Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?
·
Sentiasa
berdoa agar disayangi.
·
Apabila
balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
·
Tunjukkan
keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang
hari.
·
Jadikan
seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai
masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
·
Berikan
masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
·
Berikan
bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika
isteri sedang marah.
·
Tolong
masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
·
Beri
pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
·
Pujuk
apabila isteri marah atau kecil hati.
·
Beri
bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
·
Luangkan
masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau
bertindak.
·
Jika
lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
·
Sekiranya
isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau
banyak komen.
·
Jika
anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
·
Apabila
sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan
menyalahkan isteri.
·
Bila
isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
·
Apabila
keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
·
Beritahu
bila kita ingin berehat atau tidur.
·
Peluk
isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
·
Telefon
isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu
"AKU CINTA PADAMU ".
·
Ucapkan
kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
·
Tolong
kemaskan katil atau bilik tidur.
·
Ajak
isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
·
Cuba tunaikan apa
yang isteri hajati.
·
Nyatakan
anda merinduinya bila berjauhan.
·
Bawa
pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
·
Sentiasa
lakukan ibadah bersama.
·
Jika
keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan
memberitahu anda sudah selamat sampai.
·
Sentiasa
kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
·
Urut
belakang isteri sekali sekala.
·
Peluk
dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
·
Sabar
dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
·
Pamerkan
kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh
ketika berjalan.
·
Apabila
keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
·
Buatkan
air minuman untuk isteri sekali sekala.
·
Ketika
makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
·
Beri
perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
·
Lebihkan
isteri daripada anak-anak.
·
Bila
isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia
memanjakan anda.
·
Seeloknya
masuk tidur serentak.
·
Belai
isteri sebelum pergi kerja.
·
Ucapkan
terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
·
Cari
masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
·
Lakukan
riadah bersama isteri.
·
Pergi
berkelah sekali sekala.
·
Tolong
cuci atau jemur pakaian sekali sekala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan