telah dipergunakan
PKM sebagai perisai pemberi amaran dan pembekal makanan unit-unit tertentunya
manakala pasukan keselamatan pula menjadikan mereka pekerja mengangkat alat-alat
berat dan bekalan makanan semasa operasi ketenteraan mereka di dalam hutan.
30. Lee Kuan Yew, 1923 - . The Battle for Merger. Singapore, [1961].
[JQ692 Lee / PU / PPZ]
Mengandungi dua belas ucapan Lee Kuan Yew yang ditulis untuk menjelaskan
keadaan politik di Singapura dan Tanah Melayu bagi menghalang perkembangan
pengaruh komunisme yang disebarkan PKM melalui barisan hadapan mereka supaya
kebenaran dapat diperhatikan rakyat.Dalam bahagian lampiran disertakan beberapa
dokumen penting yang dapat membantu memperjelaskan dan memperbetulkan
tanggapan umum tentang kekejaman komunis.
31. Lim, Cheng Leng. The Story of a Psy-warrior : Tan Sri Dr. C. C. Too, Batu Caves,
Selangor : Lim Cheng Leng, c2000. [DS597.215 T515Lim / PPZ]
32. Miers, Richard. Shoot to Kill. With a Foreword by Francis Festing. London :
Faber and Faber, 1959. [DS597 Mie / PU / PPZ]
Menampilkan sejarah perjuangan sebuah batalion Welsh yang dianggotai
penulis sendiri dalam proses memerangi penggganas-pengganas komunis di Tanah
Melayu dengan penerangan yang jelas tentang perancangan menyeluruh dan selokbelok
dalam memerangi gerila-gerila komunis di hutan yang mana berakhir dengan
kejayaan pada pihak kerajaan.
33. Miller, Harry, 1914 - . Menace in Malaya. London : G. G. Harrap, 1954.
[DS596.5 Mil / PU]
34. --------. Jungle War in Malaya : The Campaign against Communism, 1948 -60.
London : Barker, 1972. [DS596.5 Mil / RS / PU]
Membicarakan perkembangan zaman Darurat dari kaca mata seorang wartawan
yang ditonjolkan secara dramatik kejayaan dan kegagalan pasukan keselamatan serta
penglibatan mereka dalam operasi menentang komunis tersebut di Tanah Melayu,
1948 - 1960. Menyerlah pengorbanan anggota-anggota pasukan keselamatan yang
terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan kesusahan di pedalaman hutan dan
ladang getah. Namun demikian, menurut Miller, walaupun kerajaan telah berjaya
menangkis pemberontakan bersenjata itu, PKM melalui saki-baki unit-unit yang
tertinggal masih meneruskan perjuangan mereka yang akan menemui jalan buntu.
35. Mohd. Reduan Aslie. Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaya. Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993. [DS597 Mohra / PU / RS / PPZ]
Berbicara tentang pemberontakan kedua PKM di Semenanjung Tanah Melayu
dan pemberontakan Parti Komunis Sarawak secara menyeluruh dengan
menghubungkiatkan kedua-dua peristiwa tersebut untuk memudahkan pemahaman
sejarah pemberontakan komunis di Malaysia.Tidak membincangkan dengan
terperinci dan mendalam tentang strategi-strategi, taktik-taktik dan cara-cara PKM
dan Parti Komunis Sarawak yang digunakan melalui barisan hadapan mereka iaitu
Barisan Tentera, Barisan Bawah Tanah dan Barisan Bersatu.
36. Moran, Jack William Grace. The Camp across the River : Further Recollections of an
Officer in the Malayan Police Force. London : P. Davies, 1961.[DS595.6 M82 / PU]
Menceritakan pengalaman yang dilalui penulis dan pegawai-pegawai
bawahannya yang berkhidmat dalam Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu pada
zaman Darurat dan riwayat hidup seseorang komunis sehingga mautnya serta
keadaan-keadaan yang mencemaskan yang dialami oleh pasukan keselamatan dalam
serangan-serangan mereka yang tidak menentu di dalam hutan yang didiami
pengganas-pengganas komunis.
37. Nik Anuar Nik Mahmud. Tunku Abdul Rahman and his Role in the Baling Talks: a
Documentary History. Kuala Lumpur : Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Arkib
Negara Malaysia, 1998. [DS597.15 A22Nikanm / PPZ / PU]
Menghuraikan peranan yang dimainkan Tunku Abdul Rahman Putra dalam
Rundingan Baling bagi menamatkan zaman Darurat dan mengandungi pelbagai
dokumen penting berhubung dengan
Rundingan Baling.
38. Noone, Richard, and Pat Noone. Rape of the Dream People. London : Hutchinson,
1972. [DS592.2 S3Noo / PU]
39. O’Ballance, Edgar. Malaya : The Communist Insurgent War, 1948 - 1960. London :
Faber and Faber, 1966. [DS596.5 Oba / PU]
Menjelaskan mengapa PKM gagal dalam usahanya merampas kuasa dan
mengambilalih tampuk kerajaan di Tanah Melayu dengan menghuraikan secara
terperinci latar belakang sejarah dan rakyat tanah air sebelumnya, nasib malang
Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Tentera Anti-Jepun Rakyat
Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malayan Races Liberation Army atau Tentera
Pembebasan Rakyat Tanah Melayu dan peristiwa-peristiwa selepas perang yang
relevan. Faktor utama kegagalan PKM ialah keberkesanan pasukan keselamatan
kerajaan melumpuhkan PKM, pembelotan anggota-anggota PKM yang menyerah diri
dan langkah-langkah kerajaan lain yang berjaya membendung PKM.
40. Oldfield, John Briton, Major,. The Green Howards in Malaya, 1949 – 1952 : The
Story of a Post-war Tour of Duty by a Battalion of the Line. Aldershot : Gale and
Polden Ltd., 1953. [DS596.5 Old / PU]
Menceritakan peranan yang dimainkan pegawai-pegawai dan anggota-anggota
Batalian Pertama The Green Howards antara Ogos, 1949 dan Okt., 1952 di hutan
Tanah Melayu menentang gerila-gerila komunis yang berleluasa di Tanah Melayu
ketika zaman Darurat.
41. Osman Mamat. Darurat di Trengganu, 1948-1960 [Beberapa Aspek Sosial dan
Ekonomi]. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.
[DS598 T78Osmm / PU / PPZ]
42. Panduan Penerangan dan Butir-butir Sharahan bagi Pensharah-pensharah :
Dharurat dan Bulan Rakyat Melawan Penjahat-penjahat. Kuala Lumpur :
Pejabat Perhubungan Raya, Persekutuan Tanah Melayu, 1950. (jawi)
[DS596.5 Pan / PPZ]
43. Parkinson, C. N. Templer in Malaya. Singapore : Donald Moore Ltd., 1954.
Salinan footostat. [DS596.5 Par / PU]
Mengandungi 6 bab yang menceritakan peranan-peranan dan kejayaan yang
disumbangkan oleh Jeneral Templer dalam usahanya membanterasgerila-gerila
komunis di Malaya.
44. Polsky, Anthony. “Incident at Batang Kali - Even If It Did Happen, Let It Die.”
Bulletin. February 1970. Salinan fotostat. [fDS596.5 Pol / PU]
Membincangkan pembukaan semula penyiasatan kes pembunuhan
beramai-ramai 25 orang pengganas komunis yang disyaki di sebuah estet getah
Batang Kali, tiga puluh satu tahun yang lalu. Mengemukakan pandangan pelbagai
pihak tempatan termasuk pihak kerajaan, surat-suratkhabar Bahasa Inggeris dan
Bahasa Cina tempatan dan kerajaan British tentang perlunya pembukaan semula
penyiasatan kes tersebut.
45. Postgate, Malcom R. Operation Firedog ; Air Support in the Malayan Emergency,
1948 - 1960. Ministry of Defence, Air Historical Branch. London : HMSO, 1992.
[DS597 Pos / RS / PPZ]
Membincangkan secara komprehensif peranan angkatan udara tempatan dan
luar negeri dalam kempen menentang komunis di Tanah Melayu 1948 - 1960,
antaranya Tentera Udara Diraja Tanah Melayu, Tentera Udara Diraja Australia dan
Tentera Udara Diraja New Zealand. Menghuraikan kebangkitan komunis, langkah
-langkah yang dijalankan kerajaan untuk mengatasinya. Seterusnya, peranan-peranan
serta sumbangan tentera udara diraja dijelaskan terutama usaha mereka membantu
dalam operasi menangani keganasan komunis yang berakhir dengan jayanya.
46. Purcell, Victor, 1896 - 1965. Malaya : Communist or Free?. Stanford, Calif. :
Stanford University Press, 1954. Salinan fotostat. [DS596 Pur / PU / PPZ / RS]
Membicara secara menyeluruh tentang zaman Darurat dengan mengkaji latar
belakang antarabangsa yang telah mempengaruhi perkembangan komunisme di
Tanah Melayu dan diikuti dengan menceritakan perjalanan zaman Darurat dan
bagaimana kerajaan bertindak mengatasi maslah itu. Menghuraikan juga dasar-dasar
dan propaganda yang telah diusahakan PKM dalam perjuangan mereka. Berakhir
dengan mengatakan bahawa adalah sukar untuk mengesan mereka yang dikatakan
pro-komunis atau bersimpati dengan pejuang-pejuang komunis di Tanah Melayu dan
langkah-langkah darurat seperti pemeriksaan rumah ke rumah dan penentuan
sesebuah kawasan sebagai kawasan selamat dan tidak selamat yang menyebabkan
kesusahan kepada pihak rakyat serta kesulitan untuk mengatasi masalah komunis itu.
47. Pye, Lucian W., 1921 -. Guerrilla Communism in Malaya : Its Social and Political
meanings. Princeton, N.J.: Princeton University Press, 1956.
[DS596.5 Pye / RS / PPZ]
Merupakan satu kajian kes komunisme yang memperjuangkan pembebasan
rakyat seperti yang dilakukan gerakan-gerakan komunis di Asia terutamanya negara
-negara yang kurang maju antaranya PKM yang dianggotai ramai orang Cina Tanah
Melayu. Menonjolkan hubungan komunisme dengan kebudayaan Cina yang
mendorong penglibatan mereka dalam kancah komunisme. Mengakhiri dengan
analisa masalah-masalah umum yang dihadapi masyarakat-masyarakat kurang maju
yang perlu diatasi untuk membebaskan diri daripada pengaruh dan ancaman komunis.
48. --------. Lesson from the Malayan Struggle against Communism. Communist Bloc
Program, Massachusetts Institute of Technology Center for International Studies c57
-15. Cambridge, Mass. : Center for International Studies, Massachusetts Institute of
Technology, 1957. [DS595 M2Ibrhy / PU]
Memeriksa dengan teliti aspek-aspek tertentu zaman Darurat di Tanah Melayu
untuk memperoleh pengajaran-pengajaran yang berguna dalam menangani masalah
keganasan komunis di negara-negara kurang maju dengan meneliti sebab-sebab
kejayaan strategi-strategi kerajaan Tanah Melayu menghapuskan ancaman komunis.
49. Raj, J. J., Dato’ Sri Sentosa Setia Diraja, 1923-. The War Years and After : a Personal
Account of Historical Relevance. Petaling Jaya : Pelanduk Publications, 1995.
[HV8265.1 Raj / PU / PPZ]
Sebuah autobiografi yang dituliskan oleh seorang bekas pegawai polis
berhubung dengan zaman darurat. Antara perkara-perkara yang disentuh ialah
Rundingan Baling dan peristiwa Bukit Kepong 1950.
50. Rayner, Leonard. Emergency Years : (Malaya 1951 - 1954). Foreword by Dato’ Seri
S. Samy Velu. Singapore : Heinemann Asia, 1991. [DS597 Ray / PU / PPZ]
51. Scurr, John. The Malayan Campaign, 1948 - 60. Text by John Scurr ; Colour Plates
by Mike Chappel. London : Osprey Publishing, 1982. [DS597 Scu / PPZ]
Memberi huraian tentang pasukan-pasukan keselamatan dan komunis yang
terlibat dalam zaman Darurat dengan disertakan banyak gambar berwarna dan hitam
-putih yang memaparkan aksi mereka sepanjang pemberontakan bersenjata komunis
di Tanah Melayu, 1948 - 1960. Antaranya ialah pasukan tentera British, pasukan
Gurkha, pasukan tentera Komanwel, pasukan Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu
dan pasukan komunis.
52. Short, Anthony. The Communist Insurrection in Malaya, 1948 - 1960. London :
Muller, 1975. [DS596.5 Sho / PU / RS / PPZ]
Membicarakan secara komprehensif latar belakang sebelum bermulanya zaman
Darurat dan kempen-kempen kerajaan menentang komunis dengan menggunakan
sumber-sumber terhad yang sulit dengan kebenaran pihak berkuasa. Bab-bab awal
menghuraikan peranan penting yang dimainkan PKM sehingga pengisytiharan
Darurat pada bulan Jun 1948 yang membawa kepada pengunduran PKM ke dalam
hutan dan percubaan menjatuhkan kerajaan dengan menggunakan taktik perang
gerila. Seterusnya, diterangkan langkah-langkah kerajaan yang telah berjaya
membendung PKM antaranya rancangan Briggs yang dijalankan Sir Harold Briggs
dan perang psikologi Sir Gerald Templer di Tanah Melayu.
53. Stenson, Micheal Roger. Repression and Revolt : The Origins of the 1948 Communist
Insurrection in Malaya and Singapore. Southeast Asia Series, Papers in International
Studies, no. 10. Athens, Ohio : Ohio University, Center for International Studies,
1969. [DS597 Ste / PU]
Membincangkan asal-usul pemberontakan bersenjata komunis dengan melihat
dan membicara soal-soal dasar dan langkah pihak berkuasa British, majikan-majikan
berbangsa British dan Asia, pemimpin-pemimpin PKM, pemimpin-pemimpin
kesatuan sekerja dan pihak-pihak lain dalam menyebabkan berlakunya
pemberontakan bersenjata PKM dan corak perkembangan zaman Darurat. Penulis
berpendapat bahawa penyebab utama ialah perbuatan pihak majikan yang cuba
menurunkan pendapatan pekerja-pekerja mereka dan mengawal pergerakan kesatuan
sekerja yang baru ditubuhkan di samping memandang rendah akan kebolehan
kesatuan sekerja untuk bertindak terhadap mereka. Dalam perkembangan tersebut,
pihak majikan dibantu pihak kerajaan yang berniat melemahkan pengaruh PKM di
dalam kesatuan-kesatuan sekerja itu. Namun demikian, menurut Dr.Stenson lagi, dari
mula sudah jelas pemberontakan bersenjata PKM itu gagal kerana PKM adalah tidak
tersusun organisasinya, membuat pertimbangan yang kurang tepat dan tidak
bersesuaian serta tidak cekap dalam perjuangannya.
54. --------. The 1948 Communist Revolt in Malaya : A Note on Historical Sources and
Interpretation. Occasional Paper, Institute of Southeast Asia Studies, Singapore. no.
9. Singapore : Institute of Southeast Asian Studies, 1971. [DS513 I59 9 / PU]
55. Stubbs, Richard. Counter-insurgency and the Economic Factor : The Impact of the
Korean War Prices Boom on the Malayan Emergency. Occasional Paper, Institute of
Southeast Asian Studies, Singapore no. 19. Singapore : Institute of Southeast Asian
Studies, 1974. [DS513 I5919 / PU]
Memberi perincian dan menganalisa kesan-kesan keadaan ekonomi melambung
akibat Perang Korea ke atas ekonomi Tanah Melayu dan pelaksanaan operasi-operasi
anti-komunis pada zaman Darurat. Membincang tiga aspek iaitu pertama, pendapatan
dan perbelanjaan kerajaan Tanah Melayu ; kedua, perkembangan rancangan
penempatan semula dan punca pendapatan si-peneroka dan ketiga, kebolehan
industri-industri getah dan bijih timah menghadapi dan mengatasi zaman Darurat dan
beban-bebannya. Keadaan ekonomi melambung Perang Korea walaupun bukan
penyebab kejayaan kerajaan menentang komunis tetapi ianya telah memberi
sumbangan terutamanya dari segi kewangan yang amat diperlukan untuk membiayai
kos mambenteras pemberontakan bersenjata komunis.
56. --------. The U.M.N.O., the M.C.A. and the Early Years of the Malayan Emergency,
1948 - 1955. Antigonish, N.S. : s.n., 1976. [fJQ719 A8U5Stu / PPZ ]
Mengkaji perkembangan parti-parti politik UMNO dan MCA di antara tahun
-tahun 1948 - 1955 untuk melihat kesan-kesan zaman Darurat ke atas perkembangan
parti-parti tersebut dan sejauhmanakah UMNO dan MCA berperanan membantu
kerajaan British menyedarkan rakyat Tanah Melayu untuk bersama-sama menentang
komunis. Mengakhiri dengan memperkatakan bahawa sememangnya ada kaitan yang
langsung antara kematangan parti-parti politik UMNO dan MCA dengan zaman
Darurat yang kemudiannya berjaya membawa Tanah Melayu ke arah kemerdekaan
pada tahun 1957.
57. --------. Hearts and Minds in Guerrilla Warfare : The Malayan Emergency 1948 -
1960. Singapore : Oxford University Press, 1989. [DS597 Stu / PU / RS / PPZ]
Memaparkan secara terperinci strategi-strategi kerajaan untuk memenangi hati
dan fikiran rakyat dalam usahanya membanteras PKM dan kesan-kesan dasar
kerajaan dan PKM serta simpati, ketaatsetiaan dan tindakan rakyat terhadap
pertaruhan di antara kerajaan dan komunis. Pengubahstatusan sumber-sumber sulit
kerajaan antara tahun-tahun 1945 -1955 memaparkan data-data yang tidak ternilai
berhubung dengan usaha-usaha kerajaan menentang PKM dan tindakbalas rakyat
Tanah Melayu atas kejadian-kejadian yang berlaku sepanjang zaman Darurat.
58. Thompson, Robert. Defeating Communist Insurgency : Tthe Lessons of Malaya and
Vietnam. Studies in International Security, no. 10. New York : Praeger Publishers,
1966. [U240 Tho / PU / PPZ]
59. Tilman, Robert Oliver, 1929 - . The Non-lessons of the Malayan Emergency.
Southeast Asia Studies Reprint Series, no. 19. New Haven, Conn. : Yale University,
Southeast Asian Studies, 1967. [DS596.5 Til / PPZ]
60. Van der Kroef, Justus M. (Justus Maria) Communism in Malaysia and Singapore :
a Contemporary Survey. The Hague : Martinus Nijhoff, 1967. [HX400.6 Van / PU]
Menghuraikan sejarah perjuangan Parti Komunis Malaya di Malaya dengan
meninjaukan suasana politik ketika itu yang mendorong perkembangan komunisme di
Malaya. Memberi tumpuan terutamanya pada tahun-tahun selepas kemerdekaan iaitu
1957-1963.
61. Wahba. Baling Membuka Jalan Damai. Kajang : Memasa Enterprise, 1994.
[DS597 Wah / PU / PPZ]
Membincangkan sejarah PKM dan peristiwa-peristiwa zaman Darurat dan
sejarah lahirnya Rundingan Baling. Memberikan memoir-memoir yang merupakan
temubual dengan tokoh-tokoh yang terlibat dalam rundingan tersebut dan dialog
-dialog yang berlaku selama 4 sesi dari 28 Disember hingga 29 Disember 1955.
62. -------. Detik Sejarah Rundingan Baling. Kuala Lumpur : Utusan Publications, 1985.
[DS597 Hama / PPZ]
Menyorot kembali rentetan sejarah Darurat sehingga lahirnya Rundingan Baling
dan dialog-dialog semasa Rundingan Baling selama empat sesi dari 28 Disember,
1955 hingga 29 Disember, 1955. Penulis telah berjaya menghubungi pelbagai pihak
yang terlibat secara langsung dalam perjumpaan di Baling untuk memperkukuhkan
lagi kesahihan fakta-fakta sejarahnya dan mendedahkan beberapa maklumat yang
baru dan menarik tentang peristiwa-peristiwa semasa zaman Darurat.
63. Waller, P. B. G. Notes on the Malayan Emergency : Strategies and Organisation of
Two Opposing Forces. Menlo Park, California : Stanford Research Institute, 1967.
[fDS596.5 Wal / PPZ]
Majalah dan Jurnal
1. Arden, John, 1930 - . “Malayan Emergency Begets 30 Years of Independence.”
Far Eastern Economic Review. 3 September l987, 3. Salinan Fotostat. pp.
[AC995 M4ArdM / PPZ]
2. --------. “Emergency Details.” Far Eastern Economic Review. 15 October 1987.
Salinan Fotostat. pp. [AC995 M4ArdM / PPZ]
3. Arnot, R. Page. “The War in Malaya.” Labour Monthly. 34 (1952) : 33-39.
Salinan Fotostat. [DS597 Arn / PPZ]
4. Jomo K. S. dan Patricia Todd. Kesatuan Sekerja Malaya Dijinakkan Semasa
Darurat Sebelum Merdeka, 1948-1957. Kajian Malaysia, vol. VIII, no. 1 Jun 1990,
pp. 21-48. Salinan fotostat. [AC995 M4Jomks.K / PPZ]
5. Kratoska, Paul H. The Post – 1945 Food Shortage in British Malaya. Journal of
Southeast Asian Studies, vol.19, no.1 (March 1988) : pp 27-47. Salinan fotostat.
[AC995 M4Kra.T / PPZ]
6. Mellersh, Francis, Sir. “The Campaign against the Terrorists in Malaya”. The Royal
United Service Institute Journal. 96 (August 1951) : 401- 405. Salinan fotostat.
[DS596.5 Mel / PU]
Merupakan ceramah seorang pegawai tinggi angkatan tentera udara yang
berpangkat “Air Vice-Marshal” tentang peranan dan sumbangan angkatan tentera
udara dalam usahanya menentang pengganas-pengganas komunis di Malaya.
7. Smith, R. B. (Ralph Bernard), 1939-. China and Southeast Asia : the Revolutionary
Perspective, 1951. Photocopy from : Journal of Southeast Asian Studies, v.19, no.1
(March 1988) : 97-110. [AC995 M4Smi.C / PPZ]
Suratkhabar
1. Bloodworth , Dennis. “A Background of Terrorism to the Ymassacre’ in Malaya.”
1970. The Scotsman. 11 February 1970. Keratan Suratkhabar.[AC995 M4Blo / PPZ]
Latihan Ilmiah
1. Ahmad Subki Abdul Rahman. Kejayaan Pasukan Keselamatan Semasa Darurat
1948 - 1960. Latihan ilmiah (Dip. Peng. Strat & Pertahanan), Universiti Malaya,
1998. [JZ39.3 M41998 Ahm / PPZ]
2. Bowden, Bradley. A Comparative Study of Communist Revolution : Vietnam,
Malaya and Indonesia : 1945 - 1950. B.A. diss.,University of Queensland, 1977.
[fDS597 Bow / PPZ]
3. Emilia Kamaruddin. The Failure of the Malayan Communist Party during the
Emergency 1948-1960. Latihan ilmiah Universiti Malaya, 1998.
[JZ39.3 M41998 Emik / PPZ]
4. Khoo Teng Chuan. The Failure of the Communist Party of Malaya during the
Emergency. Latihan ilmiah, Universiti Malaya, 1998. [JZ39.3 M41998 Kho / PPZ]
5. Mohamad Fauzi Puyamin. Kegagalan Perjuangan Parti Komunis Malaya Semasa
Darurat Pertama (1948-1960) di Malaysia. Latihan ilmiah (Dip. Peng. Strat
& Pertahanan), Universiti Malaya, 1998. [JZ39.3 M41998 Mohfp / PPZ ]
6. Nemenzo, Francisco. Revolution and Counter-revolution : A Study of British Colonial
Policy as a Factor in the Growth and Disintegration of National –Liberation
Movements in Burma and Malaya. Manchester : The University of Manchester, 1964.
Mikrofilem 1152.6 / PU.
7. Sarkesian, Sam Charles. The Critical Period in Revolutionary Warfare : A Study
of the Emergency in Malaya. Ph. D. diss., Columbia University, 1969.
[fDS596.5 Sar / PPZ]
8. Stubbs, Richard W. Political Leadership, Colonial Government and the Malayan
Emergency. Ph. D. diss., University of Alberta, 1975. Microfis 10347 / PU.
Memfokus kepada kepimpinan politik dua tokoh yang terlibat secara langsung
dalam operasi menentang komunis di Tanah Melayu iaitu Sir Henry Gurney,
Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu 1948 - 1951 dan penggantinya, Sir Gerald
Templer 1952 - 1954. Kajian umum terhadap pemimpin-pemimpin tersebut yang
terpaksa bertungkus-lumus untuk mengawal perkembangan yang tidak terkawal,
impian-impian mereka dalam menjalankan tugas harian mentadbir Tanah Melayu,
struktur organisasi yang ada yang membolehkan pelaksanaan tugas dengan sebaik
-baiknya dan corak komunikasi mereka itu dengan rakyat Tanah Melayu dalam
menghadapi cabaran pemberontakan bersenjata komunis itu.
9. Yahya Abdul Manan. Darurat :Kegagalan Parti Komunis Malaya. Latihan ilmiah
(Dip. Peng. Strat & Pertahanan), Universiti Malaya, 1998. [JZ39.3 M41998 Yah / PPZ]
10. Zarougui, Mohamed. Propaganda and Psychological Warfare in Guerrilla and
Counter-guerilla Warfare: the Malayan Emergency 1948-1960. Thesis (Ph.D.) –
University of Reading, 1992. [DS597 Zar / PPZ]
Lain-lain
1. Dugaan Negara [videorecording] Kuala Lumpur : Filem Negara, 1990?
[PVA662 / PU]
Mengisahkan 12 tahun perjuangan menentang komunis dan kemenangan
negara melawan musuh di tengah-tengah masyarakat serta perjuangan menentang
fahaman asing.
2. Great Britain. Public Record Office. [Far Eastern Department [microform] :
Original Correspondence 1954-1959. London : Public Record Office, 1993.
[Microfilm 3522 / PU]
3. Gurney, Henry, Sir. Communist Banditry in Malaya : Extracts from Speeches.
Kuala Lumpur : Department of Public Relations, 1949. [DS596.5 Gur / PPZ]
4. Handbook to Malaya (Federation of Malaya and the Colony of Singapore) and the
Emergency. Kuala Lumpur : Department of Information, 1956.
[DS597 Han / PU / PPZ]
Mengandungi sejarah ringkas sejarah zaman darurat di Malaya dan keadaan
semasa tentang masyarakat setempat untuk mereka yang ingin mengunjungi Malaya
dan Singapura ketika zaman tersebut.
5. Lam Swee. My Accusation. [written against the blind struggle of the Malayan
Communist Party]. Kuala Lumpur : s.n., 1951. Salinan fotostat.
[fHX395 M2Lam / PPZ]
6. Malaya (Federation). Report by the Chief Minister of the Fed. of Malaya on the
Baling Talks. Kuala Lumpur : Government Press, 1956. [DS596.5 M / PPZ]
7. --------. The Communist Threat to the Federation of Malaya. Kuala Lumpur :
Government Press, 1959. [HX395 M2M / PU / PPZ]
Menghuraikan sejarah perkembangan komunisme antarabangsa dan ancaman
komunis terhadap negara, memberi tumpuan kepada perkembangan pengaruh PKM
melalui promosi-promosi matlamat PKM di Persekutuan Tanah Melayu dan
berkesudahan dengan mendedahkan polisi- polisi dan taktik-taktik yang digunakan
PKM untuk mewujudkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu.
8. Malaya under the Emergency. Kuala Lumpur : 1965. [DS596.5 Mal / PPZ]
9. Park, Bum-joon Lee, 1933-. The British Experience of Counterinsurgency in Malaya
[microform] : the Emergency, 1948-1960. Ann Arbor, Mich. : University Microfilms,
1965. [Microfilm 769.1/ PU]
10. Peristiwa Bukit Kepong. 1976. [AC995 M4Per / PPZ]
11. Royal Institute of International Affairs, Library Malaya : Unrest - 1948 : Press
Clippings / from Chatham House Library. London : s.n., n.d. [DS596.5 RIIAL / PU]
Menyenaraikan tajukutama akhbar bahasa Inggeris yang terdapat di
Perpustakaan Rumah Chatham tentang zaman Darurat. Menghuraikan pendapat
pihak-pihak tertentu yang terlibat dalam zaman Darurat iaitu pelombong-pelombong
bijih timah, peladang-peladang getah, orang Melayu, orang Cina, anggota komunis,
kerajaan British dan orang British sendiri berhubung peristiwa tersebut.
12. Too, Chee Chew, 1920 – Lessons Learnt from the First Malaysian Emergency.
[videorecording] Kuala Lumpur : Maktab Turus Angkatan Tentera, [n.d.].
[PVA 214 / PU]
13. --------. Notes on History of the Communist Party of Malaya. Kuala Lumpur :
University of Malaya Library, 1990. [fDS596.5 Too / PU / RS / PPZ]
14. --------. Psychological Warfare and Some Aspects of the Psychology of the People
in Southeast Asia in Areas Where Communists Insurrections Is Likely to Arise. [Kuala
Lumpur] : By the Author, [1962]. [DS597.215 T515 / PU]
15. --------. The Communist Party of Malaya and Its Attempt to Capture Power.
[Kuala Lumpur] : By the Author, 1989. [DS597.215 T515 / PPZ]
16. Zakaria bin Haji Ahmad. Political Violence in Malaysia : the Malayan Emergency
and Its Impact. Paper presented to the Seventh Conference of the International
Association of Historians ofAsia, 22-26 August, 1977, Bangkok, Thailand. Kuala
Lumpur : s.n., 1977. Salinan fotostat. [DS597 Zaka / PU]
Kesimpulan
Makalah bibliografi beranotasi ini diharapkan dapat memudahkan para peminat
sejarah zaman Darurat untuk memperoleh sedikit sebanyak maklumat tentang sejarah
zaman Darurat serta tulisan-tulisan berhubung dengannya yang tersimpan di
Perpustakaan Universiti Malaya. Walau bagaimanapun diakui bibliografi ini tidaklah
komprehensif dan lengkap kerana kajian bibliografi ini hanya memberi tumpuan kepada
koleksi bahan di Perpustakaan Utama Universiti Malaya sahaja. Dipercayai di tempattempat
lain, terutamanya Perpustakaan Angkatan Tentera, Kuala Lumpur, Perpustakaan
Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia serta perpustakaan di universiti-universiti
tempatan juga tersimpan sumber tentang sejarah zaman darurat. Oleh itu, kajian secara
lebih mendalam boleh diusahakan dan dijalankan untuk menghasilkan satu bibliografi
sejarah zaman Darurat yang sebaik-baiknya di masa akan datang.
Penghargaan
Makalah ini adalah kemaskini daripada hasil penyelidikan untuk memenuhi kursus
WP503: Sumber dan Dapat Kembali Maklumat, Program Sarjana Sains Perpustakaan dan
Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Univesiti Malaya. Penulis
merakamkan terima kasih kepada Encik Teh Kang Hai, Pensyarah Kursus WP 503
Sumber dan Dapat Kembali Maklumat, Program Sarjana Sains Perpustakaan dan
Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Univesiti Malaya kerana
memberi dorongan untuk membaiki rencana ini untuk penerbitan. Selain itu, ucapan
terima kasih juga ditujukan kepada Puan Salhih Sheikh Berik, Ketua Panitia Bahasa
Melayu, SMK Hulu Kelang kerana membaca serta mengedit draf asal makalah ini.
Notakaki
1. Sila baca rencana Prof. Datuk Khoo Kay Kim, “Dancing and gambling amid the
emergency”, Section Two, Sunday Star, 13.3.1994, muka surat 24-25 untuk
maklumat lanjutan.
2. ibid. Dalam rencana tersebut telah diberi maklumat tentang kejayaan negara kita
dalam sukan-sukan lain antaranya bola sepak, olahraga, angkat berat dan lain-lain
lagi.
3. Maklumat tentang Kursus AEAA 3333 Darurat di Malaysia diperolehi melalui
perbualan telefon di antara penulis dengan Prof. Abdullah Zakaria Ghazali pada
25.7.2002 dan perjumpaan dengan Cik Ho Hui Ling di Bilik Tutor, Jabatan Sejarah
Universiti Malaya pada awal tahun 2002.
4. Penulis telah mengesan bibliografi tersebut dalam pangkalan data Perpustakaan
Negara Malaysia dan berjaya membuat salinan fotostat untuk mengkaji isi
kandungannya dengan lebih teliti. Penulis juga percaya bibliografi tersebut juga
disimpan dalam Perpustakaan Angkatan Tentera di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Namun demikian, apabila penulis membuat telnetting ke pangkalan data Perpustakaan
Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan Perpustakaan Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang untuk mengesan kewujudan bibliografi tersebut dalam koleksi mereka,
didapati kedua-dua perpustakaan tidak mempunyai salinan bibliografi tersebut.

1 ulasan:


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin