Ahad, 10 Mac 2013

KENAPA LELAKI SUKA WANITA NAKAL

WANITA nakal mempunyai nilai buruk di mata banyak orang kerana perilakunya. Namun jangan salah anggap, kerana dalam urusan berasmara, lelaki justeru lebih senang pada perempuan nakal. KENAPA?

Gula dan rempah-ratus tidak selalunya terasa menyenangkan, sejemput asam dan terasi boleh membuatkan hidangan ringan menjadi nikmat. Demikian pula dalam kisah asmara, sesekali tidak ada salahnya untuk Anda menjadi wanita “jalang” demi menakluki lelaki pujaan hati.

Itu diungkapkan dengan baik oleh penulis terlaris dan kolumnis Sherry Argov dalam bukunya “Why Men Love Bitches and Why Men Marry Bitches”.

"Lelaki dalam diam-diam menghormati wanita yang kuat, memiliki kepercayaan diri, dan impian sendiri. Mereka tidak ingin perempuan yang selalu memerlukan (lelaki) dan putus asa untuk mendapatkan persetujuan," kata Sherry seperti yang dinukilkan dari Times of India.

"Jadi, kunci untuk melakukan hubungan baru ialah menemukan sikap agresif yang akan mengubah Anda menjadi seorang diva di matanya," sambung Sherry.

Mengapa gadis manis selalu jadi pilihan terakhir

Pernah bertanya-tanya mengapa gadis manis masih belum juga memiliki pasangan? Jawapannya adalah, lelaki lebih tertarik untuk dekat dengan orang pintar, lancang, dan seksi iaitu wanita nakal.

Ini mungkin disebabkan:

* Wanita manis ingin menemukan seorang lelaki dan kebahagiaannya bergantung kepada hal itu.
* Wanita yang satu ini tidak ingin bersendirian.
* Wanita manis tidak ingin menunggu orang yang tepat. Mereka tidak sabar untuk segera membawa diri ke dalam situasi di mana dirinya tidak akan memilih sebaliknya.

Apakah laki-laki menyukai wanita yang kuat?

Secara umum, lelaki berasa terintimidasi oleh seseorang yang kuat. Perempuan berpendirian teguh menimbulkan tentangan bagi lelaki.

Sebaliknya, tidak ada yang lebih menarik dari seorang wanita yang memiliki martabat dan kebanggaan terhadap siapa dirinya. Jadi untuk mendapati cinta dalam hidup Anda, jadilah seseorang yang dia inginkan.

Namun bukan bererti Anda harus agresif atau terlalu dingin, ini hanya bererti Anda harus mengawal diri sendiri dan terus membuatkannya tergila-gila.

Selain itu, tidak pernah melupakan aturan hubungan di mana Anda tidak berkahwin dengan orang yang sempurna. Anda berkahwin dengan orang yang menarik. Dan Sherry memberi panduan untuk menjadi persis seperti itu.

Wanita nakal tidak:
# Sering menelefon atau mengirimkan SMS.
# Bertanya di mana Anda atau apa yang tengah Anda lakukan. Menulis isi hati 'Kamu tidak cukup menelefonku,' atau, 'Kamu tidak pernah mencintaiku'. Ketidakpastian adalah aset Anda. Jangan biarkan Anda dicintai dengan mudah.
# Meminta lelaki berjumpa setiap malam minggu.
# Setuju dengan segala ucapan lelaki. Bila Anda tidak pernah mengungkapkan pendapat Anda, seorang lelaki mulai merasa bosan.
# Mencari atau mengejar lelaki turun di tiga tempat yang berbeza, lalu dia mengatakan akan mengajak minum.
# Marah ketika si dia tidak menelefon Anda selama empat hari.
# Atur ulang jadual Anda untuk menghabiskan waktu bersamanya.
# Menjadi kasar kerana perhatiannya berkurangan. Tetapi tidak bererti Anda harus berkompromi dengan itu.

Seorang wanita nakal akan:

Menyelamatkan diri dalam keadaan yang sukar

Antara menjadi intimidasi dan kebebasan dengan menjadi feminin, diam-diam wanita nakal selalunya kuat. Bila Anda tidak mengirimkan isyarat dengan jelas mengenai kekuatan dan kelemahan diri, maka pasangan tidak akan dapat membaca diri Anda.

Dan ketika seorang lelaki tidak boleh membaca seorang wanita sepenuhnya, ia menghormati kelebihannya. Ini bukan soal sikap, ini tentang pengendalian diri. Seorang wanita dengan kawalan diri memiliki kekuatan yang membuatkan seorang lelaki hidup.

Tak ingin menjadi kedua
Jika Anda menjadi orang kedua dalam asmara, maka Anda akan memastikan diri menjadi pilihan pertama. Jika dia bertemu dan tergila-gila pada Anda, maka perempuan lain harus mengalah.

Jika Anda nombor dua untuk waktu yang lama, itu bererti ada "terlalu banyak ratu di istana." Kemudian, hanya berjalan keluar. Dengan tenang mengatakan padanya hubungan ini "tidak lagi menarik" dan berharap dia beruntung (dalam urusan asmara).

Ini tentang harga diri dan martabat, dan akan membuat Anda memiliki nilai lebih di matanya. Seringkali, hal ini akan membuatnya  memprioritaskan Anda. Jika tidak, hal itu tidak merugikan Anda.

Bahagia dan positif

Nilai diri sendiri dan ketenangan fikiran menjadi hal utama dalam diri Anda. Tidak pernah mengejar kebahagiaan di luar diri Anda. Yang paling penting adalah cuba untuk tidak memberikan energi kepada orang lain mengenai fikirkan Anda, tetapi menghilangkan kekuatan diri sendiri.

Jika Anda merasa baik, yang lainnya tidak lagi dapat mengendalikan diri Anda secara emosional. Ini semacam ketenangan diri yang sangat menarik.

Mengejar mimpi sendiri

Fokus kepada kepentingan di luar hubungan. Dia boleh tahu Anda peduli kepadanya, tetapi tidak perlu tahu berapa banyak.
 
Lelaki tidak ingin bersaing dengan laki-laki lain untuk mencuri perhatian Anda, mereka ingin bersaing untuk waktu Anda kerana Anda tidak menunggunya selama 24 jam x7 hari. Ketika dia tidak boleh mengendalikan mental Anda, maka Anda menjadi jauh lebih menarik untuk hidup berbahagia dengannya.
[ Untuk makluman, Sherry Argov adalah penulis "Why Men Love Bitches and Why Men Marry Bitches". Karyanya telah ditampilkan di majalah terkemuka dan bukunya diterbitkan dalam 30 bahasa. ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin