Menghilangkan Najis:
Perhatikan Cara Yang Betul
(Bahagian Akhir)
بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Permasalahan Berkaitan
Berikut dibawakan beberapa isu berkaitan najis ‘aini, hukmi dan
mutanajjis menurut pandangan syara‘.
1. Tersentuh najis mughallazhah dalam keadaan kering
Seorang tersentuh anjing dengan tangannya, padahal tangannya itu
kering dan anjing itu kering, maka tiadalah dihukumkan tangannya
itu bernajis. Berbeza hukumnya jika salah satu pihak itu yang
bersentuhan itu dalam keadaan basah, lalu dia memegang anjing
itu, maka tangannya itu terkena najis mughallazhah. Oleh yang
demikian, wajiblah dia melakukan sertu pada tangannya itu.
2. Tidak yakin sama ada terkena najis atau tidak
Untuk menentukan sesuatu itu najis atau terkena najis, hendaklah
dipastikan ada ‘ain (benda) najis itu atau sifatnya yang terdiri
daripada bau, warna atau rasa. Jika telah pasti, maka hendaklah
dihilangkan ‘ain najis dan sifat-sifatnya. Jika tiada wujud salah
satu daripada perkara-perkara tersebut, maka tempat atau benda itu
tetaplah suci yakni kembali kepada hukum asal (suci), kecuali ada
sesuatu yang menyebabkan kita yakin tempat atau benda itu
bernajis seperti najis hukmi.
Jika kereta seseorang terlanggar anjing atau khinzir, maka adalah
wajib disertu bahagian-bahagian kereta yang diyakini telah
dicemari oleh najis mughallazhah, jika kereta itu hendak dipakai
atau digunakan lagi, kerana menjauhi najis adalah wajib sekalipun
di luar sembahyang.
3. Sertu dengan selain tanah
Melakukan sertu dengan menggunakan selain tanah adalah tidak
memadai, umpamana dengan menggunakan sabun dan
seumpamanya cecair dan bahan pencuci moden. Ini kerana
perintah sertu, iaitu mencuci dengan air mutlak sebanyak 7 kali
dan salah satu daripadanya dengan air yang dicampur dengan
tanah, adalah merupakan perkara ta‘abbudiy (semata-mata menurut
perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala).
Selain menggunakan tanah bercampur air, ia boleh digantikan
dengan air yang keruh seperti air mengalir (seperti air sungai) yang
telah bercampur dengan tanah.
4. Perkara mutanajjis
Dalam keadaan tertentu, sesuatu bahagian atau tempat yang suci
yang terkena dengan najis dan salah satu pihak itu dalam keadaan
basah, boleh menjadikan bahagian atau tempat yang suci itu
mutanajjis (menjadi najis kerana tersentuh dengan najis). Berikut
dibawakan beberapa keadaan tersebut sebagai contoh serta
penjelasan ringkas mengenainya.
a. Menyentuh benda lain setelah tersentuh anjing
Seseorang yang tersentuh anjing dengan tangannya dalam keadaan
basah, maka tangannya itu telah terkena najis mughallazhah.
Apabila dia memegang sesuatu benda lain dalam keadaan
tangannya masih basah (setelah memegang anjing tadi), dan
sebelum dia menyucikan tangannya itu, maka benda yang
dipegangnya itu juga telah kena najis mughallazhah.
b. Menyentuh tangan orang bukan Islam
Persoalan menyentuh, memegang, menjabat dan seumpamanya
tangan orang bukan Islam atau orang kafir yang menyentuh daging
babi, maka tetaplah tangan orang bukan Islam itu najis secara
hukmi sehinggalah tangan tersebut dicuci atau disertu sepertimana
yang dituntut syara‘.
Namun jika tangan orang kafir itu bersih daripada dzat najis
mughallazhah seperti darah atau apa-apa jua daripada babi, atau
tidak nampak kesan najis babi itu sekalipun tidak dicuci seperti di
atas, maka apa-apa yang disentuh oleh orang kafir itu tidaklah
menjadikannya najis.
c. Membersih dengan cara mencelup atau merendam
Cara membersihkan sesuatu seperti pakaian yang terkena najis,
selain najis mughallazhah, adalah dengan mengalirkan atau
menjirus dengan air yang menghilangkan dzat dan sifat najis; bau,
warna dan rasa. Perbuatan merendam atau mencelup pakaian yang
masih mempunyai dzat/jirim najis ke dalam air yang tenang, (tidak
mengalir umpama dalam besen, gayung atau baldi) yang sedikit,
iaitu kurang daripada dua qullah, adalah tidak memadai. Hasilnya,
bahagian yang terkena najis itu belum dianggap suci, manakala air
yang digunakan merendam dan mencelup itu pula berubah menjadi
najis (mutanajjis).
Selain itu, cara menyertu umpamanya pakaian yang terkena najis
mughallazhah, setelah menghilangkan dzat najis, dengan
merendam atau mencelup ke dalam:
• Air keruh (yang telah bercampur tanah) yang tenang
(tidak mengalir) dan banyak, iaitu lebih daripada dua
qullah, maka memadailah dengan merendam dan
menggerakkannya sebanyak tujuh kali.
• Air keruh (yang telah bercampur tanah) yang mengalir,
maka memadailah dengan cara mengalirkan air
padanya sebanyak tujuh kali.
Kadar dua qullah ialah:
• Sukatan – lebih kurang 216 liter
• Ukuran isi padu empat segi – 60 x 60 x 60 sentimeter
Sebagai kesimpulan, terdapat perbezaan pada cara membersihkan
atau menyucikan tempat atau bahagian yang terkena najis ‘aini dan
hukmi, sama ada najis mukhaffafah, mutawassithah dan
mughallazhah. Jika diyakini sesuatu terkena najis mughallazah
anjing dan babi, cara untuk menyucikannya ialah dengan sertu,
iaitu dibasuh dengan 7 kali air muthlaq salah satunya dengan air
yang bercampur tanah. Manakala selain najis mughallazhah seperti
kencing, tahi, darah, nanah dan selainnya, maka cara
membersihkannya ialah dengan menjirus atau mengalirkan air ke
atasnya. Namun hendaklah dihilangkan terlebih dahulu dzat najis
dan sifatnya, iaitu warna, bau dan rasa. Perlu diingat, bahawa
dalam menggunakan air dan tanah ketika sertu, untuk
membersihkan najis, hendaklah menggunakan air muthlaq dan
tanah yang bersih.
Cara membersihkan atau menyucikan yang berbeza-beza ini adalah
mengikut perbezaan jenis-jenis najis itu sendiri. Perbezaan ini
hendaklah diperhatikan supaya tempat atau bahagian yang terkena
najis benar-benar dapat dibersihkan atau disucikan dengan cara
yang betul. Jika perkara ini tidak diambil perhatian, maka ia boleh
menjejaskan ibadat yang disyaratkan suci daripada najis sebelum
dan ketika dilaksanakan. Ini kerana cara menghilangkan najis yang
tidak betul, umpamanya dengan mengganggap ia sudah bersih
kerana telah dibuang ‘ain (dzat) najis walhal sifat-sifat najis masih
lagi ada adalah tidak memadai. Walaupun ia sudah bersih tetapi
belum lagi suci pada pandangan syara‘.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan