Rabu, 21 Disember 2011

KERAJAAN BERI PELUANG KEPADA RAKYAT UNTUK MEMILIH SIARAN DARI LUAR NEGARA.

Secara faktanya, penggunaan parabola di Malaysia masih lagi salah di sisi undang-undang, sedangkan maklumat dan hiburan pada masa kini sudah tiada sempadan. Sudah jauh…..ke hadapan. Dan, apa alasan kerajaan tidak benarkan penggunaan parabola di Malaysia antara sebabnya adalah :
  • Golongan muda yang mudah terpengaruh apabila menonton siaran televisyen yang mengandungi unsur lucah
  • Siaran yang berbentuk hasutan
Kenapa ramai memasang parabola di Malaysia?
  1. Bayar sekali seumur hidup, kemudian dah boleh terus guna. Tak perlu nak fikir bayar bulan-bulan macam………
  2. Begitu banyak siaran luar negara boleh diperolehi, anda yang tentukan. Samada kualiti atau tidak, anda yang tentukan.
  3. Tiada masalah lagi untuk mendapat siaran terkini sedangkan siaran berbayar yang ada sekarang ini pun, bayar bulan-bulan tetapi kandungannya? Ketinggalan zaman. Siaran rancangan daripada luar negara sudah sampai season 6,7 apabila dibawa masuk baru season 2,3? Kemudian pusing-pusing rancangan tersebut sampai pening penonton dibuatnya
  4. Anda yang tentukan isyarat visual dan audio
  5. Ada modal sekitar RM400, RM500, anda dah boleh pasang parabola di Malaysia. Walaubagaimanapun, kerajaan mengharamkan penggunaan parabola di Malaysia. kalau nak pasang parabola juga, ada aduan diterima bersedia dengan tindakan undang-undang
  6. Lebih 60 siaran dari negara asing boleh diperolehi
Ini pula semakan bagi jawapan rasmi Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan berdasarkan hansard Parlimen Malaysia baru-baru ini merujuk kepada persoalan larangan penggunaan parabola di Malaysia
Pendapat kami, undang-undang mengharamkan penggunaan parabola di malaysia sudah tidak relevan lagi. Kalau kandungan lucah menjadi “ketakutan kepada kerajaan” tak payah susah-susah guna satelit, di internet berlambak ada. Tak pun CD haram yang di jual di pasar malam….
  • Adakah menteri tidak tahu apa yang berlaku di Internet dan apa yang berlambak di internet sekarang?
  • Adakah menteri masih tidak sedar apa yang dah disebarkan melalui telefon bimbit sekarang ini?
  • Adakah ketika menteri turun menemui rakyat dengan pergi ke pasar malam, hanya beli mertabak & cincau sahaja? Sehingga tidak menyedari “disebalik” DVD cerita Karipap-karipap Cinta ataupun The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1, adanya DVD yang lebih lucah daripada siaran yang ada melalui parabola?
  • Adakah menteri sudah membuat homework yang mana lebih 95% kandungan siaran melalui parabola tidak berunsur lucah. Cukup sedikit. Kadang-kadang kami fikir rancangan yang disiarkan di Malaysia “lebih hebat” daripada ini. Lagipun, semua siaran porno tersebut hanya boleh didapati melalui siaran premium sahaja (kena bayar langganannya) bukannya boleh didapati dengan mudah melalui penggunaan parabola
    Ada orang Sabah & Sarawak di sini? Betul apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Kalabakan ini, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh. Terus terang-terang kami katakan “pendedahan” yang orang Sabah Sarawak terima silap-silapnya lebih advance daripada penduduk di Semenanjung disebabkan penggunaan meluas parabola di Sabah & Sarawak. Bersepah rumah guna parabola, malah dah lama dah ia berlaku. Penguatkuasaannya?
    Kalau penggunaan parabola di Malaysia dibenarkan, agak-agak siapa yang akan terkesan? Samada ada banyak atau sedikit kesannya, itu subjektif. Tetapi memang ada kesannya. Adakah itu yang “ditakuti mereka
    Sebenarnya siaran rancangan melalui parabola bukannya best (dalam erti kata lain kuantiti sahaja lebih, kualiti kurang) walaupun ada beribu channel di dalamnya kerana parabola hanya boleh tengok tv free dari seluruh dunia tetapi tak boleh tengok TV cable seperti ESPN, CNN, MTV, HBO dan banyak lagi sebab rangkaian tersebut hanya diberi kepada pelanggan mereka sahaja. Walaubagaimanapun, biarkanlah jika itu yang rakyat mahukan. Berikan mereka peluang “untuk memilih” & buat pilihan.
    Akhirnya kalau tanya kami setujukah penggunaan parabola di Malaysia “dihalalkan”? Setuju, jawapan kami. Sebab? Secara umumnya, apa beza parabola dengan internet yang ada sekarang ini?
    P/S : Walaubagaimanapun, Internet TV juga menjadi pilihan kami setakat ini. Jauh lebih baik daripada apa yang Astro tawarkan sekarang ini. Apatah lagi kualitinya…
    PP/S : Jika anda merasakan kurang senang dengan beberapa ayat di atas, kami minta maaf. Tetapi kami perlu katakan sejelas-jelas mungkin. Sebab? Sebab…itulah realiti dunia dan realiti di Malaysia hari ini.
    PPP/S : Apa pendapat & pandangan anda pula, patutkah penggunaan parabola di Malaysia dibenarkan oleh kita semua?Ya memang saya setuju sekiranya parabola di benarkan di malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin