Khamis, 15 Disember 2011

PERANG DUNIA KEDUA


Kemunculan Jepun sebagai Kuasa Imperialisme
1. Pada tahun 1868 apabila Maharaja Meiji memegang tampuk pemerintahan, sistem ekonomi feudal di Jepun telah digantikan oleh sistem pentadbiran dan ekonomi gaya Barat. Pemodenan yang dilaksanakan oleh Meiji menjadikan Jepun lebih dihormati di Barat.
2. Zaman Meiji telah berjaya menjadikan Jepun sebagai negara terkuat di Asia. Pemodenan zaman Meiji turut menjadikan Jepun muncul sebagai negara yang termaju ekonominya di rantau Asia Timur. Ekonominya bertukar menjadi ekonomi perdagangan.
3. Akibat semangat nasionalisme di kalangan rakyat Jepun yang melampau, telah menjadikan Jepun sebagai negara penakluk. Negara China merupakan mangsa pertama kerana berlakunya pembunuhan terhadap nelayan di kepulauan Ryukyu dan ini dijadikan alasan untuk Jepun mengambil kesempatan menyerang China. China juga dikhuatiri kerana penduduknya yang ramai berkemungkinan menyeberangi Laut Jepun, lebih-lebih lagi China mempunyai hubungan yang rapat dengan Korea.
4. Korea dianggap sebagai kawasan strategik bagi Jepun. Jika berlaku peperangan antara Jepun dan Korea, Jepun boleh menggunakan Korea sebagai medan pertempuran bagi mengelakkan negaranya daripada menerima kehancuran daripada peperangan itu. Korea juga penting bagi Jepun dari segi strategi sekiranya Jepun berhasrat memperluaskan tanah jajahannya hingga ke Manchuria dan China. Korea akan dapat dijadikan batu loncatan bagi melangkau lebih jauh lagi dalam menggapai cita-cita imperialisme Jepun.
5. Situasi ini menyebabkan Rusia turut berusaha untuk menguasai Korea.. Satu perjanjian telah dibuat oleh Jepun dan Korea pada 26 Februari 1876. Perjanjian ini membolehkan Korea terpaksa membuka tiga pelabuhan dan kemerdekaan Korea diiktiraf oleh Jepun.
6. Pemberontakkan Tonghak di Korea telah membawa Jepun dan China ke kancah perperangan. China telah dikalahkan dan perjanjian Shimonoseki ditandatangani oleh kedua-dua pihak.Taiwan diserahkan kepada Jepun termasuk Kepulauan Pescadores dan Semenanjung Liaotung. Manakala Semenanjung Liaotung dikembalikan kepada China selepas menerima bantahan dari Jerman, Rusia dan Perancis.1
1 Tonghah
Tonghak adalah satu mazhab agama campuran Confuciusisme, Taoisme dan Budhisme. Penganut agama ini melancarkan pemberontakan kerana menentang kehadiran pengaruh asing di Korea terutama kuasa China dan Jepun. Ekoran daripada pemberontakan ini, Raja Korea telah meminta bantuan dari China untuk menghancurkan pemberontakan tersebut. China menghantar 3000 tentera ke Korea manakala Jepun pula
7. Masalah Manchurin dan Korea menyebabkan berlakunya krisis diantara Jepun dan Rusia.Jepun mula menjadi kuasa besar Asia kesan dari perang Sino-Jepun.2
8. Pada 10 Februari 1904 telah berlaku peperangan di antara Jepun dan Rusia seterusnya memihak kepada Jepun. Kesan daripada itu perjanjian Portmouth telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada September 1905. Antara syarat-syarat Perjanjian Portsmouth ialah:
a) Semenanjung Liaotung kembali diserahkan kepada Jepun
b) Jepun mendapat semula Port Athur dan sebahagian dari Pulau Sakhalin di utara Hokkaido
c) Jepun diberi hak menggunakan jalan kereta api Manchuria yang telah dibina oleh Rusia.
d) Jepun diberi hak istimewa ke atas Korea. Korea mestilah menerima seorang Residen Jepun di negaranya.
Kepentingan-kepentingan Jepun di Korea diakui oleh Rusia. Perjanjian ini menjadikan Jepun semakin berkuasa dan menakluk Korea pada tahun 1910.
9. Perang Dunia Pertama berlaku pada 1914 di Eropah menyebabkan Jepun mula mengukuhkan kuasa di Asia Timur. Jepun telah mengisytiharkan perang ke atas Jerman bagi mendapatkan sokongan daripada British dan Amerika Syarikat.
10. Jepun telah membuat 21 tuntutan ke atas China. Tuntutan itu dikemukakan kepada Presiden Yuan Shih-kai yang memerintah China. Hal ini kerana semua negara Barat sibuk dengan peperangan di Eropah. Oleh itu Jepun telah mengambil kesempatan ini dan tuntutan ke atas China terbahagi kepada lima kumpulan :
menghantar 8000 tentera. Bagaimanapun pemberontakan itu telah ditamatkan tanpa menggunakan kedua-dua tentera dari negara jiran itu. Perkembangan seterusnya ialah warganegara Jepun di Korea mendesak kedua-dua kuasa(Jepun dan China) melakukan reformasi di Korea bagi memulihkan keadaan akibat Pemberontakan Tonghak. China menolak cadangan itu dengan alas an Korea adalah negara naungannya dan menganggap Jepun tidak berhak ke atas Korea. Selain itu, Maharaja Korea enggan mengiktiraf kekuasaan Jepun ke atas negaranya. Askar-askar Jepun menangkap beberapa anggota keluarga diraja Korea dan melantik seorang raja boneka yang pro Jepun. Raja yang didalangi oleh Jepun itu menghantar surat perintah kepada China bahawa hubungan Korea dan China terputus. Lebih jauh daripada itu, baginda telah meminta askar-askar Jepun mengusir askar-askar China dari Korea.. Ketegangan terus memuncak dan peperangan tidak dapat dielakkan lagi. Jepun telah memeranjatkan dunia dengan mengalahkan China. Peperangan ini tamat dengan Perjanjian Shimonoseki 1895.
2 Manchuria dan Jepun
Sejak China ditakluk oleh orang Manchu, Manchuria dikira sebagai sebahagian daripada empayar China. Hubungan Jepun dengan wilayah ini bermula sejak Perang Rusia-Jepun 1904. Hasil daripada Persetiaan Portsmouth 1905, Jepun mendapat kedudukan istimewa di Manchuria. Syarikat Kereta api Manchuria dikuasai oleh piahk Jepun. Di antara tahun 1932-1937, Jepun menumpukan penuh perhatian kepada wilayah ini kerana mempunyai bahan galian yang boleh dibekalkan untuk memenuhi permintaan industri di Jepun. Antara galian tersebut ialah arang batu dan besi yang amat berguna untuk industri kereta dan kapal terbang. Pada tahun 1934, satu perlembagaan telah diluluskan dan Manchuria diberi nama Manchukuo dan merupakan negara beraja. Maharaja Manchu terakhir iaitu Pu Yi, ditabalkan sebagai maharaja dan memegang kuasa pemerintahan dan undang-undang. Kuasa sebenarnya dipegang oleh Duta Jepun di Manchukuo yang juga merupakan pemerintah tentera Jepun.
1. Mengiktiraf kedudukan Jepun di Shantung. Ini bermakna hak Jerman ke atas Shantung diserahkan kepada Jepun. China hendaklah berjanji tidak akan membenarkan mana-mana pihak dari campur tangan di sana. Jepun juga menuntut haknya ke atas Port Athur dilanjutkan ke 99 tahun.
2. Kedudukan istimewa Jepun di Manchuria dan Munyoka Dalam
3. Usahasama Jepun –China dalam industri besi keluli
4. China tidak akan menyerahkan mana-mana kawasan kepada pihak ketiga
5. Jepun mengawal beberapa pentadbiran tempatan yang penting di China
11. Selepas Perang Dunia Pertama tamat pada tahun 1918, persidangan damai yang diadakan di Paris telah dibuat oleh negara-negara yang menang. Hak Jerman di Shantung telah diserahkan kepada Jepun melalui Perjanjian Versailles yang telah dimeterai.
12. Amerika Syarikat mulai bimbang dengan pengaruh Jepun di Asia Pasifik. Oleh itu sebanyak lapan buah negara telah dijemput oleh Amerika Syarikat termasuk Jepun bagi membincang tentang pengurangan penggunaan senjata. Bagaimanapun rancangan tersebut gagal kerana Jepun bertindak menyerang Manchuria pada tahun 1931 atas alasan kebanjiran penduduk-penduduk China di wilayah itu yang mengancam keselamatan tenteranya di wilayah berkenaan.
Pergolakan Politik Jepun
1. Kemuncak krisis politik Jepun telah berlaku pada tahun 1930-an iaitu apabila kuasa militeri Jepun mulai kuat. Jepun mula meluaskan tanah jajahannya di Asia Tenggara dan Asia Timur akibat tekanan yang dikenakan oleh golongan tentera.3
2. Perpecahan telah berlaku dalam kabinet Jepun kerana ada yang menyokong dan mengkritik. Kabinet tentera telah terbentuk hasil daripada penggabungan puak ultranasional dan tentera untuk menyingkirkan kerajaan.4
3 Konsep “Asia Timur” dan “Asia Raya”
Dalam tahun 1938, kerajaan Jepun yang dikuasai oleh golongan tentera mengumumkan satu konsep baru yang dipanggil “Asia Timur”. Konsep ini ialah kesatuan yang terdiri daripada China, Jepun dan Manchuria. Dalam usaha menguatkan angkatan tentera, latihan tentera telah diwajibkan di semua sekolah. Tekanan terhadap nasionalisme yang berteraskan ketaatan kepada maharaja ditekankan. Dalam tahun 1941, konsep “Asia Timur” digantikan dengan “Asia Raya” yang turut memasukkan Asia Tenggara dalam rancangan perluasan empayar Jepun.
4 Perpecahan
Perpecahan tersebut berpunca daripada isu menentukan kuasa tentera atau maharaja di kalangan kumpulan tentera dan kumpulan yang promaharaja. Dua kumpulan itu ialah
3. Mereka telah menggunakan kekerasan dalam aktiviti mereka.Pemberotakan Division Pertama pada Februari 1936 telah dilakukan oleh 1400 tentera tetapi usaha ini telah digagalkan oleh tentera kerajaan.
4. Kesan pemberontakan ini telah meletakkan beberapa kepimpinan tertinggi tentera semakin berpengaruh.Beberapa orang telah dilantik menjadi Perdana Menteri seperti Jeneral bersara Ugaki, Jeneral Hayashi Senjoro dan Jeneral Tojo.
5. Jenaral Hayashi Senjaro telah menggantung Diet dan disokong oleh Shown-kai iaitu parti pro-tentera.Hal ini kerana beliau mirip kepada ahli fasis dan percaya bahawa Jepun adalah “satu negara,satu parti”.
6. Negara China adalah negara pertama ditawan sebagai memulakan dasar imperialisme Jepun. Hal ini kerana China dilihat penting bagi Jepun untuk tujuan pertahanan dan ekonomi. Pada tahun 1936, Soviet Union telah menetapkan bahawa Jepun salah satu musuh mereka.
Serangan Jepun
1. Kejayaan tentera Kuomintang(KMT) menyatukan negara China telah membimbangkan Jepun.Jepun telah menyerang Peking pada 7 Julai 1937 dan insiden ini dikenali sebagai insiden Jambatan Marco Polo.Selepas kejadian ini Jepun mula menyerang bahagian-bahagian di China.
2. Di Eropah Jerman telah menyerang Poland pada September. 1939.British dan Perancis merupakan sekutu Poland mengisytiharkan perang ke atas Jerman.Kesempatan ini diambil Jepun untuk menyerang Asia Tenggara dan Asia Timur untuk menyerang jajahan barat.
3. Untuk menarik perhatian orang Asia,Jepun telah mengutarakan rancangan Lingkungan Kemakmuran Besar Asia Timur.Melalui Perdana Menteri Tojo pada 16 Februari. 1942,Jepun mengisytiharkan untuk memerdekakan negara yang dijajah.Rancangan itu telah mengelirukan negara-negara jajahan dan Jepun menjadikan rancangan ini sebagai alat untuk menjaga kepentingan Jepun.
4. Dunia baru telah berjaya diwujudkan pada Dsisember.1940 hasil daripada pakatan Jepun dan Jerman.Amerika Syarikat merupakan masalah utama Jepun pada masa itu.Hal ini karana Amerika Syarikat telah mengenakan banyak sekatan ke atas Jepun .Kesannya Jepun telah menyerang Pearl Harbour pada 7 Disember 1941.
a) Kumpulan Kudo-Ha yang mahukan pemerintahan tentera yang tertakluk di bawah naungan maharaja. Antara pemimpinnya termasuklah Jeneral Araki, Jeneral Yamashita dan Jeneral Mazaki
b) Kumpulan Tosei-Ha yang mahukan kerajaan mempunyai kuasa penuh. Pengikutnya terdiri daripada Jeneral Nagata, Jeneral Hideki dan Jeneral Sugiyama
5. Serangan ini telah menyebabkan kebanyakan negara di Asia Tenggara menerima kehadiran Jepun. Akibatnya kebanyakkan Koloni Barat terpaksa menyerahkan wilayah mereka di Asia Tenggara kepada Jepun.
6. Kejayaan Jepun menguasai Asia Tenggara dan Asia Timur adalah hasil daripada perancangan rapi.Jepun telah menggunakan propaganda “Asia untuk,orang asia” berjaya menarik minat golongan nasionalis di Asia Tenggara untuk mendapat kemerdekaan
Pendudukan Jepun di Asia Tenggara dan Asia Timur
Penguasan Jepun di kebanyakan negara Asia Tengara mengambil masa yang agak singkat.Manakala Jepun mula meluaskan pengaruhnya di Asia Timur pada akhir abad ke-19 untuk menjadi kuasa imperialisme.
Meraih sokongan
1. Jepun telah menjalankan usaha untuk berbaik-baik dengan penduduk di Asia Tenggara sebelum melakukan serangan.Usaha ini ialah untuk menarik minat penduduk Asia Tenggara bagi membebaskan negara mereka daripada penjajah Barat.Tindakan ini telah menjadikan rakyat di Asia Tenggara menganggap Jepun sebagai penyelamat yang mampu memberi kebebasan
2. Pihak Jepun telah menubuhkan pasukan Tentera Kemerdekaan Myammar (Burma Independence Army). Pasukan ini diberi bantuan senjata dan ada di kalangan pemimpin mereka yang menyeludup ke Jepun bagi mendapat latihan tentera. Pasukan ini ditubuhkan adalah hasil daripada pakatan Aung San dan 13 orang ahli Dobama Asiayone.
3. Pihak Jepun juga pernah mendekati Dr Ba Maw untuk memberikan bantuan kewangan bagi tujuan pembebasan.Dr. Thein Mouny telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Burma-Jepun yang baru ditubuhkan di Tokyo.
4. Bagi menawan hati rakyat di Indonesia, Jepun telah melancarkan propaganda.pada April 1942, Jepun telah menggerakkan propaganda Pergerakan Tiga A iaitu Jepun Pelindung Asia, Jepun Pemimpin Asia dan Jepun Cahaya Asia. Kerjasama telah diberikan oleh kebanyakan pemimpin pertubuhan di Indonesia. Jepun dilihat sebagai kuasa yang ingin membebaskan Indonesia dari penjajahan Belanda.
5. Dasar pro-Jepun telah diamalkan oleh Perdana Menteri Thailand iaitu Luang Phibun Songkram. Jepun telah meminta kebenaran Thailand untuk menggunakan negaranya sebagai jalan masuk untuk menyerang Tanah Melayu dan Myanmar.5
5 Phibun melaksanakan dasar pro-Jepun kerana
a) yakin bahawa Jepun akan menang dalam PD11
6. Satu perjanjian perikatan telah dibuat di antara Jepun dan Thailand. Perjanjian ini menyatakan bahawa Jepun akan memulangkan wilayah-wilayah Thailand yang telah diambil oleh British.manakala Thailand akan memberi bantuan kepada Jepun.
7. Seni Pramoj iaitu Duta Thai di Washington telah membantah tindakan kerajaannya.Beliau telah menubuhkan “Free Thai” dan mendapat sokongan daripada pegawai dan penuntut Thai di Amerika Syarikat bagi membebaskan Thai dari pemerintahan Phibun.
8. Di Filipina tentera Amerika Syarikat telah diberi bantuan oleh penduduk tempatan untuk menentang Jepun dan mereka menyertai Angkatan Tentera Amerika Syarikat di Timur Jauh(USAFFEE).
9. Apabila Jepun memerintah, penduduk tempatan telah diberi peluang untuk turut sama memerintah negara mereka sendiri. Banyak golongan terpelajar dan ahli politik meyertai pentadbiran serta bebas berpolitik.
10. Di Indonesia Jepun sangat memberi perhatian kepada golongan pemuda.H al ini kerana mereka sangat bersemangat. Golongan agama juga menjadi perhatian Jepun untuk menyebarkan pengaruh mereka bagi mendapat sokongan.6
11. Jepun juga telah memberi sokongan kepada golongan agama dan pemimpin nasionalisme Vietnam. Banyak pemimpin politik telah dibebaskan seperti Cao Dai yang kemudiannya menjadi boneka Jepun. Pemerintah Perancis di bawah Jean Decoux tidak akan diganggu oleh Jepun kerana kerjasama yang berikan kepada Jepun. Pada tahun 1945 barulah pemerintahan boneka Jepun telah disingkirkan..
12. Abad Santos (wakil kerajaan Filipina untuk bekerjasama dengan Jepun) telah menolak permintaan Jepun untuk menjalankan hubungan kerjasama di Filipina.Tindakan ini telah meyebabkan dia dipenjarakan, kemudian ditembak mati.Tentera Amerika Syarikat di Filipina telah menyerah kalah.
13. Suruhanjaya Eksekutif Filipina telah ditubuhkan oleh pemerintahan Jepun untuk rakyat Filipina. Jorge B.Vargas telah dilantik sebagai Pengerusi dan enam orang
b) ingin mengekalkan kemerdekaan Thailand melalui dasar pro-Jepun
c) Thailand telah menjalin hubungan perdagangan dengan Jepun
d) Jepun juga mengamalkan sikap anti-Cina
e) ingin mengambil semula wilayah-wilayah yang diserahkan kepada British dan Perancis
6 Matlamat jepun Menguasai Indonesia
a) menghapuskan pengaruh Barat dan menyebarkan fahaman fasisme Jepun. Bagi mencapai matlamat ini, kuasa Berikat perlu disingkirkan dari Indonesia
b) Mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi bagi tujuan perdagangan dan kepentingan bahan mentah untuk keperluan industri Jepun
c) Meneruskan cita-cita Jepun menyerang Australia melalui Kepulauan Indonesia
lain turut dilantik. Jepun juga menjalankan propaganda dan juga menggunakan saluran awam seperti radio dan surat khabar.
14. Beberapa pertubuhan telah ditubuhkan di Filipina dengan mendapat kebenaran Jepun. Pertubuhan ini berfungsi untuk memberi khidmat masyarakat kepada penduduk Filipina. Antara persatuan ini ialah Persatuan untuk Berkhidmat kepada Filipina (Kalibapi) dan Persatuan Bantuan Wanita.
15. Jepun juga telah mewujudkan beberapa kerajaan boneka di China. Walau bagaimanapun usaha Jepun ini belum memadai. Jepun mencari peminpin yang berkebolehan dan menjadi lambang kepada penyatuan kebangsaan.Oleh itu Wong Ching-Wei telah dilantik menjadi pemimpin kerajaan China di Nanking. Beliau merupakan pemimpin KMT yang pro-Jepun. Beliau percaya bahawa Negara China tidak akan mempunyai peluang untuk menang dalam peperangan menentang Jepun.
16. Setelah menjadi kuasa imperilisme di Asia Tenggara dan Asia Timur,Jepun telah menjalankan usaha untuk menjepunkan rakyat di kedua-dua rantau tersebut. Kebudayaan Jepun telah diserapkan kepada budaya masyarakat tempatan.
17. Jepun juga menjalankan pemerintahan secara kejam di Asia Tenggara dan China. Oleh itu bagi mengelakkan penentangan oleh rakyat tempatan, Jepun telah mewujudkan kempeitai untuk menjadi mata dan telinga tentera Jepun bagi menangkap golongan yang menentang Jepun.
18. Jepun juga cuba menawan hati rakyat tempatan dengan berjanji untuk memberi kemerdekaan. Indonesia,Filipina dan Myammar telah dijanjikan kemerdekaan oleh Jepun.
Gerakan Menentang Jepun
1. Setelah menjajah negara di Asia Tenggara dan Asia Timur,Jepun telah menjalankan dasar berpura-pura di kebanyakkan negara jajahannya. Kepura-puraan ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat tempatan.Walaupun kemerdekaan atau peluang berpolitik telah diberikan namun Jepun tetap melaksanakan dasarnya yang menggunakan kekejaman.
2. Rakyat tempatan juga dipaksa menerima kebudayaan Jepun yang jelas sekali bertentangan dengan kebudayaan tempatan. Penduduk tempatan diminta menghormati lagu kebangsaan Jepun. Lagu kebangsaan dan bendera tempatan telah diharamkan. Paksaan ini menyebabkan rakyat mula bosan dengan kehadiran Jepun.
Myammar
1. Pada bulan Mei 1942, Jepun berjaya mengalahkan British di Myammar. Tahun berikutnya Jepun telah memberikan kemerdekaaan kepada Myammar dengan Dr.Ba Maw menjadi ketua pentadbiran kerajaan dan dibantu oleh sebuah kabinet.
2. Sebagai balasan, Burma dikehendaki memberikan sokongan kepada Jepun dalam menentang pihak British. Akibat keadaan ekonomi yang semakin teruk di bawah pemerintahan Jepun, Myammar mula menyedari bahawa ianya telah dipergunakan untuk kepentingan Jepun. Jika dibandingkan dengan pemerintahan Jepun, keadaan ekonomi semasa pemerintahan British adalah lebih baik lagi daripada keadaan ekonomi semasa pemerintahan Jepun.
3. Keadaan ini menyebabkan ahli Thakin mula melakukan gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun. Aung San pula telah menubuhkan Tentera Kebangsaan Burma anti-Jepun yang kemudiannya berkembang dan membentuk Liga Pembebasa Rakyat Anti Fasis untuk menentang Jepun
4. Penentangan ini bertujuan untuk menubuhkan kerajaan sendiri.Dalam usaha penentangan ini mereka telah memusnahkan kawasan yang dianggap strategik
5. Aung San telah memberi sokongan kepada British dalam menawan semula Myammar dan menghalau Jepun.
6. Akhirnya pada 8 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah, Aung San telah berusaha untuk mendapat sokongan daripada golongan Karen, Shan, Kachin dan Chui serta membebaskan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasis daripada pengaruh komunis dalam usaha meyakinkan British untuk mendapatkan kemerdekaan Myammar.
Filipina
1. Di Filipina rakyatnya mengaggap Jepun tidak ikhlas dalam memberi pengiktirafan kemerdekaan kepada Filipina. Beberapa pemimpin tempatan telah muncul untuk melakukan pemberontakkan di Jepun. Mereka ini telah berjaya menyatukan rakyat untuk menyerang Jepun secara kekerasan.
2. Luis Taruc dan Costa Alenjandrino telah mengetuai kumpulan komunis dengan menggunakan tentera rakyat anti-Jepun atau Hukbalahap atau Tentera Pembebasan Rakyat Filipina melawan Jepun untuk menyusun dan menyatukan rakyat menentang Jepun. Pasukan ini mempunyai anggota melebihi 30 000 orang.
Ramai rakyat Filipina telah menyertai gerakan-gerakan seperti ini dan juga
gerakan bawah tanah bagi melakukan penentangan ke atas Jepun.7
7 Hukbalahap
Thailand
1. Akibat kehidupan rakyat yang semakin merosot, Pridi telah mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah pertubuhan anti-Jepun. Hubungan dengan Free Thai di Amerika Syarikat telah dijalinkan oleh mereka.Pertubuhan ini telah menerima bantuan kewangan dan latihan dari Amerika Syarikat menerusi Perkhidmatan Sulit Seberang Laut.
2. Sebagai pemangku Raja Ananda Mahidol,Pridi telah mengambil kesempatan menyusun pergerakan bawah tanah dan menjalin hubungan dengan pihak Berikat. Bentuk sokongan yang diberikan oleh Pridi termasuklah mengawasi pergerakan tentera Jepun dengan memberi maklumat rahsia pihak Jepun serta melindungi tahanan perang tentera Berikat.
3. Manakala kumpulan “Free Thai” yang diketuai Seni Pramoj menganggap bahawa kerajaan negara Thai di bawah pimpinan Pribun sebagai kerajaan boneka.
Indonesia
1. Keadaan yang sama juga berlaku di Indonesia. Di Indonesia, Jepun menjalankan dasar pecah dan perintah. Hal ini kerana strategi berkenaan dapat mengelakkan pengaruh nasiolisme berlaku di kalangan rakyat di negara kepulauan itu.
2. Kebanyakkan pemimpin nasinaolisme seperti Sukarno dan Hatta tidak dibenarkan menyebarkan pengaruh mereka luar daripada kepulauan Jawa.
3. Untuk menyelamatkan empayar Jepun daripada serangan tentera Berikat beberapa organisasi semi-tentera dan bersifat tentera penuh telah ditubuhkan. Seinendan telah ditubuhkan untuk golongan pemuda dan mengarah kepada latihan tentera tanpa menggunakan senjata. Manakala Keibodan berfungsi untuk mengawal ketenteraan dalam negara.
4. Pertubuhan tentera penuh iaitu PETA dan Heiho yang dianggotai tentera Indonesia ditubuhkan bagi menghadapi dan mempertahankan Indonesia daripada serangan tentera Berikat.
5. Kesusahan rakyat, kekejaman Jepun dan tindakan Jepun untuk menjajah Indonesia menyebabakan muculnya gerakan-gerakan penentangan oleh golongan anti-Jepun. Amir Sjarifuddin merupakan golongan anti-Jepun yang menerima
Sebuah pertubuhan komunis yang bukan sahaja menentang Jepun tetapi juga menjalankan revolusi social. Apabila Jepun menyerah kalah, kumpulan ini keluar dari hutan untuk menubuhkan kerajaan, namun pemimpin mereka ditangkap. Semasa pilihan raya umum 1946, Hubbalahap bertanding dalam pilihan raya tersebut. Luis Taruc berjaya memenangi kerusi Dewan Perwakilan tetapi beliau dilarang memasuki Dewan Perwakilan oleh Manuel Roxas, Presiden Filipina.
bantuan daripada Belanda untuk menentang Jepun. Bagaimanapun beliau telah ditangkap oleh pihak Jepun.
6. Golongan mahasiswa pula menyatakan protes terhadap pemerintahan Jepun. Banyak ahli persatuan ini yang menentang pendudukan Jepun di Indonesia telah ditangkap.
7. Gerakan Anti-fasis pula telah mengadukan hubungan dengan gerakan nasiolislain seperti nasialis Tanah Melayu , Aron dan golongan kiri Cina di Sumatera Timur serta Tanah Melayu untuk menentang Jepun.
Vietnam
1. Di Vietnam tentera Jepun memaksa golongan petani menanam jut, rami, kacang dan tumbuhan minyak jarak. Sistem paksaan ini menjadikan masalah untuk menampung keperluan makanan semakin runcing. Perancangan telah dibuat oleh golongan komunis dan nasionalis bagi menentang kekejaman Jepun.
2. Pakatan dengan parti lain telah dilakukan oleh pejuang komunis sebagai langkah permulaan. Ho Chi Minh telah dibebaskan oleh Jeneral Chang untuk memimpin Liga Parti Revolusi Vietnam. Kesempatan ini membolehkan Ho Chi Minh menguatkan parti komunis dan Viet Minh daripada wang disalurkan oleh negara China.8
3. Bagi meraih sokongan rakyat Jepun telah menjalankan propaganda dengan cara memberi kemerdekaan kepada Annam dan Tongking. Oleh kerana teripu dengan sikap Jepun, Liga Vietnam telah memulakan perang gerila.Mereka telah berjaya membebaskan beberapa wilayah.
China
1. Sejak tahun 1937 lagi usaha untuk menentang Jepun telah dilakukan di China. KMT dan PKC merupakan dua buah kumpulan yang bersatu untuk menumbangkan Jepun.
2. Walau bagaimanapun kedua-dua pihak saling mencurigai antara satu sama lain. Beberapa peperangan kecil telah berlaku di antara kedua-dua kumpulan ini sehingga tahun 1941 dan permusuhan ini berlanjutan sehingga perang.
8 Vietnam Semasa Pendudukan Jepun
Semasa Perang Dunia Kedua, Vietnam terus ditadbir oleh Perancis. Jepun membenarkan keadaan ini setelah kerajaan Perancis menyediakan kemudahan ketenteraan dan menyerahkan sumber ekonomi Vietnam kepada pihak Jepun. Perkembangan ini menghalang peluang nasionalis untuk mengusir Perancis dari Vietnam.
3. Usaha untuk melawan Jepun tetap diteruskan PKC dan KMT. Serangan gerila telah dilancarkan oleh PKC yang berpusat di Yenan. Para petani telah memberi bantuan dalam bentuk makanan, peralatan harian dan maklumat tentang pergerakan Jepun.
4. Manakala di bawah pimpinan Jeneral Chennault telah memberi bantuan kepada KMT oleh skuadron tentera udara di Kunming. KMT pula berpusat di Chungking.
5. Chiang Kai-Shek merupakan sekutu pihak Berikat telah menerima bantuan daripada Amerika Syarikat. Ching Kai-Shek telah dibantu oleh Jeneral J.Stilwell yang dihantar ke negara China untuk mengatur strategi.9
Asia Selatan
1. Di Asia Selatan,India merupakan sebuah negara yang bebas daripada imperilisme Jepun.Walaupun begitu gerakan nasionalisme mereka bergerak aktif.
2. Tindakan kereajaan British yang mengisytiharkan perang ke atas Jerman tanpa menerima persetujuan ahli-ahli Kongres India menyebabkan Kongres ini kecewa dengan tindakan tersebut.
3. Oleh itu ramai ahli Kongres India yang menyertai kerajaan telah meletakkan jawatan. Kemaraan Jepun ke Asia Tenggara menyebabkan Kongres India menyatakan kepada British bahawa masalah itu bukan masalah mereka.
4. Bagi menawan hati rakyat India, British telah mengaturkan satu jaminan kemerdekaan dan kebebasan sepenuhnya melalui utusannya iaitu Sir Stafford Cripps.
5. Cripps juga membenarkan wilayah Islam yang berasingan diwujudkan jika wilayah-wilayah itu ingin keluar dari kesatuaan India.
6. Muhatma Ghandhi dan Liga Islam telah menolak cadangan yang diutarakan oleh Cripps itu.pada Ogos 1942. Cadangan itu telah diperkecilkan oleh Kongres India melalui resolusi”Quit India”.
9 KMT-PKC semasa Pendudukan Jepun
Kemaraan Jepun ke China menyebabkan KMT-PKC bersatu. Kerjasama ini memberikan kesempatan kepada PKC untuk membina kekuatannya. Pasukan tentera PKC bertambah dari 80 000 orang (1937) KEPADA 910 000 orang pada tahun 1945. Namun demikian apabila serangan Jepun berlaku, PKC tidak pernah berperang dengan Jepun secara terbuka. Hanya KMT sahaja berjuang bersendirian. Oleh itu pakatan PKC-KMT dibubarkan pada tahun 1945.
7. Kerajaan British telah menahan semua pemimpin Kongres India setelah revolosi itu diluluskan yang menuntut pembekuan kerajaan sementara.akibatnya rakyat India telah mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan tersebut.
8. Manakala Liga Islam berusaha dan merancang bagi mendapatkan hak orang Islam. Jinnah telah mengisytiharkan bahawa orang Hindu dan Islam perlu membentuk negara sendiri. Pengisytiharan dibuat pada bulan Januari 1940. Liga Islam mahu menggabungkan beberapawilayah Islam bagi mewujudkan sebuah negara Islam yang berdaulat iaitu Pakistan.
9. Wizurai India yang baru dilantik iaitu Lart Wavel pada tahun 1944 telah berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pemimpin Liga Islam dan Pemimpin Kongres India yang baru dibebaskan telah dibawa untuk mengadakan rundingan.Rundingan itu diadakan bagi membincangkan semula cadangan Cripps tetapi gagal kerana persoalan berkaitan Pakistan.
10. Jepun telah memberi sokongan kepada pergerakan nasionalisme India. Iwaichi Fujiwara telah mendapat sokongan Pritam Singh dan Kolonel Mohan Singh untuk memujuk tentera India bagi menyertai tentera Kebangsaan India.
11. Pertengkaran telah berlaku antara Mohan Sinkh dengan pihak Jepun menyebabkan Mohan Sinkh ditahan dan Jepun terpaksa mencari ketua baru bagi menghidupkan semula Tentera Kebangsaan India.
12. Manakala di Singapura pula, Pemerintah Sementara India Bebas telah ditubuhkan oleh Bose. Bose telah melarikan diri ke Jepun akibat kekalahan yang dialami Jepun semasa peperangan yang berlaku di antara tentera Berikat dengan Jepun di Myammar. Beliau menyeru orang India di Asia Tenggara memberi sokongan dari segi tenaga manusia dan material kepada pihak Jepun.
11.5.Kesan Perang
1. Pengeboman yang berlaku di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945 telah menamatkan Perang Dunia Kedua. Jepun terpaksa mengaku kalah dengan tentera Berikat. Peperangan yang berlaku ini telah meninggalkan kesan yang besar di Asia Tenggara dan Asia Timur.
2. Di negara China, sistem ekonomi telah terjejas dengan teruk.Inflasi telah berlaku dan harga barang melambung tinggi. Peperangan ini telah membantutkan pembangunan di China.
3. Inflasi juga telah berlaku di Thailand. Harga barang juga melambung tinggi dan menjejaskan ekonomi Thailand. Pengeluaran getah juga telah merosot termasuk pengeluaran teh.
4. Dari segi sosial pula, banyak orang yang tidak bersalah telah kehilangan nyawa. Ramai rakyat Jepun, Filipina dan China terkorban. Perperangan ini menjadikan rakyat hidup dalam keadaan yang terseksa.
5. Bandar-bandar utama di Asia Tenggara dan Asia Timur telah musnah akibat peperangan. Kemusnahan infrastuktur ini telah melumpuhkan ekonomi dan ramai pekerja telah menganggur.
6. India pula telah kehilangan nyawa tentera-tenteranya. Mereka ini telah dianggap sebagai wira kerana berusaha untuk membebaskan India dari penjajahan.
7. Di Asia Tenggara dan Asia Timur kebanyakan wanita menjadi mangsa rogol tentera Jepun. Mereka ini telah dijadikan alat memuaskan nafsu.
8. Walau bagaimanapun peperangan ini telah memberikan kesedaran kepada rakyat di Asia Tenggara dan Asia Timur bagi menamatkan penguasaan penjajah Barat.. Banyak pejuang nasionalisme telah bangkit bagi memperjuangkan kemerdekaan negara mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin