Sabtu, 2 Mac 2013

PANDUAN KETIKA MENERIMA MUSIBAH

Secara ringkasnya, musibah ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang tidak disukai oleh manusia. Musibah ditakdirkan untuk menyerlahkan nilai diri kita di sisi ALLAH. Terutamanya ALLAH hendak menilai sejauh mana keimanan hati kita. Apabila diuji barulah diketahui apakah hati itu telah yakin (beriman) ataupun masih ragu-ragu. Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud,

"Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja dengan pengakuan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?" (Surah al-Ankabut 29:2).

Oleh itu, jangan cepat melatah ketika ditimpa musibah. Di bawah ada beberapa petua yang boleh diamalkan ketika ditimpa musibah:

  • Ucap lafaz istirja' dan berdoa dengan doa Ummu Salamah : "Ya ALLAH, berilah daku pahala atas musibah ini, dan gantikanlah musibah ini dengan sesuatu yang lebih baik".
  • Bersabar. Menurut syariatullah, ujian berbentuk kesenangan perlu diiringi dengan syukur, manakala ujian berbentuk musibah perlu diiringi dengan sabar.
  • Bersangka baik dengan ALLAH, bahawa pasti ada kebaikan atau hikmah di sebalik musibah.
  • Ketahui bahawa setiap musibah itu pasti ada hikmahnya. Cuma lemahnya manusia itu hingga ia hanya tahu sebahagian sahaja hikmah itu dan tidak mampu merungkai hikmah semua musibah.
  • Apabila ditimpa musibah juga ingatlah bahawa ALLAH masih mengingati kita. Orang kafir yang jarang-jarang diuji sebenarnya telah 'dilupakan' ALLAH. 'Lupa' di sini bermaksud, ALLAH membiarkan orang kafir sesat dalam kesesatan mereka dan ALLAH berpaling daripada mereka.
  • Jangan sekali-kali lupa berzikir, istigfar dan memperbanyakkan ibadah.
  • Kelazatan dunia itu boleh bertukar menjadi musibah dan sebaliknya, musibah juga boleh bertukar menjadi nikmat.
  • Padam api musibah dengan memandang kepada orang lain yang juga ditimpa musibah. Dengan berbuat demikian, musibah yang menimpa akan terasa ringan.
  • Jangan mengeluh. Sesungguhnya orang yang mengeluh saat ditimpa musibah ialah orang yang paling cintakan dunia.
  • Lihatlah musibah dengan mata hati. Mata hati akan melihat kepahitan musibah di dunia sebagai kemanisan di akhirat kelak.
  • ALLAH berfirman yang bermaksud, " Hai orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya ALLAH beserta orang yang sabar." (Surah al-Baqarah 2: 153). Amalkan sikap bersabar ketika musibah menimpa, pasti kita tergolong dalam glongan yang bersama-sama ALLAH.
  • Mereka yang ditimpa musibah dan sering mengucapkan lafaz istirja', maka ALLAH memberinya ganjaran pahala. Ibn Majah meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "sesiapa yang pernah ditimpa musibah lalu ingat akan musibah itu, serta memperbaharui ucapan istirja' sekalipun sudah berlalu masanya, maka ALLAH akan memberi pahala kepadanya sebesar pahala pada saat ia ditimpa musibah itu."
  • Bandingkan musibah dunia dengan musibah akhirat. Yang manakah lebih besar? Bandingkan juga andai hilang nikmat dunia dan nikmat akhirat?Manakah yang terasa ringan?
  • Ingatlah bahawa tanpa musibah, pasti manusia akan sombong seperti firaun. Oleh sebab itu, ALLAH turunkan musibah sebagai ubat penyakit hati.
  • Jangan bertindak melulu ketika ditimpa musibah. Tindakan yang tidak berlandaskan sabar akan mengundang murka ALLAH, tidak mampu menolak musibah, malah membuat syaitan gembira, menghapuskan pahala dan menunjukkan bahawa kita seorang yang lemah jiwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin