MALAM pertama adalah satu cabaran yang memanaskan jika pasangan
berkenaan tidak berpengalaman berasmara. Jika pasangan wanita selama ini
menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna
kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada
pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.
Namun, perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut
dengan pelayaran malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya
dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut gerak hati
dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan
lancar.
Seseorang wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada
malam pertama kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan
diri atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan. Lebih-lebih lagi si
lelaki harus membantu membersihkan pinggan mangkuk dan sebagainya.
Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan
sentuhan malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu
fungsinya apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil
melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai.
Dia boleh membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut
keselesaan pasangannya. Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin
mengakibatkan pasangan hilang kawalan syahwat dan boleh menyebabkannya
terpancut.
Apabila sentuhan intim berjalan hingga ke peringkat pasangan
lelaki hendak mendekatkan ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan wanita
perlu melegakan pahanya bagi memudahkan proses berkenaan.
Paling penting ketika malam pertama ialah pasangan wanita perlu
melegakan kemut bagi membolehkan ereksi lelaki dapat terlepas daripada ?enahan?
iaitu selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj.
Jika terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara
lembut dan sentuhan tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku
dan mukosa faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan pergerakan zakar ke
dalam faraj.
Andainya masih juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan
menggunakan jeli bagi memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj kerana
apabila sudah ?engenali? sentuhan pertama itu, mereka akan rasa yakin dan tidak
teragak-agak mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa mereka.
Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku.
Pasangan lelaki boleh terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan
tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.
Jika berasa seriau, pasangan lelaki akan mudah hilang kawalan dan
perasaan rangsangan menyebabkan ereksi yang membina itu terus kendur, sekali
gus dia gagal melakukan tanggungjawab malam pertama kepada pasangannya.
Keadaan ini dikenali sebagai mati pucuk malam pertama. Perkara
sama boleh berlaku kepada pasangan wanita. Jika seriau, dia tidak dapat
mengawal pembukaan faraj dan ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya
akan mencengkam tanpa kawalan. Oleh itu sebaiknya perlulah biasakan foreplay
dahulu sebelum memulakan langkah yang seterusnya.
MERANCANG
KELUARGA
Jenis-jenis
kondom dan cara-cara memilihnya
·
Kondom biasanya diperbuat daripada latex atau polyurethane. Yang
paling baik ialah latex kerana ia adalah getah asli jika dibandingkan dengan
polyurethane yang berasaskan bahan kimia plastik yang kurang fleksibel. Tetapi
bagi mereka yang bersifak allergik kepada latex boleh menggunakan polyurethane.
Bagaimana kajian ilmiah menunjukkan kedua-duanya mempunyai ketahanan yang sama
daripada pecah jika digunakan dengan betul.
·
Kondom latex hanya boleh digunakan dengan pelincir berasaskan air,
bukan minyak seperti vaseline atau krim sejuk kerana ia akan memecahkan latex
tersebut.
·
Kenapa perlu guna kondom? Kondom adalah satu caranya yang boleh
menolong untuk mengelakkan penyebaran sexually transmitted diseases (STD)
seperti HIV dan mencegah kehamilan.
·
Kondom dan pelincirnya (lubricants) seperti KY Jelly selalunya
mengandungi spermicide yang dipanggil Nanoxynol 9 yang dikatakan dapat
mengelakkan kehamilan dan penyebaran HIV dan juga STDs yang lain.
·
Terdapat pelbagai jenis kondom di pasaran kini dari segi warna,
tekstur dan juga perisa.
·
Kondom tidak mempunyai saiz seperti baju S, M atau L. Kondom
bersifat elastik dan boleh di"stretch" untuk meliputi sepenuh saiz
ketegangan zakar seseorang. Cincin di pangkal kondom juga digunakan untuk
menyesuaikan kondom dengan saiz zakar seseorang.Tapi secara lazimnya, kondom
yang diperbuat untuk negara-negara Asia adalah
lebih kecil sedikit daripada negara-negara barat.
Sila pastikan bahawa kondom
yang anda beli membawa tanda kelulusan antarabangsa sama ada FDA, ISO, CE atau
"British Standard Kite Mark)
Ribbed kondom biasanya
mempunyai sedikit benjolan yang boleh meningkatkan geseran dan terus sensasi
semasa bersama. Terpulang kepada individu jenis yang mana hendak dipilih.
Setiap perbezaan dari segi saiz dan bentuk adalah untuk memenuhi kehendak
individu yang berbeza dan meningkatkan keseronokan bersama. Bincangkanlah
bersama pasangan anda termasukalah yang samada hendak perisa strawberry atau
chocolate.
Kondom-kondom boleh didapati
di semua kedai farmasi, rangkaian 7 eleven, stesen-stesen minyak, hypermarket
seperti Giant, Carrefour dan Tesco di seluruh negara.
Cara-cara
memakai kondom
·
Pasanglah kondom secara perlahan-lahan saat zakar sudah berereksi,
sebelum penis menyentuh daerah vagina pasangan. Pemasangan harus menyelubungi
penis sampai ke pangkal.
·
Jika kondom yang digunakan tidak mempunyai ruang penampung di
hujungnya, tariklah sekitar satu sentimeter agar air mani tertampung di sana. Hindari juga udara
tersimpan dalam ruang kosong ini agar kondomnya tidak pecah.
·
Supaya kegiatan bercinta terasa lebih enak, sapukankan sedikit
pelincir berupa air di hujung kondom sebelum memasangnya.
·
Pegang cincin kondom, lalu selimuti hingga ke hujung zakar.
Apabila Anda belum disunat, tarik kulup penis ke pangkal penis sebelum kondom
terpasang.
·
Bila kondom tersebut dirasakan bocor, hentikan kegiatan seks anda
segera. Tarik penis dan ganti dengan kondom yang baru. Selepas ejakulasi, cepat
tarik penis sebelum "layu" supaya air mani tidak tumpah. Lakukan
dengan mencepit pangkal kondom agar tidak tertinggal di vagina kerana
kelicinannya.
·
Kemudian bungkuslah kondom dengan tisu dan buang ke tempat sampah.
Cuci tangan bersih-bersih.
·
Jangan sesekali mencuci kondom dan menggunakannya kembali. Ingat,
kondom hanya untuk digunakan sekali pakai sahaja.
KESUBURAN
WANITA
Menentukan
Kesuburan Wanita - Mengelakkan Kehamilan dengan mengetahui pusingan kitar haid wanita
Wanita menjadi subur sebaik sahaja mencapai akil baligh, iaitu apabila haid pertamanya keluar. Secara purata, kanak-kanak perempuan di Malaysia mencapai akil baligh dalam lingkungan 12 tahun.
Tempoh kesuburan berlangsung sehingga usia wanita dalam lingkungan 48 tahun iaitu apabila berlaku putus haid. Dalam jangka masa 36 tahun waktu suburnya itu, wanita akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran sekiranya dia berumahtangga.
Setiap wanita yang ingin hamil mestilah subur iaitu dia berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.
Oleh sebab itulah, apabila wanita yang setelah sekian lama mendirikan rumahtangga tetapi masih belum mempunyai anak, harus diperiksa kesuburannya dengan melakukan beberapa ujian dan pemeriksaan tertentu. Ujian dan pemeriksaan ini adalah unutk menentukan pengeluaran benihnya sama ada normal ataupun tidak.
Terdapat beberapa cara bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah benih itu keluar. Waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau fertile period. Persetubuhan perlu dilakukan pada waktu ini untuk menjayakan kehamilan, atau jauhkan waktu ini untuk mengelakkan kehamilan. Ada beberapa cara untuk menentukan kesuburan wanita:
Pusingan Haid
Wanita yang mempunyai pusingan haid teratur setiap bulan biasanya subur. Pengeluaran benih ini berlaku pada hari ke-13 atau 14 dikira dari hari pertama keluar darah haid.
Satu pusingan haid dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Satu pusingan ini biasanya meliputi jangka masa 28 hari hingga 30 hari.
Adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan anak mencatat tarikh bagi keluaran haid dalam satu buku kecil yang mengandungi carta suhu badan. Buku ini boleh didapati di klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluara Negara (LPPKN).
Ada beberapa tanda yang berlaku pada waktu pengeluaran benih seperti rasa sakit atau senak di bahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.
Catatan Suhu Badan
Setiap wanita yang ingin meningkatkan kesuburan perlu mencatatkan suhu badannya dalam satu carta khas yang boleh didapati di klinik LPPKN. Suhu badan perlu disukat dengan mengggunakan jangka suhu khas yang digelar ovulation thermometer. Alat clinical thermometer yang biasa digunakan untuk menyukat suhu badan tidak sesuai untuk tujuan ini.
Suhu badan perlu disukat sebaik sahaja bangun tidur tetapi sebelum meninggalkan tempat tidurnya untuk memberus gigi dan mandi.
Jangka suhu perlu disediakan pada malam sebelumnya, iaitu dengan menggoncangkan supaya tanda raksa turun ke paras paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, jangka suhu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Sukatan suhu badan kemudian dicatatkan pada carta khas dan ini patut dibuat tiap-tiap hari melainkan pada hari wanita itu dalam haid. Satu muka carta baru digunakan bagi pusingan haid yang berikutnya.
Carta suhu badan ini memberi maklumat penting kepada doktor dan jururawat. Ia akan menunjukkan sama ada wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bila benih itu keluar. Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ia meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Jika bentuk ini tidak kelihatan pada carta, mungkin ini menandakan wanita tersebut tidak mengeluarkan benih dan seterusnya dia tidak boleh hamil.
Ujian Darah
Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benihtidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah meyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.
Ujian D & C
Ujian D & C selalu dikatakan oleh doktor pada wanita yang kurang subur. Dalam tatacara pembedahan yang kecil ini, saluran pangkal rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalam sistem peranakan.
Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga tisu yang tidak normal dapat dikeluarkan untuk membolehkan kehamilan berlaku. D & C juga boleh dilakukan untuk mengetahui sama ada seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih atau tidak. Ini hanyalah satu bukti secara tidak langsung bagi menentukan pengeluaran benih wanita.
Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan keteika melakukan D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan saluran peranakan tersebut.
Pemeriksaan Fizikal
Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklan buah dada, kilang tiroid pada leher dan sistem peranakan.
Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.
Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.
Pemeriksaan Sistem Peranakan
Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada system peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.
Jangkitan Faraj
Penyakit jangkitan kuman pada faraj atau vaginitis dan pada pangkal rahim atau cervicitis yang biasanya ditandai dengan lelehan keputihan boleh mengganggu benih lelaki. Pangkal rahim menjadi luka dan merah yang dikenali sebagai cervical erosion atau ditandai oleh ketumbuhan seperti polip. Ketumbuhan yang bukan jenis kanser iatu fibroid juga boleh berlaku pada rahim. Ada juga wanita yang mempunyai sistem peranakan yang tidak normal sejak dilahirkan iaitu congenital abnormality. Semua gejala yang disebutkan itu boleh menyebabkan masalah kesuburan.
Pemeriksaan Laparoskopi
Ini adalah satu pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat dan menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.
Pemeriksaan laparoskopi adalah sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Mengikut kajian kita, kejadian penyakit ini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinana ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.
Wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh menjadi rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.
Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad.
Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluaran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.
Untuk melakukan pemeriksaan laparoskopi, wanita berkenaan perlulah dimasukkan ke hospital, biasanya selama dua malam. Dia akan dibius bagi menjalani pemeriksaan ini. Di Pusat Pakar Kesuburan LPPKN, pemeriksaan laparoskopi kerap dilakukan dengan tidak perlu wanita tersebut bermalam di wad. Mereka hanya perlu datang ke pusat tersebut pada sebelah pagi dan boleh pulang pada hari yang sama.
Ujian Hysterosalpingogram (X-Ray)
Jika terdapat saluran peranakan tersumbat, ujian lain diperlukan. Ujian yang dimaksudkan ialah X-ray yang digelar Hysterosalpingogram. Ini adalah satu ujian khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri pendedahan bahangan X-ray terhadap bayi jika kehamilan telah berlaku.
Bagaimana
meningkatkan kesuburan?
·
Elakkan makan makan daging merah ( cthnya daging lembu,
kambing,rusa dll. )
·
Elakkan makan makanan dari tenusu ( cthnya susu lembu, chess dll
produk tenusu ). Tetapi, ini haruslah digantikan dengan meminum susu soya.
·
Elakan minum kopi dan teh. Ini kerana caffeine di dalamnya akan
menyebabkan pengurangan kesuburan sebanyak 50%.
·
Tenangkan jiwa senang tiasa. Contonhnya pergi melancong. Bila
tenang, badan kita pun tenang.
Mengenali Kitar Haid Wanita
Apakah sebenarnya pusingan haid ini?
Ini
adalah pusingan yang berlaku dalam rahim dan kilang ovari sebagai tindakbalas
pada rangsangan hormon-hormon dari kilang pituitary dan ovary yang menghasilkan
proses penetasan telur.
Hari pertama datang haid sehingga sehari
sebelum haid bulan berikutnya adalah dianggap sebagai satu pusingan. Jangka
waktu pusingan haid antara 20 hingga 40 hari adalah dianggap
normal. Kebanyakan wanita mempunyai pusingan 28 hingga 30 hari
sahaja. Lebih singkat atau lebih panjang daripada waktu ini (20 –
40 hari) adalah dianggap luar biasa atau tidak teratur. Ini mungkin
menandakan satu penyakit atau keadaan hormon tidak seimbang dan mereka adalah
kurang subur.
Adakah
pusingan haid wanita dikawal oleh hormon?
Pusingan
haid wanita memanglah dikawal oleh hormon-hormon – dari kilang pituitary ,
hormon-hormon FSH dan LH , manakala kilang ovarii mengeluarkan
hormon-hormon oestrogen dan progesterone . Begitu juga dengan
ciri-ciri serta sifat kewanitaan seperti rupa paras, kecantikan, kelembutan
kulit dan lain-lain juga dikawal oleh hormon wanita iaitu oestrogen dan
progesterone yang dikeluarkan oleh kilang ovari.
Kilang
pituitary pula mengeluarkan hormon-hormon gonadotrophin – FSH dan
LH. Hormon hormon gonadotrophin ini bertindak kepada kilang
ovari untuk mengeluarkan telor (ovum) dan kilang ovary pula mengeluarkan
hormon-hormon oestrogen dan progesterone. Hormon-hormon oestrogen
dan progesterone seterusnya akan bertindak pada selaput rahim. Ini
adalah bertujuan untuk membuat persediaan bagi menghadapi
kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, selaput rahim akan gugur
sebagai darah haid.
Begitulah
keadaannya setiap bulan kecuali bila berlaku kehamilan atau sesuatu penyakit
menyebabkan gangguan dalam pusingan haid. Gangguan emosi seperti
kesedihan akibat daripada kematian saudara-mara dan tekanan fisikal juga boleh
mempengaruhi kawalan bagi pusingan haid.
Bagaimana cara menjaga kebersihan diri
waktu haid?
Jagaan kebersihan faraj dan kawasan
sekelilingnya pada waktu haid adalah penting bagi kesihatan dan maruah diri
wanita. Untuk mengelakkan tompokan darah melekat pada
pakaian, pakailah tuala wanita. Bagi gadis-gadis sunti saya
nasihatkan jangan memakai tuala tampon yang dimasukkan ke dalam faraj sepert
yang diamalkan oleh gadis-gadis barat, kerana ia mungkin boleh merosakkan
selaput daranya.
Ada kes yang dilaporkan di
mana wanita yang menggunakan tampon didalam faraj mengalami penyakit yang
digelar “tampon shock” akibat dari jangkitan kuman kerana lupa
untuk mengeluarkan dan menggantikan tampon pada waktu tertentu dan ini boleh
mengancam nyawa wanita berkenaan.
Ada juga wanita yang membasuh
saluran faraj dengan menggunakan antiseptic yang dicairkan sejurus selepas haid
berhenti. Proses ini digelar dengan nama “douching”.
Jika perlu melakukan douching, gunakanlah air suam panas dicampur dengan
sedikit garam atau ubat antiseptik yang sangat cair. Douching hanya boleh
dilakukan oleh wanita yang sudah kahwin sahaja, anak dara tidak dibenarkan
kerana takut ia boleh merosakkan selaput dara. ‘Douching’ juga merupakan satu kaedah
rawatan bagi penyakit jangkitan kuman dalam faraj.
Setelah
bersih dari haid setiap wanita diwajibkan mandi hadas besar untuk membolehkan
ia melakukan amal ibadat.
Apakah
yang dimaksudkan dengan taqwim haid?
Taqwim
haid adalah catitan tarikh dan pusingan haid dalam buku catitan harian
atau dairi. Ini adalah satu amalan yang baik dan banyak
faedahnya dari segi penjagaan kesihatan dan hubungan suami isteri serta
menentukan waktu subur dan tarikh bersalin jika ia
hamil. Setiap wanita dalam umur subur (15-45 tahun)
perlu mencatitkan tarikh dan jumlah hari haid mereka dalam dairi.
Dari catitan ini banyak jenis gangguan dan penyakit boleh dikesan.
Perbuatan
ini mungkin dapat menyelamatkan wanita dari penyakit seperti barah.
Bagi wanita yang hamil, catitan haid terakhir sebelum hamil adalah penting
untuk menentukan umur kandungan dan juga untuk menganggarkan tarikh kelahiran
bayi. Kebanyakan wanita masih belum sedar betapa mustahaknya taqwim
haid. Kelalaian ini telah menimbulkan banyak kesulitan
terutamanya pada kakitangan perubatan.
Dalam
pengalaman saya sebagai doktor pakar kesihatan wanita, kerapkali saya
temui, wanita yang terlupa tarikh haid yang terakhir dan kiraan bagi umur
kehamilan menjadi kurang tepat. Juga melalui catitan taqwim
haid ini dapat ditentukan waktu subur ( antara hari ke-12 hingga hari ke-20
). Ini amat mustahak untuk merancang kehamilan dan merancang jantina
bayi. Taqwim haid juga boleh digunakan untuk menjauhkan kehamilan ( merancang
keluarga ) dengan menggunakan kaedah waktu selamat (antara hari ke-8 hingga
ke-11 dan hari ke-20 hingga ke-28 ).
Bagaimana
kaitan haid ini dengan waktu subur ?
Wanita
hanya keluar benih sekali dalam sebulan, benih perempuan atau ovum dikeluarkan
oleh kilang ovari. Setiap wanita mempunyai sepasang ovari dan
dalam hayat seseorang wanita ia boleh mengeluarkan lebih kurang 400
telur. Telur ini biasanya keluar pada hari ke empat
belas dalam pusingan haid, jika pusingan haidnya merangkumi 28 hari.
Waktu
penetasan telor ini (ovulation), dikatakan waktu subur dan ia
boleh berlaku diantara hari ke-11 hingga hari ke-20 dalam pusingan haid.
Jika
pusingan haid tidak teratur , maka sukar untuk menentukan bila waktu subur (
telur menetas ), mungkin juga ia tidak subur. Setiap wanita
perlulah mempunyai pusingan haid yang teratur untuk meningkat peluang untuk
hamil.
Untuk
menentukan panjang atau pendeknya pusingan ini, satu catitan taqwim adalah
sangat penting. Bagi mereka yang ingin mengelakkan kehamilan
oleh sebab-sebab kesihatan, kaedah waktu selamat boleh digunakan sejurus
selepas bersih dari haid sehingga hari ke-11 dan jangka waktu antara hari ke-18
hingga haid yang akan datang, dianggap selamat. Ini bermakna
jika persetubuhan dilakukan pada waktu selamat, kehamilan tidak
mungkin berlaku. (dipetik dari laman web Dr. Ismail Arshat)
CARA BERJIMAK MENGIKUT ISLAM
Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna
Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"
1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.
2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.
6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.
7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.
9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.
Cara berjimak yang dituntut.
1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.
2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.
Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"
1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.
2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.
6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.
7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.
9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.
Cara berjimak yang dituntut.
1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.
2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.
The
Ultimate G Spot Sex Technique For the Best Orgasms She's Ever Had! What if there was a surefire easy to perform sex
technique that guaranteed your lover an orgasm? What if this sex technique
guaranteed her orgasms so good that she would think she was in orgasm-heaven?
What if you knew what this sex technique was? How incredible would your sex
life be?
TEKNIK-TEKNIK
PERSETUBUHAN
Teknik-terknik
persetubuhan atau senggama
Pelbagai
buku ada di pasaran sama ada secara explicit atau terselindung. Sebaik-baiknya
pilihlah jimak secara islam. Seks yang dilakukan dengan cara yang sama sahaja
akan membosankan. Oleh itu, sentiasa pelbagaikan kaedah berjimak atau
bersenggama anda. Baca artikel ini yang dijamin akan manghasilkan aksi yang
ghairah dan hebat di ranjang tidur!
Teknik Bersetubuh Barat
Sebenarnya terdapat banyak posisi persetubuhan yang diketahui di Timur mahupun di Barat. Namun begitu, kebanyakkan dari posisi jimak adalah lebih kurang sama, dan kebanyakan posisi jimak itu adalah merupakan posisi sementara. Ini kerana bersetubuh dengan posisi biasa iaitu perempuan di bawah dan suami di atas itu adalah yang paling popular dan cukup menyenangkan. Selanjutnya*.....
Sebenarnya terdapat banyak posisi persetubuhan yang diketahui di Timur mahupun di Barat. Namun begitu, kebanyakkan dari posisi jimak adalah lebih kurang sama, dan kebanyakan posisi jimak itu adalah merupakan posisi sementara. Ini kerana bersetubuh dengan posisi biasa iaitu perempuan di bawah dan suami di atas itu adalah yang paling popular dan cukup menyenangkan. Selanjutnya*.....
Posisi
Hubungan Seks Ketika Hamil
Bila anda hamil ini tidak bermakna anda sudah tidak boleh
melakukan hubungan seks lagi. Sebaiknya anda perlu mengetahui beberapa posisi
hubungan seks yang terbaik dan selesa ketika kehamilan kita semakin membesar.
Berikut adalah beberapa posisi hubungan seks terbaik semasa hamil:
Posisi wanita di atas. Posisi ini adalah paling
selesa untuk kebanyakan ibu hamil. Ini kerana pada kedudukan ini wanita hamil
dapat mengawal kedalaman penetrasi.
Posisi duduk. Posisi ini biasanya popular dikalangan
wanita yang berada pada pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak
gerakan. Suami duduk dan isteri duduk diatasnya dalam keadaan saling berdepan.
Atau apabila isteri sudah semakin sarat kedudukan isteri membelakangi suami
pula adalah posisi yang terbaik.
Posisi suami berada di atas tetapi hanya berbaring separuh badan.
Posisi berlutut atau berdiri.
Yang paling penting dari semua posisi seks semasa hamil tersebut
anda perlu pastikan agar tidak memerikan tekanan atau beban pada perut ibu
hamil.
Kita sedar bahawa hubungan seks merupakan satu bahagian penting
dalam menyatakan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tenang, menimbulkan
perasaan kebersamaan dan mendekatkan perasaan dalam hubungan suami isteri.
Tetapi jangan pula kita meletakkan hubungan seks sebagai peranan
paling penting dalam keselarasan hubungan suami isteri. Sebagai contoh Kita
boleh hanya dengan cara berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda
dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita suami isteri
tanpa harus melakukan hubungan seksual.Itu sebabnya dalam semua hal kita isteri
mahupun perlu saling memahami keinginan masing-masing.
Adakah Hubungan Seksual Semasa Hamil Merbahaya?
Ramai yang bertanya kepada saya adakah boleh melakukan hubungan
seksual semasa hamil? Tak bahayakah?
Ya, anda boleh melakukan hubungan seksual dengan pasangan anda
semasa kehamilan biasa atau normal.
Ada
antara ibu yang risau dan salah anggap tentang seks semasa hamil boleh
menyebabkan infeksi atau menjejaskan kandungannya semasa melakukan hubungan seks.
Hubungan seks atau orgasm tidak membahayakan bayi di dalam
kandungan anda kerana adanya lendir dari serviks ibu(mulut rahim) yang membantu
melawan terhadap kuman atau infeksi yang akan masuk ke dalam pintu rahim dan
secara semulajadi juga Allah s.w.t telah menciptakan suatu perlindungan kepada
bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan kita berada dalam ruang rahim dan
cairan ketuban serta otot rahim dan perut yang kuat melindungi bayi salama
dalam proses kehamilan.
Namun kehamilan anda akan termasuk dalam kehamilan dengan risiko
sekiranya ada komplikasi atau ada symptom yang tidak pernah anda rasa atau
hadapi sebelum ini seperti rasa ngilu, kontraksi atau pendarahan maka anda
perlu segera berjumpa denga doktor sebelum anda melakukan hubungan seksual lagi.
Biasanya doktor akan menasihatkan agar anda tidak melakukan
hubungan seksual pada kes-kes kehamilan berikut:
1. Ancaman keguguran atau pernah alami keguguran.
2. Placenta berada dibawah (plasenta previa)
3. Riwayat kelahiran premature (pra-matang)
4. Pendarahan vagina atau keluar cairan yang tidak diketahui
penyebabnya.
5. STD atau penyakit seksual yang menular.
Jika anda masih ragu-ragu untuk melakukan hubugan seks semasa
kehamilan, jangan anda merasa malu untuk membincangkannya dengan doktor anda
1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:-
Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.
2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:-
Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan pada " waktu subur". Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.
3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-
Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.
4. Posisi Hubungan Seksual:-
Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.
Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.
Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.
5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.
6. Buat Para Suami:-
Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.
7. Relaks:-
Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.
8. Jaga Kesihatan Anda:-
Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.
Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.
Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.
Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak.
Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.
Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya. Beritahu kami tentang berita gembira ini!
Dipetik dari Mengandung.com
MERANGSANG WANITA
Cara-cara merangsang wanita
(dengan cumbuan)
Cumbu
rayu sebelum bersetubuh adalah suatu usaha membangkitkan nafsu berahi
wanita agar bersiap-sedia untuk mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh.
Kenikmatan itu dapat dicapai oleh suami isteri bilamana nafsu berahi
keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan memasukkan zakar ke dalam
liang faraj (liang kemaluan).
Hendaklah
ingat bahawa seksual wanita adalah sangat dalam dan lebih luas dari lelaki.
Dapat dikatakan seluruh tubuh wanita merupakan sasaran seksual iaitu dari
hujung rambut sampai ke hujung kaki.
Jadi
daerah-daerah erogen (bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada
rangsangan) wanita sangat luas tersebar di seluruh tubuh, bibir, tengkuk, daun
telinga, buah dada, leher dan masih banyak lagi yang luar biasa perasanya,
semua mudah dirangsang. Oleh kerana letaknya yang tersebar dan kompleks, maka nafsu
berahi wanita lambat timbul sehingga ia perlu dibangunkan lebih dahulu
sebelum senggama (bersetubuh).
Berbeza
dengan lelaki, maka daerah erogennya terbatas pada beberapa tempat tertentu
sahaja. Oleh sebab itu seseorang lelaki lebih mudah naik nafsu berahinya
terutama melalui pandangan matanya.
Keberahiannya
cepat sekali terangsang apabila matanya melihat kecantikan bahagian-bahagian
wanita yang biasanya tertutup. Rangsangan inilah yang menyebabkan penisnya
(alat kelamin lelaki) menjadi tegang.
Oleh
kerana terdapatnya perbezaan tabiat seksual antara lelaki lelaki dan wanita,
maka seorang suami sebelum bersetubuh hendaklah bercumbu rayu. Pertama
lakukanlah rayuan dengan kata-kata manis dan mesra, memuji kecantikannya,
kemulusan tubuhnya, kata-kata yang menawan hati dan yang sebagainya. Kesemua
ini bertujuan untuk mengusik rohaninya agar ghairah untuk melakukan persetubuhan.
Setelah
rohaninya tergugah kemudian eloklah disusuli dengan usikan fizikal jasmani
seperti bercum-ciuman, beraba-rabaan terhadap bahagian-bahagian tubuhnya, serta
menggosok-gosok badannya. Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah
mengajarkan mengenai aspek “cumbu-rayu” ini, sebagaimana tersirat dalam
sabdanya yang berikut:
“Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti
laku binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya
perantaraan .Dikatakan :"Apakah perantaraan itu, wahai
Rasulullah?’"Maka beliau bersabda: (iaitu) Ciuman dan kata-kata
rayuan.” (Hadis riwayat Ad Dailami)
Lebih
tegas lagi Rasulullah s.a.w. melarang umatnya melakukan
persetubuhan tanpa didahului dengan permainan asmara. Sebagaimana tersebut di dalam sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah. Erti hadisnya adalah “Rasulullah
melarang persetubuhan sebelum (dilakukan) cumbu-rayu”.
Seorang
suami haruslah mengetahui bahagian-bahagian tubuh wanita yang erogenous
iaitu yang berikut:
1. Daerah kening
2. Bahagian pelupuk mata
3. Hidung
4. Pipi dan sekitarnya
5. Bahagian tengkuk
6. Bahagian leher
7. Daun dan belakang telinga
8. Payudara terutamanya puting
9. Bibir dan lidah
10. Bahagian dalam mulut
11. Peha dan sekitarnya
12. Ketiak
13. Bahagian perut terutama sekitar pusat
14. Bahagian kemaluan dan bahagian dalam faraj
15. bahagian tumit
Bahagian-bahagian
ini merupakan daerah-daerah erotis yang harus dijadikan perhatian semasa
merangsang, samaada diraba, dibelai, dicium atau digosok-gosokkan secara lembut
dan mesra. Di sinilah sangat diperlukan kepekaan seorang suami untuk
membangkitkan rasa erotis dari isteri sehingga stimulus yang diingini.
Berbagai
cara sentuhan seperti meraba-raba, meramas dan sebagainya dengan bersilih ganti
dapat membangkitkan rasa kehangatan cinta. Ini diikiuti pula dengan cumbuan
serta rayuan yang berguna untuk membangkitkan nafsu berahi isteri. Cara-cara
ini merupakan hal biasa diamalkan di kalangan mereka yang menghargai nilai seni
dalam dunia seks. Semua ini merupakan tahap-tahap cumbu-rayu yang
mempunyai daya untuk meningkatkan tahap kenikmatan seksual kepada yang
seluas-luasnya.
Mengingati
betapa pentingnya merayu sebelum bersetubuh bahkan bukan sahaja
manusia begitu , binatang-binatang pun berbuat begitu. Cubalah kita perhatikan
kucing, ayam jantan atau kambing. Bagaimana mereka melakukan pengawanan?
Pastinya ia akan merayu terlebih dahulu dengan gerakkan mengawan.
Kucing
umpamanya, sebelum bersetubuh terlebih dahulu menggosok-gosok kelamin betina
agak lama dengan disertai gigitan-gigitan pada lehernya. Ayam juga
mengepak-ngepakkan sayapnya sambil berkokok berkali-kali dan menari menajak
ayam betina sebelum mereka melakukan hubungan kelamin. Begitu juga kambing,
burung merpati, dan sebagainya. Ia adalah hasil pemerhatian saintis-saintis
kaji-laku binatang.
Jadi
sungguh jauh ketinggalan bagi seorang insan bergelar suami untuk menyetubuhi
isterinya dengan terburu-buru tanpa merayu, bahkan pula mereka seakan-akan main
terkam begitu sahaja. Suami yang bijak tidak boleh lalai atau lupa melakukan cumbu-rayu
sebelum bersetubuh. Setiap isteri dan semua wanita normal berkehendakkan kepada
ini.
Benarlah
kata Marie Stopes bahawa untuk membangkitkan nafsu berahi wanita dengan
sempurna maka lelaki harus membangunkan seluruh badan dan nyawanya. Dan ini
memang penting sekali kerana membangkitkan nafsu berahi wanita sampai ke
peringkat yang tinggi sebelum disetubuhi adalah keperluan setiap wanita.
Pertama untuk menghindarkan rasa sakit, keduanya dengan memuncaknya keberahian
wanita, ia menyebabkan kemaluannya mengembang yang disertai pengeluaran air
mazi. Ini akan melembapkan liang faraj untuk memudahkan zakar masuk
ke dalamnya.
Sebaliknya
kalau liang faraj kering disebabkan ketiadaan stimulasi maka ia akan
menimbulkan perasaan rasa tidak senang lantas menimbulkan perasaan negatif di
dalam minda wanita yang ingin didampingi. Sekiranya berlarutan, ia akan
menyebabkannya merasa tidak selera dan muak setiap kali diajak bersetubuh.
Akhirnya timbullah gejala kaku dan frigid.
Begitulah
pentingnya cumbuan serta rayuan setiap kali sebelum bersetubuh. Hendaklah ingat
di dalam merayu, perlu meghindari perilaku yang berlebih-lebihan dan tidak
senonoh. Di zaman sekarang banyak berlaku cara-cara stimulasi yang melampaui
batas hasil pengaruh budaya orang barat. Ramai suami yang merangsang isterinya
dengan menjilat liang kemaluannya. Hal ini keterlaluan kerana ia sama seperti
perilaku binatang yang tak patut diikuti oleh setiap insan yang bermoral.
Adakah
kita patut meniru tabiat kambing yang ketika sebelum bersetubuh, mencium dan
menjilat kelamin kambing betina? Sebenarnya kita tidak boleh membuat sedemikian
kerana kita sudah menempatkan sesuatu yang tidak pada tempatnya sebagaimana
pendapat mengatakan:
“ Meletakkan sesuatu yang tidak pada tempatnya adalah perbuatan yang
zalim.”
Tambahan
pula menjilat alat kelamin sedang dalam keadaan telanjang bulat ketika
bersetubuh merupakan perilaku yang kurang sopan dan Rasulullah s.a.w.
tidak menganjurkannnya sebagaimana sabdanya:
“Apabila seseorang menggauli isterinya maka
hendaklah ia berselimut dan janganlah ia bertelanjang
sebagainya telanjangnya dua ekor unta”.
Mengapa
Rasulullah s.a.w. menganjurkan yang sedemikian? Oleh kerana hal sebegini
merupakan hak kewajipan suami-isteri yang telah diikat dengan tali perkahwinan.
Ia bertindak untuk membezakan di antara manusia dan binatang. Ia patut
dilakukan di tempat tertutup dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa kecuali diri
kita sendiri.
Hendaklah
diingat bahawa setiap manusia selalu diiringi oleh malaikat. Tidak pernah
malaikat yang ditugaskan meniringi kita berpisah sedetik pun. Maka sewaktu kita
bersetubuh dalam keadaan telanjang, tidakkah malaikat merasa malu? Kita
sepatutnya menghormati mereka juga.Oleh itu kita patut menutup badan sewaktu
berkeadaan telanjang di antara suami-isteri.
Sabda
Rasulullah s.a.w.:
“Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya bersama kalian adalah
para malaikat yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali ketika di dalam
bilik air dan sewaktu lelaki menggauli isterinya. Oleh itu malulah kalian
pada mereka (malaikat) dan dan hormatilah mereka”. (Hadis riwayat
Tirmizi).
Betapa
bagusnya andaikata si suami peri-hatin terhadap aspek cumbu-rayu sebelum
bersetubuh. Suami-isteri akan menerima kepuasan seksual dalam kerdhaan Allah
Taála.
Suami
yang bijaksana patutlah mengetahui perubahan-perubahan nafsu berahi wanita.
Dengan itu dapatlah suami berperanan positif menikmati kepuasan seks bersama
dalam kehidupan rumahtangga. (dipetik dari laman web Dr. Ismail Arshat)
Rahsia Seks Lelaki
Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk
diluahkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui
rahsia-rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu
tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks,
itu adalah tanda sayang. Secara Umumnya terdapat 4 rahsia
yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu
isterinya berkaitan seks. 1. Lelaki Bukanlah Hanya mahu Jimak
Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima’ adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima’ semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki.
2. Cinta Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki
Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan di cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka.
3. Lelaki Juga Perlukan Istimta’
Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. Lelaki juga perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit nafsu syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulalah risaukan kecantikan dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan istimta’ yang cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki.
4. Lelaki Tidak Sentiasa Mahu Mulakan Seks
Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks. Wanita pula keberatan memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks, wanita juga patut sedar mengenai risiko penolakan itu, seperti mana juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks.
Rahsia Seks Wanita
Meskipun bernafsu untuk seks tetapi tidak ramai wanita yang
sanggup meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita
menyebabkan mereka mengharapkan suami ‘faham-faham’ sendiri kehendak ini. Namun
realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih tidak dapat meneka bila isteri
mahukan hubungan seks. Para suami, jangan
biarkan ini berlaku, baca artikel di bawah untuk mengetahui bila situasinya
isteri menginginkan hubungan seks.BILA BERJAUHAN DENGAN PASANGAN
Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari untuk ke luar daerah, masa tidur di ranjang bersendirianlah yang akan membangkitkan ghairah isteri untuk berjimak. Ketika ini isteri mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dengan suami, yang seterusnya akan membuatkan nafsunya untuk seks membuak-buak. Tidak hairanlah bila suami pulang, isteri akan melakukan sesuatu yang akan membawa suami mereka terus ke ranjang.
WAKTU SUBUR
Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu hari ke-14 selepas kedatangan haid. Ketika itu waktu subur atau ovulasi, nafsu wanita terhadap seks memang tinggi. Tanpa rangsangan syahwat yang hebat sekalipun isteri akan tetap terangsang untuk seks, malah mungkin ada isteri yang terlebih dahulu memulakan langkah merangsang suami untuk berasmara denganya. Pihak suami tidak perlulah hairan dgn situasi ini atau menganggap isteri ‘buang tebiat’ kerana ini sememangnya sudah menjadi kitaran semulajadi kaum wanita. Apa yang perlu dilakukan cuma mengambil kesempatan terhadap waktu ini.
Mencari G-Spot
Bagaimanakah caranya mencari
G-Spot? Inginkan panduan? Sila rujuk di
sini atau sila baca artikel G-spot ini (18sx* -
untuk mereka yang sah di sisi undang-undang untuk melayari laman ini sahaja).
Foreplay
Apakah
wilayah yang penting sebagai pembangkit kehangatan sebelum menikmati hubungan
intim?
·
Dahi - Minta teman
anda menghembuskan nafas sehingga terasa kehangatannya. Cium dengan penuh
romantis
·
Leher - Mulakan dengan
mencium dagu, kemudian dengan belaian cium leher belakangnya.
·
Telinga - Usap telinga
pasangan anda dengan lidah.
·
Bibir - Cium
perlahan-lahan dan dengan lama.
·
Mulut - Beri ciuman
french kiss yang mengejutkan!
Teknik-teknik hangat untuk
membangkit suasana romantis dan panas antara suami isteri di AskMen.com
MASALAH SEKSUAL
Female
Sexual Dysfunction (FSD)
Ini
berkaitan dengan masalah kelamin wanita. Jika lelaki mempunyai masala Erection
Dysfunction atau mati pucuk, wanita mempunyai Female Sexual Dysfunction (FSD).
Masalah ini boleh dibahagi kepada empat keaadan; kurang bernafsu, kesukaran
mencapai keghairahan, kesukaran menikmati kemuncak syahwat dan kesakitan ketika
bersetubuh. Jika lelaki mempunyai Viagra, Cialis dan Levitra untuk mengatasi
masalah mereka, kini wanita juga ada zestra. Zestra adalah sejenis cecari
pencetus kemesraan untuk menambahkan keseronokkan hubungan kelamin. Zestra
dirumus daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi dan dianggap selamat of
"Federal Food and Drugs Agency (FDA)" dari Amerika Syarikat. Untuk
maklumat lanjut, sila ke layari www.zestra-asean.com.
Menghilangkan "Love
Bite"
Tentunya anda tidak mahu “love bite” menjadi bahan gurauan teman
di pejabat dengan pelbagai gelaran, membuatkan anda seolah-olah fobia setiap
kali pasangan anda mahu mencium anda terutama di leher. Takut digigit…! Ini ada
cara dan petua untuk menghilangkan gigitan love bite.1) Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yg mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dgn air seperti biasa.
2) Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan utk seketika.
3)Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.
4) Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. kemudian gosokkan perlahan-lahan pd bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.
Merancang anak lelaki Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan. Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan). Ciri-ciri benih lelaki berbeda – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid. Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut: 1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan. 2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’. 3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi. 4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan. Merancang anak perempuan Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut; 1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut. 2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’ 3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan. Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu. Bila boleh tahu ? Ujian Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantin bayi dalam umur kandungan antara 5-6 bulan. Bolehkah merancang anak kembar Dalam keadaan biasa satu kembar akan berlaku daripada 80 kehamilan. Kejadian kandungan kembar sedikit dipengaruhi oleh baka dan keturunan. Wanita-wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan, peluang dapat anak kembar bagi mereka yang makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10% , sedangkan mereka yang menerima suntikan homon subur atau menjalani rawatan bayi tabung uji, peluang dapat anak kembar ialah 20-30%. Anda boleh mencuba rawatan tersebut, tetapi rawatan suntikan hormon subur membawa risiko kembar sampai lapan yang akhirnya akan gugur. Makanan terbaik untuk pembentukan otak. Protin adalah zat makanan asas bagi pembentukan otak bayi dalam kandungan. Ia boleh didapati dari berbagai sumber pemakanan diantaranya daging lembu atau kambing, ayam, ikan dan lain-lain jenis makanan laut, tauhu dan tempe (dari kacang soya), kacang hijau, susu dan produk-produk darinya, telur dan lain-lain. Dari semua itu, ikan dan makanan dari kacang soya dan susu merupakan sumber protin yang mudah hazam dan diserap ke dalam saluran darah dan seterusnya dibekalkan kepada bayi dalam kandungan. Ada yang percaya makan lebih makanan dari kacang soya menghasilkan kulit bayi yang cantik ! Mungkin benar? Minyak ikan dipercayai juga penting bagi pembentukkan otak bayi. Makanlah minyak dan telur ikan dalam kadar yang lebih dari biasa mulai kandungan 5 bulan keatas. Amalan meratah ikan dan tahu juga baik bagi wanita-wanita hamil ! Dipetik dari artikel Dr. Ismail Thambi
GENDER SELECTION
A baby is conceived when the sperm (produced by the father)
fertilises the egg (produced by the mother). The egg carries X chromosome
while the sperm can carry X or Y chromosome. If X-carrying sperm fertilises
the egg, a baby girl will be conceived and if a Y-carrying sperm fertilises
the egg, a baby boy will be conceived. There is a popular but unfounded theory that you can try to influence the sex of your baby by creating situations that favour the X-carrying sperm over the Y-carrying sperm or vice versa. It has been found that X and Y sperm behave differently. Y (male) sperm swim faster, but are smaller and do not live as long as the larger, slower but more long-lasting X (female) sperm. To produce a girl, make love frequently up to a few days before ovulation For a boy make love on or just after ovulation but not too often. KEMUNCAK SEKS (ORGASME)
Orgasme
pada kaum wanita telah menjadi perbicaraan yang menarik perhatian, bahkan
banyak dibahas dalam buku-buku seks ilmiah. Sejak terbitnya karya Masters
and Johnson sekitar tahun 1960-an maka dongeng dan rahsia sekitar
persoalan orgasme telah lenyap dan terungkap.
Sekarang
telah diketahui bahawa meskipun pengalaman orgasme itu terpulang pada
setiap individu namun proses jasmaniah orgasme itu sentiasa sama.
Bagaimana
Wanita Mencapai Orgasme
Kaum
wanita mempunyai cara yang berbeza-beza reaksi terhadap rangsangan hubungan
kelamin. Walaupun begitu bukit di mana rambut kemaluan terletak(tundun), bibir
kecil dan kelentit, serta liang faraj itu merupakan alat-alat kelamin
yang memegang peranan penting. Clitoris atau kelentit merupakan
alat-alat kelamin yang memainkan peranan penting. Clitoris atau
kelentit itu merupakan bahagian yang paling peka kepada syahwat tubuh wanita.
Itulah sebabnya terdapat wanita yang menghendaki rangsangan yang
terus-menerus pada kelentit untuk mencapai orgasme. Pada hujung
kelentit itu, deria rasanya sangatlah halus dan peka. Sentuhan yang
terus-menerus dapat menimbulkan rasa kurang senang atau sakit.
Sebab
itu sebahagian wanita menganggap belaian terhadap bahagian yang peka syahwat
di sekitar tundun, baik dengan tangan, lidah atau alat penggetar
menyeronokkan. Selama berlangsungnya persetubuhan, gerakan zakar yang keluar
masuk liang faraj itu boleh menimbulkan rangsangan terus-menerus
terhadap kelentit. Ini kerana ia dapat menggerakkan labia minora atau
bibir kecil ke atas kelentit.
Merasakan
Kemuncak Tahap Orgasme
Jangka waktu untuk mencapai orgasme itu berlainan pada setiap wanita.
Begitu juga berbeza menurut keadaan dan suasana. Sesaat sebelum terjadinya orgasme
maka akan terasa ketegangan selama 2-4 detik pada saat otot-otot kecil pada
sekeliling faraj dan rahim itu mulai mengendur. Ini diikuti
oleh orgasme itu sendiri yang biasa berlaku selama 10-15 detik. Ia terasa
seperti suatu pengenduran otot secara berirama dan berturut-turut yang
terjadi tiap 0.8 detik tiap gelombangnya. Mula-mula terasa sekeliling satu
pertiga hujung luar faraj dan menjalar sampai dalam rahim. Rahim
dan dubur pun ikut kempat-kempot.
Suatu
orgasme yang lunak terjadi 3-5 kempotan. Orgasme yang kuat
terjadi 8-12 kempotan. Ketika berlakunya orasme itu otot-otot
perut, betis, lengan, wajah, kaki dan leher ikut menegang. Selepas itu semua
keadaan badan wanita itu kembali lagi pada keadan normal diikuti rasa lega,
santai dan penuh kedamaian.
Orgasme
Berganda (Multiple Orgasms)
Berbeza
dengan kaum lelaki, kaum wanita mampu mencapai orgasme berganda. Maksudnya
orgasme yang berlaku kali kedua tidak lama setelah orgasme pertama.
Sekiranya wanita itu dapat mempertahankan nafsu berahinya pada tingkat
memuncaknya ia dapat melanjutkan orgasme pada kali kedua bila terus
dirangsang. Ada
wanita mengalami orgasme sampai 3-5 kali hanya dalam waktu beberapa
minit. Bahkan ada yang boleh mencapai 12 kali orgasme dalam satu jam.
Di
antara sebab hubungan seks antara suami-isteri yang sangat dihajatkan adalah
kepuasan orgasme kedua-dua pihak. Ini adalah tujuan utama orang mengikatkan
diri dalam perkahwinan. Tanpa adanya orgasme dalam setiap hubungan
seks tentu akan menimbulkan berbagai akibat kejiwaan yang boleh merosakkan
hubungan pasangan suami-isteri.
Kenyataan
menerangkan ramai suami-isteri yang terpaksa berpisah atau melakukan
penyelewengan seksual kerana tiadanya kepuasan dalam hubungan seks. Kepuasan
itu ditandai dengan orgasme atau difahami sebagai kemuncak kenikmatan.
Baik
orgasme itu secara beruntun, dari pihak lelaki dahulu dan kemudian
disusuli isterinya atau secara serentak bersama. Orgasme yang dapat
dicapai secara bersama adalah yang paling baik dan ideal. Hampir semua
lelaki mengalami orgasme setelah mengalami rangsangan seks. Pada
wanita pula tidak ramai yang dapat mengalami orgasme.
Orgasme
adalah puncak syahwat persetubuhan dan merupakan respons yang
menyenangkan dan melegakan. Ia adalah puncak dari kepuasan fisiks dan emosi
dalam aktiviti seksual. Kemuncak kenikmatan ini ditandai dengan terjadinya
pancaran mani yang sangat kuat pada pihak lelaki.
Orgasme
pada lelaki adalah ejakulasi sperma. Vas Deferens, Vesikula Seminalis dan
kelenjar prostat berkonstraksi dengan hebatnya seraya
memancarkan isinya ke dalam urethra yang kemudian memancutkan sperma.
Selama orgasme cecairan ini dipancarkan melalui zakar oleh
konstraksi-konstraksi berirama dari otot-otot sekitarnya. Jumlah
konstraksi-konstraksi itu berbeza pada setiap individu, tetapi lazimnya
antara
10-12
konstraksi. Sejumlah sperma kira-kira satu sudu kecil atau menurut
penyelidikan moden 5cc.
Tanda
orgasme pada wanita yang merupakan puncak seksualnya adalah
gerakan-gerakan berirama dan tak sengaja dari alat kelaminnya. Reaksi-reaksi
banyak bergantung pada bilangan vulva terutama di sekitar faraj dan kelentit.
Faraj pada waktu itu berkerut dan kadang-kadang otot-otot lain ikut
mengejang. Dalam pada itu terjadi getaran seluruh tubuh dan sensasi-sensasi
menghisap dari lubang faraj.
Mencapai
orgasme yang ideal tidaklah semudah yang dibayangkan. Tugas ini
ditanggung oleh pihak suami. Biasanya di dalam proses bersetubuh suamilah
yang terlebih dahulu mencapai orgasme sedangkan isterinya mungkin
belum apa-apa. Oleh sebab itu keperihatinan suami di dalam menahan air mani
sangat diperlukan. Jika mereka tidak mahir dalam hal ini suami akan
menyebabkan isteri mengalami gangguan emosi seperti murung.
Dr. Robie dalam bukunya The Art of Love yang dikutip dari buku Percintaan
Suami Isteri karangan A. Rifa’ie Ali menulis: “Terlampau cepat
keluar air mani selain memberi malu kepada suami, bahayanya tiadak kurang
pada isteri kerana dia telah meninggalkan isteri itu sebelum mendapat
kepuasan yang biasa. Ada
lelaki yang beberapa kali keluar air mani sebelum isteri cukup terbangkit
keberahiannya. Dan yang terjadi ialah sebelum dia tercapai orgasme.
Maka tinggallah dia dalam keadaan resah-gelisah belum kunjung puas yang
akhirnya membawa bermacam-macam penyakit antara lain lain, tidak boleh tidur,
pemarah, histeria, sakit saraf yang berkaitan penyakit orang perempuan”.
Ellis
dalam bukunya Sex in Relation to Society telah mengutip pendapat
seorang pakar sakit puan (gynaecologist) berbangsa Austria, dia mengatakan
bahawa di dalam setiap 100 orang perempuan yang menderita sakit dalam rahim,
daripada yang berubat kepadanya didapati 70 orang menderita lantaran sakit
rahimnyaterlalu penuh berisi darah. Keadaan rahim yang begini menurut pengetahuan
ilmiahnya adalah hasil daripada persetubuhan yang tidak disempurnakan.
Dari
keterangan-keterangan di atas maka benarlah sabda-sabda Rasulullah s.a.w. yang
menganjurkan agar memerhatikan keadaan isteri sewaktu diajak bersetubuh.
Janganlah lekas terburu-buru mengakhiri persetubuhan selagi isteri belum
berhasil mencapai orgasme.
Sabda
Rasulullah s.a.w:
“Apabila seseorang dari kalian
bersetubuh dengan isterinya, maka
hendaklah ia menyempurnakan
(isterinya). Jikalau ia mendahului isterinya, maka janganlah ia
mempercepat (meninggalkan)isterinya itu”.
(Hadis riwayat Abu Yaqla dari Anas)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila
seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka
hendaklah ia
menyempurnakannya. Kemudian bila ia telah selesai
telah selesai
hajatnya (orgasme) sebelum selesai hajat isterinya
maka janganlah ia
mempercepatkan (meninggalkan) isterinya
itu hingga selesai
pula hajat isteriny itu”.
(Hadis riwayat Abdul
Razak & Abu Yala dari Anas)
Sabda
Rasulullah s.a.w.:
“ Apabila seorang
dari kalian bersetubuh dengan isterinya
maka janganlahia
menyingkir hingga selesai hajatnya
selesai hajatnya
sebagaimana ia mendapat nikmat dari hajatnya”.
(Hadis
riwayat Ibnu Adiy dari Ibnu Abas)
Dari
hadis Rasulullah s.a.w. tersebut maka seharusnya suami berusaha agar
mencapai orgasme yang ideal samaada secara bersama-sama, ataupun
secara meruntun saling susul-menyusul sewaktu bersetubuh. Itulah sebabnya
imam Ghazali di dalam kitabnya ihyaa’ulumiddin, menasihati suami muslim agar
kalau bersetubuh selalu memerhatikan isterinya ataupun menahan ejakulasinya
sehingga isterinya dapat mencapai orgasme.
Berapa
lamakah persetubuhan yang boleh mendatangkan kepuasan? Banyak pendapat
mengenai hal ini diketengahkan. Ada
orang lelaki yang boleh bertahan lama sewaktu persetubuhannya. Contohnya
selama 15 minit, 20 minit bahkan ada yang lebih lama lagi tanpa ejakulasi.
Tetapi yang jelas faktor faktor seperti lama seseorang lelaki dapat mengawal
reaksinya tanpa disusuli ejakulasi; sukar atau tidaknya wanita
mencapai orgasme; kehebatan nafsu seksual mereka masing-masing;
kekerapan melakukan hubungan kelamin dan lain-lain faktor banyak mempengaruhi
tempoh lamanya sesuatu persetubuhan boleh berpanjangan.
Biasanya
persetubuhan berlangsung selama 3-5 minit. Menurut Stekel jarang
sekali seseorang lelaki dapat mempertahankan persetubuhannya lebih lama dari
5 minit. Sedang menurut Dickinson
kebanyakan lelaki mempertahankan ereksinya tanpa disusli ejakulasi selama
5-10 minit. Sedangkan wanita pula boleh mencapai 10-20 minit. Akan
tetapi dengan rangsangan tangan dengan vibrator atau dengan oral
genital stimulation seseorang wanita biasanya dapat mencapai orgasme
dalam masa empat minit.
Untuk
memanjangkan waktu persetubuhan supaya kedua-dua suami-isteri dapat mencapai
kepuasan orgasme pihak suami perlu mengambil langkah-langkah tertentu.
Alternatif pertama ialah mereka boleh mendapat pertolongan doktor untuk
memberikan ubat-ubatan yang diminum atau ubat pemati-rasa. Akan tetapi cara
ini ada kesan sampingan dan bersifat sementara. Kesan sampingan adalah
kemungkinan berlakunya impoten seandainya kerap menggunakan
ubat-ubatan.
Alternatif
kedua pula lebih menitikberatkan kemampuan semulajadi seperti cara-cara
berikut. Menahan cepatnya keluar air mani dapat dilakukan dengan memerhatikan
langkah-langkah berikut:
1.
Setelah zakar dimasukkan ke liang faraj, maka buatlah gerakan
turun-naik secara perlahan-lahan dengan diselangi istirehat.
2.
Alihkan perhatian kepada soal-soal lain sewaktu sampai masanya air mani
dirasakan akan keluar. Umpamanya cuba ingatkan tentang urusan
serius sewaktu pejabat. Tegasnya isikanlah benak dengan hal-hal yang dapat
mengalihkan pandangan dari tumpuan untuk mengeluarkan air-mani. Ini secara
tidak langsung akan menyebabkan kekenduran pada batang zakar,dan apabila ini
berlaku bolehlah disambung lagi pada gerakan untuk merangsang balik zakar.
Demikian seterusnya sehinggalah isterinya mencapai orgasme. Kalau cara
ini dapat dilaksanakan pasti suami dapat bersetubuh dalam waktu yang lama di
mana isterinya beruntung kerana dapat mencapai orgasme dan nikmat
sepuas-puasnya. Sehubungan dengan itu Stoppes berkata
“Selamanya tak boleh dilupakan bahawa dengan tidak
mendisiplinkan fikiran dan badan sendiri tidaklah akan dikecap kenikmatan di
dalam pengalaman nafsu berahi. Kesedapan yang penuh biarpun hanya jasmani
semata-mata cuma boleh direbut oleh orang yang pandai memotong tujuh
perjalanan nafsunya”.
3. Menahan nafas sewaktu merasakan akan keluarnya air-mani akan
melambatkan pengeluarannya kerana zakar akan menjadi keras.
Perlu diketahui bahawa
mani itu mudah keluar kalau keadaan zakar
adalah tidak cukup keras. Tetapi kalau sempurna keras dan tegangnya, sukarlah
air mani berlalu. Dengan menahan nafas dengan sendirinya zakar yang
sedang dalam keadaan ereksi menjadi semakin tegang. Ini
disebabkan oleh kerana udara yang masuk berkumpul ke dalam dada dan perut
agak banyak. Apabila ditahan di dalam perut maka pengaruhnya mendesak darah
menuju ke zakar sehinggakan zakar akan menjadi semakin keras dan kembung.
Kekembungan inimenekan lubang zakar tadi serapat-rapatnya sehingga Aliran
tempat lalunya air mani terhambat dan tidak dapat keluar.
Alternatif
ketiga adalah dengan memakai kondom sewaktu bersetubuh. Dengan demikian rasa
pergeseran batang zakar di dalam liang faraj tidak begitu merangsang.
Walaubagaimanapun cara ini tidak begitu disenangi baik dari pihak suami
mahupun isteri.
Alternatif
keempat ialah melakukan latihan-latihan guna menguatkan dan mengetatkan
otot-otot pada dubur dan pada otot-otot yang membentang dari dubur sampai ke scrotum
(kantung pelir) lelaki.
Alternatif
kelima pula merupakan mengambil posisi duduk atau posisi lelaki di bawah dan
dan perempuan di atas. Kedua teknik di atas memungkin tekanan pada kelentit
yang merupakan pusat rangsangan yang dapat dikemudikan oleh pihak wanita.
Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk wanita mencapai orgasme.
Cara-cara
di atas yang telah dibentangkan merupakan kaedah-kaedah untuk mencapai orgasme
yang ideal. Akan tetapi berjaya atau tidaknya mempraktikkan
cara-cara ini bergantung pada individu itu sendiri. Yang lebih baik adalah
sifat saling bantu-membantu dan faham-memahami. Seperti halnya seorang suami
boleh bertanya pada isterinya, apakah ia sudah mencapai orgasme atau
masih lama lagi? Seandainya masih lama. Maka suami bolehlah mengatur
pergerakannya agar zakarnya tidak begitu terangsang yang
mengakibatkancepatnya keluar air mani. Jadi sifat terbuka suami-isteri sangat
diperlukan untuk membantu keberhasilan keduanya untuk mencapai orgasme yang
ideal.
Perkara yang patut diperhatikan oleh suami sewaktu melakukan
persetubuhan ialah jangan lekas-lekas mencabut zakarnya setelah ejakulasi.
Perbuatan seperti ini sering diabaikan oleh suami-suami yang kurang mengerti
seni dan erti persetubuhan dalam perkahwinan.
Persetubuhan dalam perkahwinan itu dimaksudkan untuk mendapat
kepuasan antara suami dan isteri. Berbeza pula dengan persetubuhan luar nikah
atau dalam pelacuran. Di dalam persetubuhan jenis ini salah satu pihak
menghendaki kepuasan seksual sedang di lain pihak menghendaki bayaran. Jadi
wanita pelacur di dalam melakukan persetubuhan sudah merasa puas walaupun
belum mencapai orgasme asalkan dirinya telah diberi wang sebagai
imbalannya. Sedangkan persetubuhan yang dilakukan berlandaskan atas dasar
cinta-mencintai keduanya menghendaki objektif yang sama iaitu kepuasan yang
saksama.
Seorang suami yang bijaksana yang mengerti hal ini ternyata
dalam persetubuhannya dengan isterinya jika lebih dahulu cepat keluar air
mani, maka dia boleh menangguhkan zakarnya agak lama di dalam liang faraj.
Hal ini dimaksudkan agar pihak isteri mempunyai waktu untuk menaikkan
suhu berahinya hingga mencapai orgasme.
Cara seperti ini memungkinkan batang zakar walaupun telah ejakulasi
akan tetapi ia tetap berereksi sampai beberapa lama. Pada kesempatan ini
harus dimanfaatkanoleh suami untuk merangsang isterinya hingga mencapai orgasme.
Betapa bahagianya bila persetubuhan di mana kedua-duanya telah
mencapai orgasme dan tidak diputus atau dihentikan seketika itu
sahaja. Tapi usahakanlah suami tetap menahan batang zakarnya di dalam liang
faraj hingga kendur dengan sendirinya. Dalam keadaan begitu keduanya boleh
saling berpelukan dan berdakapan.
Pihak suami perlu mengetahui bahawa membiarkan zakar di dalam liang
fajar sesudah ejakulasi bukan hanya menimbulkan rasa kasih sayang
yang mendalam antara suami-isteri, malahan mengandungi faedah yang lebih
besar dari segi kesihatan terutama bagi suami.
Perlu diingatkan bahawa bahawa setiap kali suami melakukan
hubungan seks pasti ia akan keluar air mani. Mani itu adalah sari tubuhnya
yang mulia yang terbentuk dari sari-sari makanan yang dimakannnya setiap
hari. Jadi setiap kali ia bersetubuh, jadi berkuranglah zat hidup yang sangat
berguna bagi kesihatan tubuhnya. Walaupun ganti boleh diperoleh dari dalam
tubuhnya ada satu zat yang bersifat “Alkalin” yang boleh digantikan dengan
membiarkan ia di dalam liang faraj wanita. Mani wanita penuh berisi
dengan zat ini. Para suami yang terdedah
kepada pegetahuan ini tidak akan mahu mencabut batang zakarnya sehabis ereksi
dari liang faraj isterinya. Mereka akan membiarkan saja batang
zakarnya untuk beberapa lama sehinggga ia kendur dan keluar dengan
sendirinya. Tindakan ini bagus dan bermanfaat untuk memelihara kondisi badan
dan kesihatannya. Ini oleh kerana kulit zakar yang tipis itu akan mudah
menyerap zat-zat yang sangat berharga dari badan isterinya, terutama zat
alkali. Sehingga habis bersetubuh badannya bukan semakin mundur, sebaliknya
semakin sihat kerana kegiatan kerjanya meningkat dan yang lebih penting lagi
wajahnya bertambah tampan jauh lebih muda kelihatan dari umurnya yang
sebenarnya.
Selain itu Stopes ada menyatakan pendapatnya bahawa di
dalam zat-zat yang sama dihisap oleh tubuh kedua pihak dari sari-sari badan
pasangan masing-masing, terdapat kuman-kuman hidup yang oleh Prof. Ernest
Starling bernama hormon. Pada masa akhir-akhir ini telah diketahui bahawa
hormon-hormon itu memiliki dan menjalankan pengaruh yang kuat dalam penentuan
sifat dan corak perasaan-perasaan manusia serta tabiatnya. Kesempatan untuk
saling bertukaran kuman hormon yang berlangsung dalam perbincangan di atas
dianggap akan boleh mengumpulkan sudut-sudut runcing dari budi pekerti
kedua suami-isteri. Sehingga jalan pemikiran dan gerak semangat mereka berdua
menjadi serasi. Keserasian inilah yang membuat suami-isteri awet muda.
Begitulah persetubuhan yang sempurna, yang dapat mencapai
kemuncak kenikmatan atau orgasme yang ideal serta memberi pengaruh
yang baik di dalam jasmani dan rohani individu. Jasmaninya sihat, rohaninya
sihat yang akhirnya membuahkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang di antara
satu sama lain.
|
|
SIMPTOM ATAU GEJALA
KEHAMILAN
Keletihan Keletihan melampau boleh menjadikan ibu-ibu yang mengandung rasa tertekan. Apatah lagi jika ada anak-anak lain yang masih kecil atau terpaksa menguruskan rumah tangga sendiri tanpa bantuan dari suami atau pembantu rumah. Amalkan Staminex untuk memberi tenaga sepanjang hari walaupun dalam keadaan sibuk. Vena Varikos Urat-urat kaki akan membengkak dan timbul sewaktu hamil. Ini berlaku disebabkan oleh kandungan hormon kehamilan yang meningkat meyebabkan saluran darah membesar dan perjalanan darah menjadi perlahan. Rahim yang membesar juga menekan aliran darah dari bahagian kaki menuju ke jantung menyebabkan perjalanan darah tersekat dan lambat. Ini berlaku pada pada bulan-bulan terakhir kehamilan kerana berdiri terlalu lama dan lebih kerap berlaku di kalangan wanita yang sudah berulang kali hamil. Ceraian Salindah B1 membantu melancarkan aliran darah agar mencegah berlakunya Vena Varikos. Buasir Pendarahan atau rasa sakit semasa membuang air besar boleh berlaku sewaktu hamil. Ia berlaku disebabkan tekanan kepala bayi pada vena (urat) disekeliling dubur dan menyebabkan ia membengkak. Makanan berserat membantu melawaskan pembuangan najis. Amalkan Bio-Fiber sewaktu mengandung. Pitam Ini berlaku akibat tekanan darah rendah sewaktu mengandung. Punca utamanya ialah dari sistem peredaran darah ibu hamil. Sewaktu bangun dari tidur jangan terus berdiri, mengiring terlebih dahulu dan bangun perlahan-lahan. Ceraian Salindah B1 membantu menambah darah di kalangan wanita hamil. Morning Sickness Biasanya berlaku selama tiga bulan. Ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah. Deria bau mereka pada waktu ini juga menjadi lebih kuat. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah seperti rasa serba tak kena, tidak selesa dan tidak bermaya untuk menjalankan tugas. Anda digalakkan makan makanan yang rendah karbohidrat dan susu. Produk yang disyorkan termasuklah Diafood dan Susu Intelac. Kulit Perut Merenggang Ia juga dikenali sebagai stretcht mark yang berlaku kerana kulit menegang dan pecah pembesaran rahim meregangkan tisu di bawah kulit. Kesan ini boleh dikurangkan dengan menyapu minyak zaitun 2-3 kali sehari dari mula kehamilan sehingga bulan terakhir kehamilan. Bisa Hati Sakit hulu hati akibat timbunan asid gastrik dalam perut. Perjalanan usus lebih lambat ketika hamil dan rahim yang kian membesar menekan perut menyebabkan asid perut bertakung. Bahagian tengah dada juga akan terasa sakit. Masalah ini boleh diatasi dengan meminum lebih susu dan tidak membiarkan perut kosong. Kurangkan makanan pedas atau bergoreng dalam diet. Infeksi Vagina Perubahan hormon yang disebabkan oleh kehamilan mengubah tingkat keasidan vagina dan meningkatkan produksi karbohidrat (glikogen) yang merupakan makanan bagi organisme jangkitan. Penggunaan douche yang dirumuskan menggunakan bahan-bahan semulajadi digalakkan seperti Femina untuk mengawal jangkitan fungus. Kerap Buang Air Kecil Kerap berlaku pada trimester ketiga kehamilan kerana rahim menekan pundi kencing. Otot dasar pelvis yang lemah menjadikan air kencing akan keluar secara tidak sengaja jika batuk atau ketawa. Elakkan mengangkat barang berat dan kerap lakukan senaman lantai pelvis. Kekejangan Kekejangan yang berlaku di kalangan wanita hamil menunjukkan mereka kekurangan bekalan kalsium. Kontraksi otot yang menyakitkan biasanya berlaku pada betis dan kaki. Banyakkan pengambilan kalsium seperti susu, dadih dan keju. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan