Abstrak. Kertas kerja ini ditulis berdasarkan pengamatan analitikal kritis secara deskriptif. Pada
hemat kami, pendekatan ini memadai untuk memerihalkan senario pendidikan moral masyarakat
Melayu dan impaknya pada era globalisasi ini. Berdasarkan statistik yang terdapat dalam sekian
banyak akhbar, majalah, jurnal serta laporan yang dikeluarkan oleh pihak wewenang menunjukkan
kerosakan dan kegawatan sosial sedang melanda masyarakat Melayu masa kini. Mengapa hal ini
boleh berlaku? Sedangkan kita menyedari bahawa ‘Islam’ adalah agama masyarakat Melayu. Jika
diamati secara mendalam, dinamisme Islam seolah-olah kabur dan hilang dalam jiwa dan pemikiran
masyarakat Melayu. Hal ini berlaku apabila masyarakat Melayu semakin meminggirkan cara hidup
Islam dalam kehidupan seharian mereka.
Kata kunci: Pendidikan moral masyarakat Melayu, pendidikan moral Islam, impak modenisasi
Abstract. This paper is written based on a descriptive-critical analysis. We felt that the apporach
used is adequate to explain the scenario of moral education among the Malay community and its
impact in the era of globalization. Statistics presented in various newspaper reports, journals and
reports released by the authorities indicates that today there is an acute decadence of social values
among the Malays. Why do this happen? We are aware that Islam is the religion of the Malay
community. However, if we contemplate closely, it is as if the dynamism of Islam is dissapearing from
the Malays heart and mind. This happened when the Malays started to be aloof from the teachings of
Islam in everyday living.
Keywords: Moral education of the Malay society, Islamic moral education, impact of modernization
1.0 PENGENALAN
Globalisasi hadir dengan membawa segala macam fenomena baru yang tidak terfikir,
tergapai dan terlaksana oleh kita. Ia hadir dalam satu pakej isme yang bertali-temali.
Isme-isme inilah yang akan menyerang dan meresap ke seluruh superstruktur, struktur
dan sendi-sendi kehidupan manusia, khususnya ke dalam institusi keluarga. Akibatnya,
cabaran dan hala tuju institusi keluarga menjadi semakin berat dan mencabar.
Pendidikan moral menjadi benteng pertahanan terakhir untuk menghadapi tahap akhir
1,2 & 3 Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Johor Darul Takzim.
Untitled-67 45 02/16/2007, 18:16
46 MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI
gelombang ketiga ini. Jika ia kalah, menyerah dan tewas sudah tentu hasrat untuk
membina generasi ‘khayra ummah’ dan generasi ‘Quranik’ berdasarkan pendidikan
moral Islam akan berkecai dan tercatit satu lagi statistik kehancuran yang amat
hina.
Dewasa ini, dunia dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk
baru. Globalisasi yang ditandai arus gelombang zaman peringkat ketiga seperti mana
menurut sarjana barat, telah memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan
moral sesebuah masyarakat. Pengaruh dan kesan yang dibawa oleh pelbagai isme
menerusi medium teknologi komunikasi maklumat (ICT) telah memberi kesan
sosial-moral yang amat parah. Hal ini tidak terkecuali dari pada meresapi jiwa dan jati
diri masyarakat Melayu sama ada di bandar mahupun di luar bandar. Statistik
kerosakan sosial dan moral membuktikan fenomena ini. Sebut apa jua bentuk
perlakuan tidak bermoral seperti pembunuhan, sumbang muhrim, pelacuran,
gangsterisme, alko-holisme, perjudian, ketagihan dadah sehinggalah isu vandalisme
dan ‘black metal’ setiap satu daripadanya melibatkan orang Melayu. Justeru itu,
masyarakat Melayu (jika berdasarkan statistik perlakuan tidak bermoral dan jenayah)
sebenarnya berada pada peringkat yang amat genting dan kronik. Hal ini merisaukan
banyak pihak termasuklah wewenang dan institusi keluarga itu sendiri. Kecelaruan
pendidikan moral dalam institusi keluarga ditandai oleh pendekatan pseudo dan
permisif. Hal ini menjadikan institusi keluarga semakin lemah dan tidak bermoral.
Sebelum terlambat, pendidikan moral dalam institusi keluarga Melayu mestilah
disuntik dengan dos pendekatan yang lebih ampuh dan kukuh berasaskan metodologi
Islam.
2.0 PENGERTIAN DAN KONSEP PENDIDIKAN MORAL
Betapa penting nilai akhlak itu hingga ia boleh menjadi faktor penentu jatuh bangunnya
sesuatu kaum, bangsa ataupun negara. Ia menjadi penentu hala tuju kemanusiaan
sejagat dan memisahkan sifat-sifat kebinatangan dari nilai kemanusiaan. Petikan
daripada sebuah syair Arab berbunyi;
“Sesuatu bangsa itu tetap hidup selama akhlaknya tetap baik, bila akhlaknya sudah
rosak, sirnalah bangsa itu.”
(Mohd. Kamal, 1988)
Takrifan linguistik harus dilihat tentang asal perkataan moral iaitu moralis dari
bahasa Latin yang bermaksud ‘customs and manners’ atau adat resam dan adab.
Moral secara amnya boleh dimengertikan sebagai tatasusila mulia atau adab sopan.
Ada beberapa perkataan lain yang amat rapat hubungannya dengan moral seperti
nilai, norma, etika, ‘manners’ dan akhlak. Kesemuanya mempunyai konotasi yang
amat rapat. Nilai bermaksud prinsip kualiti yang di pegang dalam sistem sosial sesuatu
kelompok manusia. Berjaya atau tidak seseorang individu itu menyesuaikan dirinya
Untitled-67 46 02/16/2007, 18:16
SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI 47
ke dalam suatu kelompok masyarakat bergantung kepada kejayaan menjiwai dan
mengamalkan nilai pegangan masyarakat tersebut. Kerana nilai moral dikaitkan
dengan peraturan masyarakat yang kadang-kadang memberi penilaian yang berbeza
terhadap sesuatu tingkah laku, maka sebaik-baiknya ia dihubungkan dengan nilai
mutlak iaitu agama yang lebih mutlak dan agung. Schofield (1977) menyatakan;
“God is the supreme Being; God is infinitely wise. When God gave the Commandments
to men, therefore, he have gave a set of rules infinitely more wise than any
which man could devise by applying his own finite wisdom. Because these infinitely
wise rules came from God, we have the right to impose then on men”.
Berbanding dengan peraturan moral yang dicipta oleh Tuhan, peraturan moral
yang dicipta oleh manusia mungkin dibuat berdasarkan kecenderungan kendiri, pra
konsepsi, prejudis dan kesilapan (Azizah, 2001).
Norma atau ‘norms’ pula merupakan suatu peraturan informal yang dipegang oleh
kelompok masyarakat. Ia berbentuk batasan. Seseorang yang melanggar normanorma
sesuatu masyarakat itu menunjukkan kegagalannya mentaati kontrak sosialnya
dengan masyarakat tersebut. Bagaimanapun, norma tidak konsisten di antara satu
masyarakat dengan masyarakat yang lain. Contohnya, dalam masyarakat Barat,
mungkin seseorang yang bersendawa ketika di meja makan itu tidak mematuhi
norma mereka akan tetapi di negara kita, ia dianggap sebagai perkara biasa.
Etika atau ‘ethics’ atau ‘ethos’ dalam bahasa Greek, bermaksud perlakuan seseorang.
Pada masa kini, etika lebih berkisar pada makna pegangan nilai baik yang mendasari
sesuatu amalan masyarakat atau profesion. Contohnya, profesion kedoktoran ada
etikanya, begitu juga profesion guaman dan undang-undang. Ia merujuk kepada
tindak-tanduk kita yang dianggap menyalahi nilai baik dalam ruang lingkup kecil
komuniti tersebut. ‘Manners’ pula merujuk kepada sopan santun dan perlakuan yang
beradab. Ia mempengaruhi nilaian terhadap tahap moral seseorang. Seseorang yang
perlakuannya tidak bersopan bagaimanapun tidaklah sampai menjadikan ia tidak
bermoral. Cuma ia kurang manis atau kurang bijaksana.
Akhlak adalah paduan kepada konsep-konsep di atas. Ia menggambarkan keperibadian
seseorang, budi pekertinya dan cara ia menyesuaikan diri pada setiap masa
dan keadaan. Seseorang yang berakhlak mulia akan disenangi oleh orang di
sekelilingnya. Malah lebih jauh daripada itu Islam memandang akhlak sebagai buah
kepada iman dan tidaklah dianggap kuat iman seseorang yang tidak mantap akhlaknya.
Akhlak dalam pengertian yang luas tidak sama seperti moral. Menurut Ghazali (2001)
pengertian akhlak amat jelas berbanding moral kerana;
(i) Ia merangkumi zahir, batin dan pemikiran.
(ii) Ia mementingkan hubungan dengan al-Khaliq.
(iii) Ia berpandukan al-Quran dan al-Hadis.
Untitled-67 47 02/16/2007, 18:16
48 MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI
(iv) Ia bersifat mutlak.
(v) Matlamatnya untuk keredaan Allah s.w.t.
(vi) Ia bersifat universal dan sempurna.
Pendidikan pula sering ditakrifkan sebagai proses bagi mengubah tingkah laku
seseorang itu hasil dari pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang dipelajarinya
(Mohd. Kamal, 1988). Falsafah Pendidikan Kebangsaan mentakrifkan pendidikan
sebagai usaha yang berterusan bagi memperkembangkan potensi individu pelajar
yang seimbang sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Ini sesuai
dengan pentakrifan pendidikan yang diutarakan oleh as-Syeikh Dr.Yusuf al-Qardawi
iaitu pendidikan itu harus bersifat utuh, ia mencakupi akal dan hati, rohani dan jasmani
serta akhlak dan ketrampilan.
Sebagai rumusannya, sama ada tahap moral atau akhlak tinggi mahupun adab
sopan yang baik, ini semua menggambarkan baik budi dan tinggi peribadi seseorang
manusia. Ia perlu dipupuk melalui pendidikan terutamanya dalam tahap-tahap awal
kehidupan individu itu. Dan manakah lagi tempat yang lebih sesuai disemai benih
yang baik jika tidak dari dalam sesebuah institusi kekeluargaan.
2.1 Nilai dan Ciri-ciri Moral Tinggi
Tahap moral dapat diukur dari tiga perspektif asas. Pertamanya dari perspektif
peribadi. Seseorang itu akan menimbangkan dahulu kesan daripada setiap geraklangkah
yang akan diambil ke atas dirinya pada masa akan datang. Apakah tindakan
tersebut akan mendatangkan manfaat atau mendatangkan mudarat. Seterusnya,
baharulah kita dapat mengukur tahap moral seseorang pada perspektif sejagat.
Iaitu mengukur tindakan seseorang pada nilaian masyarakat sejagat atau sekeliling.
Jika sesuatu perlakuan itu bersesuaian dan dipersetujui oleh masyarakat sejagat, maka
ia dianggap akan memberi kebaikan kepada persekitaran pelakunya. Ketiga baharulah
kita membicarakan tahap moral pada perspektif mutlak. Ini merujuk kepada
tahap moral yang dipandu oleh kepercayaan seseorang itu kepada kuasa yang terulung
atau tertinggi. Ia akan menggalakkan seseorang itu memegang prinsip-prinsip moral
kerana keyakinannya bahawa ini adalah kehendak the superior power atau lebih tepat
dipanggil Yang Maha Kuasa iaitu Allah Tuhan Rabbul Jalil, Pencipta dan Pemilik
sekelian alam.
Dengan pengkelasan tahap moral seseorang itu, kita sepatutnya boleh mengenalpasti
ciri-ciri dan nilai moral tinggi dalam ketamadunan manusia ini. Tahap perlakuan
moral seseorang itu juga kita dapat lihat dari beberapa aspek. Kita akan melihat konsep
moral dari kacamata pengkajian sekular mahupun dari perspektif Islam. Secara
umumnya, konsep moral sekular terbahagi kepada tiga tahap.
Pertama, tahap moral yang tertinggi iaitu kemoralan agama. Kemoralan ini
sebenarnya adalah kemoralan tahap tertinggi lantaran asasnya adalah kepercayaan
Untitled-67 48 02/16/2007, 18:16
SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI 49
dan keyakinan terhadap alasan yang abstrak sebagai asas perlunya berperilaku
bermoral. Agama banyak memperkenalkan konsep-konsep yang abstrak dan ghaib
seperti kekuasaan tuhan, hari pembalasan dan sebagainya yang agak sukar untuk
difahami dan ditaakuli menggunakan akal manusia yang amat terbatas kebolehannya.
Justeru dengan keadaan ini, perlakuan bermoral yang berasaskan kepercayaan
kepada perkara-perkara yang bukan fizikal tentunya memerlukan keyakinan yang kuat
dan penuh. Sebagai contohnya, kita takut untuk melanggar undang-undang jalanraya
kerana kewujudan penguatkuasaan yang jelas seperti pasukan polis dan Unit
Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalanraya. Akan tetapi, keyakinan kepada
perkara ghaib seperti beriman kepada Allah, pembalasan dari alam kubur hinggalah
ke mizan, titian sirat dan dihumban ke api neraka tidak dapat dibayangkan melainkan
berlandaskan perkhabaran dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ia tidak berbentuk ancaman
fizikal.
Kedua dipanggil kemoralan alam. Kemoralan alam merujuk hubungan
manusia dengan alam semulajadi dan tanggungjawab memelihara keindahan dan
kesejahteraan alam sekelilingnya. Ini penting demi menjamin kesejahteraan kehidupan
manusia itu sendiri pada masa akan datang.
Ketiga ialah kemoralan sosial. Ini merupakan aspek terpenting dalam kemoralan
seseorang itu dari kacamata sekular kerana manusia tidak boleh hidup sendirian dan
memerlukan manusia lain disekelilingnya. Untuk itu, dia mestilah boleh diterima
dengan baik oleh orang sekelilingnya. Ini akan dicapai apabila tingkah lakunya
bersesuaian dengan prinsip-prinsip moral dan orientasi nilai masyarakat sekelilingnya.
Melalui interaksi yang baik ini, keharmonian akan tercapai dan pergaduhan serta
perselisihan dapat dielakkan.
Dari perspektif Islam pula, as-Syeikh Dr.Yusuf al-Qardawi dalam Mustafa Kami
(1994), memperincikan akhlak mulia bukan sahaja dalam ertikata sempit iaitu
memelihara diri dari aspek maksiat jelas seperti yang berkait dengan minuman keras,
wanita dan sebagainya sahaja, bahkan, ia meliputi ertikata yang lebih luas seperti
penyesuaian dan pengendalian diri, benar dalam perkataan dan baik dalam perbuatan,
amanah dalam bermuamalah, berani mengeluarkan pendapat, adil ketika membuat
keputusan, tegas dalam kebenaran, bulat tekad ketika membuat kebaikan, menyuruh
yang makruf dan mencegah yang mungkar, mementingkan kebersihan, menghormati
peraturan dan sentiasa tolong-menolong dalam hal kebaikan dan ketaqwaan. Pendek
kata, akhlak itu adalah pemakaian harian dan tingkah laku penuh seseorang insan
dari celik matanya hinggalah pejam ketika tidur.
2.2 Islam sebagai Kerangka Moral yang Ulung
Pernyataan bahawa Islam merupakan satu-satunya jalan penyelesaian terhadap
permasalahan manusia bukanlah sesuatu yang baru. Ia diketahui umum sama ada
oleh umat Islam yang berilmu mahupun yang tidak berilmu, juga oleh orang-orang
Untitled-67 49 02/16/2007, 18:16
50 MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI
kuffar yang di dalam hati kecilnya sedar bahawa Islam agama fitrah yang amat
bersesuaian dengan asal kejadian manusia itu sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w
mafhumnya;
“Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang paling baik akhlaknya.”
Justeru, moral Islam yang paling unggul sebagai model kemoralan umat sejagat.
Kemoralan Islam berpaksikan kepercayaan dan keyakinan kita tentang kewujudan
Allah, Tuhan Rabbul Jalil yang Maha Agung dengan segala sifat-sifat Rububiyah-
Nya. Ia juga bersandarkan keyakinan kita bahawa kita akan dipertanggungjawabkan
atas setiap langkah yang diatur, setiap gerak yang dibuat, setiap niat yang tersedik
dan setiap kata yang tertutur pada hari di mana tiada perlindungan yang mampu
menolong kita kecuali perlindungan Allah Azza Wa Jalla.
Kemoralan agama yang terpahat ini amat berkesan dan kukuh. Ia penting dan
bermula dengan pemahaman kita terhadap hubungan dan taraf letaknya di antara
kita dengan Tuhan (Mohd. Janib, 1994). Menyedari bahawa manusia itu adalah hamba
kepada-Nya dan wajib menunaikan apa sahaja yang diperintah-Nya itu sudah cukup
mengikat kita pada janji-janji kita untuk menjadi hamba yang taat dan beramal soleh.
Rasulullah s.a.w sendiri, yang diakui oleh Saiyidatina Aisyah sebagai manusia yang
berakhlakkan al-Quran itu teramat mulia pekertinya. Bahkan baginda pernah bersabda
tentang misi dan tujuan kehidupan baginda di atas muka bumi ini. Ia berbunyi:
“Sesungguhnya aku tidak diutus melainkan untuk memperelokkan akhlak yang
mulia”.
Pendidikan Islam itu sendiri berpaksikan tauhid, berasaskan syariat dan mementingkan
akhlak yang mulia. Bahkan, manifestasi iman dan amal soleh hanya boleh
diukur melalui akhlak mulia muslim yang menandakan kesempurnaan interaksinya
dengan Tuhan, alam dan manusia sekelilingnya sebagaimana yang diturunkan dalam
al-Quran supaya hamba-Nya menjaga hubungannya dengan Allah dan hubungannya
dengan manusia. Soalannya, mengapakah kemoralan agama itu begitu unggul? Ini
boleh dilihat dari beberapa faktor, antaranya (Mohd. Janib, 1994);
(i) Moral agama merupakan disiplin yang ketat, ia tidak menyediakan kekecualian
dan pintu belakang atau jalan mudah untuk mana-mana individu.
Ia juga tidak bersifat ‘double standard’ bahkan ia lebih berat dipraktikkan
ke atas orang yang lebih berpangkat dan berpengaruh berbanding dengan
orang awam.
(ii) Moral berlandaskan agama ini bersifat mutlak dan konsisten. Asas akhlak
dan prinsip ketauhidan dan syariat Islam tidak pernah berubah. Hukumhukumnya
jelas tanpa sebarang kekeliruan sejak ia diturunkan di zaman
Untitled-67 50 02/16/2007, 18:16
SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI 51
Rasulullah s.a.w lagi hinggalah ke zaman ini. Ia berlandaskan wahyu yang
tidak terbanding dengan akal manusia dan tentunya tidak dapat dicabar
oleh akal manusia.
(iii) Dasar moral agama amat kukuh- ia tidak mempunyai sebarang cacat dan
celanya. Bahkan ia bersifat ‘absolute’. Selagi seseorang itu beriman, tidak
kira di mana dan bila, ia akan sentiasa sedar bahawa ia dipantau oleh
malaikat dan diperhatikan oleh Allah. Malah W.M Dixon mengakui bahawa
walau apapun keadaan penerimaan kita terhadap kemoralan berasaskan
agama, ia tetap “merupakan dasar yang paling kuat bagi moral”.
Jelas bahawa prinsip dan dasar moral agama yang terunggul kerana ia membekalkan
kepada manusia suatu doktrin moral yang ketat, konsisten dan ‘absolute’. Ia dipreskripsikan
oleh Tuhan Pencipta dan Pemilik langit dan bumi yang sudah tentunya
Maha Memahami penciptaan-penciptaan-Nya. Bahkan, doktrin kemoralan agama yang
diajukan oleh Islam bersifat sejagat dan boleh diterima-pakai oleh semua bangsa,
tidak kira sempadan geografi dan budaya. Islam, sebagai agama fitrah bukan sahaja
diutus untuk semua manusia bahkan ia adalah rahmat untuk seluruh alam. Sifatnya
yang nakliah itu juga menjadikan ia tidak tercabar oleh akal dan minda manusia. Ia
tentunya boleh diterima dan dipertahankan apabila dihujahkan. Seperkara lagi ialah
model yang mempraktikkannya merupakan insan yang tiada tolok bandingnya, Nabi
Muhammad s.a.w. Bahkan pengiktirafan kepada baginda sebagai individu terpuji
berterusan sepanjang zaman, sejak dari zaman jahiliyah lagi dengan panggilan
al-Amin, yang bermaksud ‘orang yang paling amanah’.
Pada zaman kontemporari ini juga tidak kurang sarjana Barat yang mengakui
keunggulan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dari segenap aspek. Dengan
sifat-sifat baginda yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi, Islam menjadi kukuh
dan dapat menyinari alam. Ia disegani oleh musuh dan dikasihi oleh kawan. Jika
dijadikan junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w sebagai pengukur keunggulan
kemoralan agama berbanding lain, maka jelaslah, moral agama memang unggul
dan tiada tolok bandingannya.
3.0 AGEN PENDIDIKAN MORAL DAN PERANAN KELUARGA
SERTA MASYARAKAT
Nel Noddings (1992) dalam Ghazali dan Yusfarina (2001) menyatakan bahawa faktor
kelemahan pendidikan moral adalah berpunca dari ‘shallow educational response to
deep social change’. Menurut beliau yang dimaksudkan dengan ‘deep social change’
itu ialah pola pekerjaan, ketidakstabilan rumah tangga, gaya kehidupan dan keluarga
yang mementingkan keseronokan, tabiat yang lebih cenderung bersifat lucah dari
segi cara berpakaian, cara bercakap dan cara bertingkah laku. Sehubungan itu, dalam
konteks masyarakat Melayu, pepatah Melayu menyebut:
Untitled-67 51 02/16/2007, 18:16
52 MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI
“jikalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.
Tidak syak lagi bahawa ketika masih kecil dan dalam keluarga pendidikan asas
dan pembentukan keperibadian itu mesti diberikan dasar yang jelas dan kukuh. Jika
dalam pengkajian pendidikan Islam, sabda Nabi Muhammad s.a.w yang amat penting
tentang pendidikan ialah seperti terjemahan di bawah:
“Bermain-mainlah dengan anak kamu pada usia 1-7 tahun, didiklah anak kamu
pada usia 8-14, dan bersahabatlah dengan anak kamu pada usia 15-21”.
Dari hadis di atas, prinsip pendidikan dihuraikan dengan jelas, lengkap dengan
peringkat dan fasa-fasanya. Kesemua fasa sebenarnya adalah fasa-fasa pendidikan dan
pembentukan keperibadian anak-anak. Cuma yang berbeza adalah pendekatannya.
Ketika usia kurang 7 tahun (peringkat pertama), kanak-kanak perlu dididik dengan
konsep ‘bermain-main’ iaitu teknik yang lebih hampir dengan simulasi, cerita-cerita
pedoman atau mungkin juga pemainan yang disusuli dengan penerangan tentang
moralnya.
Peringkat yang kedua pula lebih menjurus kepada pendidikan yang lebih ‘direct’,
memaparkan konsep-konsep hukuman, merit dan dimerit dan penjelasan atas apa
yang harus dilakukan. Islam menunjukkan bahawa pendidikan harus melalui
pendekatan yang sesuai dan bukan dengan sembarangan semata-mata. Allah s.w.t
mengarahkan kita mendidik anak-anak dan masyarakat (menyeru ke arah ketaatan
pada Ilahi) dengan berhikmah dan melalui perkataan-perkataan yang baik. Secara
tidak langsung, ini menyentuh metodologi dakwah dan akhlak seseorang da’i itu
sendiri.
Begitulah juga pada peringkat ketiga pendidikan harus bersifat ‘indirect’, ia
mendekati jiwa remaja yang bergejolak itu, yang idealismenya tinggi, yang hatinya
sensitif dalam bentuk berkawan-kawan, lengkap dengan ciri-ciri simpati dan empati
yang boleh menjadi pendorong kepada remaja mengekalkan hubungan yang
harmonis dan erat dengan ahli keluarga yang lebih tua. Melalui kaedah ini, sudah
tentu pendidikan tidak akan tergugat dengan faktor-faktor fisiologi dan psikologi
kanak-kanak yang sentiasa berkembang sehingga ia mencapai tahap kedewasaan
kelak.
Sehubungan dengan perkara di atas, Professor Dr. Mohd. Kamal Hassan (1988)
telah menyatakan bagaimana seharusnya akhlak didekati dalam pendidikan anakanak
demi melahirkan generasi madani. Menurut beliau, pendekatan boleh diambil
dalam tiga peringkat:
(i) Membetulkan falsafah, kurikulum dan tujuan pendidikan. Akhlak tidak
boleh diberikan tempat yang terasing, terpisah dan tersisih dalam sistem
pendidikan kita.
Untitled-67 52 02/16/2007, 18:16
SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI 53
(ii) Ilmu akhlak harus dipelajari secara praktikal dan bukan dengan pemahaman
teori sahaja. Ia harus dilihat sebagai satu instrumen penting bagi mencapai
keredhaan Ilahi. Usaha yang komited oleh para pendidik dari peringkat
tadika hinggalah ke menara gading bagi mengasimilasikan dan menghayati
ahklak yang mulia. Ini juga harus disokong dengan pembudayaan dan
penguatkuasaan oleh pihak pemerintah.
(iii) Baharulah kita dapat melihat pendidikan akhlak yang berkesan itu mampu
melahirkan generasi bakal pemimpin masyarakat dan negara yang tidak
tamak kuasa atau harta, amanah, jujur dan adil dan akan mengutamakan
kepentingan rakyat pada setiap masa dan keadaan.
Kesemua ini perlu diletakkan asasnya dalam institusi keluarga, baharulah berkembang
ke peringkat kampung, mukim, daerah, negeri dan negara. Begitulah
pentingnya keluarga dalam pembentukan akhlak anak-anak. Justifikasi bahawa
‘contact hours’ anak-anak itu lebih banyak di rumah itu semestinya penting dan perlu
dipertahankan. Sebab itulah, budaya ‘nuclear family’ yang amat meluas dalam
masyarakat globalisasi ini berupaya merobek dan menghancurkan institusi
pembentukan moral masyarakat kita.
Lanjutan daripada itu, tanggungjawab pula dipindahkan ke bahu pengamalpengamal
pendidikan dari pelbagai lapis sistem yang juga sudah menghadapi
over-heating process akibat gagal menyaingi pengaruh dan cabaran yang datang dari
segenap sudut. Sampai bilapun, guru tidak boleh diharapkan untuk mendidik
anak-anak kita dengan dasar-dasar pembentukan asas keperibadian. Mereka tidak
mempunyai ‘hereditary inclination’ terhadap anak kita. Mungkin untuk pemantauan
dan pengembangan susulan dari apa yang telah dipupuk di rumah, mereka mampu
melaku-kannya. Tetapi untuk menyuntik gagasan, misi dan wawasan, lebih-lebih
lagi asas-asas kefahaman keimanan dan sahsiah mulia, mereka kekurangan autoriti,
masa dan sumber untuk melaksanakannya. Mereka juga memikul seratus satu
macam tugas lain daripada memberi ilmu, menguruskan kedatangan anak-anak kita,
memberi semangat, menjaga persatuan dan bermacam-macam lagi, senarainya
tidak akan putus.
Keluargalah yang lebih tepat menjalankan amanat Ilahi ini. Bahkan, Islam menegaskan
tanggungjawab ini dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi
(terjemahannya);
“Anak-anak adalah umpama sehelai kain putih, ibubapalah yang akan menjadikannya
muslim, nasrani atau majusi.”
Jika kehidupan ini dianalogikan sebagai sebuah drama, jelas menunjukkan betapa
ibu bapa merupakan watak utama dalam drama alam pendidikan anak-anak terutama
apabila berkait dengan soal keimanan dan keperibadian. Pihak lain mungkin boleh
Untitled-67 53 02/16/2007, 18:16
54 MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI
turut serta sebagai watak-watak tambahan apabila pengukuhan dan lanjutan dibuat di
atas asas-asas yang telah dibentang dengan kukuh oleh ibu bapa.
4.0 SENARIO PENDIDIKAN MORAL DI ALAM MELAYU:
TRADISIONAL KE PASCAMODEN
Sebelum kedatangan penjajah nilai-nilai sosial dan budaya masyarakat Melayu belum
lagi dicemari oleh kebudayaan Barat. Sungguhpun tidak semua unsur-unsur sosial
Islam itu dihayati seratus peratus, namun ia lebih baik dan membawa banyak
perubahan di kalangan masyarakat tempatan yang pernah dipengaruhi oleh kebudayaan
Hindu dan Buddha. Islam yang memainkan peranan dan menjadi teras
dalam perubahan sosial masyarakat Melayu (Zulkarnain, 1994).
Sejarah kerajaan Kesultanan Melayu telah banyak mempengaruhi sistem sosial
termasuk pendidikan moral masyarakat Melayu. Pada zaman pemerintahan kerajaan
Melayu Melaka peranan ulama dan guru-guru agama memberi kesan terhadap institusi
keluarga. Namun imperialisme Barat telah mencemarkan nilai-nilai budaya masyarakat
Melayu. Menurut Syed Naquib al-Attas bahawa pengaruh budaya Barat yang bermula
sekitar abad ke-16 dan 17 telah membawa banyak perubahan dalam budaya dan
‘welstancchung’ masyarakat Melayu bukan sahaja ‘rupa’ tetapi yang lebih penting
adalah ‘kejiwaan’ (Naquib, 1972). Menurut Abdullah (1995);
“Selain bahasa pasar, tinggalan lain zaman Portugis ialah agama Katolik yang
telah berjaya sedikit sebanyak berjejak di Asia Tenggara terutamanya di Melaka
dan Pulau Maluku”.
Pendidikan moral alam Melayu selepas kedatangan Islam tidak terpisah daripada
ajaran Islam. Ibubapa dan keluarga lainnya turut menyumbang kepada pembinaan
dan pembangunan moral seisi keluarga. Menurut Musnyi Abdullah dalam bukunya
‘Hikayat Abdullah’ mengatakan;
“Maka pada tiap-tiap pagi aku pergi mengaji ke tempat belajar dan malam diajar
oleh bapaku di rumah. Bapaku memberi hukum akan daku katanya: ‘Hendaklah
engkau pergi pada tiap-tiap hari lepas sembahyang Maghrib mengaji dalam masjid,
kerana dalam masjid itu beratus-ratus orang akan keluar masuk”.
Kawalan sosial adalah bersifat sepunya dan masing-masing akan bertindak berdasarkan
kapisiti peranan yang diberikan. Rasa hormat, rendah diri, sopan santun,
budi bahasa dan nilai-nilai moral lain merupakan teras kepada integriti dan digniti
keluarga. Selain itu, pendidikan moral bersifat merata dan sepunya apabila wujudnya
perasaan ‘esprit de coup’ antara ahli masyarakat. Malah masyarakat Melayu menjadi
sebuah masyarakat yang responsif terhadap fenomena sekeliling yang berlaku termasuk
Untitled-67 54 02/16/2007, 18:16
SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI 55
isu-isu moral masyarakatnya. Masyarakatlah yang bertanggungjawab mengaplikasikan
konsep ‘amar ma’ruf dan nahi mungkar’. Misalnya masalah pakaian wanita (purdah)
pernah menjadi isu perdebatan dalam sejarah umat Melayu; walaupun isu ini adalah
isu kefahaman aliran pemikiran namun ia tetap menjadi isu penting (Khoo, 1991).
Dalam masyarakat tradisi, hubungan antara ahli masyarakatnya adalah begitu erat.
Dalam sesebuah kampung misalnya, setiap orang di kampung itu saling mengenali.
Sikap tolong-menolong, saling mengambil berat antara satu sama lain dan sebagainya
meresap ke dalam jiwa setiap ahli kampung tersebut. Perhubungan sebegini erat
secara tidak langsung menjadi satu bentuk kawalan sosial yang dapat memelihara
tingkah laku ahli masyarakatnya. Suatu perbuatan yang melanggar norma dan nilai
masyarakat kampung tersebut akan cuba dielakkan kerana jika tidak, bukan sekadar
nama diri sendiri akan tercemar, tetapi juga nama baik keluarga. Akan tetapi, dalam
persekitaran bandar yang telah mengalami proses urbanisasi dan industrialisasi,
perkara-perkara yang disebutkan di atas amat sukar untuk ditemui (Siti Fatimah, 1994).
Hal ini ditekankan oleh Zulkarnain (1994):
“orang-orang Melayu juga begitu kuat berpegang pada adat sehingga lahirnya
ungkapan iaitu “biar mati anak jangan mati adat”. Ini mencerminkan bahawa
adat itu memainkan peranan penting dalam sosiobudaya masyarakat Melayu.
Pergaulan juga adalah bebas tetapi terkawal dengan batas-batas agama dan adat
yang menjadi sempadan. Pendidikan moral masyarakat Melayu pada ketika itu
tergambar menerusi cara berpakaian, adat resam, pergaulan, percakapan yang
hampir keseluruhannya tidak bebas nilai.”
Masyarakat Melayu sebelum pengaruh imperialisme, industrialisme dan sekularisme
amat terkenal dengan nilai moral dan akhlak yang tinggi dan terpuji. Rasa hormat
anak-anak terhadap orang tua amat tinggi dan budi bahasa, sopan santun, keluhuran
budi dan segala macam nilai moral yang terpancar menerusi budaya hidup tolongmenolong
dan bekerjasama mencerminkan pendidikan moral institusi keluarga
masyarakat tradisi amat berkesan. Hal ini ditambah oleh beberapa faktor,
antaranya;
• Islam menjadi asas kepada budaya dan falsafah hidup masyarakat Melayu.
• Pemikiran dan asas hidup yang dinamik dan progresif khususnya dalam
soal pendidikan moral. Anak-anak dididik, dibimbing dan dipantau sejak
kecil agar menghormati orang tua, beradab, bertingkah laku, adab berkomunikasi
dan sebagainya.
• Adat, nilai dan norma setempat mengukuhkan lagi pendidikan moral
masyarakat Melayu.
• Budaya dan falsafah hidup masyarakat Melayu masih segar dan belum
dipengaruhi oleh isme-isme modenisasi.
Untitled-67 55 02/16/2007, 18:16
56 MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI
• Pendidikan moral (kawalan sosial dan isbat sosial) merupakan tanggungjawab
secara kolektif dalam kehidupan mereka.
• Sistem dan falsafah pendidikan Islam seperti sekolah pondok dan fardhu
ain merupakan teras membina akhlak generasi muda mereka.
• Pergaulan dan interaksi sosial muda-mudi mereka terbatas.
• Pengaruh media massa terhadap mereka sangat minimum.
5.0 SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASA KINI
Senario pendidikan moral masyarakat Melayu masa kini bersifat cacamarba.
Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian kami pendidikan moral masyarakat Melayu
masa kini banyak bergantung kepada faktor-faktor dalaman dan luaran seperti taraf
pendidikan, budaya hidup keluarga, kawasan tempat tinggal, taraf hidup dan sebagainya.
Umumnya pendekatan pendidikan moral masyarakat Melayu Islam adalah
berdasarkan faktor-faktor seperti berikut;
• Pendidikan moral masyarakat Melayu bersandarkan ‘rule oriented moralty’,
dan tidak berasaskan pendidikan akhlak Islam. Malah ada segelintir ibubapa
menggunakan pendekatan liberal dan permisif.
• Peranan ibu dan bapa sebagai ‘pendidik moral’ dalam keluarga lemah, tidak
jelas dan terhakis. Hal ini kerana kurangnya pengetahuan dalam pendidikan
moral berasaskan Islam. Akibatnya tiada kesedaran terhadap konsep dan
hakikat Islam yang jelas. Tiadanya pengetahuan terhadap metodologi
pendidikan anak-anak yang berasaskan Islam menyebabkan segelintir
ibubapa menjadikan anak-anak sebagai objek ‘deraan’ dan ‘melampiaskan
nafsu serakah’ mereka.
• Ibubapa lebih mementingkan pendidikan akademik-sekular berbanding
pendidikan Islam. Hasrat mereka pada masa depan agar pendidikan yang
anak-anak mereka perolehi akan memungkinkan mereka hidup selesa dan
terjamin. Justeru berlakunya pengabaian dalam pendidikan moral.
• Goyahnya ikatan ‘perkahwinan’ menjadikan keluarga tidak harmoni dan
pendidikan moral tidak berkesan untuk membina dan membentuk akhlak
anak-anak. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dalaman dan luaran seperti
himpitan hidup, tidak sefahaman dan sebagainya.
• Pengaruh persekitaran seperti rakan sebaya, media massa dan hiburan sangat
maksimum. Apatah lagi masa kualiti ibubapa dengan anak-anak amat terhad
dan tidak digunakan dengan bijaksana.
• Pendidikan moral masyarakat Melayu masa kini dianggap bersifat peribadi.
Kawalan sosial oleh ahli masyarakat semakin lemah akibat interaksi sosial
yang semakin terpinggir.
Untitled-67 56 02/16/2007, 18:16
SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI 57
6.0 GELOMBANG PERUBAHAN ZAMAN DAN PERUBAHAN
SOSIAL: KESAN TERHADAP INSTITUSI KELUARGA
Kita menyaksikan bahawa perkembangan ICT banyak membawa perubahan drastik
dalam kehidupan manusia. Namun tidak kurang pula kesan negatif terutamanya ke
atas pendidikan moral generasi masa kini dan yang akan datang.
Dunia semakin tua. Menurut pandangan barat, dunia kini sudah memasuki fasa
akhir gelombang ketiga yang bermula seawal tahun 1950-an iaitu gelombang teknologi
maklumat (IT). Ledakan maklumat dan teknologi telekomunikasi merupakan suatu
gerakan antarabangsa untuk mewujudkan perkampungan global yang mempunyai
kesamaan dari segi ideologi, nilai, sosiobudaya dan pemikiran yang kemudian
dijelmakan menerusi komunikasi, tindakan dan amalan. Menurut Shahrom (2001),
“…jaringan teknologi informasi yang berlaku dalam semua bidang kehidupan telah
menjadi sesuatu yang bersifat ‘transparan’ dan ‘maya’, tatkala tidak ada lagi kategorikategori
moral yang mengikatnya, tatkala tidak ada lagi ukuran-ukuran-nilai yang
mengikatnya…”. Ciri perkampungan global dari segi ideologi, nilai, sosiobudaya dan
pemikiran yang diketengahkan melalui ledakan maklumat ini merujuk kepada model
yang direka bentuk oleh pengasas dan penaja sistem teknologi maklumat dan teknologi
telekomunikasi yang telah tersebar luas di seluruh dunia. Kedhaifan kebanyakan
Negara Dunia Ketiga dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat
dan telekomunikasi memungkinkan mereka sukar untuk menolak gelombang yang
besar dan berisiko ini (Mohamad, 1995).
Perubahan-perubahan zaman memberi kesan langsung kepada perubahanperubahan
sosial dan ia merupakan hasil daripada penyalahgunaan dasar
pembangunan dan pertumbuhan teknologi serta tidak mewujudkan satu sistem
kawalan sosial yang berkesan. Ia tidak dimanfaatkan dengan betul dan sesuai dengan
budaya hidup Islam. Oleh itu ia memberi pengaruh kepada institusi keluarga seperti
pengecilan saiz keluarga, peningkatan bilangan wanita atau ibu bekerja, bilangan
lelaki menganggur bertambah, bentuk penjagaan anak yang mengabaikan
pertumbuhan kerohanian sehingga kurang dari pada 40 peratus (Berhanudin, 2000).
7.0 PENGARUH ASING MENERUSI PEMODENAN DAN KESAN
TERHADAP PENDIDIKAN MORAL INSTITUSI KELUARGA
Pengaruh asing menerusi pemodenan telah lama meresapi setiap sendi kehidupan
manusia. Tiada satu pun elemen kehidupan manusia masa kini yang tidak terpalit
dengan ‘makna moden’ ciptaan barat baik dalam tatacara berekonomi, berpolitik,
bersosial mahupun beragama. Pengaruh modenisasi amat berbahaya kepada masa
depan beragama masyarakat. Tidak hairanlah dengan istilah moden umpamanya,
Barat memahami bahawa zaman ini adalah zaman yang punya cara dan gaya serba
baru, bukan gaya kuno dan lapuk lagi kolot dan usang. Justeru manusia moden,
menurut takrifan barat, harus mendustakan semua perkara yang ghaib. Menurut
Untitled-67 57 02/16/2007, 18:16
58 MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI
James Orr (1906) dalam Mohd. Sani (2000), merakamkan betapa kebanyakan ‘manusia
moden’ menolak perutusan Tuhan dan kerasulan (prophecy) kerana sifatnya yang ghaib.
Pengaruh moden yang berakar sejak revolusi industri pada abad ke-16 menggariskan
enam konsep asas pemodenan iaitu (Idris, 1997):
(i) Penyingkiran Tuhan dalam kehidupan dan kegiatan pembangunan.
(ii) Manusia dididik dan dilatih untuk menjadi ‘kuda tunggangan’ pembangunan
fizikal dan kebendaan.
(iii) Kebahagian hidup diukur dari keuntungan kebendaan.
(iv) Merelatifkan nilai-nilai moral dan akhlak.
(v) Manusia dan pencapaian ekonomi menjadi tumpuan dan pemujaan.
(vi) Agama tidak berperanan dalam pembangunan.
Hari ini konsep moden telah diperluaskan kepada pascamoden (postmodern). Pascamoden
ini secara umumnya meningkatkan pembangunan dan kepenggunaan sains,
seni dan industri (Elkind, 95). Secara tidak langsung ia turut memberi kesan langsung
terhadap nilai dan moral hidup dalam institusi keluarga. Karya Max Weber yang
berjudul “The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism” pada tahun 1958
telah banyak mengubah paradigma dan latar institusi keluarga tradisional. Sekaligus
gambaran keluarga moden dengan ciri-ciri industri dan kapitalisnya telah memberi
kesan besar terhadap pendidikan moral keluarga nuklear yang berteraskan tradisi
Kristian katolik. Namun begitu, keadaan yang digambarkan oleh Max Weber itu
tidak sama dengan masyarakat Melayu.
8.0 KEBEJATAN MORAL MASYARAKAT MELAYU
Sistem keluarga di negara ini sedang menghadapi krisis yang hebat di mana sebahagian
daripada ibu bapa sudah tidak dapat memainkan tanggungjawab dan melaksanakan
yang sewajarnya untuk mendidik anak-anak mereka. Ini adalah di antara akibat
daripada tekanan dunia yang semakin berbentuk materialistik, letusan ‘rat race’ dan
ceteknya pengetahuan agama. Sudah terdapat tanda-tanda institusi keluarga Melayu
di Malaysia pada hari ini sedang melalui jalan kebinasaan dan keberantakan. Sebagai
contoh bakal pengantin gagal dalam temuduga yang dijalankan oleh Pegawai Jabatan
Agama Islam di beberapa buah negeri. Sebahagian besar daripada mereka tidak
mengetahui hukum asas fardhu ain, ibadat dan tanggungjawab suami-isteri atau
kewajiban sebagai ibubapa. Oleh itu, apabila mereka mendirikan rumah tangga,
pengetahuan cetek mereka dalam agama akan mencorak perlakuan dan sikap mereka
terhadap pendidikan moral anak-anak dan institusi perkahwinan itu sendiri (Wan Liz,
2000). Bukan sekadar itu sahaja, malah menurut Mohd. Shahir (2000), gejala
keruntuhan sosial dalam keluarga dapat dilihat dengan meningkatnya perceraian di
kalangan suami isteri, penganiayaan terhadap anak-anak, hilang perasaan kasih sayang
sesama anggota keluarga dan memutuskan hubungan silaturrahim malah terdapat di
Untitled-67 58 02/16/2007, 18:16
SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI 59
kalangan anggota keluarga sendiri yang sanggup melakukan jenayah zina sesama
mereka dan ada bapa yang sanggup merogol anaknya sendiri.
Masyarakat Barat sendiri mengakui bahawa sistem keibubapaan yang longgar
sekitar tahun 80-an menghasilkan banyak generasi muda yang terbabit dalam jenayah,
keluarga tidak stabil, gejala membunuh diri, lari dari rumah dan penyakit lain yang
berpunca daripada kehilangan nikmat kebahagiaan hidup dan mental yang tidak
tenteram. Mengikut pakar psikologi Barat, salah satu daripada aliran pendidikan yang
berasaskan kepada keibubapaan pemisif ini yang juga dikenali sebagai aliran liberal
dan demokratif, ialah idea mengelak diri daripada mengajar nilai moral kepada kanakkanak
dengan teori bahawa apabila dewasa mereka dapat memilih sendiri nilai hidup
berdasarkan proses ‘trial and error’, yang mereka alami dari semasa ke semasa. Teori
ini ternyata salah dan meninggalkan kesan buruk yang parah dalam masyarakat Barat
(Ismail, 1994). Fenomena di atas menurut Halstead (1999) sebagai berikut;
“The family is an arena in which virtually the entire range of human experience can
take place. Warfare, violence, love, tenderness, honesty, deceit, private poverty, communal
sharing, power manipulation, informed consent, formal status hierarchies,
egalitarian decision-making-all can be found within the setting of the family”.
8.1 Modenisasi: Impak Terhadap Institusi Keluarga dan Sistem
Moral Masyarakat Melayu
Pakej modenisasi telah bermula seawal revolusi industri di Barat dan entah bila akan
berakhir. Pengaruh modenisasi ternyata begitu cepat menular dan menjalar ke seluruh
urat saraf dan nadi kehidupan bermasyarakat, khususnya institusi keluarga. Sejarah
telah membuktikan bahawa keluarga besar (extended family) telah dihancurkan atas
nama modenisai dan akibatnya lahirnya keluarga kecil (nuclear family). Menurut Elkind
(1995), “…The components of the modern nuclear family reflected the fundamental
beliefs of modernity”. Malah pada zaman ini telah muncul apa yang dikatakan keluarga
alternatif yang telah diberikan kedudukan secara legal oleh perlembagaan khususnya
di Amerika Syarikat seperti ‘pasangan lesbian’, ‘pasangan homoseks’ dan sebagainya.
Hal ini berlaku secara jaringan di merata dunia baik di barat mahu pun di timur.
Menurut Elkind (1995), “These postmodern themes of difference, particularity, and
irregularity are increasingly transforming science, the arts and industry. They have also
transformed the family and increasingly are transforming that mirror of the family, the
school”. Institusi keluarga semakin goyah dan lemah, khususnya keluarga Melayu
Islam. Malah menurut Garett (1998), revolusi industri di Barat telah memberi kesan
kehidupan berkeluarga dengan munculnya apa yang dikatakan “first sexual
revolution” dan “the birth of romance”. Menurut Elkind (1995);
“In the postmodern family, the sentiment of romantic love has given way to the sentiment
of consensual love. With the sexual revolution of the 1960s and the social
Untitled-67 59 02/16/2007, 18:16
60 MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI
acceptance of premarital sex, the linchpin of romantic love-saving oneself for one’s
fated partner-disappeared. Young people began to have sexual relations with those
whom they had no intention of marrying. Individuals now have sex relations by mutual
consent and without a lifelong commitment. The notion of consensual love has
extended to marriage, and both men and women today marry with the awareness that
divorce may well be in their future”.
Timbang tara kehidupan keluarga dan moral masyarakat barat menurutnya hanya
berdasarkan akal dan nafsu semata-mata. Hal yang serupa turut meresap ke dalam
jati diri masyarakat Melayu langsung menerima citra dan model kehidupan barat.
Hal ini diperkukuhkan oleh pandangan Wan Liz (2000);
“Orang Melayu merupakan kaum paling banyak terbabit dalam pelbagai gejala
sosial yang serius berdasarkan nisbah komposisi penduduk negara ini. Berdasarkan
statistik rasmi yang Utusan Malaysia perolehi, orang Melayu merupakan kira-kira
60 peratus penduduk Malaysia, mencatatkan peratusan yang tinggi dalam kes
penagihan dadah, kegiatan bohsia, melepak, seks antara muhrim, pelacuran serta
jangkitan AIDS dan pembawa HIV. Orang Melayu juga mencatatkan bilangan
peratusan tinggi dalam kes rogol serta kes pembuangan bayi. Lebih teruk lagi ialah
mengikut perangkaan polis pada tahun 1997, bangsa Melayu menduduki senarai
jenayah teratas sekali untuk kumpulan umur antara 10 dan 18 tahun”.
Sehubungan itu, modenisasi amat berbahaya sekiranya idea, pemikiran dan falsafah
modenisasi itu ditiru bulat-bulat. Walhal kita mempunyai pilihan dan hak untuk
menerima ‘apa’ yang baik dan sesuai dengan norma dan nilai Islam. Banyak
pendekatan yang boleh diambil seperti menerusi adaptasi dan akomodasi. Keduadua
pendekatan ini sesuai dan wajar tapi jangan sampai ia menelan nilai dan sistem
Islam tersebut (Hassan, 1991).
9.0 KEKANGAN PRIMER PENDIDIKAN MORAL
MASYARAKAT MELAYU MASA KINI
Kekangan yang dihadapi oleh masyarakat Melayu masa kini adalah berpunca daripada
falsafah pembangunan yang bersifat sekularisme. Antara jelas dengan tidak konsep
pembangunan dualisme ini telah mempengaruhi fikrah dan pembinaan keluarga dan
masyarakat madani yang unggul. Hal ini kerana pembangunan moral (akhlak) agama
dan kerohanian dihalang oleh falsafah pembangunan sekular dan budaya hedonisme
(Muhamad Syukri, 1987).
Untitled-67 60 02/16/2007, 18:16
SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI 61
9.1 Kekangan Dalaman Pendidikan Moral Masyarakat Melayu
Masa Kini
Kekangan primer ini telah secara tidak langsung memberi kesan terhadap institusi
keluarga Melayu masa kini dalam membina kekuatan akhlak dan moral keluarga.
Antara faktor yang menyebabkan kekangan ini adalah:
(i) Kurangnya pengetahuan terhadap metodologi pendidikan moral berlandaskan
Islam. Menurut Halstead (1997), “…parents generally have not
had the professional training of teachers, are much less accountable for their
actions, and may depend more on traditions passed on from generation to
generation”.
(ii) Tumpuan masa kualiti terhadap pembangunan moral-sakhsiyah anak-anak
dan ikatan kekeluargaan. Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ada
ibubapa yang terlupa tanggungjawab memesrai anak-anak akibat terlalu
sibuk dengan dunia pekerjaan dan soal-soal peribadi. Sepatutnya ibubapa
memberikan kawalan dan penjagaan yang ketat serta mempunyai hubungan
kekeluargaan yang rapat.
(iii) Ketiadaan ‘role model’ yang ideal dan yang memenuhi kehendak Islam
dalam institusi keluarga. Selain mendidik, ibubapa perlu menjadi contoh
yang baik kepada anak-anak. Jika anak-anak sekadar dididik dengan nilai
sayang tanpa ibubapa menunjukkan sikap menyayangi dalam semua aspek
kehidupannya, kesannya samalah seperti usaha ketam yang menyuruh
anaknya berjalan lurus. Oleh itu contoh yang baik daripada ibubapa perlu
bagi pendidikan moral anak-anak.
(iv) Ukhuwah Islamiah antara ahli keluarga, jiran dan masyarakat sekitar semakin
lemah dan goyah menyebabkan penglibatan ahli-ahli masyarakat dalam
‘kawalan sosial’ (dibaca: pendidikan moral) semakin mengendur. Malah
institusi keluarga sekarang ini tidak lagi menjadi sumber terpenting untuk
anak-anak mendapat nasihat, menerima panduan dan bimbingan. Keluarga
sekarang ini banyak memberikan tugas ini kepada sekolah dan orang
tertentu (pengasuh). Perubahan fungsi keluarga ini membawa kepada
longgarnya hubungan antara ibubapa dan anak-anak, terutama sekali anak
remaja (Asmah Bee, 2000).
(v) Kemiskinan dan tidak berpendidikan.
Jelas sekali budaya dan falsafah hidup keluarga Melayu memainkan peranan yang
besar dalam membina suatu kekuatan pendidikan moral keluarga. Jika ia dibina atas
landasan yang tidak berdasarkan ajaran Islam kesannya sudah dapat diduga. Jika
Islam menjadi teras budaya dan falsafah hidup keluarga pasti ia akan memperolehi
keberkatan dan keharmonian yang berpanjangan. Zaman pascamoden ini telah banyak
menyaksikan keruntuhan keluarga Melayu Islam sama ada di bandar mahupun di
Untitled-67 61 02/16/2007, 18:16
62 MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI
luar bandar, sama ada kaya atau miskin, dan yang berpendidikan atau yang tidak
berpendidikan.
9.2 Kekangan Luaran Pendidikan Moral Masyarakat Melayu
Masa Kini
Selain daripada kekangan dalaman, kemelut akhlak-moral ini turut ditambah dengan
kekangan luaran antaranya:
9.2.1 Pengaruh daripada Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya pula tidak boleh diambil ringan dalam mencorak kelakuan
dan pemikiran anak-anak muda. Mereka yang terlibat dalam jenayah juvana, tidak
berdisiplin, tingkah laku lepak dan penagihan dadah sebahagiannya adalah akibat
daripada dorongan dan ajakan rakan sebaya mereka yang bermasalah. Begitu longgarnya
kawalan ibubapa terhadap anak-anak mereka telah menyebabkan pengaruh rakan
sebaya menjadi dominan sehingga mencorak personaliti dan sikap golongan remaja
tersebut. Justeru itu, ibubapa harus mengambil berat dalam soal ‘rakan sebaya’ anakanak
mereka. Ibubapa sekurang-kurangnya perlu tahu dengan siapa anaknya
berkawan?, Ke mana anaknya keluar? Dengan siapa anaknya keluar? Apa tujuannya?
Dan sebagainya. Ini bukan bermakna mengongkong pergerakan dan aktiviti anakanak.
Apa yang penting ia mestilah dilakukan secara berhikmah. Sebagai ‘agama
baru’, televisyen telah meminggirkan agama-agama konvensional.” Bayangkan dasar
langit terbuka ini membuka ruang yang seluas-luasnya kepada pengaruh dan budaya
kuning daripada Barat mahupun Timur sendiri. Hal ini tidak kurang pula yang berlaku
kepada pelbagai akhbar dan majalah yang terdapat di pasaran. Kebanyakannya yang
bersifat komersil itu, lebih banyak menghidangkan cara dan citra hidup para artis
baik di Malaysia mahupun di luar negara seperti Hollywood dan Bollywood selain
menampilkan cerita tentang keaiban, kelemahan dan hidup glamour orang-orang
ternama dalam pelbagai bidang.
SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI 63
(i) Dalam seminggu siaran televisyen, menunjukkan terdapat 57 pembunuhan,
350 perilaku memukul dan 365 perilaku menunjuk senjata.
(ii) Secara puratanya, setiap kanak-kanak menonton televisyen 2 hingga 3 jam
sehari pada hari biasa dan 3 hingga 4 jam pada hari minggu.
(iii) Daripada 8 program yang paling diminati, tujuh daripadanya mengandungi
nisbah keganasan yang tinggi.
(iv) Separuh daripada ibubapa yang disoal selidik mengatakan mereka tidak
mengawasi apa yang ditonton oleh anak mereka dan 2/3 mengaku mereka
menjadikan televisyen sebagai ‘babysitter’ kepada anak-anak mereka.
9.2.3 Pengaruh Internet dan Dunia Siber
Pornografi terdapat dengan meluas melalui berbagai-bagai rangkaian komputer dan
protokol seperti Usenet, World Wide Web dan Bulletin Board Service (BBS) yang
dijalankan secara komersil. Selain, itu terdapat laman web yang dibina khas untuk
memaparkan perlakuan lucah orang berbangsa Melayu, juga terdapat ruangan untuk
menceritakan pengalaman seks dan ‘sex chatting’ secara ‘realtime’. Kesemua bentuk
hiburan ini boleh dilayari oleh sesiapa sahaja di kafe siber dengan bayaran langganan
yang murah (Alim, 2000).
9.2.4 Globalisasi dan Perubahan Sosiobudaya:
Gelombang dan Cabaran Baru yang Mencabar
Pendidikan dan Sistem Moral Masyarakat Melayu
Menurut Martin (1990) dalam Fariza (2000), globalisasi merujuk kepada semua proses
yang mana manusia di dunia ini akan bersatu dan menjadikannya satu masyarakat
dunia (single world society), masyarakat global. Globalisasi menjadikan jarak, ruang
dan waktu bersifat maya dan pendek; dimensinya boleh digerakkan sepantas yang
mungkin. Jaringan komunikasi manusia semakin cepat dan dekat. Maklumat dapat
disalur dan diterima hanya dalam beberapa saat. Sekaligus, globalisasi memberi impak
yang bukan sedikit terhadap budaya dan tamadun hidup manusia. Menurut Wan
Hashim (1997);
“Kita melihat globalisasi yang berselindung di sebalik dan akibat langsung ledakan
teknologi malumat merupakan suatu proses re-westernisasi atau imperialisme budaya,
bahasa dan pendidikan yang berpengaruh dan mempunyai kesan melemah dan akhirnya
meminggirkan proses Islamisasi. Ia menjadikan masyarakat Malaysia secara relatifnya
lebih materialistik dan berorientasikan kepenggunaan (consumer-oriented), serta
berorientasikan perniagaan untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin…”.
Perubahan sosiobudaya yang dimaksudkan adalah penyesuaian cara hidup yang
telah diterima akibat daripada faktor-faktor dalaman dan luaran melalui proses
Untitled-67 63 02/16/2007, 18:16
64 MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI
penyesuaian budaya seperti asimilasi, akulturasi dan difusi. Banyak sekali karya-karya
penulis Barat mahupun tempatan yang berkaitan dengan globalisasi dan kesannya
kepada masyarakat seperti ‘Islam, Globalization and Postmodernity’, ‘Jihad vs. McWorld’
(Benjamin R. Baber, 1995), ‘States of Minds’ (Richard Kearney, 1995), ‘Predicting the
Future’ (Leo Howe dan Alan Wain, 1993), ‘Malaysia Menangani Globalisasi: Peserta
atau Mangsa?’ (Noraini Othman dan Sumit K. Mandal. eds), ‘Realiti dan Ilusi
Kehidupan dalam Era Siber’ (Shahrom TM Sulaiman, 2001).
Pada masa kini, banyak pihak lebih melihat gelombang globalisasi sebagai satu
cabaran terhadap ekonomi. Ekonomi menjadi mauduk penting dalam dunia globalisasi.
Ramai sarjana seperti Alvin Toffler, Peter F. Drucker, Richard Crawford dan
Hamish McRae menyatakan abad ke-21 lebih menekankan kepada pembangunan
modal manusia (human capital). Justeru itu, kebanyakan daripada pihak yang
bertanggungjawab bertungkus lumus menyediakan asas-asas pembangunan ekonomi
yang sekukuhnya. Perancangan strategik dan infrastruktur pembangunan sumber
manusia dan bukan manusia digagas dan dirancang dan dilaksanakan sama ada
untuk jangka panjang atau jangka pendek. Kesemua ini dilakukan kerana takut
kalau-kalau negara dan masyarakat tidak mampu bersaing pada pasaran terbuka.
Menurut Idris (1997), “…namun kita tidak dapat lari dari satu hakikat bahawa dasar
atau falsafah liberal-kapitalis di mana soal kemajuan material dan keuntungan
kewangan menjadi titik hitung paling utama. Kemudian faham pragmatis pula menyokong
keseluruhan agenda-agenda pembangunan tersebut”.
“Seiring dengan kebanggaan kita Melayu menjadi jutawan, usahawan, cendekiawan
dan pahlawan dan serentak dengan itu juga kita wajar berkabung kerana ramainya
Melayu menghidap AIDS, seks bebas, melepak, pengkhianat bangsa dan pelbagai
lagi. Justeru kita kini berhadapan dengan persoalan survival Melayu dalam konteks
globalisasi, dunia tanpa sempadan, teknologi maklumat dan multimedia. Orang
Melayu terhimpit untuk mengekalkan jatidiri dan akal budi dalam hembusan
pawana ekonomi dunia yang terbuka luas, himpunan kekayaan yang melimpah
ruah, penyaluran maklumat tanpa batasan, dan asimilasi nilai yang berterusan
antara Timur dan Barat”. (Mustafa Kamil, 1998)
Dewasa ini kebanyakan daripada keluarga memandang mudah akan pendidikan
moral dan asuhan terhadap anak-anak. Malah kebanyakan daripada mereka berpendapat
sama seperti Donald dan Benjamin (1968);
“told parents they did not have to go to college or read heavy books to be good parents.
They had only to use their clear-headed common sense and their natural inclinations,
and they would easily be “good enough” parents.”
Ramai pakar dalam bidang psikologi, kaunseling dan kekeluargaan melihat
fenomena globalisasi ini akan membina sebuah keluarga maya (virtual family) dengan
Untitled-67 64 02/16/2007, 18:16
SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI 65
nilai, norma dan moral yang bersifat maya. Kerana itu, keluarga maya akan
menyebabkan keberantakan yang lebih parah dalam institusi yang tertua di dunia
ini. Maka akhirnya benarlah pepatah Inggeris yang berbunyi “corrupt parents makes
corrupt children”. Namun begitu masih ada sarjana Barat yang prihatin akan peranan
keluarga dalam pendidikan moral dan antaranya Wilson (1990) menyatakan;
“…the family is the best context for moral learning, because it provides a secure framework
in terms of group identity, it satisfies the need for a personal identity in terms of
feeling confident, successful, useful and wanted; it puts the child in close personal
contact with adults who provide authority of the desire for intimate response and the
approval of one’s kind.”
10.0 CABARAN PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU
PADA ZAMAN ICT
Masyarakat Melayu yang semakin hari dihimpit dengan nilai materialisme dan
hedonisme harus bekerja keras untuk mengembalikan jati diri Islam yang sebenarnya.
Peranan setiap individu dalam keluarga khususnya ibubapa pada dunia ‘hi per realiti’
(memetik Shahrom, 2001) amat penting dan ia memerlukan komitmen dan ‘jihad’
yang besar. Hal ini kerana pernyataan-pernyataan di bawah menunjukkan bahawa
pendidikan moral semakin penting diberi penekanan untuk membina keluarga dan
masyarakat yang berakhlak luhur.
“Today parenting is seen as shared not only between mother and father, but also with
other caregivers. It is certainly true, of course, that despite this changed sentiment
mothers still do the lion’s share of child rearing and homemaking”. (Elkind, 1997)
“Children, in turn, are now seen as competent: ready and able to deal with all of
life’s vicissitudes. This new perception of children, however, did not appear because
of some new and revolutionary finding about children”. (Halstead, 1999)
“…Adolescent today are seen as sophisticated, as quite knowledgeable about sex,
drugs, sexually transmitted diseases, AIDS and modern technology. This new perception
is again reflected in media portrayals of teenagers who are sexually active, who
may be using drugs, and who consider themselves equal to their parents in decisionmaking
competence”. (Garrett, 98)
“Menurut pakar sosiologi tersohor abad ini, dunia siber akan melenyapkan batasbatas
sosial dalam masyarakat kontemporari, khususnya batas-batas antara dunia
anak-anak dengan dunia orang dewasa menerusi ‘transperansi’ media. Ketika anakanak
menyaksikan tontonan-tontonan yang merupakan dunia orang dewasa menerusi
Untitled-67 65 02/16/2007, 18:16
66 MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI
video dan komputer (video atau disket porno), maka secara sosiologisnya batas dunia
anak-anak dengan orang dewasa. Tidak ada lagi rahsia yang masih tersisa buat
anak-anak dan dunia orang dewasa adalah pantang larang dan tabu (pendidikan
moral)”. (Shahrom, 2001)
11.0 MODEL PENDIDIKAN MORAL KELUARGA MELAYU
ISLAM
Dalam menelusuri masa depan dengan penuh cabaran, masyarakat Melayu Islam
tidak ada pilihan melainkan menghadapinya dengan segala persediaan kekuataan
jatidiri dan berlapang dada untuk membaiki kelemahan diri. Dalam mengharungi
cabaran-cabaran yang dinyatakan dalam kertas ini, institusi keluarga adalah merupakan
institusi yang paling utama dan penting dalam menyalurkan perubahan positif di
dalamnya. Abdullah Nasih Ulwan mengatakan bahawa sebab itu Islam menekankan
dan memfokuskan perihal penting pendidikan anak-anak dalam konteks kekeluargaan
Islam. Nilai-nilai asas seperti ketaqwaan, keikhlasan, hormat-menghormati, kasih sayang
dapat diterapkan dalam keluarga (Abdullah Nasih, 1988). Walaupun kita tahu anakanak
tersebut akan berkecimpung dalam masyarakat dan menghadapi pertembungan
nilai, maka di sinilah perlunya peranan institusi sosial yang lain dalam melaksanakan
konsep kawalan sosial. Kawalan sosial tidak mungkin terlaksana tanpa tanggungjawab
dari anggota masyarakatnya. Almarhum Prof. Ismail Faruqi mengatakan bahawa;
“Moral obligation is impossible without responsibility or reckoning. Unless man is
responsible and somehow and somewhere he will reckoned with as far as his deeds
are concerned.”
Dalam masyarakat Melayu, istilah yang dipakai bagi menggambarkan perihal
kelakuan ialah akhlak. Dalam pandangan hidup Melayu, istilah akhlak berkaitan
dengan konsep makhluk dan khaliq iaitu Pencipta yang merujuk kepada kehalusan
budi makhluk berdepan dengan Penciptanya. Sedangkan istilah moral tidak
mencakupi dimensi kewujudan Tuhan dan kehadiran Allah s.w.t (Baharudin, 2001).
Semua istilah yang dipakai ada konotasi dan implikasi pandangan hidup yang berbeza.
Dalam konteks pendidikan formal, kita berpendapat bahawa falsafah pendidikan
negara dan kurikulum bersepadu yang dibentuk mampu membina nilai-nilai murni
pada pelajar. Soalnya, sejauhmana perlaksanaannya dan modus operandinya (Mohd
Kamal, 1989).
Berdasarkan Rajah model yang dipaparkan di atas, maka kita boleh melihat seperti
yang diutarakan oleh al-Ghazali dalam ‘Ihya Ulumiddin’ dan Rousseau dalam ‘Emile’
(Ghazali, 1988) bahawa keluarga itu merupakan tunggak kepada pendidikan dalam
masyarakat dan dalam kes ini ialah pendidikan moral. Berikut adalah beberapa entiti
yang bergabung dalam model yang dicadangkan oleh penulis iaitu;
Untitled-67 66 02/16/2007, 18:16
SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI 67
(i) Keluarga Islam – keluarga jika kita perhatikan, membentuk “core” atau “base
foundation” (asas-teras) dalam model tersebut. Ia berperanan sebagai a vital Value-
Realizing Institution atau sebuah Institusi Realisasi Nilai yang amat mendesak.
Keluarga, dengan sifat-sifatnya sebagai institusi pendidikan, keselamatan,
reproduksi dan lain-lain merupakan tempat yang paling tepat untuk menyemai
nilai-nilai keimanan dan akhlak mulia iaitu “Islamic Worldview and Islamic
Values” atau Pandangan Hidup Islam dan Sistem Nilai-nilai Islam. Ini menjadi
“prerequisite personal quality” atau Syarat Asas Keperibadian Berkualiti yang
nantinya akan berupaya mengharungi seribu satu macam cabaran dunia alaf
baru ini. Untuk mencapai tahap ini, keluarga perlulah mempunyai beberapa
kualiti tertentu.
(a) Sebuah keluarga harus berupaya menjadi “the driving force” dan memberikan
“guiding ideas” kepada anak-anak. Oleh yang demikian, adalah sangat perlu,
ibubapa dalam zaman “Information and Communication Technology” (ICT)
ini memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi.
Mereka mestilah menjadi “knowledgeable parents”. Celik tentang maklumatmaklumat
terkini dan teknologi perkomputeran serta berupaya melayari
internet.
(b) Ibubapa juga harus menjadi “role models for changes”. Mereka tidak hanya
mengarah atau menunjuk-arah bahkan mempraktikkan apa yang diajarkan
dan menyertai perubahan demi menunjukkan anak-anak tentang bagaimana
perubahan harus dihadapi dan ditangani (managing changes).
(c) Ibubapa juga perlu menjadikan diri mereka sebagai penjana kreativiti emosi
anak-anak. Emosi anak-anak perlu dipantau dan disalurkan secara kreatif
ke saluran-saluran yang bertepatan dengan syara’ dan nilai-nilai kemanusiaan
sejagat.
(d) Perkembangan potensi anak-anak juga perlu seimbang dan unsur-unsur
seperti kognitif (inkuiri), afektif (emosi), kreatif (astetik), bahasa (sosial),
psiko-motor (fizikal) perlulah diberi perhatian yang seimbang dan saksama.
Ketidak-seimbangan bermakna akan pincanglah anak-anak kita apabila
melayari dunia teknologi maklumat yang sungguh global ini.
(e) Justeru itu, untuk mencapai semua ini, kemahiran yang amat penting kepada
ibubapa ialah “family management”. Inilah kemahiran yang masih belum
dibincangkan dan diwacanakan secara ekstensif dalam kerangka pendidikan
kekeluargaan Melayu. Kita banyak membicarakan tentang keilmuan asas
fardhu ‘ain dan fardhu kifayah kepada bakal-bakal ibubapa tetapi biasanya
membiarkan mereka belajar kemahiran mengurus keluarga melalui “trial
and error basis” atau “far-end technique” tanpa memberikan panduanpanduan
yang deskriptif terhadap “family and crisis management”.
(ii) Anak-anak – anak-anak pula lebih menjadi individu yang berada di “receiving
end of the process”. Mereka boleh dilihat dalam dua watak:
(a) Menerima perubahan melalui tauladan- anak-anak lebih mudah melihat
gerak-geri individu di sekelilingnya dan meniru gaya mereka. Kaedah
peniruan memang merupakan kaedah yang paling kerap digunakan oleh
kanak-kanak hingga ke peringkat adolescence atau remaja jika dikaji dari
perspektif psikologi. Oleh yang demikian, amat tepatlah jika kita menghidangkan
kepada mereka contoh-contoh teladan yang mulia untuk
ditiru.
(b) Kanak-kanak juga merupakan kumpulan yang paling aktif dan pantas
perkembangan emosinya dalam sesebuah keluarga. Ini akan memberikan
Untitled-67 68 02/16/2007, 18:16
SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI 69
ibubapa sedikit cabaran apabila berhadapan dengan mereka. Oleh yang
demikian, sikap sabar dan bijaksana harus menjadi dasar kepada proses
ini.
(iii) Pendidikan formal – peranan pendidikan formal di sekolah haruslah
menjadi pelengkap (complimentary) dalam proses pembentukan akhlak kanakkanak.
Guru tidak boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya lantaran sifatnya
yang kurang autoritatif dan hubungan afektifnya yang terhad ke atas kanak-kanak.
Justeru, tarafnya sebagai pelengkap amatlah sesuai.
(iv) Institusi sosial dan masyarakat – selari dengan falsafah pendidikan,
masyarakat haruslah bertindak menjadi pemantau dan pengawal terhadap
perkembangan pendidikan anak-anak. Ia menjadi kawalan sosial yang sentiasa
memerhatikan anak-anak dalam perkembangan hariannya. Ini adalah ‘social
obligation’ setiap individu dalam masyarakat. Falsafahnya ialah ‘amar ma’ruf
nahi mungkar’ yang amat dianjurkan oleh Islam. Inilah yang menjadi kunci
kejayaan pendidikan ketamadunan umat Melayu dan mana-mana ketamadunan
Timur masa lampau. Bahkan, pemerintah yang sifatnya adalah penguatkuasa
juga amat penting. Ini adalah kerana sifat pendidikan itu haruslah berlaku duahala
(‘Top-down’ dan ‘bottom-up’). Keluarga sahaja tidak mampu berjaya jika
produknya yang bermutu tinggi terhumban ke dalam suasana kedurjanaan yang
akan akhirnya meranapkan ‘defense mechanisme’ yang telah diperlengkapkan
kepada anak-anak. Justeru, peranan masyarakat sama pentingnya dalam
memastikan generasi masa depan berakhlak mulia dan bermoral tinggi.
12.0 KESIMPULAN
Rumah tangga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah dan moral
seseorang kerana keadaan rumah tangga akan membentuk akhlak seseorang. Daripada
keluarga, seseorang akan tahu jenis agama, ibubapa seseorang. Pengajaran dan pendidikan
di rumah amat memberikan kesan kepada perkembangan pembesaran anakanak.
Didikan yang salah dan asuhan yang tidak dirancang akan menghasilkan perilaku
yang tidak diingini. Ibubapa yang berpendidikan tidak semestinya melahirkan anakanak
yang terdidik begitu juga ibubapa yang kuat berpegang dengan sistem nilai
agama juga tidak semestinya melahirkan anak-anak yang soleh. Sebaliknya ajaran
dan didikan yang bersistem dan konsisten biasanya dapat membentuk akhlak dan
moral yang baik kepada anak-anak dan generasi masa depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan